'> January 2012 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, January 30, 2012

Bungkus Nasi Lemak, Timun Dua Helai, Straw Lebih Ikat Tepi Ye Kak

Assalamualaikum,

Semalam aku ada janji temu ngan dua orang blogger hot.. sehot hotdog lagaknya. Dorang ajak aku lepak ECM. Bagi tidak mengecikkan hati mana2 pihak, aku kata okey *nampak tenang tapi jiwa dalam menari2.. kembang kuncup idong aku dah serupa kuda kepang! Maunya tak 2 orang sekali ajak aku ngedate. Aku hilang punca mula fikir nak pakai baju ape. Perlukah aku mengenakan legging tertera tulisan 'Jangan Cucuk2 Nanti I Terangsang' bling2 kaler pink kat buntut? Atau seluar bell bottom purple dengan kemeja sendat nampak puting warna kuning? Ohh ternyata aku runsing sekali. *Sigh


Dorang blanje aku makan pizza. Tak cukup ngan tu, dorang belikan aku askim Haagen Daaz ngan Donut Big Apple. Perghh semalam keje aku melantak je, tu pun siap kena paksa habiskan. Macam berniat nak bunuh aku je. Habis diet aku, ni kalau Dr. Rozmey tau aku cenggini.. mesti dia nanges kecewa *sambil selak rambut takut tercocok masuk mata . Selain makan2, ada diselangi gak ngan persembahan lawak jenaka dari dorang berdua. Aku ketawa tak henti2 sampai luntur celak mata aku, sesungguhnya mereka sangat kelakar dan jinak pula. Haha. Abis makan, balik umah baru aku fikir.. nape dorang blanje aku, dorang pun tak mention ape2. Kenapa ea korang banje nih? Musykil2

Nampak tak? Pasti ada udang di sebalik pizza tu..
Apakah niat mereka sebenarnya terhadap aku sebenarnya?
*Saspen tak?Saspen tak?Ada macam drama sinetron tak?


Askim dengan sudu pink ni menambahkan keserian pada
si pemakannya. Lebih jambu dan subur gitu. Trimas Asma Liyana :)


Perghh boleh ada kesan geget kat donut cekelat tu!! Ni mesti
keje abang cashier juling nih!! Trimas Ain Choin


So kepada Asma Liyana dan Ain Choin trimas daun keladi untuk lunch semalam. Tak tau nak cakap ape, terima kasih daun ketum. Sesungguhnya banyak korang berhabis duit semalam *tacing. Next time turn Afzal plak banje yek :) Tapi betul ke korang tanak bagitau sebab ape korang banje nih? Hehehe kura2 dalam perahu.. pura2 tatau plak yek Afzal! Afzal gewdik!! *sambil lari2 anak manjew, tangan melambai2 pegang sapu sambil lalala. Ewww..

Ni semua pose2 ala retis. Ain Choin tengah buat silapmata, cocok straw kat telinga kiri.. 
bajet kua telinga kanan tapi tak berhasil (botol cuka plak yang kua), 
manakala Asma Liyana pulak tengah diam tahan kentut, takut berbunyi time ketawa 



P/s : Oo tajuk tu memang takde kena mengena dengan ini cerita :)



*****


Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Err Nak Yang Gebu ke.. Yang Kurus??

Assalamualaikum,

Ekceli aku dah lama nak buat entry ni, asyik lupa je. Then aku stalking blog Cik Tikah pasal gemuk kurus ni.. terpanggil la aku nak buat entry ni. Sebab sebelum ni ada orang tanya aku camner taste aku pada seorang pompuan? Gebu? Kurus? *Selain pandai memasak la. Hmm camner ye? Aku ada terfikir.. tapi takde la seserius mereka yang bertanya sampai berkerut2 dahi, dah boleh buat slot tempat letak cd plak kat dahi tu!


Pada aku yang paling utama sihat. Then kalau bab gebu kurus ni, err aku rasa aku prefer gebu kot. Tak tau sebab ape sebenarnya, mungkin sebab nampak comel kot.. pada mata aku? Bukan kurus tak comel. Comel gak :) Setiap orang ada citarasa masing2. Kurus berisi pon ok dah pada aku :) Kalau kurus2 sangat pun pada aku, baik aku pilih Osman kering versi pompuan. Kalau wife aku gebu, leh aku cubit2.. nak babab manja pun rasa la kan. Kalau kurus sangat, aku babab2.. leh terkehel jari aku. Dari nak bergurau2 manja.. last2 aku menangis balik gerobok lauk sakit tangan.

Pada yang bertanya tu, gebu more suit for me :) Tapi kalau dah termaktub di luh mahfuz, aku redha. Gebu atau kurus bukan masalah pada aku.. tapi wajib POMPUAN TULEN!! Cop SIRIM lagik kat buntut. Jangan pas kawen baru aku tau 'bini' aku berbelalai plak!! Time tu gebu kurus entah ke mana, siang malam berpeluh2 sakan aku dok lawan pedang ngan dia kahkahkah *ape aku mengarut setaannn!!

Tak kisah la gebu atau kurus.. janji halal :)


P/s : Tetiba terngiang2 lagu Ala Emak Kawenkan Aku


*****

Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Sunday, January 29, 2012

2 Singgit.. 2 Singgit.. 2 Singgiiittt !!!!

Assalamualaikum,

Hari ni aku tanak cakap banyak sebab jari aku mengadu dia perlukan cuti. Dorang bersepuluh mogok tanak korek idong aku hari ni, so takpe la cenggitu. Aku hari ni nak tiru stail Mail citer Upin Ipin tu meniaga. Aku nak let go barangan awet muda aku. Yeah barang2 kat bawah ni la yang membantu mengekalkan keanggunan dan keayuan aku since aku sekolah menengah lagi. Lihat perutku.. ramping kan? Hoho. Jom tengok kot2 korang berminat tengok koleksi aku :)


Komik Misteri Naga RAVE
Harga RM100
24 Episod


Komik Get Backers
Harga RM90
23 Episod



Komik Slam Dunk
Harga RM60
17 Episod



Komik Yu Gi Oh
Harga RM110
27 Episod



Komik Sin Chan (Feberet komik aku nih)
Harga RM200
44 Episod



 
Komik Detektif Conan
Harga RM160
40 Episod



Komik Kreko 2011
Harga RM70
36 Episod (Full)



