'> April 2012 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, April 30, 2012

Pengomen Ke 10 Ribu Ribu Lemon Jatuh Kepada..

Assalam,

Selamat hari Isnin. Selepas aku mengabaikan blog aku untuk beberapa hari, kini aku kembali. Mengenangkan bebudak opis ramai yang amik cuti harini dan esok.. aku memang takde kerja lalu melenggang kangkung. Bila aku mula belek2 blog aku dengan setting blogspot yang baru buat aku pening kepala humangaih.. aku sedikit terkejut komen entry2 aku sudah mencecah angka 10 riban!

Banyak gak tu kalau ditukarkan kepada duit, leh la aku buat muka beli rumah (tolongla tukar kepada duit!) 10 riban atau lebih spesifiknya 10,212 dengan jumlah entry sebanyak 354.. memberi purata sebanyak 29 komen untuk setiap entry. 354 entry? Mak aih banyak gak tu ape la yang aku mengarutkan selama nih. Rasa macam baru je aku jadi blogger.

10, 212 bukan datang dari aku.. tapi daripada korang readers2 aku. Aku tatau ape yang aku repekkan hingga mencapai komentar sebanyak itu tapi di sini aku ingin mengucapkan 10, 212 terima kasih kepada readers2 yang menconteng di ruangan komen entry aku. Tak kisahla panjang berjela mana atau pendek sekalipun komen yang korang berikan.. aku appreciate sangat2. Ada gak yang sudi menconteng walaupun entry aku rasa entry aku ntahapehape.

Oh lupa plak nak bagitau, setelah aku godek2 dan kira2.. pengomen yang ke 10 000 adalah Zaza Nur Iman seorang blogger. Aku kenal dia lama gak, dari dia ada blog.. terminated blog dan buat blog baru. Kat blog dia pon dia ada letak link ke blog aku, tak hairanlah dia mengikuti segala cerita dari afzalsukasuki. Jom terjah blog dia plak :)


KLIK SINI untuk ke blog Zaza :)


Tak kisah 10 ribu waima 1 komen pon.. aku tetap appreciate apa yang korang lakukan. Bukan senang nak conteng ruangan komen entry seseorang :) Trimas trimas trimas. Sayang korang ketat2 macam pakai spender saiz xs :P

Friday, April 27, 2012

Perkenalkan Ni La Boboyot.. Cepat Salam!!


Ni la Boboyot

Spesis : Kucing kacuk Gamat
Nama saintifik : Arbasilus Stylus Tungkik
Umur : 5 bulan (tak termasuk datang bulan)
Warna : ikut suhu macam jam London Boy (selalunya kaler hijau)
Kebolehan berbahasa : Bahasa menatang dan urdu
Kebolehan lain : kepakaran mengecek makanan kucing lain, 
ganti mentol terbakar, fotostat ic dan buat tat nenas
Makanan kegemaran : jamu perapat mas cotek
Minuman kegemaran : ice blended jering
Musuh utama : Putik telinga dan tungau
Kelemahan : Perut (boleh mengendong perut 
dengan halaju maks lebih sikit dari siput babi)
Kata kata hikmat : Buat taik berpada2.. buat bodo jangan sekali


Doktor yang merawat beliau terkejut sebab setiap bulan beliau pergi buat medical check up berat badan beliau bertambah 1kg dan kemungkinan akan obesiti macam tuannya. Gemok kemain, mana taknya apa orang makan semua beliau nak makan gak. Kalau beliau tido kekenyangan.. dah macam karpet aku nengok. Rasa nak pijak2 je. Oh beliau menjadi kesayangan mak abah aku kat umah :) Untungglaaaaa



P/s :  Aku buat entry kucing aku sebab kawan aku Ain Choin nak sangat berkenalan ngan 
         beliau





Thursday, April 26, 2012

10 Coklat Termahal Di Dunia

Assalamualaikum,

Tengah dok belek2 cekelat kat kedai, aku tengok rege cekelat yang dulu aku rajin makan time sekolah menengah dulu dah naik. Adoyai rokok naik rege takpe, tapi pelis jangan cekelat. Naik 40sen. Sikit?? Banyak la tu kalau 10 kali aku makan seminggu dah boleh isi minyak motor. Ape la sangat rege cekelat RM3.20 yang aku makan ni kan kalau nak dibandingkan ngan rege2 10 Coklat Termahal Di Dunia ni kan? Uhuk! *tersedak lalu terkentut aku

Oh ni harga untuk se-pound ye. Sepound dianggarkan 1/2 kg atau lebih tepatnya 0.453592 kg dan 1 pound = RM4.9397. Korang kira la sendirik!! Erk!!



