'> February 2012 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, February 28, 2012

Khalila Oh Khalila

Assalamualaikum,

Khalila? Sape Khalila? Korang kenal? Aku kenal.. baru je kenal :) Yup dak ni gak seorang blogger. Kenapa ngan dia? Nak tau lebih lanjut?? Aww gedik korang ea?? Mincik gatai merenyampah haku! Puih Puih!

Khalila, seorang blogger perempuan yang merah jambu hatinya.. blog pun merah jambu. Biasala gegerl. Memula aku pon macam korang ingat laki. Oh blog dia ni dipenuhi entry2 berkaitan tutorial. Tutorial buat karipap, kuih koci malah ada gak cara2 nak kacipkan anak tenggiling dengan sesumpah dengan harapan bakanya mampu diternak serupa kambing. Tak aku tipu, kalau ko percaya.. tak taula aku. Genre blog dia berkaitan tutorial.. malah sekarang tengah run blogshop! Bagus budak ni, jinak boleh bela:)

KLIK SINI untuk usha dengan lebih

Gadis comel serupa aku ni.. berasal dari Perak Darul Naim, berusia 37 tahun (13 tahun dari sekarang.. So korang kira la umur dia sekarang). Bakal cikgu Persuratan Melayu di IPG Pantai Dalam. Katanya setakat Mid Valley tu dah macam kedai runcit bagi dia. Beli kelapa parut, serbuk kari, beli Tora Dindang. Owh dia pemalu.. serupa aku gak *uhuk3 ketawa tutup idung

Khalila ni anak pertama dari 4 orang adik beradik. Maaf bagi jejaka2 di luar sana, dia sudah berpunya dan sudah semestinya bukan aku.. jangan haraplaa kan!! Budget kawen umur 28 tahun. Tak banyak cakap, suka bertenteng atas eskelator dan main sahibba sewaktu tunggu lif di mana2 bangunan kerajaan *pon aku tipu. Dia mula berblog pada tahun 2009, tapi mula aktif pada tahun lepas. Dia admire blogger bernama Daniel Adie.. pon seorang cikgu. Jadi kepada blogger2 yang merupakan seorang ahli bomba mahupun ahli sarkis.. jangan rasa keciwa sebab budak ni minat blogger2 cikgu je.. yang tampan lagi rupawan macam cikgu Daniel Adie ni :P Muka tahap2 picisan macam aku ni dok tepi men masak2 je..

Kenapa aku merepek meraban ni ye? Ni semua segmen yang aku buat untuk Geng Blogger Sengal. Tujuan utama untuk berkenalan dan merapatkan hubungan antara blogger je. Secara tak langsung korang pun boleh kenal sama ye tak? Aku harap dengan cara ni, aku dapat naikkan nama2 blogger yang mungkin ada antara kita tak kenal.. tapi mempunyai potensi yang besar untuk berada seiring dengan nama2 blogger terkenal tanah air satu hari nanti insyaAllah. Kalau tak kita tolong sesama kita.. sape lagi kan? So geng2 aku yang lain pun ada buat entry blogger2 macamni. Hope kita leh kenal lebih dekat.. bukan setakat gitu2 je :)

So apa kata kita sama2 kenal si Khalila ni kan :) Tak rugi pun sebab blog dia banyak tutorial..leh jadikan bahan rujukan. Dia pun tak sombong :) Say hy to Miss Khalila :)

tak puas usha lagi?? Dasar nafsu kuda!! KLIK SINI balik




P/s : Kalau boleh aku nak review lebih ramai lagi blogger2 lain :)

Thursday, February 23, 2012

Next Level Of Me

As salam,

Lately bila aku semak balik entry2 blog aku.. rasa macam dah lain pulak. Yela aku rasa entry aku dulu lain, tapi la ni aku tengok lebih kepada cerpen plak. Tak kisah la cerita cinta atau seram.. mood aku dah ke arah tu ke? Adakah ini tandanya aku dah akil baligh? Aww~

Aku pun rasa macamtu, tapi semua tu atas permintaan readers aku jugak. Dorang mintak, aku buat je la. Aku masih sengal macam korang tau, ada masa sengal.. tak leh nak buat ape la kan? Hmm sekarang ni otak aku tengah cari jalan2 cerita besh untuk eNovel yang bakal aku buat. Aku tak tau penerimaan korang macamana tapi jangan bagi harapan terlalu tinggi la ye. Macamana korang kenal aku, seperti cerpen2 aku.. macamtu la korang akan jumpa elemen2 yang akan aku masukkan dalam siri eNovel aku. Tak berubah. Jangan risau bukan setiap hari.. maybe dalam seminggu tu 3 kali je kot.

What can i say, i'll give the best shot la untuk karya ntahapehape aku ni. Seyes aku tak nampak pape lagi jalan cerita. Aku buat ikut sukahati aku hahaha. Eh kata aku punya cerita.. aku punya suka :) Apa yang aku harapkan korang enjoy. Boleh tak aku nak tabik spring? Seyesly apa yang aku buat sampai sekarang adalah sebab korang my blog readers!


Arigato gozaimas

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednessday #18


P/s : Korang la antara penyeri Geng Blogger Sengal. Oh..bdw kami tak femes, tapi sengal boleh tahan!

Monday, February 20, 2012

Review Album : Kompilasi Terbaik 3 Suara Itik


Berkat kesabaran dan usaha mereka mengayat, 3 jejaka yang dulunya hanya dikenali sebagai blogger, Ik Hanif, Mankete dan Lan Hatikubaik kini telah mengorak selangkah maju ke hadapan lagi dengan membuktikan suara mereka mampu menembusi pasaran muzik tanah air. Bermula dengan ayat2 puitis dan romantis, album yang bergenre melayu asli-pop-reggae ini dikatakan hits dikalangan remaja2 wanita, pihak PIBG dan mampu dijadikan lagu latar sewaktu main kerusi berirama lebih2 lagi single mereka yang bertajuk Itik Punya Suara, Kami Dapat Nama mula dimainkan di corong2 radio tempatan mahupun dan dijadikan ringtone.

Antara 8 lagu lain yang turut dimuatkan di dalam album ini adalah:

  1. Itik Punya Suara, Kami Dapat Nama
  2. Cinta Pundi Kencing
  3. Kentut Diam Diam, Sedut Dalam Dalam (Ost Filem Kentut-Kentut Cinta) 
  4. Bulu Dadamu Ku Sanggul Rapi
  5. Sape Azan Maghrib? (Lagu Bentuk Ketuhanan)
  6. Pam Jamban Setelah Guna (Lagu Patriotik)
  7. Aku Bukan Abah Kau
  8. Kentut Berbuih Buih
  9. Di Sana Menanti Bas, Di Sini Menunggu Teksi (penyanyi lain tumpang letak 1 lagu)
Dapatkanlah album ini di pasar2 malam dan boleh juga di dapati di toko2 jamu yang berhampiran anda sekarang. Promosi dengan setiap pembelian percuma sikat kutu selagi stok masih ada. Anda pasti terpegun sehingga menangis macam saya setelah mendengar suara mereka. Dapatkan yang original sekarang!