Komik Kreko 2008
Harga RM70
36 Episod (Full)



Komik Kreko 2007
Harga RM70
36 Episod (Full)



So ni antara2 koleksi aku. Ada banyak lagi tapi aku belum sedia nak let go. Ada yang dah dijual, ni pon mak aku bising sebab dah penuh umah aku ngan komik. Haritu ada dia pegi jual buku koleksi Juara Wira aku kat suratkhabar lama!! Perrgghh menjejes air mata aku berlatar belakangkan lagu dangdut Iwan ngn Amelina - Memori Daun Pisang. Dapatlah 3hengget!! Buku Sin Chan punya banyak.. sampai bapak aku pun dah macam Sin Chan kat umah tu. Hehe gurau abah.. jangan sungkit buntut Along :D

So kalau berminat, any enquiry let me know je la ye :) Trimas


P/s : Meniaga la plak ko ni Jal!! *aku suka si Ayampenyek panggil aku cenggitu :)



*****

Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Saturday, January 28, 2012

Hanis Zalikha Tu Der !!

Assalamualaikum,

Aisehmen camner la aku leh lupa nak bagitau korang semalam ea? Dalam sibuk2 aku pegi layan citer antu Kum Kum tu.. dari mata aku pandang popkon kat kaunter sambil2 jeling kat housemate aku mengharapkan dia beli bawak bekal masuk wayang *senak perut aku baca senafas tetiba aku pandang sorang awek ni punya gerek lalu 10 kaki depan aku. Familiar la muka dia.. erk Hanis Zalikha tu der!!

Memang cantik la kalau tengok live..cantik sikit je dari aku kalau berambut panjang. Usah dipertikaikan kalau dipadankan la ngan aku.. bagai pinang dibelah belah. Bukan aku je, semua mata tertumpu kat dia. Dia ngan kawan dia.. pompuan. Aku plak dalam mood2 gedik fikir nak menegur. Kang salah tegur ada dia geget telinga aku kang. Aku gamble terus jumpa dia, perkenalkan diri. Dia senyum dia kata familiar gak ngan blog aku. Perghh menjejes air mata aku dengar statement dia.. aku paling muka ke belakang kesat air mata kejap. Tacing der.. tacing. Ko ape tau.

Dia kata dia tengok citer Kum Kum gak. Aku buat2 eksited kejap. Kitorang borak2 kejap.. pastu apekejadah dia tetiba korek hidung tempek taik idong kat dahi aku. Pergh melekit beb!! Tak senonoh korek idong guna dua jari.. muat plak tu! Aku dengan muka blur tengok minah tu kemain layan baik punya korek tak tengok orang keliling.. last2 kawan aku panggil aku banyak kali. Tau2 aku sedar yang aku mimpi. Dia kata cuak tengok muka aku terkulat2. Sadis tol kalau cenggini la gayanya punya mimpi, berkerak taik hidung la dahi aku hari2 bangun tido!


P/s : ai watak dah masyuk.. jalan cerita plak macam kartun! Chait


Hanis Zalikha rindu kat aku lettew sampai aku termimpi2 *terbalik plak



*****



Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Friday, January 27, 2012

Bukan Aku Takut.. Tetiba Mesej Masuk Plak

Assalamualaikum,

Hari ni hari Khamis, manakala esok pula Jumaat.. Aku nak inform je, kang aku takut ada plak yang shout salah hari kat aku, macam kes si Fathiah dulu. Hari Khamis, dia shout selamat hari Jumaat plak.. kelam kabut aku lari ke masjid nak bentang sejadah semayang Jumaat. Ai kesian2. So hari ni housemate aku ajak kua tengok wayang plak. Bukan ada citer menarik pun tapi sebab dia bosan kat umah, aku temankan je la.

Penuh ruang legar wayang tu ngan kaum cina. Citer pun banyak citer cina. Memandangkan aku dah tengok Journey To The Mysterious Island, kawan aku plak dah layan Underworld : Awakening.. nak tak nak terpaksa nengok citer melayu bergenre seram bulu tiak, Kum Kum. Aku tak suka layan citer hantu.. ada sebab musababnya.

Citer aku dah boleh bajet time bila hantu tu nak kua.. tapi masalahnya time hantu tu nak muncul, time tu la tetiba plak mesej masuk *alasan ni bukan sebab aku takut. Kalau mesej tak masuk pon, buat2 tengok henpon.. tengok mesej jadah bagai la.. tetiba time tu gak la rasa rindu tengok wallpaper awek kat skrin fon kan? Buat2 kutip popkorn terjatuh la, buat2 tido la. Macam la dah takde masa lain. Cheh!

Dah hantu plak main sergah2.. muncul tetiba. Adoi kus semangat. Dah la terkejut antu kua tetiba kat skrin punya bapak besar giler.. tambah plak terkejut org sebelah menjerit. 2 kali terkejut aku! Nak tutup mata nampak teruk sangat.. nak tutup mulut orang sebelah rasa kurang hajau. Aku tutup telinga sendirik la, sambil buka mata sikit2. Nampak la mulut pelakon tu terkumat kamit sensorang *bajet macam tutup telinga tak terkejut la pastu abis wayang tanya kawan jalan cerita. Memang nak makan kaki!

Ha sebab tu la aku tak suka sangat tengok citer antu. Bukan aku takut.. tapi antu tu tak takutkan aku. Tu la kisahnya bila time antu nak kua je.. time tu berjujuk mesej masuk. Spoil je la.. kan dah rugi det beli tiket cenggitu. Tengok citer lain takde plak jadi macamtu. Kehkehkeh. Oh by the way pegi la tengok citer Kum Kum tu.. boleh tahan la citer dia :)




P/s : Kagum aku ada gak orang cina tengok citer antu, seat sebelah aku tadi :)

Thursday, January 26, 2012

My Adorable Gegirl ..