10. Vosges Haut Chocolat  ($69 se-pound)







Dorang kata : Diperbuat daripada coklat bermutu tinggi dan sedikit rasa manis kari India
Aku kata : Lepas makan roti canai cicah kari, duit baki aku beli cekelat 20sen 


9. Richard Donnelly ($75 se-pound)





Dorang kata : Minat coklat bar hingga Richard Donelly membuat cekelat sendiri pada tahun 1988
Aku kata :  Walaupun aku minat cekelat, mak aku tetap tak bagi aku makan cekelat di mana2 bar


8. Chuao ($79 se-pound)



Firecracker Bon Bon 



Dorang kata : Chuao merupakan nama tempat di Venezuela di mana bahan membuat coklat tersebut diperolehi di sana. Dikatakan coklat ini dibuat tanpa menggunakan perasa tambahan.
Aku kata :  Chuao Zhen Li kawan aku tak perlu pergi ke Venezuela untuk mencari cekelat Firecracker Bon Bon, malah di kedai depan jalan pon ada menjual kopok Bon Bon mahupun kopok Tam Tam


7. Debauve & Gallais ($94 se-pound)






Dorang kata : Pencipta cekelat ini mengatakan cekelat yang dihasilkannya adalah khas untuk mereka yang diabetik mahupun tidak diabetik
Aku kata : Daripada aku makan cekelat diabetik, lebih baik aku makan betik


6. Pierre Marcolini ($102.50 se-pound)






Dorang kata : Diperbuat daripada biji koko premium terpilih diadun dengan pelbagai bahan dan perasa
Aku kata : Sekiranya aku dapat sijil simpanan premium, aku akan bukak ladang koko setelah puas dan terasa diri dibahan hari2



5. Richart ($120 se-pound)







Dorang kata : Diperbuat daripada 70% coklat daripada Venezuela dan rata2 berpendapat Richart adalah coklat terbaik di dalam dunia
Aku kata : 70% cekelat yang dibeli di kedai Ramli bukan dibeli oleh warga tempatan tetapi warga Venezuela dan rata2 berpendapat bulu dada warga Venezuela adalah yang terbaik di dunia


4. Godiva "G" Collection ($120 se-pound)






Dorang kata : Diperbuat daripada adunan biji koko terbaik bersama rempah eksotik dan ramuan turun temurun.
Aku kata : Koko, penari eksotik yang insaf kini mula menceburkan diri menjual rempah ratus dan ramuan turun temurun maknya


3. Delafee ($508 se-pound)





Dorang kata : Diperbuat daripada adunan biji koko terbaik bersama serbuk emas 24 karat.
Aku kata : Selain emas, cekelat ni boleh di dapati dengan taburan serbuk besi karat mahupun emas zhulian


2. Noka Vintages Collection ($ 854 se-pound)






Dorang kata : Merupakan coklat hitam terbaik di dunia. Ia diperbuat daripada biji koko terbaik dari Trinidad, Ecuador, Cote d’Ivoire dan Venezuela. Tidak mengandungi lesitin dan perisa vanila
Aku kata : Jangan berharap korang akan mendapat cekelat ni secara percuma dengan setiap pembelian henpon Nokia. Harap makjah


1. Chocopologie by Knipschildt ($ 2,600 se-pound)






Dorang kata : Sejak tahun 1999 ia diangkat sebagai coklat termahal di dunia dan hanya akan dihasilkan sekiranya mendapat tempahan sahaja
Aku kata : Cekelat Ferrero Rocher adalah cekelat termahal yang diangkat tangan aku masuk ke dalam mulut dan hanya akan dimakan sekiranya ada orang bagi free sahaja








P/s : Dah makan cekelat mahal, berus gigi ngan ubat gigi pon haruslah mahal. Setakat 
        Kodomo Lion tak jalan beb!!





Tuesday, April 24, 2012

Bisa Gugur Jantung Gue #9



KLIK SINI untuk episod sebelum


'Teh tarik kurang manis, straw lebih.. gelas pink', Man mengorder. Saje je nak mengayat awek kedai tersebut.

'Hurm. Aku plak! Teh tarik kurang kasih sayang satu.. straw lebih panjang dari dia punya. Gelas.. err.. pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas lah', Hanif tak nak mengalah. Dilihatnya awek tu menutup mulut tahan ketawa. Ainul terbakar!!

