Blog Sihatimerahjambu

Lagu Raya Punya Penangan

8:00 PM

Assalam,

Awal pose haritu aku balik Kajang. Mak abah aku ajak pegi bandar nak jenjalan katanya. Aku macam biasalah kalau balik Kajang je mesti jadi supir. Balik je jadi supir. Aku teringin gak nak jadik biskut cap ping pong.

"Jalan jejauh ni kang haus plak orang tua ni, mintak nak berbuka plak", kata hatiku manja.. semanja suara iklan buah kurma Yusuf Taiyoob.

"Jenjalan je tau. Jangan mintak2 lain baru 2 hari pose ni", abah mula bersuara tapi suaranya lagi manja dari suara hati aku tadi. Manja serupa suara Fauziah Gous.

Masuk je ke dalam pasaraya aku tengok dah penuh ngan booth2 baju raya, tapi yang tak menahannya time tu dah start berkumandang lagu raya. Baru 2 hari puasa la Jemah ko dah nak raya? Ko pose awal ke hape? Lagu Airmata Syawal nyanyian Dato' Siti Nurhaliza pulak tu. Kemain syahdu weh lagu feberet aku ni tapi aku masih dapat mengawal emosi, tidak terikut2 perasaan aku untuk menari2 kat situ.

Abah aku plak turut menitiskan air mata duduk bersimpuh kat tepi eskelator. Sedih lagu raya dah satu hal, ditambah plak adik2 aku buat muka unta sarkis mintak baju raya. Perghh aku cakap memang berhantu la lagu raya. Dia kasi tambah mood orang nak berbelanja weh!


Jadi aku syorkan kalau korang kua jenjalan anak beranak, pastikan lagu yang dimainkan tu bukan lagu raya. Lagu tiga kupang ke.. lagu sekolah ke supaya takde la anak beranak ko obses nak bershopping. Seyes!! *muka aku dah terkemut2 nak tunjukkan betapa seyesnya aku






P/s : Lagu raya pon memainkan peranan gak dalam menentukan hala tuju duit dalam poket
        ko hilang ke mana

Sape Nak Aku Taja Segmen Atau GA Angkat Kening!!

11:45 AM

Assalam,

Salam Jumaat. Ngantuk la kalau aku cakap tapayah taip boleh tak? Aku tengah bermurah hati nak menaja segmen2 mahupun GA yang bakal korang adakan sempena bulan Ramadhan ni. Ada yang tanya kenapa aku begitu bermurah hati nak menaja? Hmm aku pon tatau. Mungkin sebab aku comel dari pandangan sisi kot?

Aku tak letakkan sebarang syarat untuk segmen atau GA yang korang nak buat, tapi sebelum aku putuskan untuk menaja mana2 blogger.. aku nak tahu serba sedikit apa yang korang rancangkan. Kalau aku berkenan dan kena ngan citarasa aku.. aku boleh taja adiah. Aku nak bagi apa ea? Banner bawah ni menceritakan segalanya :)


Aku pon dalam perancangan nak buat segmen, nak bagi duit raya ni. Tapi tengah pikior nak buat segmen camner. Nak suruh korang buat kad raya la amacam? Tak pun buat pose dengan pakaian raya korang. Meriah kemain ko, kelass ko Jemah! Nanti la datang idea aku buatla yek.

Aku hanya perlukan 5 nama sahaja untuk menaja segmen korang dan Ayampenyek telah lulus temuduga semalam. Maknanya tinggal 4 kekosongan sahaja lagi. Aku buat cenggini saja je nak meriahkan lagi segmen2 dalam bulan puasa ni di kalangan blogger mana tau korang boleh dapat beg raya :D

So apa yang korang tunggu lagi?

Kalah Retis Latip Borgiba Kalau Cenggini Punya Gaya

2:01 PM

Assalam,

Ni semalam punya citer. Azan maghrib baru berkumandang, aku kelam kabut dok susun lauk dalam pinggan bagi nampak cantik walaupun cuma telur dadar, nasik dan kicap. Nasib la di kawasan kejiranan tu takde bunga2 kalau tak mau juga kupetik dan hias juadah berbuka pose aku. Takde bunga.. daun ketum pon boley la buat songel.

Tengah asyik2 suap nasik *aku suap nasik sendiri setelah kecik ati housemate aku menolak ajakan aku untuk makan bersuap2 manja alasan dia tanak bulu dada aku gugur dalam pinggan dia tetiba aku tersedak tatkala melihat siaran tv. Aku tengok tv tak berkelip macam kenal je mamat dalam tv tu. Time tu jugak enset aku mendendangkan lagu Ramelah Rem dan berjujuk2 mesej masuk mintak dibalas.

