Kompom Aku Pitam !! : Episod 5

2:52 PM

Assalam,

Maaf aku berdarah manis, takleh taip banyak2. Kang kalau jari aku luka, aku takleh pakai inai. Kalau takleh pakai inai takde la aku beli inai picit kat kedai. Bila aku tak beli, KPI tokey kedai jual inai tu tak sampai untuk bulan ni jadi jualan merosot. Bila merosot takde untung, tokey kedai takde duit beli kredit nak mesej awek dia. Awek dia mintak putus, tokey kedai meroyan dan putus harapan. Akhirnya tokey kedai bunuh diri. Perghh korang nampak tak implikasinya kalau aku taip panjang2? Hahaha

Lagi 2 hari aku nak akad nikah ni. Dua situasi yang mana aku rasa nak sungkit pusat orang bila dorang lawak ngan aku. Pertama bila time aku tak tahan nak berak, orang tahan aku suruh dengar citer lawak dia yang tak berapa nak lawak, serupa macam dengar ramalan kaji cuaca.. mampos takleh nak gelak dan kedua time cenggini la.. masa2 aku tengah gabra orang buat lawak. Tapi alhamdulillah blom ada yang kena sumpit ngan kacang hijau sampai mati lagi setakat ni.



Aku sebenarnya fobia, aku traumatized ngan darah. Masa aku eksiden dulu aku tengok kaki aku je trus pitam. Nurse amik darah pon aku dah pucat. Ntahla aku rasa aku ikut belah abah aku kot. Tapi alhamdulillah la buat masa ni nyamuk geget aku boleh handle lagi malah aku geget nyamuk tu balik.

Then apa sebenarnya yang aku nak citer? Apakena mengena aku, darah ngan pitam? Sendiri fikirla der.. kalau tak paham buat2 paham je la kahkahkah

P/s : Doakan dipermudahkan segala urusan Sabtu ni ye :)

Hantaran Serba Purple Jemah Oi : Bahagian 4

8:32 AM

Assalam,

Sambung balik! Sambung balik! Aku ni selagi tak siap buat hantaran, selagi tu mak aku dok membebel suh siapkan. Time aku tido, time tu gak aku dengar sayup2 di balik pintu memanggil namaku "Hantaran.. hantaran.." Perghh meremang bulu ketiakku rasa tak selesa, nak taknak bangun buat gak la kan. Tak sanggup la hari2 kena bebel. Oh lupa aku nak bagitau mulut mak aku pakai bateri Energizer : Long lasting battery beb 24 jam tanpa henti tuuuu!

Yup. Hantaran aku design dan buat sendiri. Semua atas imaginasi dan rujukan buku2. Aku buat sendiri sebab aku rasa puas. Aku boleh buat macamana yang aku nak, cantik atau tak belakang kira haha. Oh tema kenduri aku warna pepel. 11 dulang pihak lelaki, 13 dulang pihak pompuan. Kenapa pepel? Sebab aku comel.. kot??? Erk!

Hmm aku ngantar ape? Aku sebenarnya musykil sebab barang2 berubah mengikut musim mengawan katak pisang. Kejap2 yang tu.. kejap2 yang ni. Actually 11 dulang tu pon aku take sure sebab dengar kata ada beberapa orang lagi nak sponsor hantaran. So jumlah akan berubah2 selagi kete tak bergerak Jumaat ni ke Rompin.

Kat bawah ni aku attachedkan beberapa gambar hantaran yang aku dah buat. Hasil tangan orang bujang cenggini la jadiknya hahaha.

Berkecah lantai umah aku. Ni sebelum aku decorate tapak hantaran

Taraa! Yang ni tapak design yang aku dah siapkan :D simple je pon tanak
crowded2 sangat :)

Ni antara barang2 hantaran aku. Baru 5 barang, penat beb penat! 8 item to go!

yang ni semalam aku sempat buat. Aku design tangga kat blakang tu
 sebab kalau aku tak buat tangga, kotak jam tu nampak tenggelam
di balik bunga kat depan tu.

Kabur plak gambar. Trimas Pak Long sebab sponsor goodies bag bunga
sabun ni. Berkotak2 sampai kat umah aku. Banyak sangat goodies dah
kat umah aku tatau nak bagi sape lagi. Huhu

Tu je la yang aku nak tunjukkan ape yang aku buat weekend haritu. Maap takde gambar aku sebab time aku buat tu tak berbaju. Sangat seksi takut mengghairahkan korang nanti kahkahkah. Ok la sambung episod seterusnya. Eh..aku takde idea nak sambung ape.. korang ada idea? Apa lagi yang korang nak tau?

