Kalah Retis Latip Borgiba Kalau Cenggini Punya Gaya

2:01 PM

Assalam,

Ni semalam punya citer. Azan maghrib baru berkumandang, aku kelam kabut dok susun lauk dalam pinggan bagi nampak cantik walaupun cuma telur dadar, nasik dan kicap. Nasib la di kawasan kejiranan tu takde bunga2 kalau tak mau juga kupetik dan hias juadah berbuka pose aku. Takde bunga.. daun ketum pon boley la buat songel.

Tengah asyik2 suap nasik *aku suap nasik sendiri setelah kecik ati housemate aku menolak ajakan aku untuk makan bersuap2 manja alasan dia tanak bulu dada aku gugur dalam pinggan dia tetiba aku tersedak tatkala melihat siaran tv. Aku tengok tv tak berkelip macam kenal je mamat dalam tv tu. Time tu jugak enset aku mendendangkan lagu Ramelah Rem dan berjujuk2 mesej masuk mintak dibalas.

Aku tak peduli semua tu, nasik aku tolak tepi. Enset aku gapai cecepat ke depan kaca tv.. amik gambar untuk dijadikan bahan bukti. Nak tengok ape yang aku dapat?


Ai pakcik yang aku bulatkan tu la abah aku. Dorang berpiket pasal pembinaan bangunan bakar mayat sebelah kawasan perumahan. Kemain bersemangat abah aku kahkahkah.

Klakau la abah aku ni mati2 aku ingatkan dia jadi amil kutip zakat kat surau, sempat plak dia berpiket2 bagai! Hahaha tak padan ngan kaki gout hahaha :D


P/s : Ni kali ke-2 dia masuk tv.. sebelum ni TV3 temuramah dia kat Jalan TAR time raya :D

You Might Also Like

20 comments

  1. kemain abah kau yer... nyaris die x wat pis.. hehe

    ReplyDelete
  2. pergh... tu abah ko ke?? nanti kita pulak berpiket ramai2 nak? Piket GBS

    ReplyDelete
  3. hehe abah afzal pun nak pemes cam anak dia jugak...

    ReplyDelete
  4. anak retis ler zal nie rupanya ye.......
    mesti zal pun tumpang glamer......
    pakchik nak autograf......

    ReplyDelete
  5. peh peh retis ! kihkih
    kau bila lagi afzal ? wahaha xD

    ReplyDelete
  6. mohon sain abah kau kat betis kiri aku peliss

    ReplyDelete
  7. hahaha, terkenal lah abah ko ye...

    ReplyDelete
  8. fuyohhh!!! dahsyat abah lu bro...
    Ni mesti bapa borek anak rintik nanti....

    ReplyDelete
  9. mane?mane?tepi tepi!! aku nak tengok bapak dia..haha

    ReplyDelete
  10. untunglah bapak ko masuk tb :) *sambil menebang pokok yg hmpir patah*

    ReplyDelete
  11. abah dia dah masuk tv...

    anaknya bila???

    ReplyDelete