# Keluaran akan datang : Nantikan temubual bersama mereka!

Sunday, February 19, 2012

Buat Uncukku Fazura

Korang kenal Fazura kan? Sebenarnya kami berpacaran. Aku panggil dia mucuk cayunk intan payung atau nama yang lebih singkat Uncuk. Comel kan nama aku bagi tu, dia pun suka. Memula tu aku ingat nak letak nama panggilan Untut.. tapi lepas aku rujuk kamus, untut tu sejenis penyakit. So uncuk aku ngajuk tanak mesej aku dan aku terputus bekalan topus RM5 selama seminggu dari dia. Sekarang dia dah ok dah :)


Korang tak percaya? Terpulang la. Tapi akhir2 ni aku banyak fikir mana hala tuju hubungan kita nanti. Aku blogger sengal, dia artis ayu.. mana boleh gerak seiring. Jadi sebelum apa2 aku buat keputusan berpisah. Uncuk aku nangis, aku tahan.. walaupun tiada menitis air mataku ini.. tapi mata merahku dan kembang kuncup lobang hidungku sudah cukup membuktikan yang aku turut bersedih. Kami membawa haluan memasing.

Uncuk.. andai Uncuk dengar Bibi kali ni, ketahuilah yang tiada jodoh antara kita walaupun puas Uncuk merayu agar Bibi menerima Uncuk kembali. Bibi rasa femes sekejap bila Uncuk buat begitu. Trimas sebab tak buat kenyataan akhbar mengenai hubungan kita. Di sini Bibi nak tujukan lagu khas untuk Uncuk.. lagu cinta kita sewaktu kita main bakar2 kemenyan dulu ingat tak. Ala buat2 lupa plak mincik nak ngajuk la cenggini. Uncuk ketahuilah Bibi tengah nangis sekarang dan..

"Err Jal udah2 la tu. Dari tadi cakap sensorang aku tengok dah macam spastik ko ni. Siap nangis2 bagai ko ni betul ke idak? Kalau tau le cenggini awal2 dulu aku advertised cari rakan serumah.. aku letakkan syarat tak gila, siuman dan waras. Abis renyuk2 sotkhabar aku weh aku tak abis baca lagi tu. Humangaih ape ke vangang budak ni tergila2kan si Fazura. Adoyai mampos!", Jeman mencekak pinggang sambil kaki kanan atas kerusi, sesekali angin sepoi2 bahasa dari pintu depan menghembus kain pelikat yang dipakainya.. terbuai2 dan segar rasanya dari dalam.

"Ko ape tau. Sukati aku la..uuuu Uncuk i lap u very the strong. Muah muah", sambil kucup gambar Fazura dalam akhbar Tamil keluaran khas Thaipusam.

"Vongok betei! Nah amik ko!", Jeman lututkan buah pinggang Apjal. Apjal terperosok bawak peti ais dan pengsan. Dia sedar tengahari, bangun dan makan nasik, kemudian sambung pengsan lagi sampai ke maghrib.


**********


Moral of the story :Tak salah nak berangan tapi bagi la kawan abis baca suratkhabar dulu.Kan dah kena!

Friday, February 17, 2012

Aku Kpop Der.. Mana Layan Hindustan

As salam,

Esok Sabtu la, so hari nyuruk2 aku. Aku kena tido start kol 2 petang.. Sebab? Dua mangkuk hayun ngan bala tentera dia gigih menge-tag aku sepanjang hari kat Fb, cuba memujuk2, mengayat aku sampai cair. Huh dorang ni bukan pompuan, spesis berbulu dada.. eventhough hati aku kalis asmara tapi mana bisa ku tahan2 kalau setiap Sabtu dorang cari aku. Puih la korang!

Ni dua ekor mamat nama Man Kete disupport pelakon pembantu Hatikubaik bikin aku gastrik blakang pinggul. Jangan mudah terpengaruh ngan nama dorang yaang naif, sorang bajet macam salesman kete dan sorang nama bukan kemain polos lagik tapi perangai nauzubillah.. macam tapir! Ada tetengahari Sabtu diajak aku menari ponggal, pakai sari sambil guling2 turun bukit mengikut irama lagu? Dorang nampak je ganas tapi kaki hindustan nih. Kahkahkah lagu takyah cakap la, setiap scene dihafal..bait2 skrip dan berbagai2 aksi lagi mampu dorang buat. Kira dah tahap sarkis profesional dah ni. Kikiki.

Kipas susah mati Hindustan? Namakan watak yang
dibawa oleh pelakon2 kat atas :)


Dulu aku boleh la.. aku taksub ngan hindustan. Kalau tak hindustan tamil. Ni semua mak aku punya pasal berjujuk cd hindustan kat umah. Tak cukup ngan tu siap berlakon guna tuala menggantikan sari menari2 keliling umah. Ada rasa nak jahanam je masa depan aku dulu.. Aku yang kini berada di pangkal jalan akhir2 ni dihasut ngan mangkuk dua ekor ni. Haram jadah weh aku tanak!! Aku dah insaf!!

Kini aku layan Kpop.. biarpun muka aku jawa cacat tapi fehulik hafe haku. Kalau aku join Kpop *even aku tempang tak tau menari yang penting aku tak perlu tukar2 sari setiap kali part lagu, pastu sekejap kat sungai.. tup2 kejap lagi kat atas gunung. Dah tu penari latar yang entah mana datang menari sama aku pun tatau. Sebab tu la aku beralih ke Kpop dengan harapan muka aku makin putih dan jambu *hotak kau. Ko Mankete ngan Hatikubaik boleh la.. korang berdua kan makhluk asing! Pegi la ngan korang punya Anjali

Aku harap dorang baca entry ni dan kembali la ke pangkal jalan. Mankete jangan seronok sangat, terbelit sari kat leher baru padan muka. Ko Hatikubaik udah2 la tu.. jangan diikutkan sangat fiil si Man tu, punah masa depan ko. Ai pening aku ngan budak dua ekor ni macamana la masa depan dorang nanti.


P/s : Tak larat dah tengok hindustan mesti mau nangis. Puih Puih!