'Saya punya.. teh tanak, roti pon tanak. Bermodalkan muka jambu dan ayat manis saya ni.. saya harap dapat bertukar2 nombor tepon ngan awak agar kita dapat bercengkerama tatkala melihat bulan bintang di malam kelam', perghh menanah telinga Man dan Hanif. Belum ditambah lagi ngan bebudak yang makan kat meja sebelah, ada yang rasa mual2 dan ada yang dah pengsan! Ainul lantas menghulurkan telefon bimbit Cokianya tu kepada awek tersebut. Suka bebenor umat ni ngan enset dia tu.. bangga kemain padahal ada lampu suluh je! Puih.

'Ko apsal tanak makan plak Ainul?Order la.. aku banje', Man mempelawa membuatkan Ainul dan Hanif sedikit kebingungan. Padahal sebelum ni nak suruh belanja keropok Rota pon haram jadah dia buat2 lupa.. inikan pulak sarapan pagi??

'Err ko ok ke Man? Ape ko dah buang tebiat? Opah aku cakap kalau cenggini punya gaya.. 3 Jumaat paling koman!', Hanif menyampuk. Man buat muka blur.

'Mana ada, saje aku nak buat akikah. Sejak dua menjak ni aku banyak senang hati. Eh kalau nak diikutkan hatiku yang ceria macam Astro ceria ni.. mau je aku nyanyi lagu enjit2 semut kat sini sambil lompat bintang!', beria2 Man bercerita. Ainul ngan Hanif mampu ternganga sahaja.

'Cerita la ape yang buat ko gembira kemain ni sampai rosak air muka ko aku tengok. Tersengih2 dari tadi aii rasa nak pijak2 je aku'

'Ainul, aku rasa aku tau. Tapi biarlah menjadi rahsia di antara aku ngan Man', Hanif lantas memegang erat tangan Man. 'Klepap!', setepek Hanif kena tatkala tangan Man memukul belakang kepalanya. 'Siot ko setan!!'

'Bukan apa, hati aku berbunga2 cinta Misha Omar la geng tatkala Mely hadir mewarnai hidup aku hari hari. Aku rasa seperti kiambang mekar di tasik madu, mengharum subur dituai mentari. Hatiku kini dicurik sang rupawan kehulu kehilir rasa dimanjakan.. Mungkin..'

'Kejap2!!', suara Ainul membuatkan Man terbantut untuk meneruskan kata2.

'Woi ko ni kenapa Man? Ko angau ke hape? Ayat ko humangaih kalau Karam Singh Walia dengar ni.. menangis dia takleh carik makan ko tau? Ai takkan ko jatuh cinta kot? Ni la novel melayu. Sikit2 cinta, sikit2 cinta. Buat la cerita menatang ke, cerita pasal timun ke hape!!', Ainul menjuih bajet manja kecomelan.

'Ko ni plak, buat hape?', Ainul memandang Hanif khusyuk menulis sesuatu. Kemain tersentil2 lidah dia.. dah serupa anjing pon ada.

'Man ko ulang balik part aku rasa seperti kiambang mekar tadi.. aku tertinggal kat situ. Bukan ape, sebagai rujukan. Kot2 la esok lusa tetiba ada awek ngorat aku kan. Jadi sebelum apa2 berlaku, baik aku berlatih menggunakan ayat2 dengan betul', beria2 Hanif menjawab. Ainul menepuk dahi.

'Baik korang fikir ape kita nak jawab spot kuiz Puan Mimi lepas ni', dengus Ainul. Man dan Hanif mula termenung.

'Perghh bila ko cakap macamni.. baru teringat yang aku tak abis baca nota lagi beb!!', Hanif cuak. Dahinya berkerut2 lebih2 lagi mengenangkan muka Puan Mimi yang garang.. sedang menggigit2 telinganya. 'Adoiii!!!', Hanif menjerit. Semua mata memerhatikannya. Man ngan Ainul melopong. 'Ko apsal?', Man bertanya. 'Err..err. Aku bayangkan Puan Mimi geget telinga aku laa sebab tak dapat jawab soklan', kata Hanif perlahan. Ainul dah bantai gelak. Jauh bebenor dia fikir sampai tahap geget2.

'Kita cuba kaedah lama sem lepas masa kelas Encik Badar. Mana tau menjadik lagi kali ni', Man memberi cadangan.