Aku tak peduli semua tu, nasik aku tolak tepi. Enset aku gapai cecepat ke depan kaca tv.. amik gambar untuk dijadikan bahan bukti. Nak tengok ape yang aku dapat?


Ai pakcik yang aku bulatkan tu la abah aku. Dorang berpiket pasal pembinaan bangunan bakar mayat sebelah kawasan perumahan. Kemain bersemangat abah aku kahkahkah.

Klakau la abah aku ni mati2 aku ingatkan dia jadi amil kutip zakat kat surau, sempat plak dia berpiket2 bagai! Hahaha tak padan ngan kaki gout hahaha :D


P/s : Ni kali ke-2 dia masuk tv.. sebelum ni TV3 temuramah dia kat Jalan TAR time raya :D

Wordless Wednesday

3:48 PM





P/s : Kemain ni mesti dia apply jawatan Pegawai Pemasak Nasik G41

Kemain Semangat Ko Jemah Baru 3 Hari Puasa!!

10:13 AM

Assalam,

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 dah kita berpuasa melainkan Jemah, Temah ngan Rokiah tak pose2 lagi. Mengikut surat tunjuk sebab dorang piyed. Tak sonok la rasa kalau time orang lain pose, kita tak pose. Seyes aku dah rasa, sedapnya sekejap time teguk air je.. pas ilang dahaga mula menyesal. Ni kes aku kecik2 dulu la time manja2 gedik lagi..

Manjanya sampai aku rasa nak bagi tapak kaki!

Akibat semangat kesukanan yang tinggi dan semangat kejiranan yang menebal di dalam diri, aku selaku wakil bebudak rumah telah melakar sejarah kat taman perumahan aku sedari 3 hari berpuasa lagi. Kombang koncup lobang idung aku serupa pokok semalu, semalu2 siput vavi. Pasti jejiran kagum dan terpegun dengan kejayaan yang kitorang raih. Ni kalau omak aku tengok dari jauh, mau menitik2 air mata dia. Kalau agak2 sadis bertakung hingus atas bibir nih dah leh buat lap tingkap.



















































Taraaaa!!!!


Kemain ko Jemah dah siap lampu lip lap bagai? Semangat beb semangat. Kalau ada lampu lip lap baru la kami serumah semangat nak bangun sahur. Lampu tu ada kua bunyik, lagu Saloma - Selamat Hari Raya. Aku tak bukak la sebab kalau bukak mesti aku turut sama menyanyi2 sambil berjoget2 ala Hail Amir dan Uji Rashid.

Kat taman aku, umah kitorang je meriah kemain dah mengerlip2 dari jauh serupa disko! Pasni nak cari pelita plak. Walaupin takde tanah nak pacak buluh, aku rasa selit kat handle moto pon awesome. Esok pagi nantikan berita budak bujang hangus dijilat api gara2 selit pelita tepi handle moto. Bingai bebudak jangan tiru aksi nih ye! :D

Diam Lebih Baik

10:24 AM




Hari tu aku lepak la ngan kawan2 aku. Dorang bukak cerita pasal sorang budak ni. Aku dengarkan je la sebab aku pun tak familiar ngan budak tu. Time angguk, angguk.. time geleng aku geleng je laa :)

"Ko ada nampak dia ke surau?", kata si A

"Tak perasan la plak. Apsal ko tak nampak ke?" kata si B plak

"Aku perati, dia tak pegi surau pon. Tak sembahyang la tu. Nak jadi setan kot!", kata A sambil tersengih2

Terkujat aku.

Kenapa dia nak judge budak tu macam setan

Padahal si A sendiri pon tak sembahyang!






P/s : Satu jari tuju ke orang, empat jari akan tuju ke kita balik. Jangan jadi munafik!

Salam Ramadhan 1433 Hijrah

4:13 PM

Assalam,

Pejam celik.. pejam celik Ramadhan tiba lagi. Rasa sekejap betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku berbuka dalam kereta, time te on the way balik ke Kajang. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang termampu waima aku sendiri tak tau dimana tahap aku tahun ni, adakah di takuk lama.. bertambah mahupun berkurang. Wallahu'alam.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada kawan2 aku semua. Semua pon dah pakat2 post kat wall fb masing2. Aku pun tak ketinggalan hehe. Entah aku sendiri tatau, bila datangnya Ramadhan.. macam2 yang aku rasa. Gembira sedih takut was2 semuanya diadun dalam satu. Perasaan tu hadir dengan sendiri.

