'> May 2012 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, May 31, 2012

Aku Yang Comel Ditipu Tipu Lagi Ouch!

Assalam,

Lama dah aku tak borak2 kat sini. Rasanya last aku kat sini masa aku form 3 rasanya. Mesti korang dah besar panjang kan? Oh yang besar panjang aku khususkan kat geng2 laki je.. yang pompuan tak terlibat sama sekali aww kahkahkah

Semalam petang ada mamat kol aku. Alkisahnya aku nak tolak rim aku, 2 bijik. Mamat ni plak lokasi dia kat Bangi. Aku kata wiken la.. sebab harini aku keje. Dia kata dia nak sangat.. nak nak sangat tak terbendung lagi napsu di jiwa. Kalau boleh dia kata nak guna pintu suka ati. Aku bajet muka dia mesti macam Nobita! Asyik kol aku, mesej2 ngalahkan orang bercinta punya fiil. Sebeb keterdesakan dia nak rim tu, aku pon deal trun Bangi semalam.

Pas balik keje petang tu, aku ngan dak2 umah aku trun sekali. Aku kol mamat tu, tak berjawab. Mesej tak bereply. Aku positif je fikir mungkin dia keje sebab janji malam. Kol 6 bertolak, sampai Bangi kol 9 malam. Aku kol masih tak berangkat.. sampai kol 11. Hangin yang sepatutnya keluar kat buntut, tup2 naik ke kepala dah. Berangin aku satu badan! Last aku kol bini dia angkat. Katanya suami dia takde kat umah, tertinggal henpon, tatau balik bila.. kadang2 tak balik. Tapi ape yang buat aku bingit bila dia cakap cenggini ;

Aku yang manis macam gula2 kapas : Bila suami akak balik? Dah lama saya tunggu ni, 
                                                             janji nak jumpa. Japgi saya nak balik, esok pagi 
                                                             nak keje
Akak yang bulu idong panjang           : Kalau macamtu awak balik je la
Aku yang manis macam sugus           : Wah senangnya cakap? Meh sini RM150 det minyak 
                                                             ngan tol! Cakap serupa keling!
Akak yang buat2 insaf                        : ..... (diam korek idong)

Aku tatau la kalau akak tu tipu aku ke, suami dia suh tolong jawabkan ke hape sebab memang berpuluh mesej dan miskol aku buat, tu tak tambah lagi ngan miskol dan mesej2 dari kawan2 aku. Cenggini la bro, ko kalau tanak sekalipun.. bagitau aku. Aku stil boleh pusing balik ke Kuantan waima aku dah sampai KL sekalipun. Tarahal, sekurang2nya aku tak rasa sakit menunggu! Tapi ko tunjuk perangai orang tak sekolah! Macam silake!

Sian kawan aku, baru plan nak banje makan dah putus harapan. Sampai Kuantan pagi tadi pukul 3 pagi tu pon aku tekan 140km/h je sebab hujan lebat kat highway, kol 8 pagi tadi aku jadi MC perhimpunan bulanan jabatan. Nasib dah siapkan awal2 teks semalam.

nasib la ada buah hati pengarang jantung aku sorang ni


Bagi sesiapa yang advertised kat mana2, kalau nombor 012-2590504 kol korang kata nak beli barang atau nego, sila berhati2 la ye. Tak pasal2 terkena macam aku plak


P/s : kali ke 3 aku kena tipu. Kali ke 4 nanti memang aku anta pembunuh upahan!

Tuesday, May 29, 2012

Jom Makan Muffin Cacing!!


Perlu lebih protein dalam diet korang? Cuba menambah cacing untuk campuran coklat resipi muffin korang, atau rempah sehingga risotto cendawan dengan percikan seekor belalang.

Buku Masakan Serangga yang dilancarkan pada hari Selasa dan ditulis dalam bahasa Belanda, mengandungi ini dan lain-lain resipi luar biasa ini bertujuan untuk menggalakkan serangga seperti sumber protein.







"Saya melihat ini sebagai langkah seterusnya ke arah pengenalan serangga pada menu restoran di Belanda. Saya juga menjangkakan rakyat untuk membeli buku itu dan mula memasak dengan serangga di rumah," kata Marcel Dicke, seorang profesor di Universiti Wageningen yang pakar dalam makanan dan pengeluaran makanan.


Penyelidikan oleh para saintis di universiti menunjukkan bahawa serangga boleh menyediakan sumber terbaik protein untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat. Pada masa ini, 70 peratus daripada tanah pertanian digunakan untuk pengeluaran ternakan.


Dicke berkata bahawa dengan penduduk dunia yang dijangka mencecah 9 bilion pada tahun 2050, ia akan menjadi sukar untuk menyediakan protein yang cukup untuk semua orang kerana tidak akan menjadi tanah yang cukup untuk menaikkan ternakan.