Wedding invitation kenduri aku, aku war2kan next wik ea :D






Sedangkan Neelofa Lagi Kutepis Inikan Pula..

9:03 AM

Assalam,

Eh aku skip episod cinta Aku dan Cik Tunang untuk satu entry boleh tak? Sebab ada sesuatu nak aku kongsikan kat sini. Jauh gak aku mikir malam tadi sejauh aku lompat jauh dalam acara rumah sukan masa darjah 4 dulu. Macamana nak citer ek?

Balik2 keje semalam, borak punya borak ngan mak aku.. dia bukak la citer. Dia kol kawan sepenjahit-baju dia untuk invite wedding aku. Pada mula riuh sakan la dorang borak tapi bila mak aku maklumkan yang aku nak kawen, perbualan dorang terbantut dan makcik tu terus slow. Korang dapat tak apa yang aku maksudkan ni?

Yeah bagus anda yang berada di kerusi pada lajur 4, baris 6 sebab angkat tangan tanda paham. Actually aku ada citer menda alah ni dulu, tapi aku tak sangka aku masih lagi jadi pingitan macik2 kat luar sana untuk dijodohkan ngan anak2 dorang. Aku ingatkan last case Ustazah kat taman aku tu. Tup2 Ada lagi plak! Kawan mak aku ni sebelum ni secara langsung approached mak aku, nak jadikan aku menantu walaupun anak dia tau anak dia dah ada bf. Katanya dia tak berkenan ngan perangai bf anak dia tu yang tatau hormat orang tua. Hmm..


Ia bukan sesuatu yang aku banggakan tapi lebih kepada rasa sedih sebab terpaksa kecewakan perasaan orang. Setiap parents mahukan terbaik untuk anak2 mereka, tapi aku musykil kenapa la aku? Bila aku fikir2 la kan, serupa jalan citer tamil pon ada. Mak bapak dok kenen2kan anak mereka, tapi heroin sebenarnya dah ada bf lain. Menangis hempas badan kat katil disaksikan hujan lebat mencurah2 kat cermin tingkap. Dari berbaju tido dalam bilik tup2 berlari2 kat Banjaran Andes dengan 40 orang penari yang entah mana datang aku pon tatau. Jiran dia kot? Mula la aku nak mengarut nih uhuk3

Semalam gak aku luahkan kat mak abah aku. Aku bukan terbaik, mungkin mereka terpengaruh dari pandangan luaran aku semata2. Dorang mungkin boleh terima aku, tapi bagaimana dengan anak2 dorang? Aku banyak kekurangan tapi bersyukurlah Cik Tunang masih sudi menerima aku tanpa banyak soal. Jadi tak perlulah pertikaikan perasaan aku terhadap Cik Tunang walaupun Izara Aisyah masuk merisik aku.

Izara Aisyah?? Err boleh bagi masa pikir balik tak? :P


Cerita Pasal Cik Tunang : Bahagian 3

9:07 AM

Assalam,

Jom kita sambung citer lagi. Eh sori la dis month sampai bulan depan korang telan je la entry2 berunsur desperate aku ni ye. Dem minggu depan aku kawen la!! Aku rasa macam baru lepas amik PMR weh.. rasa diri ni muda rumaja lagi uhuk3. Masuk2 opis aku terus timbang berat badan. Pergh! Pergh! 76kg beb! Berderau darah aku lalu aku pandang sisi kaki aku.. oh ada kucing di situ patutla berat *ayat kaberline cenggini akan biasa korang lihat lagi nanti

Kenapa aku pilih Cik Tunang dan bukan korang? Maaf Phat, Boni.. aku tak pilih korang sebab korang lelaki berbelalai, berbulu dada plak tu. Aku bimbang bulu dada ko bersimpul ngan janggut aku. Aku pon tak dapat bayangkan kalau si Phat atau Boni pakai baju kelawar, baju tidur seksi siap ropol2 di bahagian dada seropol2 bulu dada mereka. Eww!! Then kenapa Cik Tunang?

Cik Tunang aku ni seorang yang sangat manja, kena la ngan aku yang suka menyakat. Lagi2 bila dia buat muncung kahkahkah serupa pelocok jamban dah aku nengok :D Tengok dia jalan menonong sensorang tu tau la dia tengah ngajuk. Tapi dia ngajuk tak lama hehe.