Review : Ghost Rider Spirit Of Vengeance

As salam,

Tadi aku kua pegi tengok wayang. Entah la housemate aku sekarang ni rajin plak nengok wayang. Aku ikutkan je, asalkan dorang tak ajak aku men layang2 tengah jalan. So tiket sold out kat TGV East Coast Mall dan Berjaya Megamall, Kuantan. Nak taknak, mengikutkan ati dan nafsu serakah yang membuak2 kitorang pegi tengok kat Big Cinema, Teruntum. Penuh gak der. Ok cukup stakat sini mukadimah.

Watak yang sama Johnny Blaze (Nicholas Cage) kali ni dengan misi menyelamatkan seorang budak bernama Danny (Fergus Riordan) yang menjadi buruan syaitan yang suatu masa dahulu pernah membuat perjanjian dengannya. Kisahnya ibu Danny, Nadya (Violante Placido) telah cedera parah sewaktu melarikan diri dari polis kerana menyeludup senjata bersama bekas kekasihnya Ray Carrigan (Johnny Witworth). Sewaktu nazak akibat terjatuh dari bangunan,  Nadya ditawarkan peluang oleh syaitan Roarke (Ciaran Hinds) untuk hidup dengan anak dalam kandungannya sebagai pertukaran. Anak itu dijadikan Roarke sebagai medium untuk menumpangkan kuasanya dan genap 13 tahun, Danny akan dikorbankan untuk memulihkan kuasa Roarke kembali kepada yang asal.

Johnny Blaze dibantu oleh Moreau (Idris Elba) sami kaki arak yang menjanjikannya pertukaran seandainya Danny berjaya diselamatkan, Moreau akan membantunya menghapuskan sumpahannya sebagai penunggang hantu. Pertarungan demi pertarungan menyebabkan kekasih Nadya, Ray Carrigan yang bersetongkol dengan Roarke untuk mendapatkan Danny parah dan demi mencari Danny yang terlepas Roarke memberikannya kuasa baru untuk menghadapi penunggang hantu. Akhirnya pertarungan berlaku di antara mereka, di antara Penunggang Hantu yang tidak dapat mengawal kegilaan membunuh, Ray Carrigan yang mempunyai kuasa baru yang mengerikan dan matlamat Roarke untuk mendapatkan kuasanya kembali.

Pada aku cerita ni sedang2 je. Sekuel Ghost Rider kali ni tak terlalu serius, lebih komikal dan ada unsur2 lawak dalam babak penceritaannya. Walaupun banyak mengetengahkan aksi lebih2 lagi pertarungan sewaktu di kawasan lombong tetapi ending bagi sekuel kali ni nampak lemah. Aku harapkan pertarungan lebih mencabar, yela 2 musuh yang kuat dengan Ghost Rider tapi haram takde. Jalan cerita yang boleh dijangkakan dan Roarke mati macamtu saja setelah dibenamkan Ghost Rider ke dalam neraka.

Si Ghost Rider tengah muntahkan peluru yang ditembak

Ni la Ray Carrigan dengan kuasa baru dia? Agak2 korang apa ye?

Aku ingat si Ghot Rider ni bakar moto je.. ngan kapal2 korek dia bakar?

Ni la ending yang tak besh. Takde scene lawan langsung puih2


Rating
Jalan cerita                      -   3/5
Aksi pertarungan             -   3.5/5
Kepuasan                        -   3
Keseluruhan                    -   3

So kalau korang takde keje tu boleh la layan. Tapi jangan berharap sangatla ye..pada aku ok2 je la :)

Thursday, February 16, 2012

Hidung Besar Baru Ada Umphh!!

As salam,

Amboi sakan korang ngan id card GBS tu? Korang nak aku leh bagi tarahal. Ada yang tanya apekejadah GBS tu.. biarlah rahsia antara aku ngan A R Tompel. Nanti2 la next entry aku cerita lagi details ye. Dekat2 nak event aku bukak cerita. Event? Adala.. malu nak bagitau.. aku ni lelaki melayu terakhir kuikuikui *ketawa sambil tutup mulut cungkil gigi ---->biasa nampak orang buat kat kedai makan

Hari ni entah ape fiil, orang2 tua opis aku bukak cerita kat budak bawah umur macam aku. Manala aku tau, tengok dorang borak sakan, aku pon join sekaki. Perghh sekali cerita sx sx plak. Aku teruna, lelaki melayu terakhir plak tu.. sudah semestinya aku kemalu maluan. Pipi aku kemerah merahan serupa M Daud Kilau nyanyi salah lirik. Aku nak tanya kalau ko nampak batang idong.. korang fikir apa?

ini macam dah macam cota pak gak gamaknya!

Dorang kata kalau nak tau saiz alat kelamin, tengok dari batang idongnya. Kahkahkah aku terus fikir kalau orang tu takde idong? Hahaha.Pompuan plak camne? Okey2 ni untuk lelaki je ye. Saiz dan rupa bentuk atau struktur idong ko melambangkan alat kelamin korang. Dah memasing pegi cari cermin.. belek la idong sendirik. Aku pon tatau nak describe camne. Dorang ada kata kalau perempuan punya plak.. kena lihat pada bibir wanita itu sendiri. Tebal ke.. nipis ke..erk! Cukup. Aku masih lagi dalam keadaan trauma bila diceritakan benda tu. Hilang keterunaan aku hari ni uhuk3.

Tang tu aku tak tau. Tapi setau aku, perempuan yang sedikit membongkok bahunya, nafsu dia kuat. Adalah sekuat 700hp.. dah serupa kuda kepang plak. Orang yang kerap berpeluh, badan berbau.. tu orang yang kuat staminanya di atas ranjang. Ntah la.. aku baca2 cenggitu je. Takpe la cuma berkongsi ilmu.. entah betul ke tak aku pun tatau. Korang rasa betul ke?


P/s : pelik gak kengkadang mana la dorang tau benda2 cenggini kan?

Monday, February 13, 2012

Cerempet Lu Anip !!

Aku tengok Anip tersipu2 malu.. terkulat bagai ada seseorang tengah mencungkil lubang buntutnya dengan lidi penyapu menyebabkan dia tak duduk diam. Korang sendiri boleh bayangkan macamana kan? Aku pun terasa gelinya. Tapi nape Anip jadi macamtu, aku pun tatau. Tersengih2 kehulu kehilir tayang giginya yang tak berapa putih, sedikit kuning dan ada cebisan kulit kerang di celah2 gigi. Erk kulit kerang? Perghh dasyat budak ni buat aku makin berkobar2 nak tanya dia apsal.