Pesanan untuk korang dan diri aku sendiri, jangan meroyan kalau dah sampai ke bazaar Ramadhan. Haha jangan cakap korang, aku pon sama. Juling mata tengok semuanya nak dibeli. 30 hari puasa, sehari 2-3 juadah dengan bajet RM5-7 sehari cukup kot. Bajet untuk berbuka dan sahur sekali. Kena beringat sebab raya nanti lagi banyak keluar duit. Mak aih dah masuk raya plak ko?

Ok lah petang ni aku balik Kajang, doakan aku selamat sampai ke destinasi. Aku dah roger mak aku, sahur pagi esok aku nak makan sambal tumis, telur dadar. Perghhh!! Cukup sampai sini. Esok aku nak usha2 bazaar Ramadhan plak, tengok apa yang ada. Cau cin cau!!



P/s : pekena bandung cincau pon sedap gak nih!!

Misteri Kampung Cherok Senik

2:29 PM



Ramli termenung jauh. Tingkap kereta milik Naim kosong pada pandangan matanya. Fikirannya masih memikirkan lelaki asing yang ditemui mereka tadi, Jabir sewaktu berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Utara tanah air.

“Kalau korang tengah buat kajian atau kerja kursus, abang cadangkan korang pergi ke Kampung Cherok Senik. Seronok ke sana, banyak benda yang korang boleh dapat. Yang menariknya tak siapa tau kampung sekecil itu punya kilang memproses makanan tin”, ujar Jabir.

Itu merupakan suatu yang menarik bagi sebuah perkampungan yang terletak di pedalaman, tetapi masih mampu mengusahakan sektor perkilangan. Kenapa dia tak tau langsung pasal perkara ni dan setahunya perkara ini tak pernah didedahkan di dalam media masa mahupun elektronik?

“Kau kenapa Ramli? Fikirkan pasal perkara tadi ke?”,Zati menegur membuatkan Ramli tersentak, mengangguk sambil membetulkan posisi duduknya.

“Aku pun tak pasti betul ke tak apa yang si Jabir katakan tadi, yela dia tu ntah sape2 kita pun bukan kenal. Agak2 dia main2kan kita je”, sambung Zati lagi. Ramli masih senyap.

“Aku tak kisah. Kalau pun tak betul sekurang2nya kita boleh pergi tengok dulu. Tanya orang2 kampung. Lagipun cuti sem kita panjang. Apa ada hal setakat seminggu kat sana. Siap awal, boleh balik awal”, Normi mencelah. Sekurang2nya di situ Ramli boleh tahu perancangan rakan2nya itu.

“Aku on je bro. Ko ketua, so apa yang ko decide aku tarahal. Janji minyak penuh”, Naim tersengih2 di balik pantulan cermin pandang belakang keretanya itu. Zati mengangkat kening minta kepastian sambil jari2nya bermain2 cincin bertatah batu zamrud di jari manisnya.

“Oklah kita ke Kampung Cherok Senik”, keputusan dicapai walaupun berat hati Ramli memutuskan kerana dia merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabir terhadap kampung berkenaan

***************



Laluan kecil berliku2 ditambah pula dengan suasana yang semakin gelap tanpa lampu jalan menyukarkan mereka mengenal pasti arah yang mereka tujui. Sempat mereka bertanya pada pejalan2 kaki yang melalui susur2 jalan. Kebanyakan mereka tak pasti dengan nama kampung tersebut. Matahari semakin terbenam di ufuk Barat menampak remang2 cahaya kemerahan. Semakin dalam mereka bergerak.. semakin gelap dan sunyi suasana persekitaran.

Hampir 1 jam mereka terumbang ambing di atas jalan merah yang tak rata, akhirnya mereka ternampak remang2 cahaya di hujung jalan. Kelibat2 rumah berdinding batu itu jelas kelihatan dari luar. “Ada balai polis la”, Ramli keluar meninggalkan yang lain menuju ke bangunan tersebut.

 “Assalamualaikum”

Lima minit berselang kedengaran tapak kaki menuju ke pintu masuk balai. Kelihatan seorang lelaki separuh umur menguak daun pintu. Setelah bersalam, Ramli bertanyakan lokasi Kampung Cherok Senik. Pegawai polis tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Azlan tersenyum lalu menunjukkan arah ke kampung berkenaan. Ramli sedikit lega kerana kampung tersebut sudah tidak jauh dari situ anggaran 5 kilometer lagi.

“Awak nak buat apa ke sana?”

“Kami kena siapkan kerja kursus kami. Jadi kami dapat idea untuk mencari bahan2 di sini”, ujar Ramli.