Selama aku kenal dia 3 tahun setengah ni, dia tak pernah mintak apa2 barang.. hadiah daripada aku. Kadang2 aku pening gak, sampai aku paksa dia pilih barang apa yang dia nak. Dia seorang yang simple, dan tak banyak karenah. Aku je yang selalu menyakat dia.. well tak tau nak cakap ape aku memang macamtu :P Dia akan cuba tunaikan impian aku walaupun aku tau dia student dan tak mampu serba serbi. Senang kata dia tak banyak menyusahkan aku sebab tu aku sayang dia :)

Kawan2 dia pon pelik sebab jarang tengok hubungan kami bermasalah. Lagi2 bila dorang dapat tau aku ada ramai kawan especially kawan2 pompuan. Dorang kata kalau dorang dalam situasi Cik Tunang mau hari2 gaduh besar. Chill beb, kalau ada sikap saling percaya semua tu takkan berlaku. Dia bebas keluar ngan sape2, begitu gak aku selagi kami tau status kami dan jujur antara satu sama lain :) Korang nampak je aku cenggini tapi dalam hati ada taman ni.. setia ni beb, jarang jumpa lelaki macam aku ni kahkahkah

Bila dia nak pegi kemana2, dengan siapa2.. dia akan maklumkan pada aku. Dia akan sentiasa mesej2 aku tanya khabar walaupun dia tau belum tentu aku akan reply. Setiap hari sebelum tido dia akan minta maaf kepada aku kalau2 hari tu dia ada buat salah pada aku. Dan yang penting dia sudi terima seadanya diri aku.. itu lebih penting.

Dah la nanti sambung lagi. Next episod aku nak citer pasal preparation kawen plak. Aku tak tau la berapa episod baru boleh habis uhuk3. Maaflah kitorang tak banyak gambar berdua, yela cinta jarak jauh la katakan, jarang benar nak jumpa. Kalau ada pon tu aku crop guna Adobe Photoshop hahaha




P/s : Jangan la risau semua aku jemput ke kenduri aku.. minggu depan aku war2kan ye :)


Camner Aku Leh Terkacip Ngan Cik Tunang? : Bahagian 2

8:15 AM

Assalam,

Aku baru setat keje, last wik punch kad aku banyak lompong2. Tak santek ah! Aku amik EL sehari, MC dua hari. Jahitan benang sunat tertanggal, gamaknya buat sementara waktu ni terpaksa stapler je la! Haha memang aku tipu. Kaki aku injured la. Aku dah warning Cik Tunang awal2.. aku tanak men dukung2 dia time bergambar nanti. Kang tak memasal berkerusi roda aku atas pelamin.. siap buat willy lagik!

Oklah macam yang aku janji last wik, aku sambung citer la ye. Harini aku nak citer camner la aku leh terkacip ngan Cik Tunang. Eh tapi di sebalik citer aku ni, ada citer sadis yang aku nak kongsikan ngan korang. Korang boleh KLIK SINI untuk baca entry aku ni. Berakhirnya kisah tersebut maka bermula lah fasa aku dengan Cik Tunang :)


Kalau ko nak tanya bila aku kapel, bila aku declare, bila aku tunang sila rujuk kepada Cik Tunang sebab aku memang tak hengat! Hahaha. Setiap taun Cik Tunang bising, bila dia ajak kua dan buat mata kucing harapkan sesuatu dari aku.. aku buat bodo2 je. Mana la aku ingat, kadang2 besday aku sendirik pon aku miss. Uhuk3

Sebenarnya Cik Tunang ni adik kepada kawan kerja aku. Time tu tengah high ngan friendster la katakan, aku usha2 la profile kawan aku ni. Wah ada adik la rupanya dia. Aku kata nak buat kawan, kawan aku tak bagi pada mulanya. Dia tak percayakan aku. Dia takut adik dia dipermainkan dengan janji2 palsuku.

Ni la Cik Tunang ngan akak dia yang kedekut nombor tepon!!

Ala last2 dia bagi gak nombor tepon dia. Dari situ aku kenal Cik Tunang dan bila aku kenal hati budi dia camner, aku terus bergerak ke fasa seterusnya. Kitorang declare pada 16 Julai 2009 (aku ingat pon sebab sama tarikh ngan besday adik aku uhuk3). Awal tahun ni kitorang pon ikat tali pertunangan sebab mak abah dia sian kat aku sebab lama menunggu. Dan sekarang mak aku tengah hitung hari untuk ke jinjang pelamin plak dengan bantuan mak aku yang kejut aku hari2 sambil ingatkan aku berapa hari nak akad nikah. Aku tatau la sape bayar mak aku buat keje tu. Abah aku kot?