Ainul dan Hanif tersengih. Nampak masih ada harapan di situ, di tambah pula minuman yang mereka pesan tadi baru sampai, di hantar oleh awek manis kemain macam gula2 kapas. Mata Ainul dan awek tersebut bertentangan. Man dan Hanif mencebik, best man win la katakan. 'Mungkin ini jodohnya..', hati Ainul pula berbunga2 tayar.

'Jangan lupa kol ye malam ni baaangg'

Ainul tersedak susu. Hanif dan Man mula tepuk2 meja sambil gelak tertungging2 atas lantai.

'Amboi kemain besau sore awek ko ni Ainul.. dah serupa speaker masjid!', makin kuat hilai tawa mereka mengenangkan awek yang Ainul ayat dari tadi spesis macam dorang gak cuma tampak lebih ayu bermekap dengan rongga2 pori yang lebih halus

'Ainul ko jaga2 sikit kot2 nanti ko comolot ngan dia.. kang tak memasal parah bibir ko kena misai dia kahkahkah', Hanif menganjing. Terbantut terus nafsu Ainul. Bertambah parah awek.. eh 'apak' tersebut siap kenyit2 mata ke arahnya sebelum mereka meninggalkan tempat itu. Ainul mengenang nasib hidupnya yang memanjang terkena ngan spesis tak cukup sifat cenggitu. Puih!! Sampai ketua kompom tak berzuriat..




(Bersambung)








Monday, April 23, 2012

Sebab Ni La Aku Taknak Naik Rollercoaster !!





Tak pasti yang belakang tu.. ajak lawan mata ke.. 
dah pengsan awal2




Apsal aku tengok muka dorang macam tersedut ke dalam. 
Macam takleh menapas ngan betul plak hehehe




Ni stok muntah memang disimpan kat time nek rollercoaster je ni




..tapi paling tak menahan gambar last ni..
ni muka tawakal je.. redha je la kalau kena cabut
nyawa time tu :P




P/s : Lenkali sila jangan paksa aku naik.. kalau tak aku kencing2kan kat kepala ko!! Hahaha

Friday, April 20, 2012

Bila Hilangnya Sebahagian Iman..

Assalam,

Aku dulu pernah kerja di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya sebagai banquet secara part time. Almaklumlah nak cari duit belajar, sekurang kurangnya tak membebankan mak abah aku. Kerja aku ok, bayaran juga lumayan sehingga satu hari aku terpaksa lepaskan kerja aku kerana dua sebab;

Dalam satu jamuan makan malam oleh sebuah badan korporat, aku disuruh untuk menghidangkan minuman keras pada akhir jamuan. Aku blur time tu, sebab aku tak dimaklumkan tentang perkara tu sewaktu briefing. Aku tak endahkan dan hanya bawak cocktail. Keduanya pula aku nampak ada wanita melayu, bertudung menghulur gelas untuk diisi dengan sejenis minuman keras, dan mula jelek bila dia kata 'Nak cuba rasa'. Dem aku kat situ speechless. Nak rasa?? Tak banyak cerita aku terus blah dan tak amik gaji aku untuk hari tu.




Apa makna kau kata 'Nak cuba rasa?' Ye mungkin kau up to date, berani mencuba hingga menolak tepi perasaan malu. Haah betul la tu. Aku jakun, budak kampung yang mana didikan mak abah aku tak pernah mengajar aku macamtu. Kenapa perlu korbankan sebahagian iman kau hanya untuk merasa secawan arak? Salah didikan atau pergaulan? Aku tatau nak cakap apa lagi, lebih2 ianya berlaku kat depan mata aku sendiri. Apa yang aku tau.. kita takkan mampu survive di sana nanti hanya berbekalkan sebahagian iman sahaja. Wallahua'lam




Ps : Aku bukannya baik.. tapi masih berusaha untuk jadi lebih baik

Thursday, April 19, 2012

Lagu Macam Ni Pon Masuk Radio Ke??