Setelah bersalam dan mohon beransur, Ramli sempat dinasihati agar berhati2 bila berada di kampung berkenaan. Tapi tak pula dijelaskan kenapa. Ramli sedikit bingung, banyak perkara yang memusykilkan dirinya sejak berada di situ.

Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan kecil yang dikatakan oleh pegawai polis tadi. Suasana di sana tenang dan mendamaikan, rumah2 kampung yang berjarak tidak jauh antara satu sama lain.. nampak teratur dengan seni binaan lama. Mereka berempat menghampiri rumah yang berada tidak jauh dari jalan masuk, dikatakan itulah rumah Tok Penghulu kampung berkenaan.

Setelah memberi salam, kelihatan sesusuk tubuh lelaki dalam anggaran 40 tahun muncul di muka pintu rumah. Lelaki tersebut tersenyum lalu menyapa mereka di bawah.

“Assalamualaikum. Ni rumah Tok Penghulu ke?”, Naim memulakan perbualan. Lelaki tersebut masih tersenyum.

“Ye saya Tok Penghulu. Anak2 ni sapa? Dari mana?”, ujarnya lalu menjemput mereka naik ke rumah. Setelah diterangkan panjang lebar mengenai kedatangan mereka ke situ, akhirnya mereka diberi kebenaran untuk berada di situ bagi menyiapkan kerja kursus mereka.

“Maaf tok tumpang tanya. Berapa usia tok?”, Normi meluahkan pertanyaan. Tok ketua kelihatan tersenyum. “70”, balasnya membuatkan Ramli dan rakannya yang lain sedikit terkejut. Masakan lelaki muda gagah di hadapan mereka berusia 70 tahun? Mustahil!

“Korang mandi2lah dulu ye. Solat dulu. Kejap lagi kita borak panjang lagi. Esok la kita pusing kampung ye. Hari pun dah lewat”, ujar tok ketua meninggalkan mereka di bilik masing2 dalam keadaan kebingungan.

***************

Seawal pagi mereka telah dibawa mengelilingi sekitar kampung. Suasana kampung yang cantik dan mempesonakan benar2 menambat hati mereka berempat. Naim tak lepaskan peluang mengambil seberapa banyak gambar untuk dijadikan bahan bagi menyiapkan kerja kursus mereka. Normi dan Zati pula tak putus2 berbual dengan penduduk kampung sekitar bagi mendapatkan maklumat. Ternyata rata2 penduduk di situ sangat peramah dan menyenangi kehadiran mereka berempat.

“Inilah kilang pemprosesan makanan dalam tin”, ujar Tok Penghulu. Ramli terpegun melihat kilang yang nampak usang dibina di hujung kampung itu. Walaupun begitu kilang tersebut masih beroperasi disamping tenaga2 kerja adalah terdiri daripada penduduk kampung sendiri. Kilang tersebut memproses daging cincang yang hanya di pasarkan di kampung2 berdekatan sahaja. Kehadiran mereka di kilang tersebut diperahati oleh banyak mata. Ramli pun tak pasti kenapa mereka bersikap sedemikian. Mungkin kehadiran mereka sedikit sebanyak mengganggu kerja mereka di situ.

“Kilang ni memproses daging dari mana tok? Dapat bekalan dari mana?”

Tok ketua hanya tersenyum. Belum sempat dia menjawab tiba2 mereka terdengar suatu bunyian nyaring yang datang dari arah dapur memproses. Tok ketua menyuruh mereka bertiga pulang ke rumah kerana pada malam tersebut akan diadakan jamuan kampung. Mereka ditinggalkan dalam keadaan kebingungan disebabkan suara tersebut, tetapi masih akur dan pulang ke rumah. Ramli rasa tak sedap hati kerana kelibat Zati masih tak kelihatan..

***************

Pada malam tersebut mereka disajikan dengan pelbagai juadah kampung. Orang kampung ramai yang berkumpul bagi memeriahkan jamuan tersebut. Tok Penghulu memberitahu yang Zati ada di rumah salah sebuah penduduk di situ. Mungkin beramah mesra dengan mereka. Tapi sebagai ketua kumpulan, Ramli tetap berasa runsing walaupun Tok Penghulu sudah memaklumkan yang keadaan kawannya itu baik2 sahaja.

Suasana yang hiruk pikuk dengan nyanyian dan tarian tersebut membuatkan Ramli semakin bingung seolah2 penduduk kampung meraikan suatu upacara. Seolah2 ada ritual yang sedang mereka lakukan. Naim yang dari tadi senyap di tepi menarik tangan Ramli menuju ke belukar tak jauh dari situ.

“Ramli ada sesuatu yang tak kena dengan kampung ni.. ngan kilang belakang kampung ni”

“Kenapa ni? Apa yang dah berlaku?”, Ramli cemas. Ternyata apa yang dirasainya turut dikongsi oleh Naim.