Citer cinta kitorang biasa2 je, takde la menarik macam orang lain dan aku rasa takde apa yang hendak aku kongsikan sebenarnya. Cuma apa yang boleh aku katakan Cik Tunang melengkapkan kekurangan yang aku ada, itu sudah memadai untuk aku :)

Next aku akan sambung apa yang aku suka mengenai Cik Tunang :)


P/s : Yuyu Ali muka tunang aku berubah ikut suhu :P

Memperkenalkan Cik Tunang : Bahagian 1

1:26 PM

Assalam,

Lama rasanya aku tak on lappy. Rasanya time last aku on lappy dulu musim rambutan, sekarang dah musim ciku. Adalah dalam 5 hari cenggitu. Rindu nak menaip, tapi aku tatau nak tulis hape. Eh harini Wordless Wednesday la kalau aku tau aku tampal je gambar aku *pomote diri kot2 boleh diketengahkan untuk model sikat kutu

Atas desakan Korn dan Babyzyra Roxx so aku bukak gak la citer pasal Cik Tunang. Lagipun due date aku nak kekalkan keterunaan ni dah tak lama dah *macam nak tunggu hukuman mati pon ada. Ape yang aku nak citerkan ea? Kalau aku setat citer esok aci tak? Aku nak kena masuk lab ni, hari ni aku exposed gambar Cik Tunang dulu je ye buat pengenalan *padahal baru nak korek maklumat Cik Tunang aku sendirik tatau nak citer ape pasal dia

Abaikan pompuan yang over react mengilai pada penjuru kanan gambar 

Yela2 aku citer la!! Mencik la cenggini. Aku perkenalkan dia secara cepat giler ngalahkan Cepat Ekspress.

     Nama                         :  Radhiah Izzati Bt. Md Noh
     Umur                          :  23 tahun
     Asal                           :  Tanjung Gemok, Rompin Pahang
     Anak                          :  Anak ke-5 dari 6 adik beradik
     Pelajaran                   :  Ijazah Sarjana Muda err.. Library Science, minor Record 
                                          Management ( pasni dia leh keje sebagai pembaiki 
                                          lampu isyarat L41)
     Tinggi                        :  Tinggi2 si matahari, anak kebau mati tertambat
     Berat                          :  62 kati
     Makanan kegemaran : Tolak charger ngan kukur kelapa
     Minuman kegemaran :  Air tapai
     Cita cita                     :  Ingin membuka pusat membuang ketuat di sekitar Lembah Klang
     Harapan                    :  Harapan ingin berkawan ngan Chico Harahap *anak Uji Rashid
     Kata2 azimat             :  Kami dah pulang emak buat cucur.. mudah saja tambah air
                                         Adun sebati goreng dan sedia.. cucur adabi rahsianya
                                         Kami nak lagi!! Bolehkah cepaattt..
     Idola                          :  Mat Sentul

Cik Tunang propa je geget bunga tu.. bukan bermakna dia spesis kambing ye

Ape lagi yang aku nak cerita aku pon tatau. Aku rasa yang boleh pakai pon 5 teratas tu je ngeh3. Kalau korang suruh aku bagi detail pasal Cik Tunang aku tatau nak citer ape. Tapi kalau nak citer camner aku leh terkacip ngan beliau.. haaaa tu esok2 aku citer amacam? Ko tengok tajuk la siap ada bahagian2 bagai dah serupa citer sinetron dah hahaha.

Ok la aku sambung esok ea :D Harap Korn dan Roxx puas dan tak perlu lagi gesel2 di bucu dinding pasni untuk memuaskan napsu sendirik! Okbai



Babai Kuantan..

5:00 PM

Assalam,

Dah pukul berapa sekarang ea? Ada tengahari tak? Ke petang? Kalau tengahari atau petang maknanya aku dah tak lagi berada kat Kuantan. Aku on da way balik Kajang. Mungkin kali ni tak balik ke Kuantan lagi.

