Blog Sihatimerahjambu

Aku Pon UPSR Jugak La Dulu

11:34 AM

Assalam,

Wah2 akak kat sana tu kemain senyum menggigi? Akak kat sebelah dia plak..senyum menggusi taknak kalah punya pasal. Yela masakan boleh tahan bila lihat anak2 memasing cemerlang dalam UPSR. Kalau  nak diukur tahap kecemerlangan  bukan setakat naik kelas lompat je, kalau boleh amik result UPSR terus apply IPTA. Perghh mantap!!

Aku tumpang gembira je la, aku ucapkan tahniah kepada adik2 yang berjaya. Yang tak berjaya tu, abang faham korang sedih. Jangan putus asa sangat, korang masih ada 2 lagi ujian yang lebih besar iaitu PMR dan SPM. Tapi aku sedikit rasa terharu bila lihat ada segelintir adik2 kita yang kurang upaya dari segi pemikiran, cacat, buta dan autisme mampu memperolehi 5A. Ya Allah, aku tak tau sekuat mana kecekalan hati dorang ni dan apakah pendorong yang buatkan mereka mampu berdiri sebaris dengan pelajar2 cemerlang yang sempurna fizikal dan upaya mereka :'(

So bagi adik2 yang cemerlang keputusannya, dah tuntut ke janji2 mak abah korang? Untungla bebudak sekarang, demand besar2. Baru UPSR dah demand honda EX5. Perghh naik moto tu.. kaki sampai tak? Ke nak abang request pasang 2 tayar spare kat blakang? Haha. Ada yang request henpon memahal, percutian ke Paris. Wadepensil aku nak ke Pangkor pon bertunda2 ni plak nak ke Paris.

Dulu masa UPSR mak aku menjanjikan komputer. Tak percaya mak aku yang surirumah time tu, kini dan selamanya nak hadiahkan aku komputer!! Ko tau je la time aku dulu, sebut je komputer leh bikin hati melonjak2 gembira keriangan seumpama teletubbies tau. Yela orang kaya je mampu pakai komputer.. tapi apa akan orang lihat kalau aku mampu memiliki komputer? Bayangkan umah aku ada komputer dalam area Cheras tu. Pergh!!! Pasti ramai yang akan hantar santau kat aku dek kerana kejelesan yang melampau2.

Sijil ni laku kalau aku nak apply jawatan Pegawai Pengawal Kerengga atau
Guru Tarian Lilin G41


Sampai yime amik keputusan, aku balik kegirangan. Aku cemerlang straight A dan terus tuntut hadiah. Mak ngan muka setenang2 ikan di air.. mengangguk kepala. Mak aku keluar manakala aku dok umah. Tak lama kemudian mak aku balik, lalu menyerahkan pada aku kotak kecik sambil tersenyum2 kambing.

'Ni ke komputernya mak?', aku sedikit was2. Mak aku mengangguk. Walau kecik komputer aku, tapi hepi kemain aku time tu. Ngadap 24 jam sambil mak abah aku pon amik turn nak tumpang pakai komputer aku. Korang nak tau komputer aku dapat time tu?? Ni dia!!

cenggini la 'komputer' yang aku dapat.. tapi bukan monyet. 'Komputer' aku
main buaya tangkap telur burung. Untungla 'komputer' atas ni banyak button,
komputer aku dulu ada 2 button je. Button kiri ngan kanan!


Tak tau la samada mak aku seyes atau aku telah dikelepeti dorang time tu. Ye la mana la aku pernah tengok rupa alah komputer tu, kalau orang kelepet aku pon aku mana tau. Chait

P/s : Bebudak sekarang ada pakai beg swan lagi tak?

You Might Also Like

21 comments

  1. bijak gila..tu yg ko dapat mrsm kan kan kan

    ReplyDelete
  2. Bijaknya afzal. Hehe...mak tak kelepet kot. Mak bg tu sebab nak bg pengajaran secara halus...dah besar jgn jd buaya darat...haha. tu yg dpt game buaya tangkap telur. Gurau jep...hehe. alhamdulillah along afzal membesar mnjadi lelaki yg baik...da jd somi org da pun. :D

    ReplyDelete
  3. Bijaknya afzal. Hehe...mak tak kelepet kot. Mak bg tu sebab nak bg pengajaran secara halus...dah besar jgn jd buaya darat...haha. tu yg dpt game buaya tangkap telur. Gurau jep...hehe. alhamdulillah along afzal membesar mnjadi lelaki yg baik...da jd somi org da pun. :D

    ReplyDelete
  4. Hebak Mung Afzal....!! :) Yela, dulu 4 subjek jekan..skrg dah 5....

    ReplyDelete
  5. Beg swan.?? haha
    budak2x pun nanti cakap..
    "ape laa abang nie zaman bila pakai beg swan"

    Kelakar la baca part "orang hantar santau sbb sorang je ade komputer dekat cheras tu, ahhaa

    ReplyDelete
  6. terbaek bro..pandai 2.osem sesgt la...dpt plak komputer cnggih sgt2 hahahha

    ReplyDelete
  7. best stud rupanya abg jal ni dlu... untung la komputer ade dua button... x yah susah2 nak cari banyak2 button...

    ReplyDelete
  8. xpernah tengok pun komputer tu.huhu

    ReplyDelete
  9. hihi..tu macam game era dulu2 je tu

    ReplyDelete
  10. wahhh sama tahu la UPSR kita.. tapi kita lompat kelas tau hak hak. perlu la mention kan. cantik jer simpan sijil, haku punya sudah dimakan buaya.

    ReplyDelete
  11. remy tak dapat apa pun...... hu3..... nak nitendo tu jugak.......

    ReplyDelete
  12. ok lah tu zal...kira bertuahlah tu...dapat gak zal main game...he he he

    ReplyDelete
  13. rupanya kau dengan aku sama bijak ye..hahahahaha.. cuma aku makin bengap bila masuk sekolah menengah..yelah..dulu aku tuntut Play Station 5 kat mak aku, tapi mak aku tak hadiahkan..hahahahaha

    ReplyDelete
  14. pandai rupanya kamu ni...akak ingatkan............





    ekekeek

    ReplyDelete
  15. congrate adik apjal cemerlang upsr baru kuar ni..straight A's tu.eh..ni suatu masa dulu ye..tahniah untuk di masa dulu ye apjal.hehe..dulu cakap komputer mesti macam best gile kan..skang ni budak2 demand kemain lagi kan..

    ReplyDelete
  16. Fuyoooo! Terer seh kau. Result aku kurang sket la drpd kau sbb English aku agak kantoi. Naseb tak kantoi terus. Haha! Err kesian kau dipergula2kan je oleh emak kau. Hehehe. Takde laa. Okeyy apa. Kira komputer la tu. Zaman kita UPSR dulu if dpt komputer pun rasanya mana reti guna. Kecuali untuk menaep je. Err kejadah hari2 nak menaep surat ke semata2 nak men komputer? :|

    ReplyDelete
  17. pakai beg swan ada roda.. ko mampu.. aku pakai beg plastik je :P

    ReplyDelete