“Baik ko tengok ni!”, Naim lantas memberikan tin yang diseludupnya dari kilang tersebut. Ramli masih terpinga2 tak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Naim. Tiba2 mereka teringat Normi yang masih berada di jamuan. Mereka berdua kembali ke lokasi jamuan tapi tiada kelibat Normi di situ. Dua tiga orang penduduk di situ mengatakan yang Normi bergegas ke tandas. Tapi firasat Ramli mengatakan yang mereka berbohong. Mereka lantas beredar dari situ walaupun penduduk2 di situ menegah mereka untuk pergi.

“Naim ko pergi mintak bantuan polis. Aku pergi jumpa Tok Penghulu. Lekas!”, ujar Ramli. Naim lantas tidak berlengah2 lagi. Dia terus berlari ditelan kepekatan malam. Memang sah ada sesuatu yang berlaku di situ..

Di balai polis..

Naim termengah2. Dia lantas menceritakan apa yang dilaluinya di kampung berkenaan, misteri kehilangan dua kawannya dan kilang yang memproses makanan tin di hujung kampung. Segalanya diceritakan kepada Azlan. Azlan tergamam sambil tangannya mesih erat memegang tin daging yang diberi oleh Naim. Dia menyuruh Naim bertenang sementara menunggu polis bantuan tiba. Naim lega, Cuma dia berserah kepada takdir akan nasib rakan2nya yang lain..

***************

Berkali2 Ramli mengetuk pintu rumah, akhirnya Tok Penghulu yang baru selesai menunaikan Isyak keluar menyambutnya di muka pintu. Ramli termengah2 sehingga tak mampu berkata apa2. Tok penghulu lalu menuju ke dapur dan menghidangkannya secawan air bagi melegakan rasa cemasnya itu. Dia membiarkan Naim sendirian di ruang tamu. Sementara ketiadaan Tok Penghulu, Ramli menyelongkar bag galasnya.. mencari tin yang diberi Naim.

Apabila tin dibuka, Ramli mengorek2 cebisan daging yang ada di dalam tin tersebut. Jantungnya bagai direntap, mukanya pucat apabila kelihatan ketulan jari yang masih sempurna dengan sebiji cincin bertatah batu zamrud di dalamnya. “Jari Zati!!” Ini bermakna kilang di hujung kampung tersebut memproses daging...

Tiba2 kepalanya sakit, matanya berpinar2. Dia syak ada sesuatu yang diisi di dalam minumannya. Sempat dia melihat daun pintu rumah Tok Penghulu dikuak. Kelihatan ramai penduduk kampung di situ termasuklah Jabir. Ye Jabir dan kelibat sapa entah di kaki tangga memikul seseorang.

“Inspektor Azlan??”, Ramli cuba menjerit tapi nadanya tak mampu didengari sesiapa. Inspektor Azlan memikul Naim naik ke atas rumah. Kelihatan Tok Penghulu tersengih menunjukkan air mukanya yang sebenar dan yang lain mula bersorak2 bagai baru sahaja berjaya menangkap haiwan buruan. Hilai tawa mereka semakin sayup2 kedengaran dan akhirnya pandangannya semakin lama semakin kelam.

***************

“Korang ni nak kemana?”, ujar lelaki separuh umur di hadapan mereka. Budak2 dihadapannuya bersikap acuh tak acuh melayan.

“Kami student IPT nak siapkan kerja kursus kami”, kata salah seorang dari mereka.

“Apa kata abang cadangkan satu tempat menarik. Perkampungan ni best, banyak yang boleh korang perolehi di sana. Jangan sampai korang taknak balik sudah la”, ujar lelaki berkenaan sambil berseloroh. Nyata dia peramah orangnya.

“Menarik tu.. kat mana bang?”

“Kampung Cherok Senik”, ujar lelaki tersebut yang dikenali sebagai Jabir, sambil tersenyum sinis lalu meninggalkan mereka bersama jerat yang dipasang


______________________________________________________________________


P/s : Oh ye ni entry aku untuk segmen Konspirasi Blogger Kreatif | Selendang Merah dan Ain Dzaya. Aku tak harap menang pape pon tapi cukup la kalau boleh kagumkan korang dengan kemisterian cerita aku ni hahaha.


KLIK SINI untuk mengusha segmen :)

Aku nak tag


Cream Cheese Cake Atau Fondant Cake?