"Ko ni apsal Nip aku tengok tersengih2 sensorang"

"Aku jatuh cinta la Jal. Aku baru kenal sorang awek.. hari2 aku dok gayut ngan dia la. Perghh melentik Jal kalah Wan Maimunah"

Wan Maimunah? Aku tepuk dahi. Eh mak aku tak bagi tepuk dahi, jadi aku tepuk amai2 kat situ. Tergamam gak aku dengar si Anip ni dapat awek. Setahu aku muka dia ni memang tahap bahan buangan je, tapi bagus la kalau ada awek yang leh nampak hati budi dia. Eh baik Anip ni.. jinak macam menatang ternakan. Dengar kata. Aku senyumkan je bila si Anip cakap macamtu.

"Ko biar betul Nip? Ko kencing aku ni?"

"Betul Jal, ko tak percaya japgi leh ikut aku skali.. tapi jangan cuba try tau"

Tiba2 si Anip suda kol itu awek. Dorang janji nak jumpa pas ofis hour kat mapley. Aku dengar sore jap, eh memang la seyes pompuan. Bukan sore orang menyamar jadi pompuan. Memang bebetul pompuan! Sebab aku teruja punya pasal aku ikutla si Anip tu.. nak gak tengok pompuan jenis mana leh sangkut ngan budak ni.

Tunggu punya tunggu, pukul 5.10 awek tu datang. Memang beb aku cakap melentik, dia punya lentik tu.. dah boleh letak pasu atas punggung. Muka jangan cakap la, kalau Neelofa tengok putus asa dia jadi retis. Aku? Opkos la jeles. Ntah mana si Anip ni jumpa aku pun tatau. Panas2!

"Kawan awak Anip", lembut je suara dia. Adoyai nak je aku rakam buat ringtone henpon aku

"Ye awak. Macamana ngan janji kita?", perghh siap janji2 bagai budak ni. Aku tengok si Anip ni dah kembang kuncup atas bawah sambil gentel2 bulu dada. Puih2

"Ye loan yang awak apply tu lulus. So boleh la proceed ngan dokumen2 yang masih tak complete ye. Awak, tanak buat loan sama?"

Mangkuk ko Anip! Siot mati2 aku ingat awek dia.. rupa2nya agen loan! Aku tengok si Anip masih lagi tersipu2 malu gigit2 kuku kaki.. tapi percayalah elok awek tu blah kang, aku akan pastikan muka si Anip kat bawah tapak kaki aku.

Nip muka lu kalau macamni memang dah lama wa bagi kaki

Aku memohon diri pergi ke jamban dengan alasan trim bulu idong padahal aku tak tahan nak nangis mengenangkan fiil binawe si Anip! Cerempet lu Anip!!

Saturday, February 11, 2012

Tikam Tepat Ke Hati Ye..

"Ai bosanla kalau seharian macamni", Bell mengeluh. Matanya meliar kiri dan kanan. Adala sesekali kedengaran bunyi kicauan burung memecahkan keheningan pagi itu. Habis seluruh pelusuk taman di terokainya.. namun hambar. Dia kena cepat2 buat kerja, kang tak pasal2 KPI nya bulan ni tak tercapai. Ye.. Bell sedang mencari 'mangsa'. Mangsa yang macamana, tiada siapa pun yang tau.

Bell menepuk dahi. "Perghh syial apsal leh tertinggal!! Camner aku nak buat keje macamni??", dia mendengus, dan masih terkial2 menyelongkar begnya yang lusuh tu. Memang.. memang sah dia tak bawak. Dalam sibuk2 dia  mencari, tiba2 dia menangkap bunyi esakan suara dari arah hadapannya. Bell melihat ada seorang gadis sedang menangis di bangku rehat. "Aik bila masa dia ada kat situ?", berkerut dahi Bell memikirkannya. Dari raut wajah wanita itu, Bell mengagak yang wanita itu awal 20 an, berdarah kacukan dan namanya.. "Nama saudari?", tiba2 saja Bell terpacul di hadapan wanita tersebut. Wanita tersebut sedikit tergamam, namun langsung tak menghiraukan kehadiran Bell dan terus menangis. "ai..perempuan..perempuan *sigh"

Bell duduk di sebelah wanita tersebut dan terus menunggu. Kehadiran Bell membuatkan wanita tersebut sedikit rimas. "Awak nak ape ni?", tiba2 perempuan tu lantang bersuara. Humangaih terkejut Bell.. mengusap dada terus. Bell senyum tapi senyumannya tak dibalas. "Saya tengok awak macam ada masalah je.. ce story mory sikit. Yup walaupun kita tak kenal, tapi sekurang2nya takde la saya bosan duduk sensorang memerhatikan awak menangis kat sini", Bell senyum lagi. Wanita tu memandang, dia perhatikan wajah Bell. Cantik.. ye cantik. Wajah Bell tak seperti lelaki lain yang kacak emsem. Dia kategori cantik! "Saya Mirian", pendek jawapan daripada wanita tersebut


Mereka berbual seketika walaupun Bell agak rimas Mirian asyik menangis dari tadi. Tiba2 muncul seorang lelaki di hadapan mereka, Bell sudah menjangkakan yang lelaki tersebut Daniel.. kekasih Mirian seperti yang diceritakan kepadanya tadi. Daniel mencuka, jelas raut wajahnya kelihatan berang melihat Mirian dilihatnya dengan seorang lelaki yang jauh lebih.. cantik daripadanya! Cantik?? Ah itu tak penting, masalah antara mereka belum lagi selesai.. ni ditambah pulak dengan masalah baru!

"Berani u?? Ni ke penyebab u semakin jauh dengan i? Lelaki ni?"

"Mana ada! U ni Daniel jangan nak tuduh sembarangan. I pun tak kenal lelaki ni"

Bell menjuih. Dia pulak yang disalahkan. Dah macam anjing ngan kucing karenah dorang berdua, ada la sesekali nama dia naik.. boleh la dijadikan watak pembantu dalam drama cinta dorang ni. Dari tak berkesudahan, Bell bangun mententeramkan Daniel. Daniel yang sememangnya tengah berang terus melepaskan tumbukan ke arah muka Bell! Terguling Bell jatuh ke tanah.. rosak muka ayunya tu.

"Daniel!! U gila pukul orang? Kenapa ngan u ni? U tak macamni sejak i kenal u!!", Mirian menjerit menghalang Daniel dari terus mengapa apakan Bell. Nampaknya Daniel memang dah macam orang gila. Ditolaknya Mirian ke tepi dan cuba mendapatkan Bell. Belum sempat Daniel menjatuhkan lagi buku limanya ke muka Bell, Bell terlebih dahulu menolak Daniel dan menikamnya dengan pisau.. tepat ke dada! Ye Bell tikam Daniel..