Assalamualaikum,

Perghh sape la yang malang tu kan? Dah la berat timbang kati, perut berlipat ada hati ko nak adore someone ye Afzal? Haah opkos la ape ko ingat orang emsem2 je ada taste? Aku ni ko bagi yang reject shop punye je? Jangan disangkan orang buta tak bernafsu kuda kepang okeh!! Yang kurang upaya tu la kadang2 berjujuk beratur anak2 keluar.. kalau beratur macam dalam barisan kat sekolah plak. Angkat tangan.. jatuh. Angkat.. jatuh :P

Ko susun atur jenis2 pompuan yang ada. Dari pelbagai sudut. Agak2nya la kan.. ko rasa aku akan pilih yang mana satu sebagai keutamaan? Ape macam Neelofa? Oh sekadar geli2 je boleh la. Man Kete? Woi pompuan la.. jejantan tak terbabit dalam ini kes! Cantik? Ayu Fyna? Gebu macam Safarin? Bertudung? Oh bertudung itu memang satu kewajipan dan itu mesti ada dalam polar pemilihan aku. So any idea?


Aku suka wanita yang suka memasak. Suka memasak ye.. bukan pandai atau expert memasak. Tapi kalau aku dapat yang expert memasak, tu kredit buat aku untuk lebih nampak temok dan tiut. Bila ada minat memasak, itu sudah satu kelebihan. Dari tak tau memasak.. lama2 nanti kompom masakan dia tetap akan jadi sedap. So tugas aku cuma memberi dorongan dan galakan agak bakal wife aku terus memasak untuk aku even sampai aku kena tonsil sebab sadis ngan masakan dia, tapi aku tau effort dia dan appreciate sangat2 coz memasak untuk aku. Aku sangat bimbang kalau pilihan aku tak tepat.. tapi nak buat macamana, kan kalau dah jodoh?

Ye pada aku wanita yang tahu memasak adalah impian aku :) Seksi pada pandangan mata aku. Bak kata orang tua2 la kan.. nak jaga hati suami, kena jaga perutnya dahulu. Tak gitu? :) Tu taste aku la.. taste korang tak tau plak aku



P/s : Masak sama2 ngan isteri kat dapur tu impian aku :)

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednessday #15

Produk tempatan mahsyur di persada dunia



P/s : Mula mengeluarkan songel tembakau perisa buah buahan. Dalam proses menghasilkan songel
         perisa siakap 3 rasa dan perisa megi kari

Wednesday, January 18, 2012

Cerita Satu Malam..

Assalamualaikum,

Malam tu aku dalam perjalanan balik dari Melaka menuju ke Kajang. Aku berdua dengan kawan aku. Aku dah biasa drive sensorang. Perjalanan sejauh tu, aku cuma perlukan bekalan mentos dan 2 tin nescafe je. Tu dah memadai. Kalau kawan aku nak tido tertunggeng kat seat sebelah pon tarahal, kalau JPJ buat road block aku bagitau dia tengah praktis buat sarkis.

Malam kian larut, tapi masih ada kenderaan di lebuhraya Utara Selatan itu walaupun tak sebanyak mana.. boleh dikira dengan jari je. Adakalanya perjalanan malam tu aku rasakan sunyi, lebih2 lagi kawan aku boleh bantai tido kat sebelah sejak awal perjalanan.. mengalahkan penat org yang memandu plak. Setibanya aku tiba di sempadan Pedas-Linggi, hidung aku menangkap bau yang sangat busuk. Bulu roma aku meremang, kepala aku terus menangkap gambaran yang bukan2 lebih2 lagi kisah yang aku baca sebelum ini mengenai kawasan terbabit..

Kawasan lebuhraya Pedas-Linggi sememangnya terkenal dengan banyak kejadian aneh yang seringkali mengganggu pengguna jalan raya terutama pada waktu dinihari. Kejadian pelik seperti bau busuk dan kemunculan pocong di dalam kenderaan sering menjadi perbualan. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya, tetapi pada malam itu.. aku mula mengesan tanda2 kemunculannya..


Aku perhatikan kawan aku kat sebelah pun dah terjaga. Tapi dia diam je, nampak berpeluh2. Aku tak tau apa yang dia nampak atau rasakan. Aku bersyukur sangat2 sebab aku tak punya cermin pandang belakang. Kalau ada, mau dah aku perasan apa yang ada kat seat belakang. Kawan aku cuit aku, memberi isyarat berhenti di R&R berdekatan. Aku tak banyak tanya terus ikutkan kehendak dia sebab aku tau masing2 seram sejuk memikirkan apa yang berlaku sedari tadi.

Setelah parkir, aku terus tegur kawan aku di sebelah. "Ko ada bau pape tak tadi.. bau busuk ke?" Dia tergamam. "Err.. Ko pun ada bau gak ke?", ujarnya. Sah la dia pun merasakan kehadiran 'benda' tu sewaktu melalui Pedas-Linggi tadi. Cuma aku agak masing2 tak berani tegur.. bak kata orang tua2 benda2 macamtu jangan ditegur.

"Err Sori Long. Aku dah cuba kemut.. tapi tak tahan. Aku terkentut tadi, nak bagi tau ko.. aku malu. Sakit perut nak berak", aku tengok kawan aku tersipu2 malu.. pipinya kemerah2an, sama merah ngan muka aku. Sedar2 seliper aku terselit kat rusuk kanan kawan aku dan lubang buntut dia aku sumbat ngan baki mentos! Fiil macamni la yang buat umur aku makin singkat. Binawe punya kawan!!


P/s : kalau dah nama penakut.. bunyi kentut pun boleh dikatanya bunyi hantu!!

Tuesday, January 17, 2012

Kau Pergi Juga Andak..

Assalamualaikum,

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini..

Bait2 lirik Pelangi Petang nyanyian allahyarham Sudirman kerap bermain2 di fikiran aku ketika ini. Maaf dalam tempoh 3-4 hari kebelakangan ni aku menyepi. Jiwa aku kosong sekejap. Fikiran aku melayang entah ke mana. Lebih banyak menyendiri di dalam bilik. Entah mungkin aku terasa kehilangan sesuatu yang sukar untuk aku lepaskan.. dan aku masih belum dapat terima kenyataan.

Tahun 1995
"Tahniah Along di atas keputusan cemerlang UPSR". Aku tersenyum lepas dapat kad yang disertakan sekali dengan hadiah UPSR aku. Wah giler kentang!! Skateboard. Yela time tu apa lagi yang boleh aku katakan, memiliki skateboard sendiri aku rasakan sangat gembira dan teruja. Itulah hadiah paling grand pernah aku dapat atas pencapaian peperiksaan aku selama 12 tahun aku hidup. Lebih2 lagi daripada Andak aku.. seorang cikgu yang sangat mengambil berat tentang pelajaran aku..pelajaran anak2 buahnya yang lain. Aku makin bersemangat untuk lebih berjaya lagi..

