SEMAKAN ONLINE GAJI BARU SSM 2012

12:26 PM

As salam,

Bagi kakitangan awam yang masih tercari cari berapa kenaikan gaji mereka untuk tahun ini, di sini telah dibuka laman untuk melihat sendiri berapakah jumlah kenaikan yang akan mereka terima bermula Januari 2012 mengikut jadual peratusan kenaikan gaji yang telah ditetapkan .

Sila KLIK SINI untuk terus ke laman tersebut. Kaedahnya mudah, hanya mengisi nilai gred jawatan anda dan jumlah gaji terakhir yang anda terima akhir Disember 2012 pada ruangan yang disediakan dan paparan akan menunjukkan jumlah gaji baru dengan kenaikan yang anda akan terima bermula Januari 2012 nanti.


Munah Dengan Nafsu Kuda Kepangnya !!

11:22 AM

Malek pening. Dia tak pasti apa yang telah dilakukannya sehingga ketara nampak perubahan pada isterinya Munah sejak akhir2 ini. Tak lagi mesra macam biasa,bila ditanya.. sepatah sahaja dijawabnya. Apatahlagi memandangnya.. seolah2 Munah jelek dengan dirinya. Hasil perkongsian hidup selama 25 tahun bersama, dikurniakan dengan 6 orang anak.. inilah pertama kali Munah berperangai sedemikian. Malek tau ada sesuatu yang Munah sembunyikan..

'Apa kata kau pergi jumpa bomoh Andak. Mana tau dia boleh tengok2kan ke?', Ujar Paiman rakan sekerja Malek.

'Taknak la aku.. tahyul. Aku tak percaya benda2 karut ni', Malek terus menyelak helaian suratkhabar yang berada di depannya.

'Bukan apa Lek.. zaman sekarang ni,  orang makin maju.. tapi tabiat kembali jahiliah, kembali buat benda karut marut ni. Ko ada buat salah ngan bini ko tak? Ke.. si Munah kena buatan orang?', Paiman menduga. Malek hanya membisu tapi jelas kerut2 di dahi tuanya itu menunjukkan betapa risaunya dia terhadap keadaan yang berlaku sekarang.

Malek termenung di bilik jaga. Mengingatkan kembali saat2 manis sewaktu muda2 dulu bersama isterinya. Berlari2 di taman sambil berlatarbelakangkan lagu Rafeah Buang. Menonton cerita Bobby di Cathay Cinema yang hanya berharga 20 sen. Ah, terlalu banyak kenangan antara mereka. Adakalanya berlaku pertelingkahan, tapi selalunya tak lama. Tapi kali ni.. lain benar fiil Munah. Hampir seminggu mereka tidur berasingan. Walaupun Malek tau bininya itu hampir menapos tapi sayang dan cintanya pada Munah tak pernah luntur.

'Aku kena tanya Munah sendiri. Masalah ni mesti disettlekan!', tekad Malek sebaik sahaja habis waktu kerjanya.

Setibanya Malek di rumah, dilihatnya Munah mengadap tv.. langsung tak mempedulikannya. Tak seperti biasa Munah akan meluru ke arahnya dengan secawan kopi. Munah memang benar2 berubah! Malek duduk di sisi isterinya itu. Melihatkan Munah langsung tak mempedulikan kehadirannya.. Malek memulakan bicara.

'Kenapa awak sejak akhir2 ni.. dingin je ngan saya. Apa yang saya buat?'

Munah masih membatu mendiamkan diri membuatkan kesabaran Malek sedikit tercalar.

'Kalau ye pun awak marahkan saya, takkan sampai macamni sekali?? Cuba awak bagitau apa yang saya dah buat?'

Mungkin dah bosn didesak, Munah akhirnya memandang muka Malek. Muncung mulut bininya hampir sehasta gamaknya kalau diukur dengan pembaris.

'Abang dah guna tak pencuci muka yang saya belikan tu?? Ada tak??'

'Eh ada. Saya pakai la. Kan awak yang belikan. Kenapa??'

'Tipu!!! Abang tipu saya', suara Munah sedikit meninggi tapi akhirnya terdengar esakan kecil darinya. Malek bingung. Kenapa dengan pencuci muka tu? Takkan sebab pencuci muka, Munah marah begitu sekali padanya?

'Abang tipu. Abang sebenarnya tak pakai pencuci muka tu kan? Mengaku je la. Jangan nak buat wayang depan saya', Munah masih berterusan menuduhnya membuatkan Malek panas hati.

'Eh awak ni kenapa? Takkan pasal pencuci muka pon nak melenting macamni sekali?'

'Maunya saya kecewa. Kalau betul abang pakai pencuci muka tu. Apsal muka abang tak berubah jadi Kim Bum??'

Malek makin kusut terpinga2. Kim Bum?? Ape tu? Tiger Bum dia tau la.

'Tu.. dalam tv tu kata kalau abang guna pencuci muka tu, wajah abang akan jadi cantik emsem macam penyanyi korea Kim Bum tu. Abang kata dah pakai.. apsal tak macam Kim Bum pon?? Pait macam selalu je? Nampak sangat abang tipu saya.. abang tak pakai kan? Mincik!!', Munah mencebik lalu berlari2 anak ke dapur.

