'> Haru Biru Raya Korang Kalau.. | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, August 9, 2012

Haru Biru Raya Korang Kalau..

Assalam,

Aku pon tak sedar dah masuk 20 hari kita puasa. Aku ni bukan jenis kira pon, bukan pattern pangkah kalender tanda dah berapa ari puasa. Habis puasa kompom raya. Pernah berlaku tak habis Ramadhan, tetiba masuk Zulkaedah. Tetiba je taun tu takde Syawal *melampau! Pernah tak korang fikir alasan2 yang menyebabkan suasana hari raya korang jadik haru biru?

Tetiba anak bulan jadik seterika
Tengah2 orang sibuk nengok anak bulan, anak bulan tak kelihatan kat langit tu.. tapi yang keluar seterika! Agaknya ape perasaan orang yang nengok? Ye betul berkemungkinan besar dia teringat baju belum diseterika kat umah, tapi kalau takde anak bulan boleh raya ke idak?

Pengumuman hari raya versi sinetron
Pakcik tu dah takde dah duduk2 baca skrip maklum raya macam biasa dah. Kali ni dia tukar sikit, ala2 citer sinetron. Ada watak Rangga, Paiman dan beberapa watak picisan yang lain. Korang kena tengok sampai habis citer tu baru leh tau apa kerana di dalam cerita tu akan diselitkan pengumuman raya. Lagi haru citer tu sambung2 cam sinetron seberang sampai patbelasratus episod. Oi bila nak raya cenggini!

Taip ON RAYA la pulak!!
Raya tahun ni tak macam raya tahun2 lepas, tetiba pacik yang umumkan raya buat muka kanak2 tak cukup bulan bagitau suruh buat undian pulak. Ada ke dia buat isyarat tekan2 keyboard dan isyarat telefon depan skrin mintak korang undi hari apa yang korang nak pilih untuk raya. Undian tertinggi menentukan hari raya. Cenggitu punya gaya harus seminggu pose terus raya!

Bank bertukar jadik booth askim
Korang datang kaunter bank macam biasa dan kerani kaunter tu tanya korang nak berapa scoop askim. Siap ada loceng2 askim bagai. Tak lupa gak ada maskot Mat Kool kat sebelah dia sambil menari2. Harus la ko ternganga kan? Mana ko nak cekau duit? Nak raya dah ni. Dalam sedih2 cenggitu korang masih tersenyum sebab duit raya tahun ni tapayah bagi kat anak2 buah. Hahaha puas hati aku!

Lagu raya ganti ngan lagu harijadi
Di radio2 dikeudarakan lagu2 harijadi pelbagai versi. Versi rock, inang, balada dan juga patriotik. Ko pon nyanyi sama sedangkan korang sendiri tatau besday sape la yang korang sambut tu. Hail Amir ngan Uji Rashid turut mendendangkan lagu Seloka Harijadi dan Sudirman plak ngan lagu Harijadi di Perantauan. Sadis!

Takde baju raya songkok bagai
Korang pegi shopping raya, orang tak jual dah baju raya baju kurung ni. Yang ada dijual baju kalis peluru dipadankan ngan legging. Nah pakat2 la korang tengok pakcik2 ngetes baju kalis peluru ngan legging pelbagai warna dan corak depan cermin pasaraya2. Yang berlabuci2 tu mahal la sikit. Lagi seksa time semayang raya penuh masjid ngan pacik2 berlegging pelbagai warna dengan pelbagai rupa bentuk buntut termasuk imam. Mampos!

Raya Aidilfitri bertukar jadi raya lain
Ko punya la kemain puasa bagai nak rak, baju raya dah siap tersangkut 4 pasang kat almari, dengan ringtone lagu raya kat enset, tiket bas dah beli.. tup2 pacik yang buat pengumuman hari raya memaklumkan yang anak bulan telah kelihatan dan raya deepavali jatuh pada keesokan harinya. Nah! Sekarang ko fikir ko nak pakai baju melayu ke.. nak pakai sari? Harus makan tosei capati kalau pegi umah kengkawan cenggini.


