'> August 2012 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, August 29, 2012

Worldless Wednesday : Orang Tempek Aku Pon Nak Tempek Gak!!


Assalam,

Oo kemain korang ea tempek2 gambar raya! Aku tak banyak tapi aku tetap nak tempek gak. Aku tak pehulik aku nak gak!! Sape tak puas hati jom lawan mata ngan aku.. sape kelip dia kalah

Dari kiri adik bongsu aku, adik lelaki aku (TUDM Gong Kedak, Terengganu) dan
angah aku jururawat PUSRAWI

Ape ntah atok aku citer tu abah aku buat dek je.. yela kontrol aku nak amik gambar dia :P

Mak aku pon sama kontrol. Pesen mak aku ni kalau gambar dia tak cantik
dia suh amik balik hehehe

gambar adik beradik aku ngan mak aku. Akuuuuu gak yang kena amik gambar. Cheh!


Aku masih musykil apsal angah aku buat peace menyenget

Last but not least. Tadaaaa!!! :D *interprem jap :D


P/s : Ni la keluarga kecik aku, gaduh-gurau kami2 la jugak :)


Tuesday, August 28, 2012

Bila Membuntut Ke Hulu Ke Hilir

Assalam,

Aku dalam lab ni, ada keje minggu ni. Dengan mata kuyu2 serupa Ziana Zain nyanyi aku gigihkan gak ngapdet. Ngantuk kat Kuantan hujan lebat kalau layan tido cenggini dah serupa ulat gonggok dah aku gamaknya bergulung2 tahan stim. Eh?? Maksud aku tahan kencing #kaberlineperingkatdaerah

Semalam dak2 umah ajak nengok citer Expendables 2. Boleh la kalau korang sudi layan hero2 tua, aku tengok sebab kawan aku yang ajak #alasankukuh Bukan tu yang aku nak citer, citernye mula time aku dok kusyuk layan muvie tu, ada budak lalu depan kitorang. Kua bau lemon, masuk balik bau hancing.. so aku espect dia pegi kencing la tapi tatau la plak kalau perfume dia sememangnya bau kencing.

Selang tak lama kemudian dia lalu depan aku lagi. "Eskismi eskismi!" buat sore manja tayang2 muntut. Apa ko ingat aku hadap sangat ngan muntut ko tu ko tu dah la jantan! Muntut ko kalau kua kuih bingka boleh gak aku kagum! Walaupun citer hero2 tua tapi aku bayar det tiket tau! Budak ni memang baka pundi kencing kecik ni. Lupa plak aku bawak penyepit baju dari umah

Dah tau pundi kencing kecik.. ko dok la depan pintu kan senang. Lagi aku musykil panggung wayang tu kita berempat je, balik2 nak pegi kat seat dia kat dalam tu adoyai! Aku rasa seat tu dia bawak dari rumah la, beli guna det raya!



P/s : Ce korang kira bape kali aku sebut muntut ngan kencing dalam entry ni? ngeh3

Monday, August 27, 2012

Bila Dah Syok Sendiri

Assalam,

Selamat kembali bekerja! 4 hari je.. jangan risau, Jumaat cuti balik :D Bila sarung balik baju keje, ai sendat plak. Pelis jangan fikir aku gemuk. Badan budak meningkat matang dan baru akil baligh macam aku ni memang sedang naik dan menjadi sasa gitu #fiiltanakmengalahcengginilarupanya

Baru setat blogging balik ni lepas seminggu dua hari beraya sakan. Bila aku jenjalan tengok blog2 orang aku nampak certain2 owner blog letak blog dia sendiri dalam bloglist dia. Erk! Korang tak rasa something? Aku? Japgi korang boleh tengok ekspresi aku :D

Cuba bayangkan cenggini la, pepagi Munah online buka blog.. then dia pegi ke senarai bloglist dia dan dia klik nama blog yang sama nama ngan blog dia. Kua page pon sebijik macam page dia sambil buat2 terperanjat lalu si Munah berkata 'Eh entry baru la' dengan muka sungguh teruja baca entry sendiri dengan penuh rakus *siap baca 2-3 kali plak tu. Pastu Munah berazam untuk pergi lagi ke blog tersebut sebab dia rasakan entry2nya sangat melatops dan mampu pergi jauh!