Mirian tergamam. Dia tak sangka apa yang dilihatnya.. lelaki yang baru dikenalinya entah datang dari mana menikam kekasihnya. Mirian menangis, menjerit meminta tolong tapi gelagatnya hanya diperhatikan oleh Bell dari tepi. Tiada siapa yang ada di situ, selain mereka bertiga. Bell tersengih, mencangkung melihat keletah mereka. "Mirian it's ok saya dah tolong awak kan? Semuanya akan selamat", Bell memujuk

"What wrong wif u? Apa yang awak dah buat??", Mirian menjerit menangis meratapi Daniel. Tiba2 Daniel bangun dari pangkuan Mirian.. terus mengusap2 dadanya dengan muka terkejut. Mirian tergamam melihat Daniel bangun seolah2 tak mengalami cedera yang serius. Namun bila Daniel menyelak bajunya.. tiada kesan tikaman pada dadanya. Mereka buntu. Tak tahu apa yang telah berlaku sebenarnya pagi itu. Daniel pula lantas memeluk Mirian meminta maaf. Mirian sebak bila melihat Daniel menangis.. ye Daniel sedang menangis di hadapannya. "Mirian please forgive me. Give me just 1 more chance to prove how i'm really love u. I need u in my life Mirian. Sorry for everything", Mirian dapat rasakan yang Daniel kini seperti Daniel yang baru dikenalinya pada awal pertemuan mereka dulu. Masih ada harapan untuk 'cinta baru' mereka itu. Miriam memandang Bell.. mengharapkan penjelasan.

"Selalu saya tikam guna anak panah.. tapi hari ni terpaksa pakai pisau, anak panah tertinggal kat umah. Tikam terus kat hati.. pisau ni pun tak tinggalkan kesan", Bell menyengih merapatkan tangannya pada dada Daniel

"Awak siapa sebenarnya?", sapa Daniel terketar2 namun tak pernah melepaskan genggaman erat tangan Mirian

"Oh lupa nak perkenalkan diri. Saya Bell.. Belldandy dan manusia lebih mengenali saya sebagai Cupid!"

Bell berlalu.. meninggalkan Daniel dan Miriam dalam keadaan terpinga2 dan pergi mencari 'mangsa' baru, 'mangsa 'yang punya masalah cinta seperti mereka berdua, dan itulah satu2nya kerja Bell.. menyatukan kembali hati2 pasangan kekasih di dunia. Bell gembira KPI dia bulan ni pasti cemerlang lagi seperti bulan lepas..


P/s : Cupid adalah Dewa Cinta melalui kepercayaan masyarakat Rome

Thursday, February 9, 2012

Kalau Cenggini Mana Bisa Ku Tahan Tahan

Assalamualaikum,

Sebelum den poie dongan lobih lanjut akan isu2 semaso yang melando negagho nih, meh sini kito samo2 menatap skin pc memasing beberapa insiden yang melando yang pado mulonyo den kompiuh apakah gerangan yang berlaku. Poning kaplo den ni ha, naik beghugat2 bagai, tunggu nak putuih jo ni sah2 OKU den lopeh nih. Jom teghojah la, cakap bobanyak pon ekau bukan baco.. baco blakang2 jo. Puih2

Situasi A

Amirudin Sarikin yang penuh komitmen dan fokus membuat gaya di selekoh tajam diikuti beberapa kutu rempit dengan tetiba berhenti secara mengejut. "Ekau nak mampuih ko?", jerit Jeman Jikan aka Yusuf Taiyoob (sebab suka ratah kurma time tunggu bas sekolah sambil goyang2 kaki). Amirudin Sarikin turun moto, membuka helmet dan mencebik. "Mincik la..den dah lambat 7 menet ni!! Tak shukew..tak shukew", sambil menghentak2 kaki. Memasing buat muka bingai memandang si Amirudin Sarikin yang suku abad buat aksi gampang mintak penerajang. Kenapa??

Situasi B

"Abang lambat laie ko?? Copek la Munah nak balik nih", teriak Munah dari luar tandas lelaki yang menyebabkan banyak mata memerhati. Tapi Munah tak pedulik. "Oi Munah den baghu nak mencangkung.. ujung2 pun baru nak keluar ekau dah bising2 nak balik ..erghhh!!", jerit Paiman dari dalam sambil meneran. Maka berlakulah perbualan suami isteri tersebut dari dalam jamban dan luar jamban. Kenapa ye??

Situasi C
Tahap keganasan bergantung pada scoop askim kek muko.
Makin banyak scoop..makin ganeh la


Deris tergamam. Melihat lelaki gagah perkasa baru melangkah masuk ke dalam LRT tersebut. Dari ketul2 badan dia, dia kompom mamat ni mesti ahli bina badan, tu belum lagi parut2 luka atas muka siap ada tatu gambar askim menambahkan lagi ke-angkeran raut wajah dia. Siap mendengus macam anjing plak tu 'Grr' membuatkan orang sekeliling menunduk, takut diapa2kan. Tetiba dalam suasana senyap dan sunyi tu Deris menangkap bunyi ringtone datang dari mamat perkasa tu 'Ingin ku geget geget cuping telinga kecilmu.. lalala'. Mamat tersebut menjawab panggilan "Ye baby, ye i dah tukar lagu ringtone i. Ye sumpah makan satey 4 cucuk. Ye bi suwiiiit sangat kan?kan? I shukew sangat2 8 ratus kali kat Aqasha tu", sambil tangannya menggulung2kan hujung rambut. Muka Deris berubah toya.. yang lain ada yangg buat muka Tora. .ada gak yang buat muka Dindang


Amacam dah nampak kesinambungan antaro ketigo2 situasi tu? Ekau tak nampak ekau punyo pasai.. dulu sapo suh punting klas sejarah! Ececeh ekau jangan buek2 tatau, jangan buek2 tak ghoti ekau pon kaki cito Gemersik Kalbu kan? Kahkahkah sadis..den tak nengok tapi dak2 umah den layan. Tapi stakat ni takdo lagi kes nangis2, kes histeria. Kalau ado nak gak den nengok muka terkutuk mano la tu.. leh den tambah se-karate duo kek buah pinggang.

Baguih gak penangan cito melayu skarang yo. Baguih la nengok cito melayu dari ekau poie layan citer sinetron tu. Papehal aku sokongla.. jangan sampai ekau lupo nak maghrib dah la yo! Aku sebat pakai sejadah kang!


P/s : Ni bangso kanibal ke hape men geget2 cuping tingo, leh tiris cuping hari2 cenggini!

