'> Misteri Kampung Cherok Senik | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, July 19, 2012

Misteri Kampung Cherok Senik



Ramli termenung jauh. Tingkap kereta milik Naim kosong pada pandangan matanya. Fikirannya masih memikirkan lelaki asing yang ditemui mereka tadi, Jabir sewaktu berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Utara tanah air.

“Kalau korang tengah buat kajian atau kerja kursus, abang cadangkan korang pergi ke Kampung Cherok Senik. Seronok ke sana, banyak benda yang korang boleh dapat. Yang menariknya tak siapa tau kampung sekecil itu punya kilang memproses makanan tin”, ujar Jabir.

Itu merupakan suatu yang menarik bagi sebuah perkampungan yang terletak di pedalaman, tetapi masih mampu mengusahakan sektor perkilangan. Kenapa dia tak tau langsung pasal perkara ni dan setahunya perkara ini tak pernah didedahkan di dalam media masa mahupun elektronik?

“Kau kenapa Ramli? Fikirkan pasal perkara tadi ke?”,Zati menegur membuatkan Ramli tersentak, mengangguk sambil membetulkan posisi duduknya.

“Aku pun tak pasti betul ke tak apa yang si Jabir katakan tadi, yela dia tu ntah sape2 kita pun bukan kenal. Agak2 dia main2kan kita je”, sambung Zati lagi. Ramli masih senyap.

“Aku tak kisah. Kalau pun tak betul sekurang2nya kita boleh pergi tengok dulu. Tanya orang2 kampung. Lagipun cuti sem kita panjang. Apa ada hal setakat seminggu kat sana. Siap awal, boleh balik awal”, Normi mencelah. Sekurang2nya di situ Ramli boleh tahu perancangan rakan2nya itu.

“Aku on je bro. Ko ketua, so apa yang ko decide aku tarahal. Janji minyak penuh”, Naim tersengih2 di balik pantulan cermin pandang belakang keretanya itu. Zati mengangkat kening minta kepastian sambil jari2nya bermain2 cincin bertatah batu zamrud di jari manisnya.

“Oklah kita ke Kampung Cherok Senik”, keputusan dicapai walaupun berat hati Ramli memutuskan kerana dia merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabir terhadap kampung berkenaan

***************



Laluan kecil berliku2 ditambah pula dengan suasana yang semakin gelap tanpa lampu jalan menyukarkan mereka mengenal pasti arah yang mereka tujui. Sempat mereka bertanya pada pejalan2 kaki yang melalui susur2 jalan. Kebanyakan mereka tak pasti dengan nama kampung tersebut. Matahari semakin terbenam di ufuk Barat menampak remang2 cahaya kemerahan. Semakin dalam mereka bergerak.. semakin gelap dan sunyi suasana persekitaran.

Hampir 1 jam mereka terumbang ambing di atas jalan merah yang tak rata, akhirnya mereka ternampak remang2 cahaya di hujung jalan. Kelibat2 rumah berdinding batu itu jelas kelihatan dari luar. “Ada balai polis la”, Ramli keluar meninggalkan yang lain menuju ke bangunan tersebut.

 “Assalamualaikum”

Lima minit berselang kedengaran tapak kaki menuju ke pintu masuk balai. Kelihatan seorang lelaki separuh umur menguak daun pintu. Setelah bersalam, Ramli bertanyakan lokasi Kampung Cherok Senik. Pegawai polis tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Azlan tersenyum lalu menunjukkan arah ke kampung berkenaan. Ramli sedikit lega kerana kampung tersebut sudah tidak jauh dari situ anggaran 5 kilometer lagi.

“Awak nak buat apa ke sana?”

“Kami kena siapkan kerja kursus kami. Jadi kami dapat idea untuk mencari bahan2 di sini”, ujar Ramli.

Setelah bersalam dan mohon beransur, Ramli sempat dinasihati agar berhati2 bila berada di kampung berkenaan. Tapi tak pula dijelaskan kenapa. Ramli sedikit bingung, banyak perkara yang memusykilkan dirinya sejak berada di situ.

Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan kecil yang dikatakan oleh pegawai polis tadi. Suasana di sana tenang dan mendamaikan, rumah2 kampung yang berjarak tidak jauh antara satu sama lain.. nampak teratur dengan seni binaan lama. Mereka berempat menghampiri rumah yang berada tidak jauh dari jalan masuk, dikatakan itulah rumah Tok Penghulu kampung berkenaan.

Setelah memberi salam, kelihatan sesusuk tubuh lelaki dalam anggaran 40 tahun muncul di muka pintu rumah. Lelaki tersebut tersenyum lalu menyapa mereka di bawah.

“Assalamualaikum. Ni rumah Tok Penghulu ke?”, Naim memulakan perbualan. Lelaki tersebut masih tersenyum.

“Ye saya Tok Penghulu. Anak2 ni sapa? Dari mana?”, ujarnya lalu menjemput mereka naik ke rumah. Setelah diterangkan panjang lebar mengenai kedatangan mereka ke situ, akhirnya mereka diberi kebenaran untuk berada di situ bagi menyiapkan kerja kursus mereka.

“Maaf tok tumpang tanya. Berapa usia tok?”, Normi meluahkan pertanyaan. Tok ketua kelihatan tersenyum. “70”, balasnya membuatkan Ramli dan rakannya yang lain sedikit terkejut. Masakan lelaki muda gagah di hadapan mereka berusia 70 tahun? Mustahil!

“Korang mandi2lah dulu ye. Solat dulu. Kejap lagi kita borak panjang lagi. Esok la kita pusing kampung ye. Hari pun dah lewat”, ujar tok ketua meninggalkan mereka di bilik masing2 dalam keadaan kebingungan.

***************

Seawal pagi mereka telah dibawa mengelilingi sekitar kampung. Suasana kampung yang cantik dan mempesonakan benar2 menambat hati mereka berempat. Naim tak lepaskan peluang mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan bahan bagi menyiapkan kerja kursus mereka. Normi dan Zati pula tak putus2 berbual dengan penduduk kampung sekitar bagi mendapatkan maklumat. Ternyata rata2 penduduk di situ sangat peramah dan menyenangi kehadiran mereka berempat.

“Inilah kilang pemprosesan makanan dalam tin”, ujar Tok Penghulu. Ramli terpegun melihat kilang yang nampak usang dibina di hujung kampung itu. Walaupun begitu kilang tersebut masih beroperasi disamping tenaga2 kerja adalah terdiri daripada penduduk kampung sendiri. Kilang tersebut memproses daging cincang yang hanya di pasarkan di kampung2 berdekatan sahaja. Kehadiran mereka di kilang tersebut diperahati oleh banyak mata. Ramli pun tak pasti kenapa mereka bersikap sedemikian. Mungkin kehadiran mereka sedikit sebanyak mengganggu kerja mereka di situ.

“Kilang ni memproses daging dari mana tok? Dapat bekalan dari mana?”

Tok ketua hanya tersenyum. Belum sempat dia menjawab tiba2 mereka terdengar suatu bunyian nyaring yang datang dari arah dapur memproses. Tok ketua menyuruh mereka bertiga pulang ke rumah kerana pada malam tersebut akan diadakan jamuan kampung. Mereka ditinggalkan dalam keadaan kebingungan disebabkan suara tersebut, tetapi masih akur dan pulang ke rumah. Ramli rasa tak sedap hati kerana kelibat Zati masih tak kelihatan..

***************

Pada malam tersebut mereka disajikan dengan pelbagai juadah kampung. Orang kampung ramai yang berkumpul bagi memeriahkan jamuan tersebut. Tok Penghulu memberitahu yang Zati ada di rumah salah sebuah penduduk di situ. Mungkin beramah mesra dengan mereka. Tapi sebagai ketua kumpulan, Ramli tetap berasa runsing walaupun Tok Penghulu sudah memaklumkan yang keadaan kawannya itu baik2 sahaja.

Suasana yang hiruk pikuk dengan nyanyian dan tarian tersebut membuatkan Ramli semakin bingung seolah2 penduduk kampung meraikan suatu upacara. Seolah2 ada ritual yang sedang mereka lakukan. Naim yang dari tadi senyap di tepi menarik tangan Ramli menuju ke belukar tak jauh dari situ.

“Ramli ada sesuatu yang tak kena dengan kampung ni.. ngan kilang belakang kampung ni”

“Kenapa ni? Apa yang dah berlaku?”, Ramli cemas. Ternyata apa yang dirasainya turut dikongsi oleh Naim.

