Taksub Dan Emo


As salam,

Pepagi tadi aku komen sehasta kat blog sorang blogger ni, alaa dia geram sebab si Bunkface kutuk2 Kpop. Bunkface kutuk aku pakai labuci kat sua trek..aku relaks je. Semalam plak aku singgah blog politik, sempat la baca komen2 orang2 politik ni..agaknya la. Haha klako2. Sedar atau tak, mengaku ataupun tak nak yang kita ni sebenarnya berhati tisu. Betul tak?

Bukan hati tisu yang mana mamat body builder berlari2 anak menangis ke belakang peti ais sebab mak dia lupa beli choki2. Tak..tak! Maksud aku emo. Kita terlalu beremosi pada perkara yang bukan dalam bidang kita. Bola, politik.. oh Kpop pon termasuk gak. "Pelis jangan kutuk Kpop okeh, kang aku santau!", kata Mak Jemah kepada baiya pump minyak. Emo sampai nak menyantau? Ni aku bagi contoh je laa

Lagi2 bila sentuh bab politik, boleh bawak bergaduh tau. Cuba korang perati kengkawan korang, bila bukak topik politik.. korang akan rasa seolah2 berada dalam forum yang dibarisi oleh ahli panel yang super-duper hebat. Ajaibnya semua benda dorang tau sampai ke isu dalam kelambu. Tak payah nak gugel2 bagai. Korang kena ingat apa2 sahaja yang keluar dari mulut dorang adalah fakta semata2. Betul dan tiada apa yang betul selain betul2 belaka. Dia je yang best, orang lain semua salah.. melainkan orang2 yang sependapat ngan dia. Giler kentang! Padahal kawan korang tu keje hakiki dia baiki kasut je.

cheh belagak. Nasib la aku ni jenis yang setia cheewaahhh :P

Emo wujud akibat taksub. Kawal2 la perasaan sebab emosi yang tak stabil akan membelakangkan akal fikiran yang waras.Kalau dah berlaku perkara tak diingini nanti.. hape pon tak boley. Bak kata pepatah mak aku time UPSR dia cemerlang english 'Don't make desicions when you're angry and don't make promises when you're happy'

Belajarlah istighfar bebanyak ea :)




19 Comments

  1. biar la dia org tu bro nk emo2..janji kita pandai jaga diri

    ReplyDelete
  2. betoi2...
    makanya..bila orang bagi pendapat,kalau kita tak setuju kita diam saja.jangan kita mencelah..lagi2 kalau kita tau orang tu jenis cakap dia saja yang dia rasa betoi...

    ReplyDelete
  3. tak elok emo selalu...... kena byk bersabar..... dan lagi satu...nak ckp pun kena fikir dulu....

    ReplyDelete
  4. buat kali pertamanya aku setuju dengan ko ofzal..eh cte tu bila nak bersambung..aku nak baca sambil makan durian crepe..hehehee

    ReplyDelete
  5. betul tu..emosi menguasai diri,diri sendiri kena pandai kawal..kalau tak susah..wah tererlah mak zal...speaking tuh!kalau mak akak mau terbelit lidahnya nak sebut cenggitu...lebih baik dia cakap guna pepatah melayu je..hehehe

    ReplyDelete
  6. Betul gak..kata lu bro....
    Aku pun kadang2 rimas baca cerita kutuk2 orang ini atau yang fanatik!!

    ReplyDelete
  7. betul2 macam baru2 nie bab kpop, bola, politik tak payah nak kata lah paling ketara.. semua ayat keluar tak sedar barangkali ada malaikat tukang catit apa yang kita komen tu.. huhu.. erkkk! seram pulak tengok gambar ayah pin tu.

    ReplyDelete
  8. orang sebegitu adalah orang2 yg saya anggukkan sahaja kepala bila mereka bercakap, dan tidak akan mahu bersua untuk kali keseterusnya dah. hehehe

    ReplyDelete
  9. sebab tu aku suka naik motor...eh..tiba2 je

    sebab tu aku tak suka taksub pada sesuatu perkara. percaya boleh, jangan terlalu obses dan taksub.. sebab kawan2 pun boleh bergaduh sebab ni

    ReplyDelete
  10. kim salam kat mak ko tok ketua ha ha ha ^_^


    isu taksub ni buat pening je nak pikir :P

    ReplyDelete
  11. tok knapa edit pic tu.. bkan ke gambar tok ker?? hahahah zasssssssss lari selaju2nya

    ReplyDelete
  12. ade bace gak komen tok kat blog yg marah bunkface tu... semua taksub je lebih..=="

    ReplyDelete
  13. ade bace gak komen tok kat blog yg marah bunkface tu... semua taksub je lebih..=="

    ReplyDelete
  14. jangan biarkan emosi mengawal diri

    ReplyDelete
  15. x minat sangat le polithik bagai nie..haha :D

    ReplyDelete
  16. actually i minat kpop tau.. trasa jugak tau u. huhuh...

    oppa gangnam style tu kpop ek..?? ehehe..

    hati gua xde la tisu sgt. kertas je.. tebal sket.

    ReplyDelete
  17. entahnya.skit2 nak emo.menyampah betul aku.diorang dapat ferari beserta pahala seolah-olah pergi haji gamaknya bila tunjuk ke'emo'an tu.

    ReplyDelete