2:44 PM

Assalam,

Takleh nak buat ape la hari2 online aku kena persiapkan barang2 kawen aku. Tadi aku kol mak aku tanya pasal khemah, pastu aku riki2 design buku autograf tetamu.. ni plak pasal kek kawen aku. Pergghh lemas aku ngan ketiak bertakung peluh jejantans.

Design buku autograf tetamu aku buat sendiri, 70% siap cuma nak hantar kedai buat hard cover je. Dah siap nanti aku tunjuk haha. Semalam aku pe MUIP hantar borang kebenaran kawen. Settle dah so keje sebelah petang ni aku nak kena decide kek kawen camne yang aku nak. Cheese cream cake atau Fondant cake?


Yang ni kek Fondant, bukan pondan


Ni plak cheese cake. Adoi sedap plak aku nengok bunga kat lantai tu


Aku riki harga kek. Macam kek fondant atas tu warna pepel aku tanya akak tu tadik, 3 tingkat dia charge RM600 perghh terus sujud sahwi aku. Mahal woi giler ke hape kek je kot? Aku rasa mahal tang ada angsa la kat kek tu, kalau letak bentuk lipas murah sikit kot? Aku riki tempat lain, kek cream cheese plak.. harga RM350 sekali upah hantar. Nangis aku tepi laptop sambil berlatar belakangkan lagu Azie, Pelamin Anganku Musnah. Uhuk3

Kek Fondant ni cantik, senang design sebab guna lapisan gula kat bahagian luar dia. Tapi akak cheese cake tu kata rata2 pelanggan tak tempah kek jenis fondant sebab tak sedap sangat. Dia la yang suggest cheese kek kat aku. AMARAN : Cheese cake menggemukkan lagi2 lepas korang tambah 2x nasik minyak umah aku lagi balik umah terus obesiti!! Abang2 akak2 yang ada kencing manis dan BMI tinggi nak mampos aku sarankan kopok Moni di hujung sana ye :P

Arghh payah2 aku beli kek pisang la kat Mydin

Terhad 200 Orang Sahaja

2:29 PM

Assalam,

Hari ni aku nak cerita pasal bunga stokin. Biasa tengok? Aku ada tengok mak aku buat masa aku kecik2 dulu. Dia benti buat, fokus buat bunga tayar ngan bunga api.. then sejak dua menjak ni dia start balik buat bunga stokin. Aku tunjukkan serba sedikit gambar yang sempat aku rembat


Eh bukan2 aku bukan nak buat tutorial. Amboi ko Jemah dan2 suh aku buat tutorial ea. Kemain ko! Cantik kan? Aku tengok mak aku buat siang malam, tapi bukan bunga ros la. Dia buat bunga tulip :)

Oh ape ke related bunga stokin ni ngan aku? Aku just nak bagitau bunga stokin ni mak aku buat khas untuk 200 orang blogger dan bestie aku yang datang kenduri aku nanti. Yeah for sure aku nak bagi yang terbaik sebab korang sudi datang :) Rileks2 bunga ni antara salah satu items dalam goodies bag tu, ada lagi menda lain dalam goodies bag tu

Comel plak beg ni kalau isi kulit duyan oshem sangat!!

Aku stil ngah mikir nak letak ape lagi dalam goodies bag aku tu. Seyesly untuk menghargai kehadiran korang ke kenduri aku nanti. Bila? Nanti sebulan nak kenduri aku inform :)


P/s : Maaf ini item terhad, xleh reserve. Uhuk3

16 Julai..

9:12 AM




16 Julai bermula ceritera
Detik ini merupakan tanda
Jarang benar bersua muka
Duduk semeja berkongsi cerita




Tatkala mata bertemu mata
Lidah tersimpul tiada berbahasa
Biarkan senyum pengganti bicara
Buatkan diriku kembali sempurna




P/s : Oh tak lupa, Angah hepi besday yang ke 26. Cecepat kawen :)

Biar Aku Hilang

11:46 AM

Assalam,

Tak lagi gigih bw sampai orang kata kat mana2 shoutbox mesti jumpa jejak aku. Trafik? Alexa rank? Semua dah tak terkejar lagi. Kadang2 aku pon tak pasti shoutbox tu stil ada function pada aku atau tak. Tapi aku  biarkan je kat situ sebab masih ada yang drop link untuk aku jejaki.

Bukan tak bw, masa aku sekarang jadi terhad tetiba. Kerja makin bertambah dari semasa ke semasa. Ada masa terluang aku pasti takkan lepaskan peluang, membaca entry kawan2 dan tinggalkan jejak di situ. Hari ni beginilah gayanya.. tup2 esok lusa tak tau pulak macamana.