“Baik ko tengok ni!”, Naim lantas memberikan tin yang diseludupnya dari kilang tersebut. Ramli masih terpinga2 tak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Naim. Tiba2 mereka teringat Normi yang masih berada di jamuan. Mereka berdua kembali ke lokasi jamuan tapi tiada kelibat Normi di situ. Dua tiga orang penduduk di situ mengatakan yang Normi bergegas ke tandas. Tapi firasat Ramli mengatakan yang mereka berbohong. Mereka lantas beredar dari situ walaupun penduduk2 di situ menegah mereka untuk pergi.

“Naim ko pergi mintak bantuan polis. Aku pergi jumpa Tok Penghulu. Lekas!”, ujar Ramli. Naim lantas tidak berlengah2 lagi. Dia terus berlari ditelan kepekatan malam. Memang sah ada sesuatu yang berlaku di situ..

Di balai polis..

Naim termengah2. Dia lantas menceritakan apa yang dilaluinya di kampung berkenaan, misteri kehilangan dua kawannya dan kilang yang memproses makanan tin di hujung kampung. Segalanya diceritakan kepada Azlan. Azlan tergamam sambil tangannya mesih erat memegang tin daging yang diberi oleh Naim. Dia menyuruh Naim bertenang sementara menunggu polis bantuan tiba. Naim lega, Cuma dia berserah kepada takdir akan nasib rakan2nya yang lain..

***************

Berkali2 Ramli mengetuk pintu rumah, akhirnya Tok Penghulu yang baru selesai menunaikan Isyak keluar menyambutnya di muka pintu. Ramli termengah2 sehingga tak mampu berkata apa2. Tok penghulu lalu menuju ke dapur dan menghidangkannya secawan air bagi melegakan rasa cemasnya itu. Dia membiarkan Naim sendirian di ruang tamu. Sementara ketiadaan Tok Penghulu, Ramli menyelongkar bag galasnya.. mencari tin yang diberi Naim.

Apabila tin dibuka, Ramli mengorek2 cebisan daging yang ada di dalam tin tersebut. Jantungnya bagai direntap, mukanya pucat apabila kelihatan ketulan jari yang masih sempurna dengan sebiji cincin bertatah batu zamrud di dalamnya. “Jari Zati!!” Ini bermakna kilang di hujung kampung tersebut memproses daging...

Tiba2 kepalanya sakit, matanya berpinar2. Dia syak ada sesuatu yang diisi di dalam minumannya. Sempat dia melihat daun pintu rumah Tok Penghulu dikuak. Kelihatan ramai penduduk kampung di situ termasuklah Jabir. Ye Jabir dan kelibat sapa entah di kaki tangga memikul seseorang.

“Inspektor Azlan??”, Ramli cuba menjerit tapi nadanya tak mampu didengari sesiapa. Inspektor Azlan memikul Naim naik ke atas rumah. Kelihatan Tok Penghulu tersengih menunjukkan air mukanya yang sebenar dan yang lain mula bersorak2 bagai baru sahaja berjaya menangkap haiwan buruan. Hilai tawa mereka semakin sayup2 kedengaran dan akhirnya pandangannya semakin lama semakin kelam.

***************

“Korang ni nak kemana?”, ujar lelaki separuh umur di hadapan mereka. Budak2 dihadapannuya bersikap acuh tak acuh melayan.

“Kami student IPT nak siapkan kerja kursus kami”, kata salah seorang dari mereka.

“Apa kata abang cadangkan satu tempat menarik. Perkampungan ni best, banyak yang boleh korang perolehi di sana. Jangan sampai korang taknak balik sudah la”, ujar lelaki berkenaan sambil berseloroh. Nyata dia peramah orangnya.

“Menarik tu.. kat mana bang?”

“Kampung Cherok Senik”, ujar lelaki tersebut yang dikenali sebagai Jabir, sambil tersenyum sinis lalu meninggalkan mereka bersama jerat yang dipasang


______________________________________________________________________


P/s : Oh ye ni entry aku untuk segmen Konspirasi Blogger Kreatif | Selendang Merah dan Ain Dzaya. Aku tak harap menang pape pon tapi cukup la kalau boleh kagumkan korang dengan kemisterian cerita aku ni hahaha.