Wednesday, February 8, 2012

Abang.. Janji Tau

Merlissa menangis, sudah dua hari arwah Irman pergi meninggalkannya namun keadaannya masih begitu. Masih berkurung di bilik. Laili rakan serumahnya hilang punca, takut2 la Merlissa akan buat sesuatu yang bodoh. Tapi dia tetap yakin yang kawannya itu mampu menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Cuma apa yang mampu Laili lakukan berdoa agar semangat Merlissa kembali pulih dalam masa terdekat.

Dulu.. Merlissa dan Irman merupakan pasangan yang paling secocok dan bahagia, lagi 3 bulan mereka akan diijabkabulkan. Pada Merlissa, Irmanlah lelaki yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya. Hasil perkenalan selama 3 tahun sejak semester akhir, akhirnya mereka merancang untuk  meneruskan ke fasa seterusnya. Ternyata ikatan cinta mereka benar2 kukuh sehingga berlaku tragedi berdarah yang menimpa Irman. Irman kemalangan di lebuhraya sewaktu pulang kerja lewat malam. Merlissa mula merasakan dunianya kini kosong. Segala janji2 yang dipatri bersama kekasihnya itu luluh di dalam ingatannya sahaja. Kini hanya tangisan dan airmata sahaja menjadi penemannya siang dan malam.

"Abang janji tau kita celebrate besday sayang sama2. Janji ngan sayang tau. Kalau tak, tak nak kawan abang", Merlissa memuncungkan bibir.. buat2 merajuk

"Ye sayang abang janji. Walau apa pun terjadi kita celebrate besday sayang sama2 ye. Abang ada suprise untuk sayang. Sayang tunggu ye", pujuk Irman lembut sambil mengusap pipi lembut Merlissa membuatkan Merlissa malu.


Itulah perbualan terakhir mereka sebelum Irman pergi meninggalkannya untuk selama lamanya. Tiada lagi pesan. Peti pesanan telefon bimbitnya sunyi..tidak seperti selalu. Tiba2 Merlissa menangkap bunyi decitan kaki pada tangga menuju ke biliknya. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi, sangkanya pasti Laili datang menjenguknya tetapi decitan kaki tersebut berhenti di hadapan biliknya. Tiada sebarang bunyi lagi kedengaran.

Merlissa menghampiri pintu, apabila dikuak dia mendapati tiada sediapa di situ. Seisi rumah gelap, memang dibiarkan gelap seperti selalu. Merlissa menghampiri bilik Laili dan menjenguk dari luar, kelihatan Laili sedang berselubung.. mungkin kerana kesejukan akibat hujan yang masih belum reda. Merlissa menuruni anak tangga meneju ke dapur. Sempat dia membelek2 gambar kenang kenangannya bersama arwah Irman. Memori bersama Irman tidak mampu dilupakannya walaupun sekelumit zarah.

Lamunan Merlisa tersentak tatkala mendengar ketukan di pintu utama rumahnya. "Siapa pula yang datang lewat2 pagi begini?", getus hati kecilnya. Dia membuka pintu.. tapi dia masih pelik kerana tiada siapa di luar. Cepat2 dia menutup pintu.. kerana tempias hujan mula membasahi lantai rumahnya. Bila dia mula beralih menuju ke dapur.. dia menangkap satu suara dari arah dapurnya. "Selamat hari jadi..selamat hari jadi..selamat hari jadi Merlissa, selamat hari jadi", kelihatan sesusuk tubuh yang memang tak asing muncul di balik pintu dapur menuju ke arahnya. "Abang!!", Merlissa menjerit melihat tubuh Irman yang tak sempurna dengan lehernya yang melentok patah ke bahu dan darah memenuhi lantai, mengesot menuju ke arah Merlissa. Irman menyeringai menampakkan baris giginya yang merah sambil tangannya menghulurkan sesuatu kepada Merlissa. "Suprise sayang!!", sebentuk cincin dihulurkan kepada Merlissa. Merlissa kaku, badannya lemah. Tubuh sejuk Irman merapati dan memeluknya. "Abang datang ni sayang.. abang janji abang kan datang kan?", itulah ungkapan yang sempat ditangkapnya diikuti hilaian kecil sebelum matanya menjadi gelap gelita.


Sementara di hospital berdekatan, suasana menjadi sedikit kecoh. "Nina mintak tolong telefon Doktor Zakiah, katakan padanya mayat di bilik 104 tiada di tempatnya.. dia dah hilang!", cemas muka Sister berkenaan apatahlagi jururawat yang mendengar berita tersebut. Masing2 hilang punca ke mana perginya mayat Mohd Irman Haji Sanusi.. yang pasti hanya seseorang sahaja yang tau kemana hala tujunya


P/s : Ingat jangan ikat sebarang janji sesuka hati..




Tutorial : Floating Banner / Ads Pada Blog

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak jadi cikgu, ada yang bertanya macamana aku buat floating banner kat blog aku. Kelebihan floating banner / Ads ni membolehkan iklan yang korang pasang statik pada kedudukannya walaupun korang scroll dari atas ke bawah dan sebaliknya. Pihak pengiklanan pun lebih suka jika floating banner ni dipasang kerana iklannya sentiasa tertera dan mudah dilihat oleh setiap pengunjung blog.

Korang nampak banner ketua kampung sebelah kanan bawah tu ngan banner Nuffnang sebelah kiri bawah, dan korang tau cara nak pasang? Meh sini aku nak cerita.


  • Memula korang dapatkan code HTML banner atau gambar yang korang mahukan. Pergi ke Photobucket ,daftar (bagi sesiapa yang baru) dan upload gambar / banner korang di situ


KLIK untuk paparan lebih jelas

  • Tick pada gambar yang korang upload tadi dan klik 'save and continue to my album'
  • Copy HTML code pada gambar yang baru di upload seperti di bawah

  • Dah copy, paste-kan pada notepad untuk membuat perubahan sedikit pada HTML code korang
  • Ni adalah contoh code HTML yang korang copy dari Photobucket tadi

<a href="http://s1101.photobucket.com/albums/g435/afzalsukasuki/?action=view&amp;current=ketuakampung-1.jpg" target="_blank"><img src="http://i1101.photobucket.com/albums/g435/afzalsukasuki/ketuakampung-1.jpg" border="0" alt="Photobucket"></a>

  • Mula2 korang ubah link merah kat atas tu kepada link yang korang mahukan bila pengunjung klik pada banner / ads korang. Contohnya aku tukar kepada link URL blog aku ;

<a href="http://afzalsukasuki.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i1101.photobucket.com/albums/g435/afzalsukasuki/ketuakampung-1.jpg" border="0" alt="Photobucket"></a>