'Hampeh punya bini. Menganjing aku ke hape? Nasib ko blah, kalau tak kulutut2 kepala ko Munah. Taula muka aku cenggini dah tu ko kata aku pait??', Malek menepuk dahi dengan remote tv 8 kali. Cecepat mukanya ditenyeh dengan pencuci muka dengan harapan adala berubah sikit.. kalau tak, tak makan malam dia nanti. Dah tua bangka tahap menapos.. tapi nafsu ngalahkan kuda kepang!! Puih







P/s : Aku nak cuba LOREAL mana tau muka aku leh jadi Aaron Ajis :P

Tembam Kot Mak Ngah Oi !!

12:22 AM

As salam,

Tengahari tadi lepas tungkus lumus kat lab, aku ngan pacik mentua aku (staf opis aku yang agak berusia) keluar minum. Akibat terlalu banyak masa untuk dihabiskan, setelah ditolak cadangan aku untuk bermain buaian tetengahari buta.. kami terus berbincang ke tajuk lebih serius iaitu bagaimana caranya untuk menyewa broadband sambil sedut2 angin gelas yang kehabisan air.

Setelah mendapat undian majoriti, dua undian daripada dua orang.. kami menuju ke bandar di mana lokasinya dirahsiakan. Pacik mentua aku sangkut plak nak daftar broadband sebab ada tunggakan bil tahun 2006. Dia kata bukan nombor dia, dah nyata bukan nombor aku mahupun akak promoter tu. Sebab kemaruk nak tengok ayam kat youtube.. dia langsaikan gak tunggakan tu. Sementara aku tunggu dia pegi cocok duit.. aku usha ada beberapa budak promoter dari sebuah hotel terkenal. Semua melayu..lelaki dan pompuan. Aku pandang sekejap2 je.. sebab aku tanak dorang datang pomot kejadah kat aku.. dan sebenarnya ada sebab lain...

'Afzal perasan tak budak depan tu', sapa pacik mentua aku.

'Heh macam tau je apa abang nak bagitau ni. Hehe', aku gelakkan je la

'Gila betul budak pompuan tu. Dah la baju singkat, dengan susuk badan yang gebu.. pakai tight! Adoyai ketumbit mata aku. Tembam kot!!', dia gelak2

Ni kalau nak berak terus pon boley. Taik leh lepas tu..


Man to man punya cerita la ye.. budak tu memang gila! Korang sendiri boleh agak. Aish aku kalau nak cerita detail pon tarahal tapi kang aku takut ada yang kemalu maluan aww. Haha. Aku tatau apa yang dia rasa.. tapi kalau aku jadi dia mahu aku cover buku kat anu tu. Adoyai bukan pacik mentua aku je kot yang nengok.. orang yang lalu lalang semua tuju kat situ je. Dah la buat kat shopping kompleks. Sah2 buat tayangan free. Ralit je aku tengok golongan veteran dok lepak depan dorang.. dah serupa takde iman.

Bila aku balik aku perati mata2 yang memandang awek tu. Aisehmen abang2.. pacik2. Udah2 la tu. Jangan diikutkan sangat fiil bebukan ko tu. Tu anak orang, kalau adik atau anak sendiri yang buat macamtu?? Tepuk dahi sendiri kot?




P/s : Saja kot nak tunjuk betapa tembamnya dia. Kahkahkah adoyai

Wordless Wednessday #19

12:17 AM





Ni keting kaki aku. Aku tatau sape punya keje disimpulnya
bulu kaki aku time tido! Hangin aku nak leraikan simpulan balik.
Mincik!!







Aku Punya Gucci,LV,Prada.. Ko Ada??

8:26 PM

As Salam,

Teringat kot kecik2 dulu mak aku belikan aku baju Lady Bird. Warna belang2, nampak comel lagi time tu. Aku terus dibelikan baju waima spender aku pon dorang still belikan sampai aku sekolah menengah. Time tu jangan banyak songeh la, apa yang aku dapat.. terus aku sarung. Ingat lagi mak aku buatkan aku spek mata ala2 cermin mata dia, bulat besar. Aku ingat spek guna sama ngan mak aku. Memang kena bahan la ngan kengkawan. Tak berpeluang tol aku nak bergaya!

Bila dah besar panjang cenggini, pilihan atas tangan aku. Juling mata sekejap tengok kawan2 tayang pakaian memasing. Guess!! Italy mari. Seluar kepala kain? Setau aku kepala paip ada la.. tak pun kepala lutut. 'Seliper ni berapa bang?' aku tanya promoter. 'After less RM200'. Tersangkut air liur kat tekak. Promoter dok jeling aku atas bawah sambil terkulat2 nak senyum. Seliper jenama anak anjing je kot.. aku nak guna bawak pegi jamban. Ai kalau cenggitu punya rege, baik aku hias jamban aku jadi jamban berhias.