Tahun 1998
"Tahniah Along", ucapan tahniah daripada Andak tak pernah lekang daripada mulutnya apabila aku sekali lagi memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam PMR. aku dapat lihat jelas terpapar senyuman bangga dan gembira terukir pada wajahnya. Aku turut gembira yang aku punyai seorang pakcik yang begitu supportive akan hal2 akademik anak2 buahnya. Aku berasa Andak begitu rapat di dalam hati aku..

Tahun 2010
"Along amacam? Kerja macamana?", Andak memulakan perbualan. Aku balas pertanyaannya. Bila makin dewasa ni, tetiba rasa malu ngan Andak. Entahla tak tau kenapa.. mungkin disebabkan faktor usia yang makin meningkat dan jarang berpeluang berbual sama. Aku tergelah kecil apabila Andak beria2 untuk memperkenalkan aku dengan anak muridnya, seorang guru. Tapi aku tolak secara baik. Andak senyum memahami maksud yang cuba aku sampaikan..

14 Januari 2012
Pak Ucu memaklumkan yang Andak ada mengatakan kepadanya yang dia tak dapat pergi ke Rompin nanti. Masing2 mula terpinga2 tetapi tak siapa tahu kenapa dia membuat keputusan sedemikian. Setahu mereka Andak lah yang merancang perjalanan ke sana nanti. Tapi masing2 menghormati keputusan yang dibuatnya hari itu..

15 Januari 2012
Pukul 3 pagi, aku mendapat panggilan daripada abahku mengatakan yang pakcik yang amat aku hormati dan sayangi baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah sewaktu dalam tidur. Aku dalam keadaan mamai tergamam, tak tahu samada itu adalah betul2 kejadian ataupun mimpi semata2. Andaikata itu mainan mimpi.. cepat2la kejutkan aku dari lena sebab aku betul2 tak boleh terima hakikat kehilangan seorang pakcik yang begitu akrab dan dihormati dalam keluarga mahupun masyarakat. Aku tersandar memerhatikan fon.. air mata mula bertakung di kelopak mata. Jiwa aku mula kosong..


Arwah meninggalkan kami pada usia 49 tahun, pergi meninggalkan seorang isteri dan anak2 yang masih muda remaja.. masih mentah untuk mengenal kehidupan. Aku lihat anaknya yang paling kecil gembira bermain2 di laman.. mungkin masih tidak mengerti yang dia kini sudah tidak punyai bapa lagi. Walaupun cuma dibezakan dengan hubungan pakcik dan anak saudara.. arwah aku anggap sebagai bapa aku sendiri.. seorang cikgu dan seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Besar sungguh jasa baktinya terhadap masyarakat.. dan sehingga kini aku masih belum dapat menerima kehilangannya dalam keluarga

Apa yang mampu.. aku sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham Bahari Bin Ahmad, Andak yang paling aku sayangi semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya di alam sana. Al Fatihah


P/s : Ye mati itu pasti, cuma kita tak pasti bila pula masa untuk diri kita pula..

Saturday, January 14, 2012

Psiko Test : Kenapa Aku Takde Boyfriend

Assalamualaikum,

Kenapa aku takde boyfriend? Ni bukan aku ajukan kat diri aku ea? Ni psiko test untuk kaum wanita je. Ha yang lelaki korang jangan tetiba meroyan nak buat. Haramjadah suka main lawan pedang ke hape? Hahaha. So jom uji tahap mana sikap korang ni sampai teruk gilababaeng takde boyfriend. Fuhhh~

Caranya, pilih jawapan bagi setiap soalan, then tambahkan markah bagi setiap jawapan yang dipilih dan hasilnya korang akan tau apa masalah korang sebenarnya kalau tak ber-boyfriend sampai sekarang :)


SOALAN

1. Korang suka membaca majalah telefon bimbit?
  1. Sangat suka ---> 1 markah
  2. Baca bila kawan membelinya ---> 3 markah
  3. Jarang baca ---> 5 markah

2. Korang amat mengambil berat tentang rekaan rambut korang?
  1. Ye, korang selalu pergi ke salun ---> 1 markah
  2. Tak la, hanya bersyampu sahaja ---> 3 markah
  3. Tak, pada korang kemas sudah memadai ---> 5 markah

3. Korang selalu makan makanan ringan?
  1. Haah makanan kegemaran aku la katakan ---> 1 markah
  2. Kadang2 je sebab jaga badan ---> 3 markah
  3. Jarang sebab tak suka. Tu pun kalau kawan ajak ---> 5 markah

4. Korang sorang yang boros?
  1. Ye korang sentiasa membeli belah setiap kali keluar ---> 1 markah
  2. Kadang2 je ikut keperluan ---> 3 markah
  3. Tak pun sebab korang berjimat cermat ---> 5 markah

5. Korang pernah bekerja sambilan tak?
  1. Ada. Korang pernah kerja di kedai serbaneka atau restoran fast food ---> 1 markah
  2. Tak pernah ---> 3 markah
  3. Tak pernah, tapi teringin nak buat tuisyen ---> 5 markah

6. Korang teringin nak jadi matak apa?
  1. Snow White ---> 1 markah
  2. Cinderella ---> 3 markah
  3. Sleeping Beauty ---> 5 markah

7. Bagaimana dengan suasana bilik korang?
  1. Bilik yang dipenugi dengan barang kegemaran ---> 1 markah
  2. Bilik yang di cat dengan warna2 lembut ---> 3 markah
  3. Bilik yang serba ringkas dan kemas ---> 5 markah

8. Korang biasa bersenam tak?
  1. Aku suka main futsal ---> 1 markah
  2. Kadang2 ada rasa nak bersenam ---> 3 markah
  3. Jarang sangat, korang suka buat aktiviti yang lebih ringkas ---> 5 markah

9. Korang terjumpa wang atas lantai, korang akan...
  1. Ambil duit itu dan belanjakannya ---> 1 markah
  2. Walaupun ada rasa nak ambil, tapi korang serahkan pada polis ---> 3 markah
  3. Biarkan saja di situ sebab tak tau nak buat ape ---> 5 markah

10. Usia boyfriend yang korang harapkan?
  1. Lebih muda daripada korang ---> 1 markah
  2. Lebih berusia sebab korang suka sesorang yang matang ---> 3 markah
  3. Tak kisah asalkan korang suka padanya ---> 5 markah



ANALISIS

10-20 Markah : Sikap Korang Yang Sombong
Walaupun korang disenangi ramai, tetapi sikap korang yang sombong tu sentiasa memandang rendah terhadap lelaki. Sungguhpun mempunyai boyfriend, tetapi korang masih berharap dapat menemui seseorang yang lebih baik daripadanya.