Nilai pemakanan serangga adalah serupa kepada mereka daging, dan pelepasan gas rumah hijau daripada pengeluaran serangga adalah seratus kali lebih rendah daripada dalam pengeluaran babi, universiti tersebut.





P/s : balik keje kang kutip berengga sampah buat lauk *rasa ulat menguit2 nak
        kua dari molot aku plak!

Saturday, May 26, 2012

Jom Tengok Orang Blow Job!!


Jom blowjob ngan aku nak? Tetiba aku ghairah nak blowjob lepas tengok gambar2 kat bawah ni. Adrenalin aku mencanak2 ke kepala dah ni!! Bagi yang nek tengok gambar2 blowjob, leh terus tengok gambar2 kat bawah. Jangan terangsang sudaaa!!




Ni adalah siri2 gambar yang telah diambil oleh jurugambar Tadao Cern menggunakan tiupan angin yang kuat. Cenggini punya teknik pon ada kan? Humangaih buruk bebenor muka, dah tak macam muka orang. Ada rupa cipan kawen durian!












Nak tengok yang lain? KLIK SINI



P/s :  Korang ingat blow job hape? Sunat pon tak kering lagik ada ati. Puih!!


Thursday, May 24, 2012

Down


Kau sebagai kawan,
Punya dua pilihan sahaja..
Samada kau support..
Atau 
Kau diam dan mendengar..
Tak perlu ada pilihan ketiga
Tak perlu kata perli apatahlagi kata maki
Kalau tak mampu berikan sokongan
Tak bijak memberi kata2 dorongan
Berdiam diri itu lebih mulia
Trimas






P/s : Hari ni hari aku..

Wednesday, May 23, 2012

Cenggini Cara Mustajab Ngalahkan Mustajab Pati Halia Untuk Hilangkan Parut

Assalam,

Pada suatu masa dulu, masa aku sekolah2 lagi la kan tengah lepak2 ngan rakan sebuaian, sejongkang jongkit.. datang la sorang budak tanya cara2 nak ilangkan parut. Tak ingatla time tu aku pernah baca majalah hape ntah, tapi ada la tips pasal nak hilangkan parut ni.

Memandangkan level of konfiden aku di tahap yang membanggakan, aku bagitau la cara2nya dengan menyapukan bahagian parut dengan ubat gigi. Kompom licin parut. Bebudak lain bertepuk tangan dek tips yang aku bagi tadi. Tapi kalau difikir2kan balik macam bingai plak bila bagi tips, pastu orang dok sorak2 bagai. Sewel plak kurasa.

Selang seminggu datang abang budak tu carik aku. Dia tanya ape aku ajar kat adik dia sampai melolong2 budak tu. Aku bagitau la aku bagi tips nak ilangkan parut, guna ubat gigi. Dia tepuk dahi. Dia kata patutlah adik dia melolong2.. ada ke patut dia sapu ubat gigi kat 'anu' dia, gamaknya nak ilangkan parut sunat kot? Abis ubat gigi dia sapu. Mampos!

Selain gigi, tatau plak aku orang pakai ubat gigi kat anu! Puas la abg dia gosok gigi pagi petang nak ngabiskan ubat gigi kat 'anu' adik dia tu.. tanak membazir la katakan kahkahkah

kenyang 'anu' ko makan ubat gigi Kodomo Lion?



P/s : Telur setengah masak la jawabnya beb wakaka

Tuesday, May 22, 2012

Wordless Wednessday #25




Ni kalau tak jadik cover model majalah Mangga,
kompom model majalah Bintang Kecil



P/s : Berdebar2 jantungku pas tengok spesis yang mengghairahkan cenggini!!

Monday, May 21, 2012

Cara Membuat Biskut Pinata Yang Awesome!

Dah macam mainan dalam Dindang plak aku tengok

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula icing
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 2 biji telur
  • 1 sudu serbuk tartar (cream of tartar)
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu ekstrak kacang almond
  • 1 sudu serbuk soda
  • 5 cawan tepung
  • 1 sudu vanilla
  • Gula gula m&m
  • 1/2 cawan gula icing (disejukkan)
  • 2 sudu susu (disejukkan)

Cara-cara membuat biskut Pinata




Membuat Doh

Gaulkan gula dengan mentega. Pukul telur. Tambahkan minyak. Campurkan bahan2 kering sekaligus, dan gaulkan di dalam mesin penggaul / mixture. Campurkan sekali perisa vanila dan ekstrak kacang almond.