Bila jenjalan, orang bergaya dengan pakaian memahal.. aku mampu tengokkan je la. Aku tak cemburu tapi tipulah kalau aku takde keinginan nak miliki barang2 mewah macamtu. Lagi2 bila lalu sebelah kedai jam, pilih bukan main. Nak yang tu la..yang ni cantik la, tapi setakat tu je la. Kengkawan pulak buat2 tayang baju, kasut, seluar depan aku tanpa buang tag harga terlebih dahulu. Aku tau niat sebenarnya bukan nak tunjuk barang sangat.. tapi nak tayang harga. Heh kagum.. kagum :)

Baju aku? 3 helai RM50. Baju2 baru aku beli time raya.. setahun sekali. Jenama? Hari-Hari ada, Adibas ada.. Cap Ping Pong pon ada. Cap Ping Pong? Dah macam beskot plak. Kasut beli kat downtown, seluar Levis cokia Thailand mari. Spender? Kalau dah tahap roti kirai baru aku tukar baru. Maaflah semua pakaian aku tak berjenama.. err so korang still nak kawan ngan aku ke?

Aku balik, aku tengok mak aku dok goreng ikan masin. Abah aku jadi bilal surau, ada la elaun beberapa kerat..takleh nak harapkan pencen sangat. Adik aku sekolah lagi. Kami bukan orang senang, gaji cukup2 makan. Alangkah moleknya daripada aku habiskan beli seliper jamban berharga ratusan, baik aku bagi mak abah aku makan. Dorang suka makan jagung rebus berharga RM2 seketul ngan kebab RM2.50 sebiji. Mak abah nak makan hari2 pun takpe :)

Aku selesa dengan apa yang aku ada. Takpe korang punya rezeki lebih, korang pakai la. Sentiasa ukur baju di badanku sendiri. Betul la tu didikan yang aku terima selama ini daripada orang tuaku. Mungkin aku tak sesuai kot nak bermewah2.. ada sebab Allah tentukan begitu. Oh ye, aku punya baju Hari-Hari, kasut Adibas, seluar Cap Ping Pong.. ko ada??

ni pon dah kira ohsem dah :)



P/s : Aku pakai baju pasar malam.. aku tetap nampak manis :)

Blogger Retis VS Blogger Bajet Retis

3:09 PM

As Salam,

Agak2 korang di dalam kelompok yang mana? Kelompok ye.. bukan keropok. Bila orang gelar kita 'Blogger retis!' dengan tak semena2 kita nafikan tapi dalam hati berbunga2 panau, kombang kompih idong usah cakap la kan. Rileks2 jangan cepat teruja. Betul ke dia ikhlas atau ada makna makan dalam macamni 'Blogger bajet retis. Puih!'

Aku bagi contoh mudah, Ben Ashaari? Zack Zukhairi? Yuyu Zulaikha? Personal blog je kot.. tapi tengok how they survived?? Betapa besar pengaruh mereka dikalangan blogger2 lain? Blogger SEO Abgteror, Harrazdani, Suka@kereta, JR Revolusiku, Emy Ulan yang tak putus dengan entry2 hangat berbentuk berita dan sukan. Blogger yang sering update entry macam kak Dianarashid, entah la sehari berapa kali dia update aku pon tatau la.. memang sangat rajin dan aku kagum dengan kesungguhannya. Blog Rafinamimi yang sekarang dah selesai dengan eNovel keduanya, dah nak masuk novel ketiga plak tu. Rajin kan? Ini macam baru la boleh pegang title blogger retis.. takde siapa boleh nafikannya lagi samada dari segi usaha, kesungguhan dan komitmen mereka dalam berblog. Macam Lyssa Faizureen dan lain2 ada je datang blog aku.. komen2. Tak cukup kat blog, kat group aku pon ada je muka dorang menempek! Talak sombong punya olang maaa!!

Blogger bajet retis pulak? Oh kejenya senang je dan mudah sangat la nak kenal. Takyah nak buat entry2 bagai, takde banyak masa nak baca apatahlagi drop komen waima sebaris ayat. Hari2 kejenya folo blog orang dan disuruh orang folo blog dia. Bila dah ramai follower, baru la retis namanya kan?kan? Ala bukan orang tau pon :)

Next, blogger 'bajet retis' ni kejenya menyendeng ngan blogger2 retis. Amik gambar banyak2 di setiap event. Skripnya mudah, hari2 cakap 'Say cheese!!' Pastu kencing orang kampung kata dia kamcing ngan blogger2 yang besar namanya. Ohsem kan?? Kawan2 pun harus ngan blogger2 ada nama je okeh. Eh berkudis kot kalau singgah blog2 picisan ni..Eww ko sape?? Do i kno u?? Sorry dear, tak kenal lol. Katanya la kan. Eh harusla cakap macamtu.. dia kan retis! Nak beramah mesra?? Choi jangan harap la !! Dia hanya baik ngan mereka yang kuat mengipas dia je. Nak suruh aku kipas? Maaflah ketiak aku krem!