Kahkahkah aku cuma bayangkan je pon, senak perut aku tapi masih mampu kawal kentut dari turut berbunyi skali



P/s : Syok sendiri pon sodap :D

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Guys



Mood aku pun dah ke kampung halaman dah ni. Lagipun sekarang korang mesti bizi packing barang2 kan? Yela lagi 2 hari je kita akan menyambut kedatangan Syawal. Budak2 opis aku harini last day keje, tinggal la aku sorang isk3. Raya mana korang tahun ni? Tak kisahlah di mana2 sekalipun korang beraya, harap korang drive carefully, rancang perjalanan dan moga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Di kesempatan ini, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada setiap rakan2 blogger mahupun readers di luar sana andai aku ada tersalah kata, menyakitkan hati sesiapa, terguna, terpakai termakan mahupun terminum harap dimaafkan dan setiap salah silap korang terhadap aku, aku maafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Biarlah kita mulakan Syawal yang bakal menjelang ini dengan hati yang penuh ikhlas dan lapang dada. Andaikata keruh selama ini, biarlah kita sucikan kembali ye :)

Aku tak spend duit raya untuk korang, tapi aku mengalu2kan kalau korang nak makan beskot raya kat umah aku. Makesure kalau nak datang inform dulu, leh la mak aku masakkan untuk korang ye :) Aku pon ingat nak jenjalan raya umah korang nak rasa biskut raya korang buat :P #buatlahsangatkan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin guys :)


P/s : orang beli baju raya, aku beli sangkar kucing. Menjadik la raya kucing aku taun ni

Wednesday, August 15, 2012

Aku Dapat Semuanya Dalam Bulan Ni :)

Assalam,

Harini aku tanak taip panjang2la, aku letak gambar je boleh? Japgi aku nak pegi Mydin nak beli bedak Kultikura. Nape Kultikura? Sukati aku la ketiak aku nak pakai!

Aku dapat buku hasil tulisan Kak Mimi blogger tersohor tanahair *kelass ko mengipas :D Untuk pengetahuan korang setiap pembelian 2buah buku korang akan dapat jumper kereta secara percuma! #foineakutipu. Yang biru tu kad raya daripada Shida, aku dapat adiah butang baju melayu dan semestinya butang tu aku pakai kat baju melayu, bukan baju ujan


Dan kad raya jugak, ada kecik.. ada besar malah pattern takde tempurung kepala pon ada! Jom aku tayangkan ape dorang tulis kat aku ngeh ngeh ngeh :D

Ni kad raya 1st yang sampai kat tangan aku. Datangnya dari Eyda Syahida :D
*ko request bebanyak bajet aku nak makbulkan ke? kahkahkah

Ni pulak datangnya dari si Eyza. Wah kemain dia berpantun2 bagai. Lepas baca
aku pon balas balik ngan pantun tapi hampa.. aku kompom dia tak dengar. Maceh :D

Puas aku tunggu terselit gak jejaka anta kad kat aku *dah lama aku bajet budak ni gay :D
Datangnya dari Korn El Jr. Tang dia mention tulisan buruk tu.. memang sengaja buat aku 
hangin nak suruh aku puji tulisan dia lettew kahkahkah :D Apsal ko letak yang enseng? 
Macamla aku leh ngorat ko :D

Last sekali datang dari se cantik manis Zaza Rizlan. Dia pon buat kad sendiri macam si 
Shida dengan gambar doodle lagi. Cara dia mintak angpow kat aku ni memang ada gaya 
kaki pow dan ada harapan cerah nak jadik Ah Long hahaha :D


Tu je yang aku dapat. Trimas kepada kawan2 yang hantar kad2 ucapan hari raya, buku dan hadiah daripada segmen. Sekurang2nya aku sedar dalam setahun setengah ni aku sudah membuat begitu ramai kawan di kalangan blogger dan aku hargai persahabatan kita selama ini. Aku harapkan kekal hingga ke akhir usia :)


Monday, August 13, 2012

Kisah Dari Lobang Idong

Assalam,

Aku tatau la nak klasifikasikan cerita ni citer sedey ke, citer haiwan teladan ke hape tapi yang aku tau citer ni ada berkisar pasal lobang idong. Diharap korang dapat membaca dengan berhati2 dan jarakkan jari jemari korang sejauh 3 hasta dari lobang idong korang bagi mengelakkan korang korek idong sama tatkala menelaah entry ini.

Aku ngan kengkawan tengah tunggu juadah diorder sampai. Masa tu dalam pukul 7 petang dah. Kawan aku si A ni punya pandangan mata yang tajam terutama2 bila melihat sesuatu dikawasan2 yang sempit dan gelap berair.. contohnya lobang idong. Kawan aku si B ni selsema, lalu si A tegur katanya ada taik idong kat lobang idong si B ni seperti perumpamaan nak ke dalam rasa takut, nak keluar rasa malu. Taik idong tu seolah2 tergantung sehingga si A ni perasan. Aku tak layan sangat, biarlah taik idong dia bukan taik idong aku.

Mungkin si B rasa malu dia amik taik idong tu dia jentik kat si A. Si A plak hangin dia korek taik idong dia jentik kat si B. Maka berlakulah acara jentik menjentik taik idong depan aku. Nasib makanan tak sampai lagi.