10 September 2012 aku mula bertugas di ibu pejabat Biosekuriti Kuala Lumpur di Jalan Sultan Salahuddin. Sayang nak tinggalkan Kuantan. Seyes! Tapi tak pe la mungkin ada rezeki aku akan ke sana lagi. Aku pasti akan rindukan kawan2 opis aku dan geng2 Kuantan. Hampir 4 tahun aku di sana, banyak pengalaman yang aku lalui dan pastinya kenangan manis akan aku simpan sampai ke akhir hayat.


Ni penuh dah kete aku ngan mesin basuh, mak aku nak gak suruh aku bawak balik. Adoyai menjongket dah kete aku ni. Ni aku benti kat R&R jap je ni, pundi kencing penuh. Nak sambung drive balik. Doakan aku selamat sampai dan sukses di tempat baru ye..

Babai Kuantan..

Tempat Lain Takde.. Kat Sini Je Ada *Aku Rasa Laa

6:00 PM

Assalam,

Pernah tak korang mengalami situasi cenggini. Korang nak beli sesuatu tapi orang yang jual tu suruh korang fikir masak2 balik sebelum beli. Siap bagitau tak boleh beli banyak2 dari dia. Hahaha. Aku dah terkena, mula2 memang pelik. Time tu aku pegi ngan pakcik aku, aku pandang pakcik aku.. pakcik aku pandang aku. Weird laa kebanyakan penjual kalau boleh nak cepat2 habiskan jualan dorang tapi pakcik kedai ni lagi suruh dicard lagi jumlah yang kita nak beli. Tapi bila aku mula tengok dia buat.. baru aku sedar dan insaf. Kalau aku amik lebih.. dah boleh buat kenduri cukur jambul dah :D

Aku tatau tempat lain ada ke tak, tapi kat kampung aku Kluang memang ada menda alah ni. Aku bagi chance korang teka menda alah ape yang aku citerkan ni :)

Aku dah suruh pakcik tu pandang kamera say cheese, tapi dia buat2 malu plak. Dia la yang 
tak bagi aku beli lebih. Kedekut!!

Banyak ramuan dia penuh atas meja, ntahape dia letak aku pon tatau. Antaranya sayur 
sayuran, mesin tebu, tolok skru mikrometer, gamat dan jangkalukis.


Yang ni nama dia original Kluang mari. Gemok2, ko tengok la sendiri kalau dah spesis 
besar macamtu pattern orang yang makan harus tahap kebulur!

Yang ni pulak inti dia daging. Sedap, dengan kuah dia benar2 menggamit perasaan ingin 
makan walaupun time tu aku tengah berlumba lari 4x400 dalam guni mengepit pasu bunga

Ni bahagian yang aku dah potong. Besar kan? Seyes kalau perut kecik macam aku ni 
makan se-slice sudah memadai melainkan korang tak baca bismillah. So dah dapat agak 
la ye menda alah ape yang aku maksudkan ni?

Yeay betul betul betul! Popia. Besar kan? Nasib aku tak mintak lebih. Korang tengok 
la sendiri harga dia. Tapi memang berbaloi la, alang2 danh sampai Kluang Johor singgah 
la warung popia basah ni kat Kampung Melayu ye :) 



P/s : Tempat lain aku tatau, tapi kat Kluang kedai Pakcik ni memang pemes! :)




Nah Aku Up Budak Ni Sekejap!

2:40 PM

Assalam,

Bila aku belek2 henfon aku penuh ngan gambar budak sorang ni. Keje dia memang suka bergambar, sampai aku rasa dah macam bukan henpon aku pulak sebab penuh ngan muka dia. Aku pegi beraya umah Mama Tunz hari tu, boleh plak mama kata dia tunang aku? Chait!

Aku ngan dia memang geng la. Dia ni suka dress up, up to date la kiranya. So aku merangkap supir dan pada masa yang sama penasihat fesyen pada dia. Kalau aku kua mesti dia jadik batu penimbang. Aku tanya dia dah ada bf ke. Dia kata kawan tu ramai tapi nak seyes blom ke arah tu lagi. Dia kata nak buka wedding planner. Chantek gak tu aku pon minat menda alah cenggitu :)


Sape dia ni? Ni la adik bongsu aku Nurul Nadhirah Izzati. Aku panggil Dira je. Nape aku buat entry ni? Ada la mana2 budak ntah tanya nak berkenalan. Nah aku aku dah kenalkan harap ko tak kempunan! Kemain ko ea Jemah ko dah sunat blom??