Back to the basic. Apa niat sebenar ko berblogging? Kalau ko nak jadi retis sangat, pegi la bikin album. Tu pun harap ko punya suara, setakat lepas jerit2 dalam karok jamban, ko cuba la cara lain. Maaflah retis dikalangan blogger ni memerlukan usaha keras bertahun2. Tak bermakna ko menyelit mana2 event blogger besar, amik gambar bebanyak membuktikan ko retis. Sudah2 la mimpi di siang hari yek :)

So guys, korang rasa korang kat mana? Blogger retis atau blogger BAJET retis?




P/s : Retis bukan sesuatu yang dicari, ia datang dengan sendiri bergantung pada bakat dan kesungguhan.

Bisa Gugur Jantung Gue #7

11:50 PM

KLIK SINI untuk episod sebelum


Man susun buku atas meja, kemain punya banyak. Ni kalau bebudak lain tengok mesti kata dia ulat buku. Puih! Buku bebanyak atas mejanya tu buat wayang je, coverline terbaik sesi membuta. Sebagai benteng pertahanannya dari serangan marker lecturer2nya lagi2 Puan Mimi. Man kuat mengatakan Puan Mimi pernah mewakili Daerah Ulu Tembeling, Pahang dalam acara lontar peluru dalam poket seluar belakang. Punyalah baik disusun macam susun bongkah LEGO, keliling meja tak hengat. Kalau takung air kompom tak bocor punya la.

Hanif dan Ainul dah mesej awal2, tunggu kat kafeteria katanya. Kelas habis awal plak harini, Encik Zaki ada miting. Bagus kalau hari2 cenggini, baru la seronok. Baru nampak kacak walaupun dia tau muka Encik Zaki tu.. perghh nak cakap pun segan. Kalau cakap karang orang kata mengumpat. Diamkan je la sendiri mau ingat.

Ni la yang malasnya kalau nak menunggu naik lif. Bebudak yang ramai satu hal.. ditambah pulak ngan spesis jenis main picit2 butang lif. Rajin kemain. Tapi Man steady, bajet ayu-manja lebih2 lagi dikelilingi freshies yang muda2 belia di kelilingnya. Gaya mau ada. Rambutnya disisir kemas menggunakan sikat kutu. Itu je sikat yang paling relevan dia ada, nak rembat sikat Ainul malu. Sikat tak cukup sifat. Rasanya ada la beberapa batang je yang tinggal, yang lain rongak. Tu kalau dia guna.. serupa macam orang tak sikat rambut la jawabnya.

Man rasa dia sorang je lelaki kat situ. Sempat dia mengenyit2 mata ke arah beberapa pelajar perempuan yang lain. Ada yang tersenyum dan ada gak yang buat tak tau. Tang kena yang buat taktau tu.. Man terus2 buat gosok mata sambil berkata 'Adeh sakit plak mataku ni. Ni la akibatnya banyak membaca..almaklumlah kena dekan lagi sem ni. Aku kan pelajar harapan keluarga..' Punya kemain panjang ayat, tapi bila dilihatnya sekor2 pelajar langsung tak mengendahkannya. Man tacing.. kesat peluh atas bibir akibat susun ayat kemain panjang.

'Ohoooo oi', tetiba semua mata memandang antara satu sama lain.. Siapa pula yang terlolong tengahari buta ni?? Man ape lagi tersengih2 sakan dan dia masih tercari2 dari mana datangnya suara itu. Nak je dia gelak kaw2 kalau dia dapat tau sape punya suara tu. Macam itik!

'Kalau lah mata bertentang mataaaa.. hati di dalam bagai nak gilaaaa. Heeyyy', tetiba semua mata yang ada di sekelilingnya menuju tepat ke arahnya. Ada yang tersengih, ada yang buat muka malah ada yang menari2. Eh menari2??

'Perghh ringtone enset aku nih!! Haramjadah kompom keje si Hanif ni!!', Man menyinga.. teringatkan muka innocent Hanif yang mintak dibelai2 dengan kakinya.. pada masa yang sama dilihatnya mangkuk entah mana masih menari2 mengikut irama ringtonenya. Cecepat dia jawab panggilan, dan serta merta mangkuk tadi berhenti menari. 'Sewel!'

'Ada mana bro? Ko ada kelas yoga ke? Jangan nak lama2 sangat ni ada orang nak jumpa ko ni', ujar suara iras2 Ramlah Ram versi lelaki di hujung talian.

'Jap2 aku sampai dalam 5 minit lagi', Man terus mematikan telefon sebaik sahaja pintu lif dibuka. Dilihatnya mangkuk yang menari2 tadi memandangnya tajam. Man merenungnya tajam.. tak berkelip. Sukar digambarkan situasi tegang tersebut. Berkerut dahi mereka berdua tak mahu mengalah. Tiba2 mangkuk hayun tersebut bersuara, 'Bang.. lagu M Daud Kilau seround. Nak joget!' Perghh Man terus hantuk dahi kat dinding lif 8 kali.



********** 


'Haa nape? Apesal tetiba nak jumpa aku ni? Sape nak jumpa aku?', Man menyinga. Ainul menyedut2 air milo ais kepunyaannya, manakala Hanif cuma pegang straw tanpa air.. tunggu turn sedut milo ais kepunyaan Ainul.