Mewarnakan Doh

Bahagikan doh kepada 5 bahagian, semuanya sama saiz dan 1 saiz kecil (untuk doh berwarna hitam). Tambahkan pewarna makanan pada doh hingga mendapat warna yang kita mahukan. 
Penggunaan gel pewarna adalah lebih baik kesannya terhadap doh berbanding pewarna bentuk cecair


Membuat Lapisan Doh

Bekas tupperware digunakan dalam membuat lapisan biskut Pinata ni. Tinggi bekas dalam 10-15 cm. Alas bekas dengan lapisan plastik. Kemudian lekatkan doh dalam bekas satu per satu hingga membentuk lapisan dan diakhiri dengan lapisan berwarna hitam.



Tunggu

Tutup bekas dan dibiarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 4 jam (semalaman)

Membakar Biskut

Bawa keluar doh yang disejukkan semalaman dari bekas dan buang plastik atas doh. Potong doh dengan ukuran 1/4 inci tebal. Susun doh di atas tray oven dan bakar doh pada suhu 350 darjah selsius selama 12 minit.


Membentuk Biskut

Setelah dikeluarkan daripada oven, dengan pantas bentukkan biskut2 tersebut menggunakan acuan pinata (kalau takde guna acuan lain pun boleh). Jika menggunakan acuan pinata, terdapat 3 set disediakan. Perlu diingatkan bila menggunakan set acuan pinata, potong 2 acuan mengikut arah yang bertentangan (dengan memusingkan bahagian acuan sahaja pada biskut untuk mendapatkan permukaan yang bertentangan) dan acuan tengah perlu dilubangkan pada bahagian abdimen pinata. Dengan cara ini, bila kita menggabungkannya nanti bahagian tapak biskut (gelap dibakar) akan tersorok di dalam bahagian pinata dan rupa bentuk luarannya yang cantik


Membuat Ruangan Tersembunyi

Pada bahagian tengah biskut, potong bahagian telinga dan kaki Pinata dan buang bahagian abdomennya supaya terdapat ruang kosong di situ. Lakukan secepat yang boleh kerana sebaik sahaja biskut sejuk, ia akan mengeras nagn rapuh. Lakukan sewaktu biskut masih berada di atas traw oven lagi sebelum biskut dialihkan ke tray lain.


Menggabungkan Lapisan Biskut

Untuk digabungkan, ambil lapisan pertama biskut dengan bahagian lapisan tapak biskut (bahagian di bakar) di bahagian atas (menghadap kita). Letakkan bahagian tepi biskut dengan lapisan 'gula keras' dimana bahannya dibuat daripada susu dan serbuk gula. Sementara ia masih cair, sapukan di sekeliling biskut dan lekatkan bahagian tengah biskut padanya. Kemudian pada lubang biskut bahagian tengah, letakkan gula2 m&m dan seperti sebelum letakkan lapisan gula di sekeliling biskut dan lekatkan lapisan terakhir. Ia mengambil masa selama 30 saat untuk gula menyejuk dan mengeras sebelum biskut pinata boleh didirikan :)




Kasi Tunjuk Jiran Sebelah Bagi Dorang Dengki


Rasa sayang plak nak makan, macam nak simpan dalam
almari je buat perhiasan

Perghh dengki Mak Jemah melihatnya *ngintai2 sambil
buat2 sapu sampah depan umah


P/s : Sempoi je buat dia, bahan2 pun senang nak cari. Kira kalau suami korang
        masuk jamban mandi, keluar jamban leh siap dah beskot ni :D




Saturday, May 19, 2012

Suami Isteri Gaduh Waktu Aku Colek Deodoran Kat Ketiak



sesi latihan dan senaman panaskan badan pepagi hari suami isteri


"Ko kalau buat perangai baik berambuuss!!"

Aku berkemban keluar dari tandas sambil lalala..

"Kuang hajau ko pompuan!! Wachaaa!! Pang pung pang!!"

Aku berjaya masukkan kedua2 kaki aku dalam spender..

"Vavi sial celaka ko anak haram lancau fukimak vutuh!!"

Macam2 bentuk dan gaya bahasa aku dengar pepagi tu.. sama kuat volume tv umah aku *housemate aku tengok Malaysia Hari Ini pepagi tu

Aku sambung colek deodorant kat ketiak. Aku sempat colek ketiak sebelah kiri, baru nak colek ketiak sebelah kanan.. housemate aku panggil plak.

"Afzal laki bini depan umah bergaduh laa. Pergh!"

Aku keluar mengintai kejap sambil kedua tangan tutup dada bajet malu. Sejuk angin pagi yang menerjah masuk dalam kain tuala aku mempercepatkan proses pengeringan celah kelengkang. Kuat giler dorang bergaduh, ni kali kedua aku dengar.

Pagi2 time pintu rezeki dibuka, time tu gak dorang nak berkocoh. Walaupun aku agak dorang tak dapat kepuasan malam tadik (mungkin si lelaki kecundang di tengah jalan), man2 la.. jangan bergaduh macam nak bagi satu taman dengar masalah korang. Jerit2 melolong melalak macam orang mati anak..dah la depan umah korang taska, pepagi orang pegi keje ke bagai. Bangang!