21-30 Markah : Sikap Korang Yang Terlalu Berwaspada
Sebenarnya korang mempunyai banyak peluang keemasan tetapi semuanya dihalang oleh sikap korang yang terlalu berwaspada. Korang berharap untuk disayangi selama lamanya malangnya korang sentiasa terlepas peluang menyebabkan korang masih tiada boyfriend sehingga sekarang.

31-40 Markah : Sikap Korang Yang Sentiasa Berpura Pura
Korang suka berpura2 di hadapan lelaki dengan tidak menunjukkan sifat korang yang sebenar. Kelakuan korang tu akan menyebabkan lelaki keliru dan akan menjauhi diri korang sedikit demi sedikit

41-50 Markah : Sikap Korang Yang Selalu Merendahkan Diri
Korang tak percaya pada diri sendiri dan berdiam diri saja. Korang kurang bergaul dengan orang lain kerana korang nampak kelemahan diri sendiri pada pandangan orang lain. Apabila bercakap dengan lelaki yang diminati, korang akan menjadi kaku serta merta. Ini menyebabkan lelaki tak tahu apa perasaan korang terhadap mereka

Thursday, January 12, 2012

Kancan-kah Lelaki Geget Askim?

Assalamualaikum,

Wanita sinonim ngan askim.. tapi apa plak pandangan korang kalau nampak lelaki makan askim? Makan askim sambil jilat2 bagai. Haha. Aku suka askim.. lagi2 askim strawberi. Askim cekelat buat tekak aku cepat muak la. Uh uh uh~ *sambil gigil2kan badan macam Sin Chan


Bila aku nyatakan hasrat nak makan askim strawberi, kawan aku buat muka kelat! Bila aku kata teringin nak makan Tutti Fruity, dia kelatkan muka lagi. Sebab tak puas hati, aku terus check muka dia.. laaa muka dia memang kelat sejak azali rupanya. Tak baik aku bersangka buruk kat dia tadik! Kawan aku tu kata kalau aku makan Tutti Fruity tu, mesti nak masuk dalam entry lettew.. siap bergambar bagai sambil sodok sudu dalam mulut ngan mata kecik sebelah muka buat2 kiut! Yeah aku boleh bayangkan muka aku macam tak sempat siap! Muka mintak kaki.. aku sendiri rasa macam nak sepak je muka aku kalau cenggitu!

Tak machola makan askim.. tak jantan la. Abis lelaki macho makan ape? Makan dumbell? Haha. Lelaki makan askim ni, nampak cool la. Lagipun bukannya dorang makan askim sambil pakai legging, kat buntut ada tulisan LOVE warna pink bling2. Choy!! Sian la lelaki.. dorang pon nak makan askim gak. Normal la kot laki makan askim, tapi kalau laki yang buat2 gaya gedik depan kamera sambil suap askim tu.. memang macam bangang plak aku tengok! Budget macam korean lettew *kejadah hape tetiba masuk korean ni Afzal?


Tapi aku tetap suka makan askim strawberi. Gelihati bila housemate aku cakap time makan askim mcd strawberi tempohari 'Rasa sayang plak nak makan strawberi ni' Boleh plak main sayang2 nak makan. Macam lagu rasa sayang hey.. rasa sayang2 hey! *dengan mood bertepuk2 tangan

So tarahal la lelaki makan askim. Lebih baik makan askim daripada makan lain ye tak? Ala lagipun aku bayar la.. bukan aku curik.Gegerl suka hape lelaki makan askim cenggini. So, ada sesiapa nak banje aku makan askim strawberi lepas ni?? Huhu


P/s : Jilat askim sambil buat muka kiut depan kaunter mengharapkan dapat diskaun!!

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Aww Syeksyinye Abang Berbulu!!

Assalamualaikum,

Teringat aku masa muda2 rumaja dulu.. sewaktu bercengkerama, di bawah sinar purnama.. kawan aku ada bagitau "Titew syuker guys yang adew buluw dadew. Uhh syeksyinyew" sambil menggigil2kan badan *harap maaf penggunaan bahasa diselarikan dengan umur ketikew itu. Opss tersyasyul plak! Aku pun mula selak baju, uhh.. berbulu! tapi takde kat dada.. kat ketiak kiri ngan kanan je. Tu pun boleh dikira, 4-5 helai je. Yela budak pra matang lagi kan? Err, tak boleh diterima pakai ke?? Menangis aku tepi tangga mengenangkan diri  tidak berbulu!! Weh pompuan aku ada bulu laa, kat tempat tersorok.. tapi aku simpan buat tatapan sendiri jek! Buek!


Yeah bukan seorang dua je, rata2 kengkawan aku menyatakan benda yang sama. Lelaki berbulu dada sangat seksi! Uh~uh *buat muka kelat tak puas hati! Kenapa bulu dada dikatakan seksi? Aku ada buat persamaan yang menyokong fakta berkenaan

Wanita berhati lembut + suka main kucing = tak jumpa kucing + lelaki berbulu pun boley!

Uh uh untugla lelaki berbulu dada kan? Err adakah berbulu ini, termasuk bulu kaki, bulu tangan dan bulu2 yang sewaktu dengannya? Ada ape pada bulu ni? Ada rasa macam dok atas karpet ke hape? Aku tak pernah sandarkan lagi kepala aku kat mana2 lelaki berbulu dada bagi mengelakkan tanggapan buruk masyarakat atas tindakan luar kawalan aku. Ke sebab perempuan suka main gentel2 bulu dada? Tak cukup ngan bulu sendiri.. dicari plak lelaki berbulu. Apakah akan terjadi ngan lelaki tanpa bulu dan berbulu cukup makan? Oh kijam sungguh dunia *rasa hilang matlamat hidup

Sebenarnya bahaya lelaki berbulu nih, time memasak kompom ada bulu2 yang gugur. Boleh dikenal pasti bulu2 berkenaan datang dari mana. Kalau panjang tu kompom dari perempuan melainkan lelaki tu sendiri berambut panjang. Ha a ah~ berjaga2 sekiranya terjumpa bulu pendek. Jika pendek lurus, datang dari bulu dada, misai atau janggut.. opkos! Tapi kalau pendek kerinting, tu masalah besar. Mula la terfikir camner la bulu tu leh naik masuk dalam masakan. Mungkin ditiup angin? Err ke buat nasi kangkang! Adoyai pitam aku 14 saat tepi bas stop!