'Tu hah', Ainul menjuih. Man menoleh. Dilihatnya Ain berada di kaunter pembayaran. Perghh tetiba darahnya terus naik mencanak ke atas kepala. Turun naik nafasnya tatkala teringat apa yang berlaku di kelas tadi. Berdebar2 rasa amarah di jiwa. Buku limanya digenggam erat. 'Kali ni apa nak jadi pun jadilah.. tak kiralah ko laki ke pompuan', marah benar bunyinya.. seperti dia marahkan jerawat di mukanya pagi tadi.

'Aku belikan nescafe ais ni. Ko suka kan?', Ain menyerahkan kepada Man, Man terus duduk dan menyedut air nescafe tersebut. Sroot.. Sroot bunyiknya. Argghh lega rasanya. Bagus budak si Ain ni. Hilang terus segala amarah yang membuak2 dek kerana secawan nescafe tadi. 'Eh Ain tau aku suka nescafe?', Man memandang Ainul dan Hanif yang sedang berebut2 menyedut2 air milo yang secawan tu.

'Man ko marahkan aku lagi ke? Sori la beb, aku nak pulang paku buah keras je kat ko. Sekarang 0 -0 ye. Selamat hari raya', Ain menghulur tangan. Man memuncung mulut, buat muka ala2 alas meja pun ada. Buruk haktuih rasa macam nak ikat je bibir dia ngan reben.

'Tanak! Tanak! Ye aku nampak je ganas, tapi hati di dalam macam kapas. Ko apa tau', Man mencebik lagi. Kali ni makin panjang juih bibirnya.

'Man sayang.. janganla macamni. Kita berdamai ye', Ain masih tak putus asa memujuk.

'Tiada maaf bagimu. Ye aku nampak je ganas, tapi hati di dalam macam kapas. Eh macam dah cakap je tadik. Ah bencik!', muncung bibirnya makin panjang.. hampir2 masuk ke dalam gelas Milo si Ainul tapi sempat diketis Hanif menggunakan straw.

'Woi aku cakap bebaik ni ko nak tacing2 plak ngan aku pehal?? Ko nak kena rejam ngan garfu ke hape??', suara Ain meninggi.. lebih tinggi dari ego si Man. Man terkedu, terus terselit ke penjuru meja. Terkulat2 mukanya ketakutan. Bajet nak tacing2.. nah sekali hamik ko sedas!

'Err ok2 la Ain. Ala aku baru nak manja2 ngan ko. Baru nak dibelai2 manja, almaklumlah aku kan lahir tahun kucing'

'Eh Man bukan ko lahir tahun babi ke?', Hanif mencelah. Sempat gak la buku Kejuruteraan Elektrik Man singgah menempek ke arah mukanya. Bahana masuk tak bagi salam.

Ainul yang sedari tadi meliar matanya memerhati sekeliling, dia menangkap sesusuk tubuh dengan raut wajah yang sangat awesome datang merapati mereka. Cantek sangat, sebijik macam dia kalau pakai skirt labuh, dalam bentuk perempuan dengan bulu idong yang telah di trim. Tak nak mengalah langsung!

'Man.. Man kan? Kenal saya lagi? Mel.. Amely. Moto awak rosak? HEP?', sapa awek tersebut manja bersama beberapa orang kawannya yang lain. Man menoleh terus terkedu keras sebaik memandang Amely, tak tercakap apa apa.

'Ni ke kawan2 yang awak maksudkan? Hanif? Ainul? Dan awak??'

'Ain.. Ainul Mardhiah', Ain menyambut salam Amely tanpa banyak bicara.

'Hanif.. awek ni sebut nama aku!! Adeh putus haid aku!!', Ainul tertunggeng pengsan, dah macam orang buat sujud sahwi tengah2 kafeteria tu.

Hanif sedari tadi dah terlangkup mukanya dengan kedua2 belah tangan. Berbaloi hidupnya selama 20 tahun ini kerana akhirnya ada jugak awek cantik rupawan yang tak buta warna dan tak juling mengenali dan memanggil namanya. Hanif berlari lemah longlai.. sambil menggigit bucu sapu tangan meninggalkan mereka menuju ke tandas. Bodoh piang!!

Man?? KO jugak tapi masih kontrol kacak dengan tangan menongkat dagu, mengeras sambil tersenyum memandang Amely. Amely tertawa, tak tahan melihat karenah mereka bertiga. Man nampak comel dengan gaya sebegitu, ye Man comel macam teletubbies. Amely rasa macam nak cubit je pipi montel Man tu tapi apakan daya..

Ain pula? Hanya sekadar menatap dalam2 raut wajah Amely. Memang tak dinafikan Amely sememangnya cantik dan punya pakej yang lengkap..serba serbi sempurna. Tetapi macamana Man boleh kenal umat secantik Amely? Ain tak tau entah kenapa hatinya terasa sakit.. Sangat sakit seolah2 diracik halus2. Demm!!




