Secret Admirer, Kakak Dan Adik Angkat FINALLY EXPOSED


As salam,

Sebelum ni aku kemas2 beg lama, tup2 aku nampak ada satu kad kurus (dalam erti kata bahasa budak2 kecik kad nipis) terselit celah buku. Aku belek lalu tersenyum simpul kegedikan. Fikiran mula terawang2 mengimbau memori silam. Cheewah! Lama punya cerita ni dan hari ni aku nak cerita pasal menatang ni :)


Secret Admirer
Aku tak tau la kalau aku ada secret admirer ke tak. Tapi macam besar ke takde je. Ye la aku bukan budhak fengakhap yang hot setappp gituu kan? Aku cuma budak kadet bomba yang kuat main air. Main air hokey bukan buat air! Bukan atlit yang keje hari2 main sukan sampai nak pegi tandas pon harus lari 100 meter berganti2. Aku budak nerd yang pakai seluar bawah kecik, cermin mata tebal dan rambut leper sikat tengah!

Tapi aku musykil meja aku selalu kena conteng wish bla bla bla. Yang pasti bukan lelaki sebab time prep malam, kelas aku tu diguna oleh budak2 fomfuan. So sampai sekarang la aku tatau aku ada admirer atau tak. Tapi ni la yang aku dapat time dedication day yang mana student leh bagi cekelat kat budak lain..

Agak2 korang ni tulisan sape ea? 
(ayat biasa dengar kalau dapat wish tulisan tak kenal)


Adik angkat
Ala perkara biasa ni, jangan tipu la kalau korang tak pernah ada adik angkat. Bila fikir2 balik, kenapa aku amik adik angkat dulu ea? Sebab cantik? Rapat ngan aku? Salah.. salah. Sebab aku salah orang! :P

Actually masa tu aku nak ke koperasi, beli roti. Aku nampak kawan aku, aku lambai la kat dia beberapa kali.. dia plak tak perasan. Makin gigih la aku melambai. Yang jadi harunya depan kawan aku tu, dudukla 2 orang budak junior dua dok perati aku. Mungkin sebab ingat aku lambai dia, yang sorang ni tersipu2 malu lalu beredar. Tapi sejak haritu, setiap kali aku selisih ngan dia.. dia jadi blushing, malu2 sambil kawan2 dia dok juih2 kat aku. Lor ape kes?

Jadi secara tak rasminya aku terpaksa la angkat dia jadi adik aku sebab kecoh dah dak2 batch dia pasal dia ngan aku. Alahai kelakau pon ada. Oh aku dapat citer dia pon dah kawen, ada sorang anak sekarang :)


Akak angkat
Aku kenal akak angkat aku ni masa aku form 3, dia plak form 5 time tu. Nama dia Marshitah. Aku pun tak kenal dia sebenarnya, tapi tetiba kawan dia datang jumpa aku bagitau yang sorang kakak ni nak jadikan aku adik angkat dia. Ko tau apa perasaan bila orang nak jadikan ko adik angkat? Rasa macam retis! Kahkahkah

Aku tak ingat sape bagitau aku, aku jadi adik angkat dia sebab dia ada minat kat sorang senior aku ni. Muka senior aku plak ada iras2 aku. Kira tahap emsem gak aku sebenarnya ye? Type2 jawa la :P Eh kakak aku ni low profile dan baik. Senyum je keje dia. Aku dapat adiah baju saiz XL (masa tu saiz badan aku M) dan cream perfume. Setiap kali dedication day mesti dia akan bagi aku cekelat.

tengok! cenggini la baru akak yang bertanggungjawab.


Sekarang dia ada lagi tapi makin vogue la :D Still keepin' touch lagi ngan aku. Aku dah kawen, akak bila lagi? Nak tengok akak angkat aku tak?

Yang kanan tu, amacam? Kancan tak? Tahi lalat dia tu yang mahal tu.. kalau jual laku.
Nak kenal? Sila dapatkan borang di toko2 jamu yang berhampiran anda


Bila kenang balik.. kelakar pon ada kan? Tapi biasala time tu budak2, tak matang mana pon. Orang ada akak adik angkat.. kita pon nak satu. Asal freshies dahi licin sikit, semua kita sapu. Hehe tapi tu la yang best. Kenangan sekolah2 dulu.. sekurang2nya ada benda aku nak cerita harini.

Korang plak macamana?

16 Comments

  1. hahaah zaman sekolah semua nak abang dan adik angkat... kalau pemes sikit berduyun2.

    ReplyDelete
  2. Aku Was-was part secret admire tu, kad tu mcm menunjukan tulisan sendiri je, 90% la ramalan aku..hahahaaa..hahaahahahahaha


    :D

    ReplyDelete
  3. kahkahkah cam haram plak komen ko Norasiah Nasir oi hahaha

    ReplyDelete
  4. teringat jugak zaman sekolah dulu. ada le junior tue nak cik putih jadi kakak angkat dia tp CP tak nak. Kat rumah pun dah serabut dengan adik2 yg ramai. start dri tue mcm2 cara dia cuba tuk amik perhatian CP. sellau dtng class, bg bunga. pening cam nie nak layan. Lama2 baru tahu sbbnya dia suka kat CP.

    ReplyDelete
  5. aku ade akak angkat yang annoying hampir sja aku jdi les

    aku xmau ingt lg

    ReplyDelete
  6. masa sekolah dulu akak tak femes..jadi tak de sapa2 nak angkat akak dan akak pun tak de nak angkat sapa2..hhehhe

    ReplyDelete
  7. pasti semua org melalui detik2 ni bro..tp yg paling bahaya secret admire tu la sebab kita x tau sape..tp hari2 surat / kad kita dapat

    ReplyDelete
  8. Bila nak belanja kita lagi? Maksudnya yg tu tak secret la kan? Mesti awk tau siapa gerangannya.

    Kakak angkat takde la. Sebab kita tak comel. Kalo adik angkat ader la yg offer diri.

    ReplyDelete
  9. owh, sebab ko masuk kadet bomba, ko jadikan alasan ko boleh main main air.. untung lah main air.. kah kah kah

    ReplyDelete
  10. haha. aku dulu juz ada kakak angkat je bro. tu pun sama baya. hahaha. beza umor 3 bulan je. haha. adik angkat tak de. takde yg nak. haha

    ReplyDelete
  11. wahhh zaman gila2 remaja yer. I honestly tak pernah berangkat2 masa sekolah, takder orang minat uwaaaa, tapi I selalu dapat ceklat dari aqua2 yg nak ngorat my brother, boleh? haha

    ReplyDelete
  12. haha..confirmlah hado..untunglah ade orang angkat angkat ni..memori sungguh lah apjal.teringat kenangan lama ni.hehe

    ReplyDelete
  13. akak takde sape minat ponnn...setakat kakak angkat abang angkat adik angkat kat skolah je...habis skolah diorang pun berangkat sekali...sedih tul!

    ReplyDelete
  14. aku xcun pon tp ade junior ni punyelah minat aku. dia comel dow. paling best aku dpt teddy bear dgn sushi. hahha.

    ekceli aku layan dia bese2 je sbb xnak org kate aku bias. aku pen.ketua pengawas kot. mne layan adik angkat ni. gua tak makan rasuah. haha

    ReplyDelete
  15. ada sorang kakak angkat, rapat giler, kalah kakak sendiri :P

    time befday je dapat hadiah, kakak sendiri x pernah bagi, hahaha

    ReplyDelete
  16. kenangan lama mengusik jiwa.....tapi bila dikenang......seronok jugak.....

    ReplyDelete