"Weh..", aku bersuara

"Ko jangan masuk campur Jal biar aku selesaikan masalah aku ngan dia!", si A potong kata2 aku

"Err..", aku cuba nak potong tapi..

"Kalau ko taknak kena jentik ko duduk diam2 kat situ. Hangin betul aku ngan mamat sorang nih!", serius jawab si B, seserius dia gigih mengorek idong dan menjentik ke pihak lawan.

"Korang men korek2 idong ni, agak2 batal tak pose korang?"

Si A ngan si B berhenti. Tersipu2 menahan malu bersama lubang idong memasing yang cukup bersih dan licin.

"Alahai terlupa laa."




P/s : Ape ke punya pesen daa taik idong pon boleh dibawak bergaduh

Saturday, August 11, 2012

Inilah Keputusan Aku..


Assalam,

Semalam aku dapat satu panggilan yang mana aku sendiri berbelah bagi nak berikan keputusan. Dulu aku ada mintak pertukaran tempat kerja dari Kuantan ke Jalan Karuters, KL. Lama punya cerita dan aku semakin selesa dengan suasana kerja kat sini. Sebenarnya aku apply KL pun sebab nak sambung study kat sana. Sana banyak institusi pengajian yang menawarkan course yang aku nak amik nanti.

Tapi di Kuantan apa kurangnya. Sara hidup kat sini tak tinggi macam di KL. Kesesakan pun tak seteruk sana. Tempat kerja dekat dan bakal aku pun orang sini sebenarnya. Tapi bila aku terima panggilan tu dan perlukan confirmation serta merta buat aku buntu. Kuantan atau KL?

Staf senior sini bagitau seandainya aku terima tawaran tersebut, tempoh yang aku ada hanyalah sebulan. Bermakna betul2 naik raya nanti la aku kena tukar? Kenapa la baru sekarang dorang melayan surat aku yang aku sangkakan tiada respon dari mereka sebelum ni? Nak tak nak aku telan bulat2 keputusan yang telah aku buat. Berat hati aku tapi apakan daya itulah keputusan aku dan ianya muktamad..



Selamat tinggal Kuantan..



P/s : Masih ada masa ucapkan selamat tinggal kepada kawan2 Kuantan

Thursday, August 9, 2012

Haru Biru Raya Korang Kalau..

Assalam,

Aku pon tak sedar dah masuk 20 hari kita puasa. Aku ni bukan jenis kira pon, bukan pattern pangkah kalender tanda dah berapa ari puasa. Habis puasa kompom raya. Pernah berlaku tak habis Ramadhan, tetiba masuk Zulkaedah. Tetiba je taun tu takde Syawal *melampau! Pernah tak korang fikir alasan2 yang menyebabkan suasana hari raya korang jadik haru biru?

Tetiba anak bulan jadik seterika
Tengah2 orang sibuk nengok anak bulan, anak bulan tak kelihatan kat langit tu.. tapi yang keluar seterika! Agaknya ape perasaan orang yang nengok? Ye betul berkemungkinan besar dia teringat baju belum diseterika kat umah, tapi kalau takde anak bulan boleh raya ke idak?

Pengumuman hari raya versi sinetron
Pakcik tu dah takde dah duduk2 baca skrip maklum raya macam biasa dah. Kali ni dia tukar sikit, ala2 citer sinetron. Ada watak Rangga, Paiman dan beberapa watak picisan yang lain. Korang kena tengok sampai habis citer tu baru leh tau apa kerana di dalam cerita tu akan diselitkan pengumuman raya. Lagi haru citer tu sambung2 cam sinetron seberang sampai patbelasratus episod. Oi bila nak raya cenggini!

Taip ON RAYA la pulak!!
Raya tahun ni tak macam raya tahun2 lepas, tetiba pacik yang umumkan raya buat muka kanak2 tak cukup bulan bagitau suruh buat undian pulak. Ada ke dia buat isyarat tekan2 keyboard dan isyarat telefon depan skrin mintak korang undi hari apa yang korang nak pilih untuk raya. Undian tertinggi menentukan hari raya. Cenggitu punya gaya harus seminggu pose terus raya!

Bank bertukar jadik booth askim
Korang datang kaunter bank macam biasa dan kerani kaunter tu tanya korang nak berapa scoop askim. Siap ada loceng2 askim bagai. Tak lupa gak ada maskot Mat Kool kat sebelah dia sambil menari2. Harus la ko ternganga kan? Mana ko nak cekau duit? Nak raya dah ni. Dalam sedih2 cenggitu korang masih tersenyum sebab duit raya tahun ni tapayah bagi kat anak2 buah. Hahaha puas hati aku!