Macam2 benda lagi aku nak citer, mengarut2 semuanya. Tapi tu la kan haru biru gak kalau berlaku menda2 cenggitu. Harap2 tak jadik macam tu la kan untuk tahun ni sekurang2nya sebab kalau ada yang buat lawak cenggini punya ganas harus aku tibai pakai kerusi urut Ogawa tu haha :D

28 comments:

  1. tidakkk..jgn la jadi begini!hahahahaa...

    ReplyDelete
  2. banglong , tajuk lu tu typo ke wa yang tak paham ? errrr -_-"

    ReplyDelete
  3. kah kah kah..macammm..haaa..hahah sedey setahun aku kalau btol2 terjadi..mau trauma..:P

    ReplyDelete
  4. bukan haru biru dh ni....terharu jadiknyeee...hehhee

    ReplyDelete
  5. huaaa tak sanggup kalau jadi cenggini...

    ReplyDelete
  6. kalo cenggini, raya ape ke nama nya... cacamerba jadiknya.. afzal, imaginasi kau ni melampau sgt... kurangkan sikit berhalusinasi yerp...

    ReplyDelete
  7. kau janagn nak mengarut zal..... kerat 18 belas baru tahu...he3....

    asyik tiap2 tahun makan rendang ayam ngan rendang daging.... tahun nie kita mkn rendang org pulak ....kih3.... tu baru haru biru......
    zalim tak remy ??????

    ReplyDelete
  8. kalau jadi..aku tau nak urutkan sapa..

    ko la zal, aku balut dgn kerusi ogawa tu..haahahahaa

    radio dah start pasang lagu raya...

    :)

    ReplyDelete
  9. taip ON RAYA tu, aku rasa x sempat puasa seminggu org dah undi esok sruh raya.

    ReplyDelete
  10. hanya mampu tersenyum sendiri bila baca n3 tok ketua hari ni..nak gelak kuat2,takot bebudak pikir maknya dah biol!!!

    ReplyDelete
  11. jangan macam tu...baju raye dah siap 18 pasang nih...huhuhu...

    ReplyDelete
  12. perghh..kalau camni mak amukan latip borgiba wa dibuatnya!

    ReplyDelete
  13. haru birulaaa raya eden cmni gamaknye . hewhewhew

    ReplyDelete
  14. tak yah raya pun tak pe kalau gitu..hhhaha

    ReplyDelete
  15. hal-hal lain shida xkisah sgt zal..jgn xjadi raya dahla..da byk prepair ahahhaaa.. :D

    ReplyDelete
  16. kalaulah tiba2 jadi cenggini, orang pertama yang aku cari ialah kau untuk aku sunatkan kali kedua..ahahaha

    ReplyDelete
  17. kejadahnyaa..jaja xjd kawen laaa raya nntt...


    haha


    hahahahhaha

    ReplyDelete
  18. hahhahah ! lawak gilerr ... tapi takmau lahh jadi cenggitu :D

    ReplyDelete
  19. kalau cenggini bukan haru biru lagi dah...mahu haru pelangi. wuuu...sedih.

    ReplyDelete
  20. imaginasi tok memang tahap tip top. haha

    ReplyDelete
  21. imaginasi gila! salam ...saya singgah sini...dan terbaca entry ini..haha..

    ReplyDelete
  22. Lets join me buat duit before 27/08/2012 thru FB atau BLOG. Lepas 27/08/2012, PRELAUNCHX akan mengenakan bayaran sebanyak RM100. Sekarang percuma lagi ni! CEPAT!

    Lawati link ini untuk join ---> http://prelaunchx.com/x/sofinah169

    #PRELAUNCHX ialah company under FOREX.FOREX tu company matawang dunia dan Malaysia ada juga FOREX.

    ReplyDelete
  23. senget betul kalau raya mcm ni..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com