Yup, aku rindukan suatu ketika dulu. Tapi aku kena terima hakikat yang hidup ini takkan boleh statik dan sama sepanjang masa. Ada naik ada turun, ada pasang ada surut.  Pernah terfikir untuk cool down.. Tengoklah macamana, biarlah masa je yang tentukan. Pinjam kata kawan aku, seperti datang tak diundang.. pergi tak dihalang


Biar aku hilang..



Blogger : Rupa Dulu Vs Sekarang | 2nd Round

9:36 AM

Assalam,

Mula2 aku just nak publish cenggitu je tapi ada blogger bagi idea, apa kata aku letak gambar dan suruh korang teka dan padankan mana satu dorang based on gambar lama dan baru dorang. Amacam? Cargas sungguh idea ko BabyZyra Roxx. Trimas :)

Ni 2nd round dah, kalau korang nak baca yang 1st round leh KLIK SINI. So aku akan letak gambar2 blogger tersebut waktu kecik, muda remaja.. berhingus lagik. Then aku mintak korang padankan dengan gambar2 dorang bila dah tua bangka tu. Gambar time kecik telah aku nomborkan dan sila padankan dengan nama blogger2 berkenaan :)


Aku ingat nak main2 gitu je tapi bagi menyemarakkan lagi semangat pada mereka yang berjaya menjawab dengan tepat atau purata tekaan yang betul aku bagi topup RM10 :)*tertakluk kepada terma dan syarat. Tak banyak pon, saje je suka2 :)

Takyah la nak buat2 entry, korang jawab je kat ruangan komen. Aku hanya terima jawapan sekali sahaja untuk penyertaan, so jangan fikir nak letak banyak2 jawapan ye. Jawapan pertama sahaja yang akan dikira. Hehe

So selamat mencuba :)

GAMBAR KECIK KEMETOT









GAMBAR BESAR KEMAIN
korang boleh KLIK pada nama blogger2 tersebut sebab ada
antara gambar dorang aku rembat dari blog dorang hehe :D

 Blogger Aida Omar                      Blogger Bonz Zackless

Blogger MiszEyza                             Blogger Faizlazter

                          Blogger Shawn Razaleigh                         Blogger Wadi Ao

                        Blogger Wan Nur Amirah                     Blogger Zulhilmi Tempoyak




P/s : Maaf #GBS korang leh teka2 je, tapi adiah bagi la can kat bebudak lain ye :)

Abah Aku Suka Buat Lawak Serupa Usop Lempoyang

8:00 PM


Ni cerita berkisarkan kekeluargaan berunsur 18 darjah selsius oleh yang demikian kalau korang nak cari cerita menatang, haiwan teladan mahupun kisah2 porno bukan kat sini tempatnya. Segala nama yang digunakan dalam kisah ini tidak ada kena mengena dengan korang melainkan korang kawen ngan abah aku dan buntingkan aku dulu mengikut terma dan syarat

Di suatu hari sebelum masihi, tatkala orang kampung asyik menyanyi2 lagu kita semua sepakat di kampung si pening lalat, berlakulah perbualan dua beranak di tepi kipas berdiri yang halaju kipas tersebut adalah satu.


Encik abah   : Along tak lama lagi kamu dah nak kawen. Abah risau
Along           : Along pon risau ni. Posisi apa yang menjadi pilihan kami malam pertama nanti
Encik Abah  : Bukan tu yang abah maksudkan, macamana ngan kewangan Along?
Along           : Boleh la kot. Ada la simpanan sikit. Nape Bah?
Encik Abah  : Bukan apa. Abah ada idea. Tu pon kalau Along setuju
Along           : Ape dia Bah? Apa dia? *teruja sambil ketuk2 kepala lutut
Encik Abah  : Apa kata Along jadik model. Mungkin boleh pegi jauh
Along           : Haa yang boleh pegi jauh tu memang nampak kasar bebenor.


(Maaf perbualan itu terpaksa dihentikan kerana Abah mintak diri ke dapur, menahan gelak sampai terkentut2)



P/s : Sesekali abah melawak cenggini buat aku rasa nak lari umah

Awesome Giveaway Dunia Sebenar Shida

11:53 AM

Assalam,

Semalam si shida ni ajak aku join GA dia personally. Aku pun blur sebab aku jarang bebenor nak join GA atau segmen2 ni. Bukan apa aku tak reti hahaha :D Tapi sebab personally aku dah kenal lama shida di arena perbloggan ni so aku terima pelawaan dia :)

Oh ye ramai giler seh sponsor GA dia ni, adiah aku tatau apa. Aku tak kisah la aku dapat apa pon janji kete sudah la. Ni bukan kecik2 adiah ni, mau aku menang moto ke.. det 5riban pon cukuplah buat kenduri kawen hahaha :D Oh ramai dah yang join, aku tau lama tapi nampak macam tatau camner nak join ditambah ngan ketidakmenyempatan. Tapi hari ni dengan lafaz bismillah aku mengejoinkan diri :)

