Aku seketul henpon samsang second hand. Aku berasal dari luar negara, tapi biarlah menjadi rahsia.. takut aku angkuh lagi bongkak nanti. Pada suatu hari tu, aku telah dibeli oleh seorang mamat, takde hensem mana tapi boleh la pegi jauh kalau diambil sebagai model iklan makanan ayam. Aku gembira tak terkira..senyum sampai ke telinga walaupun aku tau aku takde telinga.
Aku dibelai manja seperti binatang minyak yang penuh. Aku geli geleman tatkala tuan aku menye-lide2 akan perut aku ke kiri dan ke kanan berulang2 kali.. tapi aku pasrah. Aku adalah miliknya sepenuhnya, buatlah apa sahaja yang dia mahu.. aku redha :P Aku tak pernah lekang dari tangannya, waima ke jamban sekalipun dia mampu mengawal suaranya mengangkat panggilan walaupun ketika itu intonasinya sedang meneran. Macamla orang sana tak tau dia dalam jamban.. berdengung semacam.
Tapi sejak dia berkahwin haritu, hidup aku tunggang langgang. Cakap je mana tempat aku tak pernah pegi, bawah katil? Belakang almari? Terselit tepi sofa? Dalam tudung saji? Perghh menangis hiba aku. Aku diabaikan serupa telur lipas.. rasa macam siput vavi pon ada! Aku tak lagi penting.. kalau cenggini la gayanya, hantar saja aku balik ke rumah orang tuaku!! Eh aku takde orang tua apatahlagi burung kakak tua.
Itulah nasib diriku, henpon samsang milik afzalsukasuki. Habis kredit bersepah2 ko buang ye Jemah!! Puihh
P/s : Seyes aku tak tau apa function henpon aku skrang. Untuk SPM candidate, korang
boleh kopipes entry aku untuk karangan autobiografi korang paper BM bulan depan :P
18 Comments
gila best aku HP pun x de
ReplyDeletekahkah! pepagi dh buat aku sawan kan tok?
ReplyDeletenak ckp tgh diulit bahagia dgn isteri lettew. kasi gua lah henpong tu tok :3
kah kah kah..jilaka karanagn lu tok..paper julai pon belum tetntu lulus!
ReplyDeletewah~ wa baca tajuk je dah taw, karangan ni mmg terbaek.. kuh kuh kuh
ReplyDeletekahkahkah...SPM candidate, sila lah copy karangan ni. Kompon dpt A+++ hahah. Kesian henpong kau apzal! =P =P
ReplyDeletehe3..... sadis remy dengar..... sampai hati kau zal...... sian kat dia......mentang2lah kau ada benda lain nak belek , nak tekan......he3
ReplyDeletesedih pulak kita dekat telefon tu .. huk3
ReplyDeletekahkah... untung ar hp samsang SIII an an..
ReplyDeleteteruklah tuan awak, dah dapat teman baru, U di tinggalkan, nanti kalau dia cari balik, cakap kat tuan U, I TAK NAK U LAGI hahahaa
ReplyDeletehai afzal, kak yatie niii..
buat jualan amal le zal..he he he
ReplyDeletekah kah mentang2 dah kawin..:P
ReplyDeletepergh... kesian henpong tersebut...
ReplyDeletehahaha..mohon hadiahkan kat aku.hehehehe
ReplyDeleterasanya memang kalau orang dah kawen memang suka letak enpong merata2 sampai lupa kot...
ReplyDeleteAku tak letak sepah2..takut bini aku tahu!!! hahahahhaha
ReplyDeletejangan penyelesaiannya bagi jela kat geng2 GBS hp tu.. mesti depa terharu nanti.
ReplyDelete*kalau bebudak sekolah baca karangan nie tentu failed exam depa. :P
Hahaha..kemain buang lagi HP dia..apa kata buat contest kat blong ni dan hadiahkanla hp samsang tu..eheheheh :p
ReplyDeletekemain lg kan sejak2 berdua kan hehee..tak mau juai leh saving ekkeke :p
ReplyDeletesian dak SPM dpt C je kalo kopipes krgan zal nih ^_^