Urban Legend

8:03 AM


As salam,

Cenggini la gayanya.. kalau dah lama tak hapdet, bila nak mula balik humangaih malas kemain serupa koala! Ada benda panjang lebar nak aku story, tapi takpe slow2 kayuh. Hari ni jom kita sama2 kongsi cerita. Time sekolah dulu, masa baru masuk ada tak korang dimomokkan oleh senior2 korang mengenai cerita2 pelik, aneh atau menakutkan di kawasan sekolah korang? Haa itu tajuk kita hari ni, what we call urban legend. Macam nama cerita kan?

Masa aku masuk sekolah menengah dulu, senior2 aku bagitau yang sekolah aku tu ada hantu. Hantu perempuan nama Mona. Dia acapkali ditemui dengan menggendong bayi dipangkuan, mengelilingi kawasan sekolah. Kalau nasib ko baik, boleh terserempak. Mujur la nasib aku tak baik tak pernah jumpa lagi sampai abis sekolah huhu.

Dikatakan Mona merupakan gadis kampung yang mati diperkosa oleh tentera Jepun sewaktu penjajahan Jepun ke atas tanah Melayu dulu. Kawasan sekolah aku tu merupakan tapak asal tentera Jepun. Selain tu kalau rezeki ko melimpah ruah kemain, korang akan dengar perbarisan askar pada waktu malam dan kalau luck ko cun, boleh nampak askar2 beruniform Jepun memikul keranda di tepi balkoni asrama!

Tu urban legend di sekolah aku dulu, aku tau korang pon ada cerita. Aku pernah dengar cerita pasal hantu nenek yang mencari orang yang masih belum tido. Kita tau dia hadir bila dengar suara dia cakap 'Satu sudah bangun, nenek sudah tau..' Kisah hantu purdah atau kum kum yang mencari 44 orang gadis sunti untuk dijadikan korban, hantu pakgad yang kerap mengetuk tingkap bilik asrama di luar bangunan, hantu karak yang membunuh lelaki yang mencari air di lereng bukit dan macam2 cerita lagi.



Samada betul atau tak, aku tak tau. Itulah urban legend, kisah yang dimomokkan dan menjadi cerita  masyarakat setempat. Itu cerita aku, cerita korang pulak macamana?

You Might Also Like

20 comments

  1. mmg budaya kita kot dimomok kan dgn cerita2 ni

    ReplyDelete
  2. pernah jugak mcm2 la diorang buat cerita tp azza buat tak tahu jer sebab azza cuma minta kalau betul2 ada diharap azza tidak di ganggu jer :)

    ReplyDelete
  3. wa lebih tertarik dgn hantu kak limah balik kampung ha ha ha sabau jer la...

    ReplyDelete
  4. aku mencik cite

    gileeeeeeeeeeeeee serammmmm

    "satu da tdo

    dua da tdo

    eh ada yng tak tdo lagi..."

    ReplyDelete
  5. Tang mencari 44 gadis sunti tu aku penah dengar. dah memang sunti lagi kemain la dia punya perasaan takut masa tu kan. senang senang je kita di momokkan masa tu kan. haih :D

    ReplyDelete
  6. Ia sudah menjadi kegilaan suka cerita macam ini. Kalau pasal agama hukum allah tak sapa peduli, kesian

    jom singgah:
    http://ceramahttbc.blogspot.com/2012/12/ustaz-muhammad-kazim-doa.html

    ReplyDelete
  7. hantu nenek tu baru firttime dengar...seram dengar....
    satu dah tido...dua dah tido...
    eh ada yg tak tido........ hu3

    ReplyDelete
  8. bukan tak nak citer..tapi panjang ceritanya....heheh

    ReplyDelete
  9. semua tempat sama kan?

    hantu nenek, tapak jepun. modal kita. hikhok

    ReplyDelete
  10. masa aku kecik dulu, aku sering dimomokkan dengan cerita hantu bontot yang berkeliaran kat jamban2 kampung.. bila ada orang berak je, mesti kena cuit bontot dia dari dalam lobang jamban..

    ReplyDelete
  11. tiada yang dusta melainkan yang dusta semata-mata. eh.

    sampai sekarang still lagi cerita yang sama diorang momokkkan kat pelajar2 hostel. -..-

    ReplyDelete
  12. macam2 momok, untung la kamu tak bernasib baik. hantu jepung macam merata berkeliarannya.

    ReplyDelete
  13. menyesal masuk blog ni pukul dua pagi, x pasal2 tgk benda x sepatut nya T__T

    ReplyDelete
  14. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  15. nice
    http://shaberry92.blogspot.com/2012/12/apabila-kpop-lover-demam-abpbh-2012.html

    ReplyDelete
  16. amboihhh..lamanyua tak singgah sini.tuan blognya sihat ? haa..tulah ..malas juga kalo lama tak update kan.. hehe..ni malam2 tgk gmbr antu tu, takut la -,-" . zaman skolah mmg macam2 cerita..hoho

    ReplyDelete
  17. memang itu yang jadi kalau masuk tempat baru..mesti ade je ceritanye.naik seramm je dengarkan..alhamdulillah tak pernah ade luck lagi terserempak ngan macam2..mintak dijauhkanlah..

    ReplyDelete
  18. Hantu purdah tu mmg femes masa zaman akak. Dia nak cari mangsa yang ke 100 utk pulihkan muka hodoh dia lepas langgar pantang. Dan waktu tu dia dan bunuh 99 org. Lagi sorang je nak cukup. Mmg takut giler kot2 jadi yg ke 100 tu.

    ReplyDelete
  19. Aku drpd tuhari nak komen entry ni, tak menyempat. Tup2 dah banyak dah kau update. Aku nak ckp pasal hantu purdah tu je. Betul ek tak wujud sebenanye? Aku punya la pecaya & takut dulu. Hish seram kut! Macam real je org cite. Tak silap aku ada gak yg bercite hantu tu ade gegar umah dea bila dea taknak bukak pintu. Eh, baru teringat. Bukan hantu kan? Masa tu aku dengar orang. Hmm sampai skang aku still rasa cite tu cam betul je.

    ReplyDelete