KLIK BANNER untuk ke blog Shida


PENAJA2 HADIAH YANG KEMAIN OHSEM

E'S OnlineShop (21)                       OdahoneBiz (105)  
Muhammad Saiazuan (1875)          Lyssa_Secret (50568) 
Fiz Graphic (7680)                         Arol Mubin (1584)  
     Nur Damia                               Arra Ahmad (2323)   
Zinnia Z A Shop (FB)                      IntanBerlian (1320)   
Nakira's Collection (FB)                  Qatratun Al-Khairi       
Qat_Bawal Shop (8)                           Eza_stories       
   Irwani Zulkifli                             Eqbal Zack (6010)   
      Nurul Yui (2270)                        Bui Junaidi (1332)   
       Nur Athirah (575)                       Puan Azizah (3852)   
Eca_Dwinky Asha (1233)                 Ain Zulaikha (3666)   
         Puan Ummi (480)                        EGTV.com.my (FB)    
EMTV.com.my (FB)                          Muaz Faris    
         Peyan (503)                           Shida sendiri (3003)
 
DhiyahShoppe                                GAnContest

          Rahayu Izaima                         Gula-gula Kapas (822)

             Marliyana (138)                       Rafhanah Blogshop (96)

        Nurnie (14)                                Nurjamal83 (234)



TAG KAWAN2 KO JEMAH JANGAN TAK TAG!!

(maaf aku pening bila sebut natang ni :D)





Ustaz Ismail Kamus

Neng Yatimah

Hamid Gurkha

Shaharudin Thambi

P/s : Padan muka korang kena tag ngan aku kahkahkah

Sue Hashim In Da House

9:21 AM

Assalam,

Taraa!! Taraa la bukan Tora. Ape pulak la yang aku nak citerkan hari ni kan? Sape Sue Hashim tu? Tak taula korang familiar ngan nama ni atau tak, tapi nama ni cukup gah di Malaysia. Ok2 dia merupakan seorang make-up artist yang telah berjaya memekapi ramai artis ternama seperti Aaron Azis, Erra Fazira, M Nasir, Farah Fauzana, Siti Nurhaliza eh senang cakap ramai la artis dah dapat sentuhan hasil kerja tangannya itu. Kebanyakkan customernya adalah dari kalangan VIP dan VVIP.

Seyes aku suka cara dia touch up muka artis, kena ngan tema event takde la memvavi buta dah serupa macam wayang pekji. Aku tak suka mekap yang tebal2 klakau *tetiba teringan Aziz Satar dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Selain mekap dia juga ada buat bukak Bengkel Intensif Solekan yang mana kalau aku join kompem2 jadi mak2 gitu aww hahaha.

Bengkel di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Bengkel di Hospital Besar Kuala Lumpur

Bengkel di Universiti Malaysia, Kuala Lumpur

Solekan untuk program Safiyya di TV9

Make-up team bersama Siti Nurhaliza

Make-up team bersama Mawi

Make-up team bersama Faizal Ismail

Make-up team bersama Erra Fazira

Ruangannya dalam Harian Metro

Ruangannya dalam Pancaindera dan majalah Ratu Sehari

Hasil solekan untuk Alyah dan Diana Amir

Hasil solekan untuk Lisa Surihani dan Saheizy Sam

Hasil solekan untuk Yana Samsudin dan Siti Nurhaliza

Dan dia juga banyak menyertai program2 besar di tv sebagai make-up artis antaranya ;

AIM '17
AL HIJRAH
SAFIYYAH
IMAM MUDA
BILLBOARD NTV7
NTV7 TOP HOST
SAMPAIKAN MERDEKA RAYA
MACAM MACAM AZNIL
MYSTARZ LG

eh macam2 lagi lah..

Sebenarnya banyak lagi gambar dan info2 mengenai dia ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut apa kata korang terus ke blog dia. Klik banner di bawah untuk ke blog dia :)


Haa mesti korang curious apsal aku cerita pasal Sue Hashim ni kan? Untuk pengetahuan korang dia merupakan jurumekap untuk wedding aku nanti :) dan yang beshnye dia ni MAKCIK AKU hahaha. So kalau yang berminat menggunakan khidmat dia korang petik je la nama aku. Cakap korang kawan Along Bang Nor *tu panggilan aku dalam keluarga, Bang Nor tu nama singkatan bapak aku




P/s : Camner la muka aku kalau kena solek