Blog Sihatimerahjambu

Sedangkan Neelofa Lagi Kutepis Inikan Pula..

9:03 AM

Assalam,

Eh aku skip episod cinta Aku dan Cik Tunang untuk satu entry boleh tak? Sebab ada sesuatu nak aku kongsikan kat sini. Jauh gak aku mikir malam tadi sejauh aku lompat jauh dalam acara rumah sukan masa darjah 4 dulu. Macamana nak citer ek?

Balik2 keje semalam, borak punya borak ngan mak aku.. dia bukak la citer. Dia kol kawan sepenjahit-baju dia untuk invite wedding aku. Pada mula riuh sakan la dorang borak tapi bila mak aku maklumkan yang aku nak kawen, perbualan dorang terbantut dan makcik tu terus slow. Korang dapat tak apa yang aku maksudkan ni?

Yeah bagus anda yang berada di kerusi pada lajur 4, baris 6 sebab angkat tangan tanda paham. Actually aku ada citer menda alah ni dulu, tapi aku tak sangka aku masih lagi jadi pingitan macik2 kat luar sana untuk dijodohkan ngan anak2 dorang. Aku ingatkan last case Ustazah kat taman aku tu. Tup2 Ada lagi plak! Kawan mak aku ni sebelum ni secara langsung approached mak aku, nak jadikan aku menantu walaupun anak dia tau anak dia dah ada bf. Katanya dia tak berkenan ngan perangai bf anak dia tu yang tatau hormat orang tua. Hmm..


Ia bukan sesuatu yang aku banggakan tapi lebih kepada rasa sedih sebab terpaksa kecewakan perasaan orang. Setiap parents mahukan terbaik untuk anak2 mereka, tapi aku musykil kenapa la aku? Bila aku fikir2 la kan, serupa jalan citer tamil pon ada. Mak bapak dok kenen2kan anak mereka, tapi heroin sebenarnya dah ada bf lain. Menangis hempas badan kat katil disaksikan hujan lebat mencurah2 kat cermin tingkap. Dari berbaju tido dalam bilik tup2 berlari2 kat Banjaran Andes dengan 40 orang penari yang entah mana datang aku pon tatau. Jiran dia kot? Mula la aku nak mengarut nih uhuk3

Semalam gak aku luahkan kat mak abah aku. Aku bukan terbaik, mungkin mereka terpengaruh dari pandangan luaran aku semata2. Dorang mungkin boleh terima aku, tapi bagaimana dengan anak2 dorang? Aku banyak kekurangan tapi bersyukurlah Cik Tunang masih sudi menerima aku tanpa banyak soal. Jadi tak perlulah pertikaikan perasaan aku terhadap Cik Tunang walaupun Izara Aisyah masuk merisik aku.

Izara Aisyah?? Err boleh bagi masa pikir balik tak? :P


You Might Also Like

27 comments

  1. mula2 siries je baca..tumpang simpati dgn ustazah tu.

    pahtu tamil mana ntah dia..

    izara esah pulak.

    kemain

    bhahahahaha

    hahaha

    okeh, x abeh gelak lg.hahahahaha

    ReplyDelete
  2. nelopaa lah.. izara aisah lah.. maimon talib lah.. sume stok retiss je yerp...

    ReplyDelete
  3. calon pilihan ye...kecewa la mak cik rakan sepenjahit mak apzal. hehe. apa boleh buatkan...apzal sudah diikat cik tunang.


    ReplyDelete
  4. susah jadi jejaka idaman melaya nie......
    sampai izara aishah pun boleh angau !!!!
    bertuah kau zal.....

    ReplyDelete
  5. adoii frust dgr izara aisyah dtg mminang cikgi hehe...hotnya cikgi untglaaa hehe...ok nak nangis hempas badan kat katil disaksikan hujan lebat mencurah2 kat cermin tingkap ;)

    ReplyDelete
  6. mak... jeles i u... aku dah bangka ni pon xde sapa nk lg ni..huhuhuh

    soh makcik tu jodohkan ngan aku la.. ;p

    ReplyDelete
  7. izara tu bebudak lagi banglong oiih, takpe. boleh mikir lagi. ada 4 korum kan. haha

    ReplyDelete
  8. hahaha kemain nak izara jugak si tok nie :P ngada lettew

    ReplyDelete
  9. Kira kau nak kata kau ni hot stuff la ni? Puihhh! :P

    Memula tu nampak la gak kau ni cam jantan berkualiti. Walaupun tak bape ensem tapi setia orangnya. Kehkeh! Saje nak kutuk kau :P Tp bila kau tetiba tersedar dari lamunan yang part "Ehh, Izara Aisyah??" terus jelas dah kehidungbelangan sebenar. Bwahaha! :P

    ReplyDelete
  10. amboi kemain hot nye tuuu .. neelopa pon jeling mcm tu je kan . hahahaha . thuiii

    ReplyDelete
  11. kah kah jadi rebutan tok sekarang ek??

    ReplyDelete
  12. Jejaka idaman mak mertua la rupanya ni. Syukur la aku tak sekampung dgn ko. Kalo tak, mesti mak aku pun berkenan dgn ko nanti.

    ReplyDelete
  13. huh.. pujaan ramai rupenye ko ni ye..

    ReplyDelete
  14. apa kata ko bagi mak cik tu baca blog dengan entri2 ko ni. InsyaAllah dia akan berubah hati.hahahahahahaha

    ReplyDelete
  15. peh peh ! retis ko afzal,wahhhh jejaka idaman :P

    ReplyDelete
  16. nk retiss saja...xpe pi kat retis..cik tunang meh shida kenenkn kat org len heheee :p amcm?? de bran?? ^_^

    ReplyDelete
  17. hang sorang je kot yg paling sopan santun dlm kawasan tu. sbb tu pilih hang.

    ReplyDelete
  18. ceit...perasan betei hahaha..! yela awak kn sopan santuuuuuuun..huhuhu..

    ReplyDelete
  19. haip! kemain nak pikir2 balik ehhh

    ReplyDelete
  20. Singgah ziarah kamu..
    Wah... Kamu sedang berdarah manis ya???

    ReplyDelete
  21. haha apa la afzal nie... tajuk nelopah tapi dalam entri buh izara plak huahuahua..

    ReplyDelete
  22. Wahh tok! teruna idaman malaya niey.. eh, kalau izara nak aje tok pikir dulu erk? hahaha~

    ReplyDelete