Assalam,

Dalam sibuk2 aku buat keje dalam lab bertemankan enset semata2 dengan earfon sebagai aerial, aku sedikit tergamam bila berkumandang satu lagu yang agak pelik pada telinga aku. Tapi terima kasih kerana sedikit sebanyak tinja telinga aku mencair dan senang untuk dibersihkan. Gara2 lagu sarkis tu la

Abis kerja aku cecepat men-Google. Puas aku teka nama lagu, jenuh berpeluh gak ketiak aku. Komposer orang lama. Type lagu2 dia semua mendayu2 sejak aku kecik sampai ke besau gedabak.. tak pernah berubah. Banglong, unsangkarable lagu ko ni leh masuk radio hehe :D Kelakau sampai aku terasa nak berjoget2 lalu mengangkatnya sebagai lagu tema mesin punch kad opis aku. Ko buat lagu syok sendiri ke ni? Kot ye pon nak compose lagu, janganlah sampai ko seksa hidup rakyat Malaysia yang prihatin membayar cukai macam aku ni. Apa lah dosa aku, terpaksa hadap lagu sedemikian rupa? Bila mengenangkan lirik lagu baru ko, benci benci kamu dari awal sampai abis.. meremang2 bulu dada aku mengerinting secara otomatik *dah macam pokok semalu plak

Aku layan lagu2 melayu der, aku tengok ramai composer baru yang punya idea yang lebih fresh dan ramai juga artis2 underground yang meningkat nama dengan lagu2 yang mampu menarik minat pendengar. Ko ada update tak dengan lagu2 baru macam Aku Maafkan kamu - Malique ft Jamal Abdillah? Aizat Amdan? Yunalis Zarai? Ko balik duduk dalam bilik diam2 then ko banding sendirilah. Hahaha seyes lagu ko dah tak relevan untuk jiwa macam aku.. takde soul samada dari susun atur muzik dan liriknya. Apa kata ko buat lagu, ko dengar sendiri. Orang lain pon tak perlu sakit hati.. tak gitu? Kikiki :D






P/s : Ai merepek2 lagu sekarang ni. Sedap lagi lagu Keropok Mony

Monday, April 16, 2012

Kemana Perginya Henpon Kalau Tak Ke Lobang Jamban

As salam,

Agaknya korang ingat tak bila 1st korang pegang henpon, dengan kata lain.. memakai henpon secara rasminya dengan bangga, kehulu kehilir berjalan sambil meletakkan henpon di telinga walaupun tanpa panggilan masuk mahupun keluar dengan niat orang akan memandang lalu takjub? *benti menapas jap

Aku nak cerita sejarah aku ngan henpon. Dulu setelah puas beratur menunggu giliran untuk menelefon mak abah mahupun sekandel di public fon, aku mula menunjukkan riak kagum bila kawan sekolah aku bawak henpon alcatel secara underground semasa form 4 *almaklumlah sekolah asrama. Bukannya sebelum tu aku tak pernah tengok.. malah aku sendirik pernah bawak. Tapi botol air berbentuk henpon la. Kawan aku bawak, kemain kecik lagi berwarna warni. Wah comel!! Bila gamaknya aku leh pakai nih?

boleh lipat2 plak tu? Aww *pingsan akibat terlalu kagum

Berkat kesabaran dan kesungguhan membuat muka kesian dan manja macam zirafah, aku akhirnya dihadiahkan sebuah henpon jenama GSM oleh abah aku, tu pon lepas aku ngan adik beradik sibuk berebut nak pegang henpon yang baru dia beli kat bukit Jalil, Nokia 3210. Rege time tu RM990 sekali simkad pergh!! Almaklumlah baru kua kan? Abah aku bagi pon sebab aku dapat masuk U time tu, senang nak koling2 katanya.. takyah anto surat. Lalu sebermulalah fiil aku ngan henpon ditangan untuk sambil buat2 dail nombor untuk kol lebih2 lagi depan awek2, kalau boleh cari tali nak sangkut kat leher walaupun aku tau berat henpon tersebut hampir 5kg. Mujur takde jual

henpon abah aku yang mahal nak mampos


henpon aku yang separa mahal nak mampos *nak menang gak
Oh yang terjulur kua tu antenna, selain mencari signal ia juga 
boleh digunakan untuk mengurik idong dan cocok pinggang 
kawan dari belakang time nak pinjam nota


Berkat tanak lepaskan henpon di tangan, semasa aku baru nak mukadimah uk-uk.. henpon aku yang pada sama kadang2 aku jadikan penyendal pintu bilik terjatuh dan berguling2 chantek lemah longlai masuk ke lobang jamban dengan jayanya. Pergh!! Meleleh hingus membasahi misai yang nipis ketika itu. Eh opkos la aku amik balik, tapi kesian la pada orang yang baiki henpon aku time tu.. aku kata masuk dalam air je, tak cerita dengan lebih lanjut berkenaan daki2 pada dinding henpon itu. Harap dia basuh tangan sebelum makan.