Selain itu, bulu dada juga umpama karpet yang boleh menahan segala daya hentakan contohnya enset terjatuh atas bulu dada. Nah! Kan tak rosak! Jika lelaki berbulu dada, boleh dijadikan bahan gurauan seperti sorok gincu isteri di balik bulu dada.. pasti hubungan mereka akan semakin intim dengan gurauan2 bangang cenggini! So pada lelaki tanpa bulu dada, usah khuatir sekarang banyak produk2 di pasaran yang boleh di cuba. Kalau tak jalan gak ko sapu baja organik, tapi aku tak pasti la yang tumbuh nanti either bulu dada atau pokok sawi. Haha ~

Nak buat macamana kan, tapi aku tau bukan semua wanita taste macamtu. Dah taste dorang, apa kita boleh buat. Bulu pon bulu la.. pasni jangan plak lelaki pegi bantai buat tanaman kontan satu badan. Dah macam beruk gamaknya. So amacam lelaki? Korang rasa seksi ke berbulu dada? Eww~

selain berbulu dada love atas bawah, dia juga nampak manja! Awww~



P/s : Melalui penjagaan yang minima, hasilnya aku ada bulu dada jarang2. Syukur *macam haramjadah!

Monday, January 9, 2012

Ini Macam Pun Ada Ke??

Assalamualaikum,

Pernah suatu ketika dalam perjalanan ke Utara tanahair, aku berhenti di sebuah kawasan rehat yang dirahsiakan lokasinya. Pantau punya pantau, ada satu port kedai yang kurang pengunjung. Dengan membawa hati sesuci minyak Seri Murni: sungguh suci.. sungguh murni aku pegi la kedai tu meng-order makanan.


Abang kedai : ye dik nak makan ape? Masakan panas ada.. masakan berlauk pun ada
Aku : Saya nak nasi campur la. Ayam ni berapa rege bang?
Abang : pergh usah cakap dik. Lauk2 abang semua terbaik dari ladang. Ayam ni baru je semelih. Kalau adik perasan tadi, kepak ayam ni gerak2 lagi. Nasib takde kepalanya kat sini.. kalau tak mau dia berkokok!
Aku : Err tapi.. berapa hengget??
Abang : Jangan risau pasal rege dik. Paling murah, lagi murah dari Mydin nih! Ayam ni 3 hengget je.

Boleh tahan harga.. harga standard kedai makan yang biasa2 aku jumpa. Tak fikir panjangla, order air suam, amik ayam goreng ngan cedok kuah asam pedas je. Aku memang suka makan nasi kuah banjir. Aku makan sorang, so tak amik masa yang lama la. Jauh lagi nak jalan nih

Aku : Berapa rege ni bang?
Abang : murah je dik, 6 hengget.
Aku : Erk!! Ayam goreng, nasi putih ngan air suam.. sampai 6 hengget?
Abang : Haah dik, sesudu kuah 20 sen. Adik amik 10 sudu tadi, so kuah 2 hengget!
Aku : *Tak terkata apa2

Macam2 cara orang nak cari untung. Katanya murah, diskaun bagai tapi percayalah pasti ada caj tersembunyi. Untung rugi mereka pun. .kita sebagai pengguna serah leher je la tunggu disembelih. Nasihat aku hati2 je la ye, bukan semua orang disekeliling kita berhati baik macam kita.

P/s : Tak hairan lah kedai abang tu sunyi sepi..

Saturday, January 7, 2012

Sekarang Korang Percaya Tak?

Naiemah tersengguk2 beberapa kali. Ai kalau diikutkan hati maunya dia tarik selimut tapi apakan daya setiap kali hendak melelapkan mata, muka garang Puan Maimun terus menempelaknya agar kembali ke meja study. Dia trauma acapkali melihat rakan2 sekelasnya diherdik, dilempar kembali buku2 latihan dengan tugasan masing2 yang belum selesai. Naiemah mengeluh panjang.. dia cemburu melihat roomatenya sudah lama diulit mimpi. Pasti asyik lebih2 lagi kelihatan sesekali roomatenya tersengih2 ketika tido.

Naiemah bergerak ke koridor.. lengang. Dia mundar mandir sendirian dan akhirnya menghampiri pintu bilik Asma, salah seorang rakan kelasnya. Bila pintu bilik dikuak, kelihatan Asma, Cha dan Diana duduk berteleku mengadap antara satu sama lain. Naiemah termangu seketika, tapi lamunannya terhenti tatkala disapa Cha. "Ko ok ke ni Naiemah? Jangan kata ko pun..", ayat Cha terhenti di situ. Naiemah mula memandang Asma dan Diana. Masing2 membatu tanpa kata. "Apasal plak korang ni? Semacam je semua? Ada pape yang tak kena ke?", Naiemah mula bersuara. Akhirnya tangannya ditarik Asma lalu merapati mereka. Cha yang dari tadi memerhati koridor lantas menutup pintu..

"Ko takde dengar pape cerita ke lately?", tanya Diana membuatkan Naiemah sedikit berkerut.. sekadar menggelengkan kepala. "Aku dengar pasal blok lelaki kena 'ganggu' semalam. Aku tahu ni pun sebab si Safarin bagitau", beria2 Diana menerangkan sambil yang lain hanya memaku memberi perhatian. Naiemah buntu, petang tadi roomatenya pun ada cerita pasal perkara tersebut tetapi disebabkan dia nak cepat ke library menyiapkan assignment.. ceritanya hanya separuh jalan. Tertangguh.

"Apa yang kau tahu?", Naiemah mula menunjukkan rasa minat. Keadaan hening seketika, tiada siapa mahu bersuara. Masing2 hanya mengharapkan antara mereka ada yang berani bersuara. "Hantu tanpa kepala lagi!", akhirnya Asma meluahkan perkara sebenar. Jawapan tersebut dibalas dengan hilai tawa kecil dari Naiemah. "Hehe apsal la korang ni. Since kita dari form 1 kita dok dengar cerita ni. Still percaya lagi? Come on la guys!", Naiemah menyindir sinis, yang lain hanya mencuka. Damn!