(Bersambung)

Selamat Ulang Tahun Afzalsukasuki

9:16 AM

As salam,

Tanggal 16 Mac 2011, kini genap setahun aku bergelar blogger. Mula2 aku langsung tak tau apa sebenarnya blog, aku tak amik pusing dan aku tak mahu tau. Bila kawan2 aku sibuk ceritakan perihal blog2 mereka.. aku dengarkan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Aku ada habit, aku suka komen panjang2 dalam wall FB sebelum ni. Hampir setiap hari aku akan shout apa yang aku rasa sehinggakan ada seorang kawan lama aku Halimatun Saadiah. Dia ekceli kawan kepada ex-gf aku. Dia suggest aku buat blog daripada aku merepek meraban dalam FB dengan jumlah aksara yang terhad untuk di post. Aku pun baru tau dia pernah baca cerpen yang aku karangkan untuk ex-gf aku 10 tahun dulu. Lama kan?

Bila mula berblog aku terus je buat entry, hari2 aku macamtu. Aku mula rasa kepuasan membuat entry, meluahkan idea2 aku yang ntahapehape tu. Aku mula dapat perhatian dari beberapa orang blogger yang pada masa itu aku sendiri tak kenal. Aku appreciate sangat2 perhatian mereka terhadap aku tapi aku berblog kerana minat menulis, tak rasa untuk hal2 peribadi yang lain. Kena kutuk maki hamun sindir2 dari blogger yang lebih berpengalaman mengenai blog aku tu biasa.. sakit hati memang tak ingat, tapi tahan la sedikit sakit tu untuk kemanisan yang akan aku peroleh nanti. Tadah je la telinga..

Aku dulu dan aku sekarang.. tak banyak berubah. Aku suka apa yang aku sampaikan dan aku kekalkan begitu cuma sekarang aku cuba untuk menulis enovel. Aku tak ramai follower tak seperti kawan2 aku yang lain.. tapi aku gembira aku punya readers. Readers dikalangan blogger mahupun kawan2 bukan blogger. Aku appreciate sangat2 pada korang yang mengikuti entry2 aku. Aku tak menjangkakan entry2 aku dibaca korang dan itu buat aku terharu..

Teringat aku bila aku maklumkan kepada kawan aku dulu yang aku punya blog, dan dia katakan seperti ini "Apa yang specialnya blog ko?" terus aku terdiam. Ye blog aku tak membawa makna pada sesiapa, tapi pada aku ia terlalu besar maknanya. Di sini aku kenal kawan2 dan di sini aku habiskan masa aku berkarya. Aku juga punya Geng Blogger Sengal dan aku gembira berada di sana. Memang langsung tak bermakna pada sesiapa kan?

Aku tak mahu jadi Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, Cik Epal, Yuyu Zulaikha atau mana2 blogger yang korang sanjung tinggi. Cukup sekadar korang kenal aku kerana penulisan2 aku.. Aku tak tahu berapa lama lagi aku mampu bertahan tapi selagi aku terdaya, aku akan terus menulis dan menulis. Aku cuma berimpian satu hari nanti aku mampu mnghasilkan satu karya atau novel di mana penulisnya adalah nama aku, afzalsukasuki.. Sebab koranglah.. aku masih bertahan sehingga kini X0X0


Selamat ulang tahun afzalsukasuki..




P/s : Aku menulis bukan kerna nama..

Candid - Candid 1st GBS Event !!

3:23 PM

As Salam,
Cakap bebanyak pun tara guna..
Hari ni aku nak sua ngan gambar2 candid sewaktu
1st event Geng Blogger Sengal je.
Meh kita nengok sesama sambil
makan popkorn.

Aku tak pasti si Aida Omar nak buat apa sebenarnya nih..


Dah masuk longkang.. si Man Kete nak salahkan bola. Si Shawn plak tak nak beredar sebab katanya selagi dia tak strike.. selagi tu la dia berdiri tegak kat lane bowling tu


Biasala mula2 bercinta manis semuanya.. dah lama pait. Haa pait macamni laaa


Nabiel Faan ngan Mankete je yang sibuk melompat.
Dulu time sekolah2 cikgu suh melompat tanak!!


Geng2 retis la katakan. Puih!


Ni sesi bertukar hadiah sesama ahli. Alahai manjanya pose ni. Maaf si Adib Adired ni 
masih belum dibenarkan untuk dibela


Patutla si Nad Zher EE kata nak leave group.. rupa2nya muka dia semua
blakang tabir. Sian.. sian..


Adila Sadam serba merah. Aww u nampak hot okeh! Si Reen pula berat nak bagi
adiahnya sebab mahal katanya.


Gembira kemain si Rerama Ungu dapat adiah. Erk!!


Perbincangan sesama ahli berkenaan cara2 meningkatkan trafik blog 
dan cara2 untuk membayar saman trafik sebab parking kereta tepi Time Square


Ni dah siap buat tayangan ngan mata bengkaknya..
tak menahan tapi sebab GBS punya pasal la kan??
Terbaekkk

Sewaktu wakil badan beruniform Pandu Puteri mengagihkan
makanan sorang sesuap. Nampak manja kan?


Tunggu catuan makanan dengan penuh sabar dan istiqamah


Ni muka budak merempat.. baru lepas kena halau dari food court kahkahkah


Admin yang bertanggungjawab menghalau anak2 buah ke hulu dan ke hilir 
*dah macam halau kambing plak


Kepsi?? Ni baru pencuci molotnya. Belum masuk main course lagik!