Begitulah berakhirnya riwayat Paiman Tukiman di lobang jamban *mana aku rembat nama daa. Bak kata patah-patah lama, apa guna henpon sebesar bata kalau takde koler ringtone ; bermakna jangan bawak henpon masuk jamban, kelak dia pon teringin masuk lobang jamban sama. Sekian


P/s : Henpon korang macamana?

Sunday, April 15, 2012

Mampu Gak Housemate Aku Mengayat

Assalam,

Semalam Sabtu, pepagi lagi aku tengok dak serumah aku takde. Aku ingatkan dia pegi opis. Bila aku tanya kawan aku lain.. baru tau dia kua ngedate. Ngan orang Pekan. Boleh tahan cantik, kata kawan aku la. Hehe bisa gak dia mengayat ye? Unbelibibel :)

Bukan apa, aku bukan pandang rendah dia tapi selama ni dia mana ada serius nak gf2 ni. Dia cute, gebu.. lawak plak tu tapi bila sentuh tang komitmen.. buat aku berkerut je. Betul ke dia ni seyes? Mungkin dia dah sedar kengkawan dia lain dah mula merancang mendirikan masjid.. jadi nak taknak dia mula terpalit dan mencongak diri sendiri.. sampai bila dia nak macamtu? Eh kalau betul alhamdulillah la :)

So housemate aku, aku harapkan ko serius kali ni. Bercinta, berpasangan nampak mudah.. tapi sebenarnya perlukan komitmen yang tinggi. Bila ko sedia menerima cinta, bermakna ko sedia memikul tanggungjawab dan bahagikan masa ko untuk dia. Takde lagi la nak senang lenang ngan kitorang macam selalu, dan jangan tinggal enset.. kompom kena bebel!! Hahaha


P/s : Oklah umur pon dah 25, sesuai dah tu nak fikir pasal komitmen :)

Jangan Follow Aku Akak Promoter!!

As salam,

Bila korang nak membeli belah, ada tak rasa terganggu tatkala diekori oleh akak2 promoter kedai tersebut? Perghh sangat annoying kan dok folo buntut kehulu kehilir? Jangan risau ada solusinya.. tak sia2 ko datang sini, dah dapat tips dari aku haha. Hah siap sedia pen ngan kertas..



  • Bila rasa mula diekori, korang lepaskan kentut barang sepam dua. Ini bagi menjarakkan antara korang dengan promoter tersebut. Simpan kentut lebih lama untuk mendapatkan efek yang lebih dramatik. Lagi tengik baunya lagi bagus.. melainkan bau kentut korang iras2 bau kentut promoter itu, tak dapek den nak nolong sebab kompom tak meninggalkan kesan!
  • Datang je promoter dari belakang, cepat2 korang merapati pelanggan lain dan bertanyakan apa yang boleh korang bantu. Ini bagi mengelirukan promoter yang mengekori korang tadi, semestinya dia musykil yang korang ni pelanggan ataupun pekerja yang baru diterima kerja di situ.
  • Teknik seterusnya memerlukan korang mempunyai tahap stamina yang tinggi. Bila diekori promoter, korang biarkan dia ikut korang pusing satu kedai tu sampai dia penat. Kalau boleh berlari.. lari asalkan mencapai apa yang kita mahukan. Pastikan korang membawa bekalan air lebih, pain killer kot2 kaki korang terpeleot dan sapu tangan Good Morning untuk lap peluh
  • Bila dia mula rapat, dengan lantang ko jerit PEROGOL!! PEROGOL!! dan pada yang sama kelibat promoter tu akan hilang dari pandangan mata korang. Jerit dengan penuh gaya dan ekspresi muka bagi mendapatkan feel lakonan yang lebih berkesan
  • Ada peluang cepat2 korang menyuruk di celahan baju2 yang ada. Pasti promoter tu akan tercari2 dan bila tak jumpa, dia mula give up dan pergi ke customer lain. Selain celah2 baju, korang boleh nyuruk dalam almari, tong sampah mahupun mesin kira2 kat kaunter tu
  • Agak2 dia ralit pandang tempat lain cecepat ko menyamar jadi patung display kedai tersebut. Keberkesanannya bergantung pada struktur bentuk tubuh dan muka korang. Muka jawa, ada lopak2 jerawat sila cuba kaedah lain sebab aku kompom kaedah ni tak berkesan ke atas kau
  • Sebelum dia folo korang, apakata korang folo dorang dulu. Biar dia rasa macamana rasa difolo dari belakang. Padan muka dia!
  • Korang beli online je la..senang citer



P/s : Ramai je yang follow aku.. lagi2 kat blog. U follow i, i follow u balik aww

Saturday, April 14, 2012

Jangan Mudah Memandang Sinis..

