Siapa Kawan Kita?

9:46 AM

Assalam,

Salam Jumaat semua dan salam Rabu gak kepada penduduk sekitar Papua New Guinea. Kelmarin kot.. ke kelmarin punya kelmarin, aku pon dah lupa la. Aku buat entry pasal Sampai Bila Nak Kejar Trafik dan aku tertarik ngan salah satu komen daripada kawan blogger aku yang sorang ni MK Syahir.


Semalam aku borak2 ngan sorang kawan aku. Cerita pon berkisar menda alah ni. Korang pernah tak terfikir, korang ada beberapa orang kawan yang mana korang anggap sebagai kawan baik. Tetapi pada masa yang sama pernah tak korang fikir adakah kawan korang tu anggap korang sebagai kawan baik dorang? Betul gak apa kawan aku cakap tu buat aku pikir lama.

Aku ada seribu lebih kawan kat fb, yang kenal atau tak.. sama banyak. Tapi aku rasa lebih berat yang kawan ngan aku sebab ada kepentingan. Yang dulu kemain hangat, sekarang langsung ilang. Datang dan pegi tu benda biasa lagi2 yang pesen datang tunjuk muka sebab nak ajak join bisnes, advertised barang, suruh klik iklan dan selalunya muncul time nak kenduri kawen. Aku tak kisah sangat sebab aku dah immuned. Bak kata kawan aku la, kita ni ibarat hadir tak diundang.. pergi tak dihalang. Ada atau tak.. sama je. Jika takde kepentingan lagi pada dorang.. kita hanyalah sampah!

Aku masih ada kawan, bukan takde langsung. Pada aku dorang buddies aku.. cuma macam aku cakap tadi la, adakah dorang pun anggap aku macamtu? :)

P/s : Korang plak macamana?

You Might Also Like

16 comments

  1. lumrah alam semuanya. nabi kita pun mengalami benda sama.

    ReplyDelete
  2. berkwn biar beribu, berkasih biar satu.. hehe..

    salam ziarah, jejak dan follow.. follow me back..:)
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tah la nak kata kawan baik ke macam mana...mungkin baik tu bermaksud rapat dan sentiasa ada dalam susah dan senang...hmm, sebenarnya kawan macam ni selalu datang dan pergi...

    ReplyDelete
  4. susah nak jangka zal... kawan ada beribu....... tapi setakat mana jauhnya kawan tu.... tu kena tanya hati......sama ada itu hanyalah kenalan atau itulah kawan sejati....

    ReplyDelete
  5. wa xsuke kwn ngn lu wa menci lu.... wa pun xknl lu sibuk2 nk kenal wa..

    ReplyDelete
  6. a man told me once, he got thousand friends on fb.... tp time keta rosak,bini dia la yg tolak. hehehe

    ReplyDelete
  7. Ye la..pernah jugak terpikir gitu..tambah2 orang macam akak ni yang tak pandai nak tunjuk betapa sayang nya akak pada kawan2..

    ReplyDelete
  8. Alaaa, sentimental aku baca seh. Hahaha!

    Bab kawan ni, takde jawapan kalau nak difikir dalam2. Hati org boleh berubah2, plus feelings change. Ikut keadaan sekeliling, ikut people surrounding us. Cewwah! Aku sendiri pun kdg2 bukan setia sgt dengan seseorang kawan. So aku takleh nak persoalkan org laen. Kalau kita betul2 anggap kawan, percaya je kesetiaan kawan tu even dea sedang menghilang.

    Tapi bab aku nak tau bape kerat sgt yg betul2 anggap aku kawan tu, aku pun taktau & tak brani nak tau. Pada aku, datang tak diundang pergi tak dihalang tu okeyy lagi. Asalkan jgn kawan makan kawan dah la weyh! Itu je yg bg aku saket.

    Aku suka laa quote member kau tu. Hmmmm

    ReplyDelete
  9. show lagi..http://www.gilamodified.com/2012/12/the-library-opening-ceremony-autoshow.html

    ReplyDelete
  10. aik! blog afzal ni dah mansuhkan chat box ker dik? tak nampak lak kat mana chat box nya.. ke akak yg dah ketinggalan zaman..

    ReplyDelete
  11. aku pun tak tau lah.. sampai satu tahap aku rasa macam tak nak berkawan lagi dah.. kadang2 aku rasa macam orang hanya nak kikis duit aku je. mentang2 gaji aku sebulan rm900.hahahaha

    p/s : chill bro.. kadang-kadang kita tidak akan jangka sebenarnya orang yang kita langsung tak ambil peduli, itulah sebenarnya sahabat kita... dan orang yang kita anggap sahabat tapi sebenarnya orang tu bukan sahabat kita..

    ReplyDelete
  12. berat persoalan ini. hidup ni diluar jangkaan selalunya...yang macam kawan boleh jadi lawan kadang. berkawan jelah seadaanya...orang nak kawan kita berkawanlah, kan? takkan nak berlawan lak...hehehe.

    ReplyDelete
  13. ko ni emo semacam jek tok ketua awat?? hang dtg bulan kew hapa?? ha ha ha ~ bagi aku senang... terpulang pada definasi sahabat tu... tapi pada aku sama ada derang datang time aku senang2 mahupun tak datang time aku susah2 aku ttp ingat derang tu sebagai sahabat... sbb kadang2 dlm hidup kita tak boleh terlalu baik pada seseorang kerana suatu masa nanti mungkin org itu akan menjadi musuh kita, dan juga sebliknya mungkin musuh kita itu suatu hari akan menjadi sahabat kita... ko pahan tu tok ketua... klw tak pahammm mohon terjun lopak ha ha ha ^^

    ReplyDelete