Maaf makhluk ni spesis terancam. Sila bantutkan niat korang untuk membelanya
buat masa terdekat sehingga dia selesai mengawan


Ni acara potong kek besday. Si penyu sorang je celebrate cukur jambul dia.


tengok la gelagat sekor..kalau dah makan lupa aku yang amik gmbar. Mincik!


Orang request.. aku layankan je hahaha :D


Ada lagi nama2 yang yang takde dalam ni.. 


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Taraaaaaaaaa !!!!!!!!!!!

GBS lu orang memang awesome !!


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita bertemu lagi :)

Off To KL : GBS Serang Berjaya Times Square !!

12:31 AM

As Salam,

Hari ni aku quite bizi. Banyak benda nak kena handle. Ni planning dari awal tahun hari tu, akhirnya hari yang aku tunggu2 bakal tiba esok. Esok aku ngan bala tentera GBS akan turun ke KL, di mana 1st event Geng Blogger Sengal akan dibuat di Berjaya Times Square, KL. So kalau korang rasa nak lepak sekali pon tarahal, tapi makan pakai sendiri2 la ye. Hehe kot2 korang nak jumpa blogger2 kesayangan korang, ye la selama ni borak kat shotbox je :)

Takde la ramai mana yang turun, ada dalam 30 orang blogger termasuk Blogger Perak. Tu pun dengar ada ura2 yang nak turun join last menet. Ada gak yang kecewa tak dapat join, aku pun tak boleh buat pape. Maybe next time la ye :) Event start pukul 12 tengahari sampai 6 petang. Memandangkan 1st event, kami tak plan yang besar2. Lebih kepada santai2 je sambil berpantun seloka sesama ahli.

So kalau korang turun Times Square esok, jenguk2 la ke lane bowling. Agak2 nampak budak baling bole bowling kebelakang.. tu kitorang la agaknya. Hehe. Oo maaf la kalau ada yang berharap dapat jumpa blogger femes. Seyesly memang haram korang takkan jumpa. Kitorang semua spesis sengal :)

So aku dan admin2 lain yang bertungkus lumus untuk menjayakan event berharap segalanya akan berjalan lancar esok. Aku berharap event ini akan jadi kayu pengukur untuk kami merancang next event pada masa akan datang. Korang GBS.. memang AWESOME !! Aku tabik spring!!




Disediakan oleh,
Afzalsukasuki
Ketua Kampung,
Geng Blogger Sengal

Nak Kenal Blogger Single??

11:12 AM

As Salam,

Tetiba aku terajin nak bukak pusat cari jodoh plak. Hari ni aku dengan senang hati nak pomot beberapa nama blogger yang single mingle yang boleh dibuat calon menantu. Semalam aku post kat wall FB aku bertanyakan pasal ni, anbelibebel dalam tempoh kurang 8 menet hampir 150 noti naik sambil memasing mengangkat kedua tangan dan kaki meng-offer diri untuk dipomotkan. Tak sangka aku ramai yang single and available, tu pun aku terpaksa romove beberapa nama sebab terlalu ramai. Agak2 kalau lepas ni mendapat sambutan, aku akan cuba apply booth Pusat Cari Jodoh kat Jom Heboh. Disamping mencari jodoh, booth aku juga menyediakan urutan kaki oleh golongan OKU dan teka kacang dalam balang.

So tanpa berlengah2 lagi meh aku perkenalkan satu2 blogger single mingle


Aida Omar
Sorang pompuan. Baru akil baligh. Pencinta Zirafah.
Calon yang dicari mestilah pattern macam zirafah gak.
Kalau tak belang2, mau yang leher jinjang.
KLIK SINI kalau berkenan.



Arra Ahmad

Nama timangan Anje. Tunggu pinangan.
Seorang nurse. Makanan kegemaran rahsia.
Minuman kegemaran daun ketum. Mencari
pasangan yang pandai seterika baju.
KLIK SINI kalau berkenan



 Asma Liyana
Suka makan askim mekdi. Suka main pasir.
Daripada DP nya sedang tayang ketiak, 
menunjukkan dia seorang yang berkeyakinan.
Calon yang dicari mestilah tahan maki dan
 pandai makan mi guna hidung
KLIK SINI kalau berkenan



Muhamad Azam
Pose sengaja buat2 tak nampak sambil
jawab soalan Bahasa Tamil. Nama timangan
 Cik Simah. Baru je sunat. Manja macam
siamang. Aktif hanya pada waktu malam.
Suka dibelai dengan kaki.
KLIK SINI kalau berkenan



Azhafizah
Comel macam teletubbies. Sangat kreatif macam
Latif Borgiba. Suka menonton intisari rancangan,
pandai berpantun dan boleh menulis jawi.
Kata2 hikmat : kalau jari panjang sejengkal,
lobang idong yang dalam jangan di duga
KLIK SINI kalau berkenan