Assalam,

Aku sering dengar bila mana orang sekeliling mudah membuat tanggapan pada pandangan pertama.. dan selalunya tanggapan yang kurang enak didengar. Mudah menyempitkan akal dengan pandangan yang bukan2 sehinggakan melahirkan rasa jijk dalam hati seseorang. Nauzubillah.

Tengok anak muda berdua berpegangan tangan, kita kata bf gf.. padahal mereka adik beradik. Lihat wanita cantik muda remaja bersama lelaki tua, kita kata sugardaddy padahal anak bapak. Lihat sorang lelaki compang camping kita katakan penagih padahal orang tu kua cari rezeki untuk anak bini di rumah. Lihat lelaki simpan janggut jambang.. kita kata dia pro pembangkang, padahal apa yang dia lakukan tu semata2 mengikut sunnnah.

Lihat wanita tak menutup aurat kita judge dia dengan pandangan serong dan sinis seolah2 dosa yang tak boleh diampun. Tapi pada masa yang sama kita terlepas pandang wanita yang bertudung tapi niatnya hanya untuk menggayakan fesyen semata2 dan menolak cara berpakaian yang dituntut.. bukan atas dasar tanggungjawab lillahi taala. Untungla mereka yang hanya bertudung semata2 tanpa kita ketahui niat sebenar


Dorang kata ok dik fesyen macamni.. janji adik bertudung. Erk!!


Mungkin kita terlalu baik atau bagus berbanding mereka, tapi kita tak cerdik bila menjatuhkan hukum mahupun memandang sinis kepada mereka. Usah dabik dada dengan ilmu yang ada kalau tak tahu mengamalkan cara pendekatan rasulullah. Tegur kena caranya, berhemah dan lemah lembut. Bukan perli atau mencari kesalahan orang lain semata2.

Kita hidup bukan menimbang amalan orang lain tetapi menimbang amalan kita sebab Allah jua lah menguasai timbangan amal para hamba2nya di Mahsyar sana. Apa yang mampu kita lakukan hanya memandu rakan yang lain memberatkan timbangan amal mereka dengan cara teguran berhemah mudah2an dengan pendekatan lembut kita.. hati mereka lebih mudah untuk menerimanya dengan rela.

Ingatlah, aku berpesan pada diri sendiri mahupun yang lain, janganlah mudah menjatuhkan persepsi buruk pada yang lain, kelak hitam hati sendiri. Wallahua'lam.

Friday, April 13, 2012

Kumpulan Nasyid Bazaar Ramadhan

Bermula langkah dari bawah sebagai pengutip derma rumah anak yatim tepi2 bank, kini Nabiel Faan, Wancikgumuzik, Bonz Zackless dan Muhamad Jajam mengorak langkah dengan membuat album nasyid kontemporari dengan memuatkan 142 buah lagu2 orang yang dinyanyikan secara miming dan 1 track khas lagu yang digubah semula liriknya bertajuk Sirap Selasih bagi mempromosikan gerai sirap yang akan dibuka mereka pada bulan puasa nanti. Beli sirap 2 cawan, ada peluang menang adiah gores dan menang.


dari kiri : Ustaz Nabiel,  Ustaz Wancikgumuzik, 
Ustaz Bonz Zackless dan Ustaz Muhamad Jajam


(Sila nyanyikan lagu ini mengikut rentak
asal lagu nasyid Kasih Kekasih)


Sirap Selasih

Tak perlu engkau ragui
Sedapnya sirap aku nanti
Kita saling berdiskusi tadi
Dengan sepenuh hati

Ayah ibu mengakui
Sirap yang kubuat ini
Sirap pekat likat kedai Ali
Akan kubuktikan nanti

Sebelum sirap dicampurkan
Tambahkan 5 sudu gula
Pelajari ilmu dengan rela
Boleh nanti engkau cuba pula
Tak harapkan ku sorang saja

chorus:
Ku tahu kau mengagumiku
Kembang kempis lubang idongku.. ohh Kasim
Bersabarlah kawan
Saat makan kan menjelma jua

Kita akan disajikan
Dengan juadah kegemaran.. kek lapis
Di situ sudah ada
Yuyu Ali dan Kak Mimi juga..