  • Kemudian korang masukkan penambahan code pada awal dan akhir HTML code korang tadi seperti di bawah ;

HTML Code untuk Banner
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:0px; right:0px;'><a href="http://afzalsukasuki.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i1101.photobucket.com/albums/g435/afzalsukasuki/ketuakampung-1.jpg" border="0" alt="Photobucket" /></a></div>


HTML Code untuk Nuffnang Ads
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:0px; left:0px;'><!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">nuffnang_bid = "576b481f48e2f2b731ced30398445169";
</script><script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/lmn.js"></script>
<!-- nuffnang--></div>


#PERHATIAN : Korang juga boleh mengubah jarak banner / ads yang korang pasang dari sisi tepi atau dasar blog korang dengan mengubah bottom:0px --->jarak dari dasar dan right:0px--->jarak dari sebelah kanan atau mengalihkan banner / ads korang dari kanan ke kiri dengan megubah perkataan right:0px kepada left:0px mengikut citarasa korang

  • Lepas tu macam biasa korang pegi la dekat Dashboard / Design / Add a Gadget / (HTML/JavaScript) dan paste-kan code kat atas ni. Korang leh SAVE dan lihat hasilnya :)
  • Selamat mencuba la ye :)







Tuesday, February 7, 2012

Coretan Buat Kawan

Assalamualaikum,

Sekarang aku rasa lain, tak macam selalu. Kau kawan aku.. tapi asing dalam dunia aku. Bukan kau sorang, sebelum ni pun banyak kali dah terjadi. Bila kebenaran dah diketahui.. aku mula rasa terpinggir. Sebab tu la aku lebih prefer tidak memberitahu apa2 daripada aku kehilangan seorang kawan lagi. Sebab aku lebih tahu apa yang kau tak tahu.

Aku tak mampu berbuat apa, walaupun kau menafikan yang kau sedang menjauhkan diri. Aku kembali kekok. Takpe lah aku dah lali, seseorang datang pergi dalam hidup aku bukan sesuatu yang asing. Siapalah aku nak buat sebarang keputusan. Orang sudi berkawan, aku dah cukup bersyukur. Seluas2 rahmat Allah dah berikan. Bersyukurlah Afzal ke atas nikmat.

Ketahuilah Afzal, dalam menjalani hidup, kau perlu redha. Setiap apa yang Allah tentukan pasti ada sebab yang adakalanya kau sendiri tak dapat mengagak kenapa. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kau. Apa yang perlu kau lakukan, buat yang terbaik dan ikhlaskan diri.. supaya satu hari nanti pasti ada sahabat kau yang dapat melihat melalui mata hati. Aku berahsia bukan kerana aku suka2.. tapi kerana aku tahu pasti akan ada kesan disebaliknya nanti. Aku berahsia sebab aku tak mahu kehilangan sesiapa lagi..

Kepadamu kawan.. trimas tak terhingga kerana masih menerima diri aku seadanya. Walaupun sekejap, aku gembira. Sekurang2nya ada sesuatu yang mampu aku ceritakan nanti kepada kengkawanku yang lain.. dan aku bangga mengatakan yang aku punya kawan hebat seperti korang :)

Cukup sampai sini. Salam sayang dari aku.. walaupun aku tau ada antara korang tak rasa sebegitu :)





P/s : Aku kawan sampai mati..

Sunday, February 5, 2012

Moh Belajar Memasak : Nasi Kambing

Korang biasa sangat ngan menu nasik ayam kan? Kalau asyik makan nasi ayam..nasi daging, muak jugak ye tak? So bagi sesiapa yang bujang.. yang kesuntukan masa tapi ada hati nak masak, meh aku nak ajar resipi istimewa yang paling mudah untuk disediakan dan sangat menjimatkan masa.*Untuk mereka2 yang selera tinggi tapi maleh nak mampuih. Moh amik pen dan kertas..salin ye :)

(Gambar ihsan abang Google)

Bahan2 :
  1. Beras dalam 2 pot (ikutla korang nak mentekadarah banyak mana)
  2. Air (untuk cuci beras)
  3. Kambing sekor yang masih hidup (belum disembelih). Kalau boleh kambing jantan.
  4. Tali

Cara2 penyediannya :
  1. Mula2 ikat kambing dengan tali pada kaki meja supaya kambing tak lari sewaktu kita teruskan ke cara2 penyediaan.
  2. Bilas beras 2-3 kali. Pastikan beras cukup bersih. Tak perlu guna sabun dan berus.
  3. Masukkan beras yang dibasuh ke dalam periuk. Sukat takat air bagi memastikan beras yang akan dimasak nanti tidak lembik atau jelantah.
  4. Tunggu sehingga periuk nasi korang berbunyi "Tak" menandakan nasi korang sudah siap dihidang :)
  5. Boleh dihidang dengan sebarang aneka jenis lauk pauk.

Ye kenapa? Kambing tu nak buat ape? Oo lupa nak bagitau kambing tu buat pembakar semangat untuk korang je. Boleh gak dijadikan peneman sewaktu korang masak nasi.. takde la korang kesunyian masak sensorang. Dengan harapan kambing sebagai peneman di sisi, selera makan korang akan bertambah2. Selamat mencuba resepi Nasi Kambing :)



P/s : Resepi ni lebih sesuai dipanggil Resepi Nasi Bersama Kambing kot?

(entry ulang tayang)


*****


Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Saturday, February 4, 2012

Aww Janganla Pandang Saya Begitu..

Hari ni Hisyam ngan Daus nak ubah selera. Teringin pulak tekak mereka pekena makanan-laju, yela asyik2 tibai megi kari je. Paling kuat pon yang spesel sikit megi kari telur, dengan sedikit modifikasi panambahan cili api.. tu pun jarang2 jumpa. Kira kalau ada telur tu.. makanan paling mahal la yang orang boleh jumpa dalam umah bujang dorang tu.

Berbekalkan duit sebanyak RM12.75 sen termasuk gov tax, Hisyam menyeluk ke dalam sakunya dengan teliti. Hilang waima 5sen sekali pun jangan haraplah cashier tu nak layan. Daus taknak mengalah, dengan duit lebih 5sen berbanding Hisyam dia rasa dia cukup kaya malah tampan bergaya. Tak perlu deodorant bagai sebab deodorant yang dicolek ke ketiaknya pagi tadi masih ada bau..cuma ada sedikit bau2 asam keping saja. Tak tunggu lama, kedai pakcik janggut putih dengan resepi ayam temurunnya mereka terjah dengan menaiki basikal berbakul di depan. Bukan apa senang nak isi botol air, kata Hisyam la..

