16 Julai..




16 Julai bermula ceritera
Detik ini merupakan tanda
Jarang benar bersua muka
Duduk semeja berkongsi cerita




Tatkala mata bertemu mata
Lidah tersimpul tiada berbahasa
Biarkan senyum pengganti bicara
Buatkan diriku kembali sempurna




P/s : Oh tak lupa, Angah hepi besday yang ke 26. Cecepat kawen :)

33 Comments

  1. Todia.. milo tabur ka tok tunang tok minum tuh haha RAWR

    ReplyDelete
  2. Pergi sekolah lalu titi
    Titi dibuat dari perak
    Afzal ngan Tunang dan satu hati
    Tak lama lagi kita makan nasi minyak

    ReplyDelete
  3. Untuk Phat

    Anak teruna tampan dan segak
    Tertib teratur kaki melangkah
    nasik minyak.. nasi minyak gak
    jangan lupa hadiah peti ais kahkahkah

    ReplyDelete
  4. pagi pagi mandi air perigi
    air perigi sejuk sekali
    jangan kata peti ais nanti
    peti pertolongan cemas pun aku bagi

    ReplyDelete
  5. kiki lala dan bata pilihan masa kecil,nike dan adidas pilihan sekarang,nak yang besar ke yang kecil,dua-dua sama aku pun tak faham dah

    ReplyDelete
  6. mengail ikan di tepi perigi
    ikan dikail sangat berbisa
    ayunya tunang tok apzal ni
    ayu lagi milo yang bersisa :p

    ReplyDelete
  7. Untuk Safarin

    Main rebana bersama tamborin
    Riuh rendah di Kuala Langkat
    sungguh mulia sikapmu Safarin
    inginku jadikan ko abang angkat

    Untuk BoniKacak

    Pergi beli ayam percik
    Jangan lupa kuah kacangnya
    Nak yang besar atau yang kecik?
    Kata pak Maun kepada pelanggannya

    ReplyDelete
  8. BabyZyra Roxx

    Milo tabur tembikai laici
    Dipesan oleh anak si nyonya
    Nasib cik tunang takde kat sini
    Kalau tak kombang kompih idongnya

    ReplyDelete
  9. terdetik dihati ingin bertanya....
    siapa gerangan tuan empunya...
    manis tersenyum bila bersua....
    afzal hang ckp la hang punya......
    he3...

    ReplyDelete
  10. dua tiga unta beristinjak,
    mana nak sama dengan kasut camel,
    dua tiga kucing terberak,
    mana nak sama macam coklat caramel

    ReplyDelete
  11. kain batik kain pelikat
    kete kancil buat pusingan u
    betul kau nak jadi adik angkat?
    sanggup ke menunggu sebab ramai yg Q

    kakakaka

    ReplyDelete
  12. Semanis gula bak irma dan redza syah,
    Seia sekata bak awal dan sha,
    Tunangan lawa jangan dimegah,
    Tersimpul ikatan afzal dan cik tunangnya.

    ReplyDelete
  13. 1st time datang terus baca entry,
    terus follow dan terus happy. :)

    woohaa!!

    ReplyDelete
  14. Dag dig dug irama hati
    Detak Jantung kencang sekali
    Cantik sekali tunangan hati
    bikin apzal angau menanti

    ReplyDelete
  15. wahhh.. kata2 mu buatku terpesona.. aceewah...

    ReplyDelete
  16. pergi memancing naik kereta mayat,
    semoga berkekalan hingga akhir hayat =)

    ReplyDelete
  17. err..semua berpantun ni..jiwang pagi pagi dak afzal ni..Cik tunang malu malu.^__^

    ReplyDelete
  18. baling bola melantun lantun,,
    okayy wa tk tau nak pantun. :)

    ReplyDelete
  19. ewahhhh itu kaaa gerangan nya.... acececececech

    ReplyDelete
  20. angah tu sape?ekeke

    wah sume brpantun buat wa gelak sensorang ja ;D

    ReplyDelete
  21. alamak semua berpantun ..
    ini wajib kena pantun ini..
    kalau tak malu jadi orang melaka ini..

    Pancing-pancing di kail pancing
    Dapat seekor ikan talapia
    Dua tiga ekor ikan emas berenang...
    Masakan nak sama pilihan Afzalsukasuki..

    ReplyDelete
  22. pesta pantun tak habis lagi rupanyer.......

    ReplyDelete
  23. dok menganyam ayat utk saper ni ?? =)

    ReplyDelete
  24. assalamu alaikum,

    Depan mamak lalu menyinggah
    Nasi diceduk lauk kari
    Lama betul tak menyinggah
    Bertunang sudah rupanya afzalsukasuki

    Semoga hingga ke pelaminan dan peringkat seterusnya...

    :-)

    ReplyDelete
  25. den tau eykau nak tunjuk mahal nya lesung pipit dia kan..??.. bhahaha.. :D

    ReplyDelete
  26. tunang apzal bukan anak che nan kan
    senyum simpul manis berseri
    tang lesung pipit akak berkenan
    semoga semuanya menjadi...

    ReplyDelete