'> Balik Balik Korang Tanya Aku Keje Apa | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, November 2, 2012

Balik Balik Korang Tanya Aku Keje Apa

Assalam,

Ai aku malas sebenarnya nak story mory pasal keje aku ni, sebab pening.. panjang berjela. Ni kalau aku citer ni, kompom malam kang bos aku masuk mimpi aku! Perghh horror beb, siap pakai lab coat lagi panggil aku datang keje. Aku keje ape? Aku lab assistant je :)

Bila aku cakap keje aku, ada antara kawan2 aku tak percaya? Apsal? Muka aku ada macam makcik kantin sekolah rendah ke? Skop keje aku? Aku keje kat mana? Ada keje kosong tak? Haa yang tang keje kosong tu mahap la ye sebab keje aku ni melalui SPA gak. Aku keje kat Jabatan Perkanan Kuala Lumpur dalam unit Biologi. Handle makmal Bakteria. Sebelum ni kat Kuantan aku handle lab Residu Drug Veterinar.

Skop kerja aku? Jap2 aku bukak balik fail meja aku. Hmm.. actually kitorang kena jalankan analisis bagi mengesan kehadiran bahan2 mahupun kontiminasi terhadap sampel ikan yang boleh memudaratkan pengguna mengikut piawaian yang ditetapkan oleh EU. So kalau sebelum ni aku kat makmal RDV, keje aku kena mengesan kehadiran sebarang jenis dadah yang ada pada ikan ternakan. Dadah tu mungkin datang dari makanan yang diberi dan mungkin gak dari ubat2 mahupun bahan kimia.

Sekarang aku take over lab bakterialogi plak, fungsi aku kat lab ni pula untuk mengesan kehadiran bakteria2 menbahaya dalam ikan mahupun pallet (makanan ikan). Analisa yang dijalankan adalah untuk mengesan kehadiran Fecal Coliform, E.coli, Vibrio SP dan Salmonella. Selain ikan, aku ada gak terima sampel2 kerang dan udang daripada ladang ternakan.

So bila dah dianalisa, didapati sampel yang dihantar negatif (tiada bakteria) kitorang akan keluarkan sijil khas untuk peladang tersebut dan dengan adanya sijil tu peladang boleh la membekalkan ikan2 @ ternakan akuakultur dorang ke pasaran Eropah :)

Itulah keje2 aku. Hehe. Nah kat bawah ni aku tempek gambar2 yang ada

ni sewaktu kitorang attend latihan membuat surimi. Macam bebola ikan,
bebola udang dan ketam yang korang makan tu.. sebenarnya asal
daripada isi ikan cuma dicampur perasa saja.

dengan tenaga2 kerja makmal yang ada. Time ni aku kat Kuantan lagi

Nampak? Nampak? Betapa gembiranya aku buat keje!! Hahaha

Ni la yang aku malas, rutin wajib setiap kali setat analisis. Lap semua benda!! Tempat
analisis wajib bersih

Kalau ada peluang jangan la masuk lab ni, busuk menatang atas ni.
Tu adalah perut ikan yang dicampur ngan media, diperam 24jam. Bau tungkik!

Nampak tak betapa kusyuk dan tawadhuknya aku buat keje

Ni adalah bakteria yang telah membiak setelah diperam semalaman, tunggu ke step berikutnya


Nah ni la citer pasal keje aku. Nama je lab assistant tapi maaf bukan macam sekolah punya ye, keje kitorang besh :) Buat analisis serupa penyelidik. Hehe. Dah2 lepas ni jangan tanya lagi aku keje apa

26 comments:

  1. aku ingat ko siang ikan pastu buat keropok lekor itu hari

    ReplyDelete
  2. perghh pergi kerja berkemeja lengan panjang bhai. kahkahkah






    maceh jawab soklan aku. kemain panjang jawapan. :D

    ReplyDelete
  3. Oohh..abang makmal. Acik lab tu pon best juga, glamer satu sekolah kenal punye :)

    ReplyDelete
  4. best giler keje! BTW, MINAT GG TARING TU! nak boleh? wakakakakka

    ReplyDelete
  5. oh...ini ke keje abam selama ini...


    bahagia keje, hasilnya bahagia pendapatan yedakk? kekekkek

    ReplyDelete
  6. last sem aina amek subjek biologi pencemaran. Kitorg buat analisis guna hidupan aquatic terhadap pollutant. mmg menarik. Cuma... tak tahan bau!! >_< huhuhu.

    ReplyDelete
  7. Ooo.. itu ke pekerjaan afzal sukahati. Menarik kerjanya. Cuma part bau tu je tak menarik. Boleh imagine betapa busuk sbb kalo perut ikan yg terlewat buang pun bau busuk giler, inikan pulak dan campur dgn bahan lain pastu peram..

    ReplyDelete
  8. aku tgk dah macam nak buat proses ikan masin je. ekekeke

    ReplyDelete
  9. nak apply jugak ! haha . bestnye . mcm dktor pun ada . haha

    ReplyDelete
  10. best nyer keje bro.... takde sapa nak kacau... tempat bersih......

    ReplyDelete
  11. bestnya keje masuk lab kaji itu kaji ini..hehe.


    jadi acik lab sekolah popular dikalangan pelajar...afzal lak popular dikalangan ikan2 dan anak ikan. haha. bukan anak ikan yg tetttt tu. alahai.

    ReplyDelete
  12. owh,abg ni kje dlm lab ghupenye...
    btw,sungguh berkarisma...hihihi

    ReplyDelete
  13. pehhhh keje kat lab . :D
    aku mati2 ingat kau keje kat dalam ofis wey , wakaka xD

    ReplyDelete
  14. Jabatan Perkanan Kuala Lumpur tu apa ??? heh heh

    pergh.. dah boleh gantikan professor klon dah ni bro.hahahaha

    ReplyDelete
  15. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog niechat boxpakjoe x kira k hahah ,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
  16. dah nak macam kaji penyakit jer nie afzal hihi...

    ReplyDelete
  17. ikan di peram 24jam...confirm yang ngantuk boleh terjaga gara2 hidu bau tu hahaha

    ReplyDelete
  18. balik kerja korang tanya apa2 (sajer nak menyemak)

    ReplyDelete
  19. kerja mencabar betulll..cayalah apjal!

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com