Sedari dulu lagi kisah hantu tanggal kepala cukup sinonim di Sekolah Abu Bakar Baginda seolah2 taboo kepada setiap pelajar junior yang baru mendaftar. Mereka sering dimomokkan oleh pelajar2 senior tetapi kisah itu hanya omongan kosong. Pelbagai versi cerita sudah mereka dengar, sehingga satu tahap boleh dibukukan tetapi masih tiada bukti yang mengesahkannya. Hantu itu dikalangan mereka, akan menanggalkan kepala sendiri. Bila mengenangkan kisah tersebut, Naiemah menjuih, mula bangun untuk beredar meninggalkan Asma, Cha dan Diana dalam keadaan terpinga2. Siapa mau percaya tanpa bukti?

Belum sempat Naiemah memulas tombol pintu bilik, tetiba pintu tersebut diketuk dengan kuat dari luar. Naiemah tersentak, sedikit kebelakang. Terdengar satu suara memanggil Cha dari luar. Cha yang sedari tadi berteleku hanya berdiam diri di penjuru katil. Nak taknak Naiemah membuka pintu, kelihatan Suffi termengah2 memegang lutut. Naiemah dan yang lain tercengang.. melihatkan Suffi seperti baru selesai berlari keliling padang. Naiemah terus menarik Suffi masuk ke dalam bilik dan menenangkannya. Suffi masih tidak bersuara menyebabkan mereka yang lain bertambah bimbang.. Mesti ada sesuatu yang berlaku!

"Naiemah tolong aku.. aku takut!", Suffi mula merayu. Naiemah kaget. Yang lain pula sekadar memerhati dari sudut bilik. Tak berani menyampuk..sekadar mendengar. "Naiemah.. aku dah jumpa 'benda tu' masa balik prep tadi! Hantu Tanggal Kepala! Hantu tu memang ada Naiemah!", Suffi cuba meyakinkan Naiemah tetapi hampa. Naiemah hanya membalas dengan senyuman sinis. "Ai ko pon sama? Kenapa dengan korang ni? Tadi bebudak ni.. sekarang ko plak? Lagi horror ko sendiri mengaku yang ko jumpa 'dia'?", Niemah tergelak kecil. Suffi yang dari tadi mengharapkan sokongan kini mula menangis. Ternyata Naiemah tak percayakan ceritanya!

"Betul Naiemah, Cha, Diana, Asma. .aku jumpa dia. Sumpah aku tak tipu. Dia tanggalkan kepala dia macam ni..", tiba2 Suffi mencabut kepalanya dan letakkan di sisi. Naiemah yang sedari tadi tersengih2, mula terkulat melihat kepala Suffi dengan mata terkelip2 memandangnya. Cha pengsan, Diana dan Asma terus sudah lari lintang pukang terjerit2 macam kena histeria. Naiemah menggigil melihat kepala Suffi masih menangis memandangnya. Dengan kudrat yang ada dia berlari longlai menuju ke biliknya. Lututnya dirasakan begitu lemah. Dirasakan jarak biliknya dari blik Cha terlalu jauh padahal selang 3 buah bilik sahaja. Puas diketuk2 pintu biliknya agar roomatenya sedar. Kelihatan susuk tubuh Suffi keluar meraba2 keluar dari bilik Cha sambil menggendong kepalanya.


Naiemah menangis malah semakin kuat tangannya menghentak2 daun pintu. Suffi yang tadi di muka pintu bilik mula bergerak merapatinya.. masih menangis meminta simpati agar Naiemah mempercayainya. Tiba2 pintu biliknya terbuka lantas Naimah dengan pantas masuk dan mengunci bilik. Roomatenya memerhatikannya dengan perasaan sedikit hairan, sambil menguap beberapa kali. Mungkin kerana tidurnya diganggu. "Ko ni kenapa mate? Apa kena ngan ko?", tanya Sadila, roomate Naiemah tatkala melihat Naiemah menggigil ketakutan. "Mate ko tak dengar ke kitorang jerit2 tadi? Suffi mate.. Suffi. Dia tanggalkan kepala! Dia hantu tanggal kepala", Naiemah bersuara deras tapi sedikit menggeletar. Mukanya pucat, baru kini dia tahu hantu itu benar2 wujud.. bukan lagi omongan kosong.

"Serius? Tu la ko aku dah bagitau.. cerita tu betul. Ko je tak nak percaya. Tapi aku tak sangka pulak Suffi tanggal kepala sendiri. Takkan pulak dia hantu?", Sadila musykil, berkerut2 dahinya memandang Naiemah. "Betul mate.. mula2 kitorang pun tak percaya, tapi bila dia tanggalkan kepala dia macamni baru aku tau dia hantu!", dengan tak semena2 Naiemah mencabut kepalanya dan meletakkan di sisi. Sadila lantas menjerit lantang.. melihatkan roomatenya Naiemah kini tanpa kepala. Pandangan Sadila kelam, sebelum matanya terpadam.. dia sempat menangkap kata2 dari 'roomate'nya itu. "Kau percaya aku tak mate?" Akhirnya pandangannya menjadi hitam.. legam dan dia sendiri tidak tahu akan kesudahan cerita disebalik malam tersebut

***************

Adila duduk memandang kedua ibu bapanya. Sesekali pandangannya dijatuhkan ke lantai. Dia dihantar pulang kerana kesihatannya terganggu. Di dalam kepalanya bermain2 wajah Naiemah tanpa kepala. Dalam banyak2 versi cerita, dia teringat satu versi terpencil yang mana apabila seseorang yang melihat hantu tanggal kepala tersebut.. akan turut menanggalkan kepalanya sendiri. Jadi yang menjadi persoalan di benaknya siapakah hantu sebenarnya? Adila masih diam membisu.. dikunci mulutnya rapat sadaya upaya untuk tidak memberitahu apa2 sedangkan ibu bapanya sedang menunggu penjelasan daripadanya. Adakah nasibnya seperti Suffi dan Naiemah? Menanggalkan kepala di sisi baru mereka percaya akan ceritanya???

Thursday, January 5, 2012

Pantang Aku Kalau..

