Filem Review : The Amazing Spiderman

11:06 AM

Assalam,

Semalam aku ngan housemate pegi tengok spiderman. Penuh panggung, kalah citer Tamil panggung sabtu. Walaupun ada tayangan citer Tamil baru, setelah dicongak2 aku rasa nak tengok spiderman walaupun David Teoh mesej aku suruh tengok citer 8 jam. So hari ni aku nak review mengenai filem The Amazing Spider-Man ni.






Macam korang tau jalan cerita asal spiderman, si Peter Parker, Gwen Stacy si girlfriend Peter Parker, aunty Mary bla bla bla and so on tapi aku suka jalan cerita yang digarap Marc Webb ni. Tak membosankan dan ada humor pada certain2 plot cerita. Lagi satu yang aku suka 'perangai' sebenar si Peter Parker yang gila2 dan agak nakal, tak macam Spiderman Trilogy yang Sam Raimi ketengahkan sebelum ni yang agak slow, nerd dan serius. Peter Parker versi Marc Webb ni juga seorang pereka/pencipta dan genius.


Part yang aku rasa kelakar sewaktu spiderman menganjing seorang pencuri kereta. Aku rasa spiderman kali ni memang 'cukup syarat' sebagaimana spiderman yang aku kenal dari kecik *macamla spiderman kenal aku. Lama gak cerita dia sebelum masuk scene lawan2 ngan The Lizard. Tapi pada aku tak membosankan dan jalan cerita yang lebih moden


Oh ye musuh dia kali ni adalah The Lizard, yang sebenarnya adalah seorang profesor di Oscorp Corporation, merupakan rakan kepada mendiang ayah Peter Parker, dan mentor kepada Gwen Stacy. Pada awal babak ada diceritakan bagaimana Peter Parker menjadi yatim piatu dan konspirasi mencuri formula dari ayah Peter Parker untuk menghasilkan genetik daripada cicak. Si ayah Gwen Stacy pulak seorang ketua polis dan kejenya nak tangkap si spiderman je dengan alasan spiderman mengganggu kerja polis. Tapi pada babak akhir setelah dia ketahui yang Peter Parker adalah spiderman merangkap bakal menantu dia, baru dia leh terima tapi ending untuknya tak syok.. dia mati. Kesian..kesian. Pada asalnya Peter Parker nak menjejak pembunuh pakciknya tapi mula terlibat dengan kemunculan The Lizard.


So kat bawah ni aku sertakan sekali scene2 dalam filem The Amazing Spider-Man


 Ni scene dalam train, dia baru rasa perubahan lepas kena sengat ngan labah2

 Oh ye ni la spider web yang diciptanya. Bukan keluar dari tangan dengan sendiri okeh

 Ni scene spidey kena kena renjat ngan elektrik, hampir ditangkap dan merupakan
scene dimana dia dikantoi oleh ayah Gwen Stacy

Memecah masuk makmal Oscorp Corporation bukan masalah padanya,
tapi scene ni la dia mula disengat labah2 

Ni scene dalam pembentung di mana dia melepaskan web untuk mengesan kedudukan
The Lizard sambil main game kat tepon. Siot! 

 Scene paling aku suka ni la.. dia menganjing mamat yang nak curi kereta ni :D

Dr Curt Connor yang telah menyuntik dirinya sendiri dengan formula dari
genetik cicak, melihat tangannya tumbuh kembali.

 The Lizard yang cuba melepaskan gas terhadap polis2 di sekitar untuk
mengubah mereka menjadi cicak

Ni adalah scene pertarungan akhir mereka di atas bangunan Oscorp.

Mula2 aku takde hati nak tengok. Yela spiderman dah keluar 3 filem dan semua aku tengok. Ni keluar lagi. Tapi lepas aku tengok, better dari filem2 sebelumnya. Apa yang boleh aku katakan pegilah tengok, berbaloi untuk membazir beli tiket :)

You Might Also Like

18 comments

  1. apabila hollywood dah tak der cite heheheheh...

    ReplyDelete
  2. siot laa ko ni.. buat aku rasa nak buang duit pergi tgk wayang je ni..hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. menarik...weekend nie baru remy nak pi tgk...... huwaaaaaa,.....

    ReplyDelete
  4. Tok sokmo gitu pergi tak hajak :P

    ReplyDelete
  5. tok tak ajak :(

    geli sih tngok manusia cicak camni..huhu

    ReplyDelete
  6. the lizard ? eh? macak cicak man pulak hihi

    ReplyDelete
  7. aku tak nak baca lah.. sebab nanti aku nak tgk. kalo aku bace nnti aku da tau cter ni

    ReplyDelete
  8. kurang berminat la cite spiderman ney hihihi

    ReplyDelete
  9. belum sempat nak ke panggung..

    ReplyDelete
  10. selalu tgk citer fresh kuar panggung tak ajak ek..nak tgk gak.

    ReplyDelete
  11. tunggu link keluar pastu download... hahhaa

    ReplyDelete
  12. tak berminat nak tengok spiderman kali ni. cliche. hehe

    ReplyDelete
  13. aku nk tengok jugak tapi tak berkesempatan lagi. tak silap aku awek spiderman Mary Jane kan. kalau tak silap lagi cite ni bukan peter parker, tapi anak dia rasanya.

    ReplyDelete