Kemuncak cerita, si suami keluar rumah dengan tangan tuam kepala dengan selimut.. bawak kereta kemana entah. Isterinya? Aku bajet terperosok dalam balang beskot raya. Cerita dah abis, aku masuk bilik sambung colek deodorant kat ketiak sebelah kanan. Kang tak memasal tak matching bau dua2 ketiak aku.


sebelum kena pukul rupa Fazura, pas kena pukul
cenggini plak jadiknye. Eee!



P/s : Isteri jangan cabar ego suami, suami jangan buat isteri membebel. Settle!

Thursday, May 17, 2012

Tutorial Handmade Dompet Syiling Macaroon

Assalam,

Haha geng mak2 la katakan kan? Aku dah mula hadiri ahli mesyuarat tingkap geng jiran2 tak berkepentingan semalam. Kami ditekankan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti bermoral cenggini la.. buat kraftangan. Kahkahkah *jahanam masa depan lelaki maskulin macam aku ni


Aku tertarik ngan menda alah ni, aku teringin nak buat. Daripada aku buat sensorang, meh aku ajak korang buat sekali. Mana tau bila aku mula belajar menjahit, aku boleh aplikasikan ilmu aku ni untuk menjahit selipar mahupun jahit perut ibu2 bersalin. Kikiki

Comel kan? Comel kan?


Barang2 yang diperlukan :
  • Cover butang / badge bulat 1.5" (38mm) - nak sepasang
  • Kain polka dot - 5.5" x 3"
  • Kain lining - 5.5" x 3"
  • Kain untuk jahit bahagian zip - 1.5" x 1.5"
  • Batting - 4" x 2"
  • Zip 5" punya
  • Kadbod untuk dapatkan bentuk
  • Reben 3/8" x 2"
Alatan yang digunakan :
  • Alat menjahit
  • Pensel atau pensel menjahit
  • Playar atau pemotong dawai
  • Gunting
  • Gam kain

Sediakan barang2 dan alatan untuk menjahit
dompet syiling macaroon


Jahit pada bahagian awal dan akhir zip.
Lipat riben dan jahitkan pada bahagian atas zip
di hujungnya


Lipat zip dan jahit pada kedua2 hujungnya
(pastikan kepala zip di bahagian)


Trim hujung kain pada zip dalam 1/2".
Lipat kain berbentuk segiempat kepada 2 bahagian
dan lipat sekali lagi hingga menjadi lipatan 1/4
seperti gambarajah


Jahit kain tadi pada bahagian hujung zip


Jahitkan pula hujung kain dengan hujung kain 
zip yang satu lagi macam di atas


Jahit kain seperti gambarajah di atas hingga
dapat satu bentuk bulat


Buang tangkai pin butang menggunakan playar
atau pemotong dawai. Nak dua keping butang ye


Lukiskan 2 bentuk bulatan pada permukaan kain
polkadot dan 2 batting. Saiz kain adalah 2 3/4" dan
2" untuk batting


Letakkan gam fabrik pada batting dan lekatkan
pada butang. Tunggu hingga kering


Susun lapisan mengikut tertib seperti di atas.
Jahit keliling tepi kain seperti gambarajah di atas.


Kemudian tarik kedua2 hujung benang hingga
menjerut dan korang akan dapat seperti gambar atas.
Ikat hujung benang tersebut


Ulangi kaedah yang sama untuk butang sebelah
lagi. Kadbod bulat pula dilekatkan pada kain 
perca seperti gambar di atas (kain bunga2)


Tandakan garisan jahitan pada keliling fabrik
pada butang


Jahit zip yang dibuat pada awal tutorial tadi
pada butang mengikut garisan
yang telah dibuat tadi


Lakukan perkara yang sama pada
butang yang satu lagi


Manakala kadbod berkain bunga2 diletak
di bahagian dalam butang dan dijahit pada kelilingnya. 
Lakukan pada kedua2 belah butang


Nah! Sekarang dah siap. Dompet syiling
berbentuk macaroon. Comel kan? Letak syiling je,
jangan korang buat tapau lauk kenduri! Jahanam!!


Ni rupa bentuk pada permukaan luarnya plak


Dompet syiling macaroon hanya untuk mereka 
yang bajet macam korean. Chait pait weh!


Sekarang korang mampu angkuh dan sombong sambil
buat2 terjatuhkannya sewaktu orang beratur amik nasik kenduri kawen
sambil kata 'Eh eh comelnya sape punya ni? Eh tak terperasankan
saya punya la'. Korang juga boleh buat2 gempak, 
buat2 makan macaroon padahal korang tipu2. Puih!!




SUMBER


P/s : Hahaha gamaknya aku terminum kacip patimah la pagi tadi


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com