KLIK SINI untuk mengusha segmen :)

Aku nak tag


19 comments:

  1. seram..kalau di jadikan drama memang akak tak tengok..hahahaha

    ReplyDelete
  2. akakaka! nk terberak aku dek keseraman citer ni tok, cering bulu roma, g cebok dulu yep, babai :p

    ReplyDelete
  3. amek laa..amek laaa..aku bagi hang menang! T__T

    ReplyDelete
  4. terbaik cerita ko tu..nape tag aku haha..aku x de bahan ni haha

    ReplyDelete
  5. zal...saspen giler.......
    cam kisah betul jer........
    terbaik......

    ReplyDelete
  6. Teringat pak senik ismail kat kampung..dia warga kampung senik ke...
    takot aku nak balik raya ni...nnt jari aku pulak dlm tin sardin...:p

    ReplyDelete
  7. Pehh baca dengan penuh perasaan ha.. memang misteri habis..

    ReplyDelete
  8. jari dalam tin sardin?
    tak nak makan sardin dh ;)

    ReplyDelete
  9. haha. misteri betik citer ni.anyway gudluck bro

    ReplyDelete
  10. Countdown to Ramadhan...
    :)

    Salam sayang,
    Al- Quran Digital Edisi 2012

    ..................................................................
    Quran Digital ini mempunyai keistimewaan tersendiri apabila dibekalkan dengan sebatang pen yang boleh membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh saja mata pen pada mana-mana Ayat atau Surah, pen ini akan mengeluarkan bacaan mengikut Qari mana yang kita pilih. Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran bukanlah lagi boleh dijadikan alasan untuk kita malas membaca dan mempelajarinya, kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang dibaca oleh Qari-qari yang dipilih. Al-Quran ini lengkap 114 surah/30 juz dan telah mempunyai kelulusan KDN dan Hologram dari Kementerian Dalam Negeri.

    Hubungi saya Fatin 013 3347923 untuk mendapatkan harga istimewa. Jaminan setahun dan penghantaran percuma.

    http://kisahdongengfatinadawiah.blogspot.com/2012/07/al-quran-digital-2012.html

    ReplyDelete
  11. hehehehe!!
    seramnye WARIS tv3 ni.. (",)

    ReplyDelete
  12. baiklah.. aku boleh katakan yang entri ni a.k.a cerpen misteri ni sangat sempurna. Aku tabik kat ko bro.. satu cerpen yang sangat-sangat berkualiti. kau memang dilahirkan berbakat sebagai seorang penulis.. aku salute ko bro...

    disebabkan ko tag aku, aku akan cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik.. InsyaAllah.. Dah lama rasanya aku tak menulis cerpen. tapi rasanya untuk bersaing dengan penulisan ko ni, agak susah utk aku. tapi aku akan cuba yang terbaik.. :)

    ReplyDelete
  13. mengerikan... menakjubkan... menyeramkan... mensusupenkan...

    http://faizulosman.says.com/recommendations/world-of-tanks

    ReplyDelete
  14. i buat sndiri ke..thumbs up

    salam ramdhan
    jemput join n promote
    http://edyfee.blogspot.com/2012/07/my-first-give-away.html

    ReplyDelete
  15. seram tu seram ghak tok...boleh berdiri bulu roma...wah! persaingan nie tok...

    ReplyDelete
  16. seram neh...kalo baca tgh2 mlm, bole bwk ke mimpi ni..hoho

    ReplyDelete
  17. serrrrrrrrr....seramnye..sambil buat muka comel..

    memang igauan ngeri klo jumpe jari dlm makanan tin..kompom aku xnk beli lg..tp klo jumpe cincin permata zamrud tu..nak jgk aku beli mknn tin borong sekotak..

    haku pn join jgk...klo free leh singgah sini...free je tau..sbb pjg..aku x sengaja terpjg..

    http://umikasum.blogspot.com/2012/07/ombak-lijah-punya.html

    ReplyDelete
  18. pehh tok..klu wa kompom2 tak pegi da..jadi arwah la wa pasnie :">

    ReplyDelete
  19. duk ofis sorg2 smbil lyn ceta ni..seram meh

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com