Assalamualaikum,

Bila aku fikir2kan, banyak sangat benda yang aku pantangkan. Pantang jumpa, pantang tengok, pantang itu pantang ini. Kalau tak berpantang dalam hidup ni.. bukan manusia normal namanya. Yeah hidup aku banyak pantang larang. Hidup biar berpantang.. barulah nampak kacak, comel dan subur~

Aku pantang tido kalau takde bantal peluk. Tak mati aku kalau tak berbantal kepala tapi kalau takde bantal peluk aku rasakan dunia aku berakhir, takde masa depan. Erk! Aku sanggup berperang demi bantal plok yang sebijik tu supaya mudah untuk aku mengira kambing biri2 melompat pagar. Time tacing2 tengok cerita korea..aku leh geget2 bucu bantal. Mungkin gak dengan memeluk bantal, keterunaan aku terjamin. Bukan leh pakai housemate aku semua tu. 'Barang' baik nak pakai lama, kenalah tutup ngan bantal plok takut lemau masuk angin :P *macam takde kena mengena je?


Aku kena ada something untuk dibaca lebih2 lagi komik atau majalah humor.Aku ni kuat berimaginasi,dan aku suka melukis.So aku rasa aku dapat idea2 tu dari situ kot?Bila aku baca komik, aku hepi.. gelak2 bagai. Aku rasa la kan tu kot petua aku kekal langsing dan awet muda gamaknya. Perghh menanah telinga!

Aku pantang jumpa lauk asam pedas ikan pari atau kembung, siput masak lemak cili api, kari ikan, ikan tongkol goreng, telur dadar.. perghh bertakung air liur aku der. Dua pinggan tu harus, 3 pinggan wajib! Aku takde lauk lain pun takpe asalkan ada kicap, sambal tumis ngan telur dadar atau telur mata (telur kuning cair) Pergggh tak nak la aku cerita lagi!! *dok kesat air liur dari tadi

Pantang aku orang pokpek2, sound2 aku bagai macam aku ni berdosa giler. Sampai satu tahap tepu aku akan masuk tido. Tu kira tahap kritikal la.. tapi aku akan kembali cool lepas bangun tido. Aku tak pasti apakah tindakan susulan andaikata di pokpek lagi lepas bangun tido. Setakat ni polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana2 mangsa yang bermulut cilake ni.

Macam2 pantang dalam hidup kita ni. Kita berpantang dari pelbagai segi dan sudut..ada yang baik dan ada yang buruk. Kita yang cukup akal dan sifat ni pepandailah menilai sendiri ye. Ai takkan tu pon aku nak ajar?

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednessday #13


Manis sungguh tatkala dia tersenyum
Eh2 ada lesum pipit plak tu..
Rasa geram nak geget2 plak!


P/s : Bila kurindu aku tersebut namamu - Siti Fairuz (lagu tema adiwira nih)

Monday, January 2, 2012

Mari Belajar Bahasa Purba

Assalamualaikum,

Bila aku berborak2, aku ada gunakan beberapa perkataan tapi malangnya tak difahami oleh kanak2 riang zaman sekarang. Yeah aku gunakan bahasa slenga, bahasa yang digunakan sewaktu pertembungan budaya di antara Zaman Neolitik dan Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada dikarang dalam batu bersurat dan manuskrip lama. Jadi intipatinya aku terjemahkan di sini atas ihsan Bernama.

Baiklah anak murid, cikgu akan ajar beberapa perkataan, dengan maknanya sekali. Tumpukan perhatian dan soalan2 ini akan dimasukkan ke dalam peperiksaan penilaian akhir kelas lompat darjah 5.Sape gagal maka pasti gagal dalam hidup.


Sungkit
Maknanya : mencucuk lobang punggung dengan menggunakan ibu jari kaki dengan halaju maksimum 20km/j dengan niat bergurau
Contoh ayat : Ekau jangan nak bergurau dongan den..kang tak pepasal den sungkit buntut ekau, berak berdiri ekau nanti!

Jeke
Maknanya : Past tense bagi keje. Keje (present tense), Jeke (past tense), Jekes (past participant)
Contoh ayat : Semalam ko tak jeke ke Muhailim? Semua orang tunggu ko nyanyi lagu Negaraku sama2.

Muahehey
Maknanya : Seseorang yang gelak kuat2 untuk cover bunyi kentutnya
Contoh ayat : Ahmad Subkhi perasan ada seseorang sedang muahehey di dalam panggung wayang ketika menonton cerita Sarkis itu

Tuyik
Maknanya : membuat muka sedih yang sangat buruk macam taik
Contoh ayat : "Dah2 jangan ekau nak ngegado buek muka tuyik kat sini..omak takkan terpongaruh yo", kata Nona Roguy kepada anak susuannya itu

Pendumanurungsilambampapanturigaisemputipangnilamsariapudin
Maknanya : sendawa busuk bau lobang pusat
Contoh ayat : Woi busuk gilababeng ko Pendumanurungsilambampapanturigaisemputipangnilamsariapudin Tasnim! Ko makan bangkai ke hape nih??
(perkataan ni sudah lama pupus kerana terlalu panjang dan pernah dinobatkan perkataan paling panjang maknanya di dunia dengan makna yang pendek lagi vangang)

Kutilpan
Maknanya : lobang idong yang tersangkut pada bucu meja
Contoh ayat : Ha kan cikgu dah pesan jangan dok lari2 dalam kelas. Tengok kan dah kutilpan ni.

Logayaton
Maknanya : Lari dalam guni 4x100 berganti2 mengepit batu giling di ketiak dengan mengenakan spender kedap udara saiz xs
Contoh ayat : Bapak aku hebat. Dia memenangi pingat emas dalam acara logayaton peringkat Daerah dengan cacatan masa 14 saat sahaja. Tu siap buat extra pusingan padang lagik!

Oklah murid2 tu antara perkataan2 yang kita belajar hari ini. Jadi gunakanlah sebaik2nya ketika di rumah, di pejabat mahupun ketika mengurat. Aa a aa~ jangan lupa sertakan sekali ekspresi muka, kedua tangan di bahu dan mata memandang ke atas. Selamat mencuba :)

Fobia aku kalau cikgu aku macamni!Kompom musnah hidup aku



P/s : Amaran : kanak2 bawah umur sila dapatkan bimbingan orang dewasa. Kalau tak melingkup nak bangsa!

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com