Semoga sirap kita
Mendapat puji meninggi
Berdoala selalu
Perut tidak sakit nanti


(ulang chorus sampai raya haji) 

Wednesday, April 11, 2012

Review : Battleship

As salam,

Korang tau kan pasal cerita ni? Setiap kali aku tgk wayang, sebelum mula mesti aku diprovoke dengan trailer citer ni, membuat aku mendidih nak tengok ngan bersungguh2. Then semalam, Selasa aku ngan housemate aku pegi tengok kat Big Cinema. Awal kan? Rezeki kami, dan bermula aku punya review pasal filem ni. Hahaha!!

Arahan Peter Berg dengan kerjasama Hasbro, syarikat permainan Battleship.. cerita ni penuh aksi seperti filem2nya terdahulu 3 sequel Transformers. Plot jalan cerita menekankan peperangan di lautan dan sedikit plot di daratan betul2 macam permainan asal Battleship yang aku main dulu2. Ko takkan tau kat mana lokasi kapal perang lawan. Kalau korang biasa tengok transformer, korang leh bayangkan jentera2 yang ada dalam filem tu. Dimulakan dengan sejarah pertemuan planet baru oleh NASA, Planet Goldilocks yang mempunyai kesamaan dengan bumi. NASA akhirnya menghantar isyarat ke planet tersebut.

Selang beberapa lama kemudian, 5 objek dikesan melalui satelit bumi dan NASA dipanggil. Sebuah daripada objek itu terlanggar satelit dan terjunam jauh ke China, dan lagi 4 jatuh di Lautan Pasifik berhampiran Honolulu, Hawaii dimana tempat berlakunya latihan ketenteraan RAMPACK antara USS Navy Seal ngan tentera Jepun. Lieutenant Alex Hopper (Taylor Kitsch) yang telah dipaksa abangnya, Stone Hopper (Alexander Skarsgard) untuk menyertai tentera laut setelah gagal mendapatkan kerja dan kerana ayah mereka seorang tentera laut yang dihormati. Alex pada masa yang sama bercinta dengan Sam (Brocklyn Decker) anak Ketua Angkatan Laut, Admiral Shane (Liam Neeson).

Sewaktu latihan ketenteraan dilakukan, mereka telah mengenalpasti objek yang berada lokasi latihan mereka, tapi takleh detect dalam radar. Objek yang dikenalpasti itu telah diaktifkan sewaktu Alex menyentuhnya dan menjadi sebuah kapal perang yang sangat besar. Stone Hopper dan anak2 kapalnya mati pada awal cerita kerana ingin menyelamatkan adiknya Alex. Ketiadaan Stone sebagai ketua, menjadikan Alex sebagai pengganti yang bertanggungjawab menggantikan abangnya memberikan arahan untuk peperangan mereka itu.

Apa yang buat aku ternganga sekejap adalah strategi peperangan yang dibuat oleh pihak tentera ke atas makhluk asing. Walaupun Alex bersikap panas baran, tapi kebijaksanaannya akhirnya dapat mematahkan serangan dan sekaligus mengemudi kapalnya menghapuskan 4 buah kapal kepunyaan makhluk asing tu. Mula2 aku blur gak apsal makhluk asing tu tak serang manusia, certain2 benda je dia serang. Rupanya baru aku faham matlamat utama mereka ke bumi setelah Alex bersentuhan dengan salah seekor makhluk asing tu.
Kurang pertarungan antara makhluk asing tetapi menekankan perperangan di atas lautan. Aku kompius ceriata ni arahan Peter Berg, tapi efek CGI dan kapal perang serupa Transformers! Hmm..

"Hoyeh!! Ada kapal ikan la", kata Rihanna sewaktu kua memancing


Barrier yang telah dibuat oleh kapal perang makhluk asing 


unstoppable machine yang dilepaskan ke arah kapal perang Alex 


 scene sewaktu Alex dikejar oleh salah seekor makhluk asing


 serangan balas oleh kapal perang Missouri yang sebelum ini dijadikan muzium sejarah sahaja


salah satu kapal perang milik makhluk asing yang muncul di hadapan
bot peronda Alex


trailer terakhir filem Battleship

Rating :

Jalan cerita          : 4/5
Aksi                      : 4/5
Kepuasan            : 4/5
Keseluruhan        : 4/5




P/s : Kalau korang suka cerita aksi sainfiksyen, pegi la tengok. Seyes awesome dan berbaloi
        tengok 2 kali!! :)

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com