Sementara menunggu Hisyam beratur di kaunter dengan gaya mengalahkan orang kaya, kaki siap goyang2.. tangan kat dlm poket. Poket seluar la, bukan poket baju!! Agak bangang kalau 2 tangan masuk kat dalam poket baju *aku pun tengah bayangkan nih. Daus pulak tunggu kat meja makan. Dalam kesibukan Daus perasan ada mata sedang memerhatikannya. Tak berapa jauh.. selang dua buah meja di depan bahagian kanannya. Bukan sekali, tapi banyak kali. Cantik awek tu, seorang pulak. Daus meninjau2 kot2 dia datang berteman.. tetapi tak nampak tanda2 yang dia datang dengan kawan lain. Ada can! Tatkala mata awek tu memandang.. Daus pulak yang tersiput siput malu. Merenyam macam budak bingai adanya, kombang kompih lubang idongnya sempatla dia ukur.. sama besar ngan ukurlilit penutup sos yang ada atas meja.

Bila Hisyam datang bawak menu yang dipesan, lantas Daus mencapai pinggannya dan pergi beralih ke meja awek tersebut. Hisyam tersengih, faham benar perangai kawan dia tu sorang. Tak padan ngan muka megi ada hati nak mengorat! Tapi Hisyam hairan bila melihat Daus makan dengan linangan air mata sambil bunyi wuwuwu~ Menangis teresak2 sambil suap ayam dalam mulut. Sesekali dikesat hingus yang bertakung atas bibir. Apahal mamat sekor nih??

Bila sampai je kat umah, Daus mula bukak cerita. "Aku tengok awek tu pandang aku. Bajet ada can la. Tapi bila aku sampai kat meja dia, aku tengok dia juling daa!! Bukan setakat juling2 air lagi, ini tahap juling peringkat negeri dah ni!! Mata kiri pandang depan, mata kanan dia tu 45 darjah mencapah ke Tenggara pandang aku. Tu yang aku bajet dia usha aku ketaaatt je dari tadi, rupanya tak. Dia pandang depan sebenarnya tu, aku yg perasan dia pandang aku. Pandai betul minah tu bermain2 mata. Sadis tak? Sadis tak?!!", Daus mencebik sambung nangis.

Apa yang boleh Hisyam buat selain ketawa terbahak2. "Amik kau awek juling yang ko dapat. Senangla kau kalau ngan dia nanti lintas jalan takyah pandang kiri kanan lagi!!", Hisyam mengekeh2 ketawa sampai putus urat kentutnya.

tomey tak titew uat camniew?



Moral of the story : Jangan gelakkan orang, kan dah putus urat kentut :P


*****


Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Thursday, February 2, 2012

Ko Pon Sama La Jemah!

Hari ni Jumaat, so pada kaum2 Adam dah semestinya tengahari2 macam ni menuju ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Yang siaknya sibuk menyusun sejadah, yang imamnya pula sibuk belek2 teks khutbah.. bukan ape takut tersasul. Ai kata retis, salah sikit mau jadi buah mulut orang kampung. Time ni la kaum2 Adam boleh makan buah pisang percuma. Yang berkopiah songkok sampin bagai dengan baju berwarna warni.. sekali pandang dah macam fun fair pulak punya la meriah. Time2 kaum Adam tawadhuk berbuat amalan, time cenggini jugakla Jemah dan rakan2 pompuannya yang lain hip hip horay berjimba sakan. Yela Jumaat la ladies day untuk mereka kan? Bila lagi?

Suffia plan nak pegi karok. Nina tunjuk isyarat ibu jari walhal dia tau yang dia sendiri sengau. "Huh fehulik hafe haku", beria2 dia memenangkan dirinya sendiri bilamana Jemah menganjingnya. Sempat jugak Jemah mengelap tempias air liur mulut Nina. Bukan sikit2 punya tempias lagi ni.. dah macam kena ludah dah! Kecik besar.. kecik besar je Jemah tengok Nina atas bawah. Grrr geraamm!!

Dalam masa yang sama mereka berada di ruang legar pasaraya, kelihatan beberapa lelaki normal yang cukup sempurna fizikalnya masih berada di situ tanpa rasa bersalah. Jemah hangin, mulut dia dari tadi pok pek pok pek tak henti2. Mana la dia tak geram, tak malu ke berada di khalayak perempuan. Kot ye pon lupa mandi wajib bagai, tak perlu la enterprem depan orang ramai. "Sah2 memang tak layak la jadi laki aku!", Jemah mendengus geram. Suffia sempat mengerling tajam pada Jemah sewaktu membooking bilik karok.

"Kalau adik aku, dah lama aku lempang2 dah! Eii memalukan. Kalau aku nak pilih lelaki, harus macam ustaz Don!!", Jemah mencebik. Nina dah rembat mic awal2 lagi. Lagu Anggapanmu nyanyian Ziana Zain dipilihnya.. nasibla ada sarikata, kalau tak haram nak faham apa yang Nina nyanyikan. Yang si Jemah ni pulak dari tadi membebel, Suffia makin panas. Sikiitttt je lagi.. kompom boleh meletup dia!

"Woi Jemah yang ko bising2 ni apsal?? Kalau ye pon ko tak puas hati ngan dorang.. sound depan2 la. Ni ko memetir tepi telinga aku macam aku ni mak bapak dorang. Yang ko kisahkan dorang kenapa? Ni yang aku kisahkan, ko sendirik tak pegi semayang Jumaat apsal??", membulat mata Suffia mencekak pinggang. Jemah mencebik tacing lalu menutup muka tersedu2. Nangis lettew konon. "Nyemah turn ngo flak", Nani menghulurkan mic, cepat2 Jemah berdiri untuk menyanyi.. kuda2 dibuka siap siaga untuk menari. Langsung takde tanda2 bersedih. Gampang!

Jemah memilih kategori artis wanita di lagu bernombor 144. "Alamak sekali dia bantai Cindai pulaakk",Sufiia menepuk dahi dan dahinya ditepuk 8 kali lagi pabila melihat Jemah meliang liuk menari tarian lilin di bilik sekecik jamban itu. Ko pon sama haram macam dorang tak pegi semayang Jumaat. Rosak aku ada kawan spesis maknyah macam ko ni Jemah aka Jemain Pairan oi!

Ada aku kesah?



P/s : Ni spesis kecelaruan jantina ni. Kasi sungkit buntut dia!



*****



Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednessday #16


meningkat naik lagi satu angka tahun ni
semoga dipermudahkan segala urusan
Amin


Trimas for all the wishes
May Allah bless all of us


P/s : Nasi minyak plak yang korang mintak kat aku  :)


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com