Nak Sembuh? Minum Air Kaki..


As salam,

Pagi2 tadi aku sempat baca blog kawan2 dan aku tertarik ngan satu cerita kat blog kak Dianarashid.com. Tentang persugihan iaitu sejenis ilmu mistik atau ilmu hitam yang digunapakai di negara seberang. Bahaya ilmu ni, aku taknak cerita.. korang baca sendiri kat blog kak diana. Aku tak hairan sebab di sana, pusat2 perubatan mistik boleh didapati di mana2 malah menjadi sumber pendapatan penduduk di situ.

Bila aku baca, tetiba aku teringat cerita sorang kawan aku ni. Ada sorang kawan dia pegi bekfes kat sebuah warung. Nak dijadikan cerita air yang dia order tu ada semut jadi mamat tu pegi balik jumpa budak yang buat air tu, maklumkan dan mintak dia ganti air tersebut. Bila budak tu capai cawan, dia terus amik semut dalam air tu dan telan. Mamat tu pelik la tapi takde la kata apa2. Tapi sebaik dia melangkah keluar dari warung tu, mamat tu terus muntah darah.

Bila berubat, pakcik yang mengubat kata mamat tu dah malukan budak buat air tu dan penyakit dia hanya boleh diubat dengan minum air basuhan kaki budak tu. Giler jahat kan? Sampai macam tu skali, agaknya dah abis ikhtiar kot pakcik yang mengubat tu sampai suruh mamat tu minum air basuhan kaki? Lagi2 kalau kena yang siap pakej cagu. Perghh hanyir!

Tengok sendiri la pasal benda kecik tu pun boleh ke tahap santau menyantau kan? Dunia sekarang ni macam2 benda boleh jadi, kita tak boleh espect apa yang dorang mampu lakukan pada kita. Kalau tak boleh guna cara kasar, dorang akan guna cara halus. Kita sihat hari ni, esok belum tentu. Jaga diri, jaga keluarga, tuturkata dan perbuatan sebab kita kena sedar yang kita tak mampu puaskan hati setiap orang dan bukan setiap orang selesa ngan apa kita lakukan.


Aku ingatkan untuk diri aku gak. Kalau tikam terus mati takpe sebab kita nampak. Ni yang pesen main tuju2 dari jauh ni. Alahai risau aku beb! Aku berani cakap la sebab aku pernah kena :)


P/s : Minum air gamat pon leh ungu muka, inikan air kaki. Pergh!!




17 Comments

  1. semoga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua... aku pun risau jugak benda2 macam ni..sebab kita tak nampak

    ReplyDelete
  2. Tuju2 cinta best gak ini tuju2 santau... Dasar bajingan itu orang RAWWWR

    ReplyDelete
  3. tujukan kpd ppp sbb dia selalu nak kasi aku makan sup kaki, kari kaki

    ReplyDelete
  4. Bahaya sekarang ni..apa pun tak boleh..


    psst: aku santau ko dengan durian crepe nak?..hahahahaa

    gurau weh..

    ReplyDelete
  5. nk lg mujarab air kaki ayah pin bro wakaka

    ReplyDelete
  6. kesudahannye die minum tak ?

    uhh uhh .

    ReplyDelete
  7. santau ni tak rajin lagi keluar emas ke cam rantai emas ke kan...mesti kuar benda2 cam paku,jarum....cuba kuar muntah duit ke apa ke kan...mesti ramai nak disantau

    ReplyDelete
  8. Peh gila dahsyat. Tapi sekarang ni memang tengah femes jugak isu persugihan ni. Semoga Allah lindungi daripada gangguan syaiton ini.

    ReplyDelete
  9. ee teruknya kalau dibalas camtu... takkan cakap camtu dah dianggap memalukan yea... hurmm macam2 la sekarang nie kan...

    ReplyDelete
  10. orang kata kalau nak tegur makanan or minuman kat kedai kena berhemah.. kalau tak memang mendapat la, tak kena santau cam ni, dia ludah2 lak makanan kita.. aduh.. sadis

    ReplyDelete
  11. ish...pasal semut je dah sampai tahap santau2 gitu..takut nya kalau tersilap cakap ke apa..kan??sebab tu kalau nak lepaskan marah lepaskan je dalam blog dan facebook.sebab dalam blog dan facebook kita marah tapi tak dinyatakan marah kat sapa..kan??heheh

    ReplyDelete
  12. assalam ziarah ;)
    saya tahu komen ni out of topik,
    tapi saya harap sangat tuan/puan blog dapat bantu saya untuk menang iphone 5 kat sini.

    http://puangojes.blogspot.com/2012/12/bantuan-di-perlukan-klik-g1-dan-undi.html

    bantuan tuan/puan blog amat2 saya hargai. terima kasih ya :)

    ReplyDelete
  13. zaman sekarang memang cukup takut.. bunuh membunuh, rogol merogol, santau menyantau.. kadang2 kesalahan tu tak masuk akal pun.. Moga kita semua dijauhkan dari perbuatan begini.

    ReplyDelete
  14. azza paling takut bab santau ney,,,ee seram sangat

    ReplyDelete
  15. betul kata zal.....
    hati org susah nak duga... salah sikit jer..tapi dendam menggunung...... kena hati2 selalu....

    ReplyDelete
  16. tak baik dengki orang dengan cara camni..masih ade yang manusia busuk hati..busuk kaki xpe..uishh kalau dah ubatnye kene minum air kaki tu.kene minum gak ke?.giler ah!

    ReplyDelete