Soalan SPM Sejarah Bocor!!

8:04 AM

Assalam,

Orang lain sibuk bercuti, aku gigih bekerja. Heh jangan ingat aku rajin kemain.. ni pon sebab cuti tahun aku dah berbaki 2 hari je, kalau tak jangan haraplah aku nak datang opis. Oh ye gambar entry Sembang Santai : isu tudung tu.. bukan Liyana Hashim si pengacara Safiyya tapi Liyana Hashim si blogger. Ai nama dah la sama, muka pon iras2 je. Salah aku sebab mata aku kero aka juling2 itik. Esok gak aku pegi trim mata bagi straight.

Sedar tak sedar dah 12 tahun aku meninggalkan alam persekolahan dan kali ni giliran adik bongsu aku plak hadap kertas soalan. Aku tatau la apa di gebang atas kertas jawapan tu janji jangan dia buat kapal terbang atau sampan sudah. Aku tak berani nak janji apa2 ngan dia, sebab result dia boleh tahan. Papa kedana kalau aku janji nanti. Cerita pasal peksa SPM ni, aku ada benda nak dikongsikan ngan korang pasal soalan Sejarah SPM aku dulu.. Soalan bocor beb, malam peksa!!

Ceritanya cenggini, time2 peksa ni.. wajiblah ko nampak surau2 di dalam kawasan asrama terang benderang dipenuhi ngan student2 yang bajet nak stay up. Bajet2 je tu.. 10 menet (tu kira paling lama la tu) je pastu dibantai tido. Muka yang selama ni tak pernah nampak kat surau, muka pecah masuk asrama puteri.. semua ko boleh nampak kat surau. Kira tahap kefemesan surau time SPM ngalahkan orang masuk Pavillion mahupun Midvalley. Aku? Macam biasalah berlakon dengan harapan kalau stadi kat surau, ilmu senang masuk tapi haram satu hape tak baca lagi. Puih!

Aku ada sorang kawan yang alim, bukan namanya Alim ataupun alim2 kucing. Ni bebetul punya alim tau. Malam tu dia buat solat sunat macam biasa pastu tido sekejap. Kitorang stadi bertungkus lumus, 30% tungkus dan lumus manakala baki 70% lagi bergosip. Almaklumlah esoknya peksa sejarah, banyak benda nak dihafal.

Tetiba kawan aku tadi bangin dari tido, dia terus bagitau kitorang 2 soalan yang masuk esok. Kitorang ni blur.. mamat ni mengigau ke hape. Tapi sebab dia ni lain daripada yang lain, jadi aku takde la rasa dia nak kelepet kitorang. Ada kawan aku yang gigih kemain amik bulat2 apa yang dia kata.. dah serupa amik nombor ekor pon ada! Aku amik jugak tapi takde la teruja macam dorang serupa kuda mati bini je.

Esok bila aku hadap soalan Sejarah SPM kertas 2, aku terus belek2 soalan. Nah! Sekali apa yang kawan aku cakap malam semalam memang masuk la beb!! Tergamam aku sekejap, nasib aku ada stadi jugak. Alhamdulillah la Sejarah aku dapat B3, sikit lagi nak dapat A. Aku usha2 gak kawan2 aku yang lain, manala tau kot2 ada antara dorang yang tulis jawapan pakai kaki.. soalan bocor punya pasal. Huhu

Apa2 pun aku kagum dengan kelebihan kawan aku yang sorang tu. Nak tau apa rahsia dia? Dia rajin buat solat sunat pada malam hari dan baca Al Quran. Sekarang ni aku tatau dia kat mana tapi yang aku tau, aku dapat soalan bocor gara2 percaya mimpi dia :)



P/s : Selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua budak2 sekolah, makcik2 yang
        repeat peksa dan mereka yang datang peksa tapi tak amik peksa (yakni pengawal
        peperiksaan)

You Might Also Like

19 comments

  1. peh... terbaik. dpt soalan bocor dlm mimpi.!B3 sejarah kira power da tu. =)

    ReplyDelete
  2. wah B3...power tu power. haha. kita ni tak bocor tak apa...nanges2 nak hafal dapat B4 jep. :P

    ReplyDelete
  3. Aku rasa aku pun dpt B3 utk sejarah kalau tak silap. Itu dah kira the best dah tu, padahal aku ni mmg fail bab menghafal. Sejarah Paper 1 aku siap tertidur sbb mlm tu aku stay up stadi walaupun aku taktau apa je yg berjaya lekat dlm kepala aku.

    Terbukti. Org yg byk amalan tu insyaallah dibantu bila dea memerlukan kan? Untung dea tak selfish malah igt kwn2 kan? Dan untung kau terniat nak stadi kat surau walaupun niat tu cuma konon2 je kan? Hahaha!

    Apsal kau tak sms aku dpt soalan bocor dulu? Kalau tak mesti aku da dpt A+++. Hahaha :D

    ReplyDelete
  4. Mimpi jadi kenyataaaannn..untung woooo..huhuhu..^^ Dapat B3, kira genius la tu..Hehehehe..

    ReplyDelete
  5. fine la.. bocor xnk gtau... bleh buat bgadoh ni..

    xpasal2 sejarah aku A.. hahah

    ReplyDelete
  6. sejarah,, subjek paling x minat ngeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  7. eleh. di sebabkan soalan bocor, sebab tu ko dapat b3 kan.. kalau tak mesti dapat 5c macam aku jugak.. ahahahha...

    ReplyDelete
  8. bangin tido ek? haha


    untunglaa dapat soklan bocor...
    nasib bek x bocor paper tu..haha

    ReplyDelete
  9. awek gua pon selalu bocor..sebulan sekali memang kompom..ehh?

    ReplyDelete
  10. see... jejak jer ke surau terus dapat reward right there and then.

    ReplyDelete
  11. Liyana Hisham ekceli...nm pengacara safiyya tu...;p

    ReplyDelete
  12. itulah kelebihannya bila kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah... betul tak bro?

    ReplyDelete
  13. yang dapat mimpi tu memang A++++ la kan..

    http://jeritpekik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. haha..untonglah dapat soalan bocor..yg terbaik adalah untuk orang terbaik..kann

    ReplyDelete
  15. peh! kelebihan padanya atau mungkin itu satu kebetulan.. hik2.. tu nasib baik dia bagi tahu kalau tak gerenti ang dapat c or d.. haha

    ReplyDelete
  16. sejarahlah yg paling lemah nak exam...semua nak fakta...... hu3
    tapi bestkan kalau leh tahu awal2 dlm mimpi....

    ReplyDelete
  17. gua dapat B nak kira macam mana tu? hahaha kami dah tak pakai grade2 ni :p

    ReplyDelete