P/s : Haha ni bukan entry Cik Tunang la :D

Kisah Alam Angker : Restoran Adik Manja

11:17 AM

Assalam

Hari tu ramai plak orang datang beraya kat umah aku. Borak punya borak tup2 kua cerita nih. Restoran Adik Manja? Korang familiar tak dengan nama ni? Aku sumpah tak tau.. lagi2 terkilan sebab restoran tu berlokasi kat Gambang, Kuantan. Apa yang aku nak ceritakan ni, bukan benda menarik yang boleh dibuat main2 ye hehehe~

Kawan adik aku cerita kedai tu ramai pengunjung lebih2 lagi lewat malam, tak kira la driver lori atau pengunjung dari luar. Kedai memang happening, kira tak putus2 dengan pengunjung la. Tapi yang musykilnya.. bila siang kedai tu betul2 menunjukkan sebuah kedai yang telah lama ditinggalkan! Aneh kan?\

Aku diberitahu pengunjung2 yang datang memang rata2nya tak tahu menahu tentang restoran tersebut, wujud atau tak.. semua di luar pengetahuan mereka. Apa yang mereka makan? Wallahu'alam.. tapi saksi ada mengatakan pernah sekali dia tapau makanan, bila sampai di rumah dilihat makanan tersebut hanya ranting2 dan daun kering semata2..


Dan kat sini aku attachedkan sekali cerita2 dari forum berkenaan restoran berkenaan

aku baru je balik dari bandar, td aku g tgk wayang citer KL Gangster dgn member2 aku, dlm perjalanan balik dari bandar ke rumah aku td dlm kul 10 mlm aku tgk restoran adik manja tu lampu dalam restoran ada dinyalakan tp x de pula nampak sesiapa, satu kenderaan pun x de parking kat situ... x tau la mungkin owner dia mmg nyalakan lampu restoran tu tiap mlm kot, aku nak singgah td cuaca pulak nak hujan nnt basah kuyup pula aku sbb naik motosikal je lagipun nk u turn jauh. Apa pun nnt lain kali kalau aku lalu lg kat situ waktu mlm aku try siasat.. mana tau bleh jumpa owner dia bleh tanya lebih lanjut knp dia x meniaga, ada misteri ke x - Apoilenjau


*****

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr.. - idiaz_131


*****

oh restoran tu aku tau... selalu la nmpk kalau g bandar kuantan,kat seberang jalan belah kanan jalan raya jalan menuju ke KL ada satu banglo buruk dulu,penuh semak samun tp sekarang sekitar tempat banglo tu dah dibersihkan dan dibuka ladang tanaman buah naga. dulu team uncle seeker pernah buat siasatan kat rumah banglo tu.
*****

biar btul..aku hari isnin lepas (30/6/2011) dlm kul 10mlm duk area restoran nih dlm pjlanan ke JB..aku tgk kdai tu bukak jer lampu pun terang bnderang..aku nk singgah mkn situ sbnrnya sbb trtarik ngn nm restoran tu 'adik manja' tp xjadi sbb tkut lewat smpai JB..mgkin skrg dh ada owner kot..cuba tt g update blik tgk restoran tu.. - Ran 

*****

citer nih same mcm citer member aku..kalo korang tau Kemayan Shopping Mall yg dah tinggal lame tuh...sepupu dier lalu situ sekali nmpk mcm meriah dan siap ramai org mcm ader megasale..deme singgah ar..biler dah beli mcm2 barang..esok pg mase nak check brg yg dibeli mlm tuh sumer jd daun..giler seram..saper bukan budak jb kalo nmpk area Kemayan tuh elakkan ler dari singgah - SCID

*****

Ni antara2 pengalaman2 daripada mereka yang pernah mengalaminya sendiri. Aku? Aku hanya berpeluang melihat restoran berkenaan dalam keadaan gelap sahaja semalam sewaktu datang dari arah tol Gambang. Aku tak teringat pasal benda ni sebenarnya, lagipun maghrib kan. Tiba2 lalu di satu kawasan aku toleh kiri terpampang jelas tulisan Restoran Adik Manja.. serta merta meremang bulu roma aku dan berbagai2 andaian dan cerita terus bermain di kepala aku.



Aku nampak restoran tu gelap dan sunyi semalam, tapi aku tak tau pulak macamana ngan korang nanti apabila sesekali menuju ke Kuantan nanti. Oh ye alang2 dah singgah Kuantan nanti, jangan lupa singgah Restoran Adik Manja yeee~


P/s : Cik tunang tak bagi aku buat entry pasal ni sebenarnya tapi aku kan degil :)