Faizatun Farid
DP nya menunjukkan dia orang suka buat kolaj.
Bekerja sebagai pewarna divider jalan. Pembersih
dan lemah lembut. Suka buat mata juling kalau duduk
sensorang depan cermin. Calon yang dicari : Pandai
betulkan arial TV
KLIK SINI kalau berkenan




Nurul Syarafina
Nama timang timangan Timang Tinggi Tinggi.
Suka buat mulut itik. Pernah memenangi acara
balapan peringkat rumah sukan. Boleh cuci pinggan
dan cawan sekaligus. Calon dicari mestilah iras2 mukanya.
KLIK SINI kalau berkenan



Halimatun Saadiah
Dah bertahun tak berpasangan. Pernah hantar
penyertaan Kembang Setaman dalam majalah
URTV tapi direject sebab hantar gambar edit.
Suka lepak sensorang tengah bendang.
Jinak dan boleh diajak berbincang. Pandai
betulkan rantai basikal
KLIK SINI kalau berkenan



 Emy Ulan
Berminat pada lelaki yang berbulu dada sekitar umur
15 hingga 25 tahun untuk dijadikan anak ikan.
Hebat bermain wayang kulit. Suka mendengar suara
sendiri yang dirakam dalam enset. Boleh menyanyi
dan berpantun dalam bahasa jawa .
KLIK SINI kalau berkenan



 Korn EL Jr.
Berat 14 kati, tinggi mangkuk tingkat. Seorang
pemalu dan pemalas tukar boxer. Mudah gayat
bila berada di dalam lif dan gemar makan popkorn
masak lemak cili api. Calon yang dicari mestilah
bertudung dan bukan berstokin dikepala.
KLIK SINI kalau berkenan



 Maya Mustwani
Nama timang timangan Yusuf Haslam.
Mampu membeli kelapa parut yang dipesan ibu.
Mudah cair bila diayat. Sekarang buat part time
sebagai konduktor bas mini. Kata2 semangat :
Semangatnya anak awak.. dah berapa bulan?
KLIK SINI kalau berkenan



Nia Marlissa Hery
Nama timangan Hery Potter. Suka kaler pink.
Seorang pengawas pusat sumber. Cita2 ingin
jadi pengawas pusat sumber sampai bila2. Hobi
kibar bendera depan tanah kubur. Alasan join
cari jodoh : miang nak kawen
KLIK SINI kalau berkenan



 Reen Afny
Suka amik gambar sensorang dari sisi tepi. Suka memasak
sambil mengaji. Anak ketua kelab kompang. Mampu
menjahit pukat yang koyak. Kebolehan bertutur dalam 
pelbagai bahasa termasuk bahasa binatang.
KLIK SINI kalau berkenan



Selendang Merah
Pakar ilmu silap mata. Boleh menari tarian lilin.
Kini membuka butik jual selendang dan repair
mesin jahit. Mampu bercakap sewaktu sedang
tidur. Mencari calon isteri yang boleh berbual
dengannya sewaktu sedang tido.
KLIK SINI kalau berkenan



Shawn Razaleigh
Boleh berada lama2 atas udara macam DP nya.
Sukakan muzik berentak balada, keroncong dan
lagu rakyat. Selama hidup tak pernah kena
saman trafik. Seorang penderma organ yang
sangat suka lipat sejadah di masjid
KLIK SINI kalau berkenan



 Siti Hawa
Supervisor kilang kondom. Penyegan. Pemilik
koleksi tampon dari pelbagai jenama. Memegang
Anugerah Punch Card Paling Awal untuk bulan
Januari. Ada kereta, tapi baru lepas kena tarik
 dengan pihak bank semalam
KLIK SINI kalau berkenan



Zaza Nur Iman
Sangat ayu dan cantik kalau dipandang dari
belakang. Umur 20an, berat tak hengat.
Mencari calon yang sesuai, subur dan
kuat tenaga batin. Lelaki yang cukup gigi
diberi keutamaan
KLIK SINI kalau berkenan



BabyZyra Roxx
Nama timangan Babuji. Umur rahsia. Kerja
kimpal tin minuman. Seorang ahli gusti sambilan.
Pernah menganggotai kumpulan Rabbani tapi
disingkirkan sebab bisu. Suka main lawan mata, 
sapa kelip mata dulu kalah. Mencari calon yang tanggi
lampai, senang nak lap kipas siling.
KLIK SINI kalau berkenan



Aben Idris
Orang Negeri Sembilan. Peminat cerita
sinetron. Terhindar dari masalah cagu/cekam.
Mampu berdiri dengan satu kaki dan mencari
jodoh dikalangan abang posmen. Kata2 pujangga :
Dulu saya bencikan wajah saya, bermacam2 produk 
saya gunakan. Tetapi sejak menggunakan Almas, 
wajah saya kembali berseri. Kini saya tak bimbang lagi.
Terima kasih Almas.
KLIK SINI kalau berkenan



CALON2 YANG TERSINGKIR


Sebab tersingkir : terlalu kacak, aku jeles!





Sebab tersingkir : merahsiakan status diri





Sebab tersingkir : Hantar gambar kanak2 bawah umur






P/s : kalau dapat sambutan menggalakkan, aku akan buat fasa kedua plak :)