Lagu raya ganti ngan lagu harijadi
Di radio2 dikeudarakan lagu2 harijadi pelbagai versi. Versi rock, inang, balada dan juga patriotik. Ko pon nyanyi sama sedangkan korang sendiri tatau besday sape la yang korang sambut tu. Hail Amir ngan Uji Rashid turut mendendangkan lagu Seloka Harijadi dan Sudirman plak ngan lagu Harijadi di Perantauan. Sadis!

Takde baju raya songkok bagai
Korang pegi shopping raya, orang tak jual dah baju raya baju kurung ni. Yang ada dijual baju kalis peluru dipadankan ngan legging. Nah pakat2 la korang tengok pakcik2 ngetes baju kalis peluru ngan legging pelbagai warna dan corak depan cermin pasaraya2. Yang berlabuci2 tu mahal la sikit. Lagi seksa time semayang raya penuh masjid ngan pacik2 berlegging pelbagai warna dengan pelbagai rupa bentuk buntut termasuk imam. Mampos!

Raya Aidilfitri bertukar jadi raya lain
Ko punya la kemain puasa bagai nak rak, baju raya dah siap tersangkut 4 pasang kat almari, dengan ringtone lagu raya kat enset, tiket bas dah beli.. tup2 pacik yang buat pengumuman hari raya memaklumkan yang anak bulan telah kelihatan dan raya deepavali jatuh pada keesokan harinya. Nah! Sekarang ko fikir ko nak pakai baju melayu ke.. nak pakai sari? Harus makan tosei capati kalau pegi umah kengkawan cenggini.


Macam2 benda lagi aku nak citer, mengarut2 semuanya. Tapi tu la kan haru biru gak kalau berlaku menda2 cenggitu. Harap2 tak jadik macam tu la kan untuk tahun ni sekurang2nya sebab kalau ada yang buat lawak cenggini punya ganas harus aku tibai pakai kerusi urut Ogawa tu haha :D

Wednesday, August 8, 2012

Keputusan Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya

Assalam,

Grr time cenggini la cair otak aku ngan idea nak mengarang, tapi aku utamakan yang lebih penting dulu. Bebudak dah bising nak jawapan. Ada yang sanggup tunggu depan pintu jamban, posponed nak memerut semata2 entry ni. Perghh untungla kantung taik ko besar leh tahan2

Silap aku memandang rendah korang dengan letak satu gambar je. Kalau aku tau korang minum susu bernutrisi tinggi kecik2 dulu.. aku letak 14 gambar biar berbuih kentut korang mikir. Sudahnya ramai antara korang jawab betul! Jom kita tengok dulu gambar yang aku bagi haritu dan gambar sebenar setelah diperbesarkan..

memula dulu aku teka sejenis pulut gak.. tapi sebenarnya..













































mini popia atau lebih dikenali simpul kasih

Seyes ramai yang jawab betul. Kang kalau aku agih2kan boleh la sorang dapat RM3.47 sen. Setelah berbincang, bergaduh dan menyanyi kami bertiga putuskan hadiah akan diberikan kepada 2 orang peserta awal yang berjaya menjawab dengan jawapan yang betul sahaja. Ai kalau la boleh nak je aku bagi saguhati kepada yang lain tapi takpe la next time plak ye.


Pemenang Utama

Phat The Great
RM30 beserta beg sumbangan penaja


Hadiah Saguhati

Mymatatajam
RM20 sumbangan penaja


Trimas pada yang join dan tahniah kepada pemenang. Segmen ni pon suka2 hati je, kalau menggalakkan.. next time aku akan kumpulkan lebih ramai penaja lagi dan hadiah yang lebih osem untuk korang :)

Tuesday, August 7, 2012

Segmen Di Mana Anda Beraya Bersama Phat Corner

Assalam,

Hari ni aku menunaikan janji aku kepada Phat yang aku akan join segmen dia . Segmen santai2 citer pasal beraya mana tahun ni. Aku masih kat Kuantan lagi ni tapi hati aku dah kat Kajang lagi2 mak aku bagitau yang dia ada bawak anak kucing comel. Alahai rasa nak pinjam pintu suka hati doremon je la!!

Macam tahun2 sudah, setiap kali tibanya Aidilfitri aku akan beraya di Kluang, Johor dan Merlimau, Melaka. Oh ye Kluang tu kampung belah mak aku dan belah abah aku Merlimau, Melaka. Kitorang akan gerak pagi selepas solat Aidilfitri sebab bapak aku amil kutip zakat. Salam2 nangis2 tak lupa pow duit raya (adik2 aku la) baru menuju ke Kluang, Johor.

Sebelum tu, malam raya orang sibuk2 bertakbir.. mak aku dah susun jadual. Kata dia nak pegi jalan Tunku Abdul Rahman cari beskot raya. Haha mati! Sesak la adoyai. Kalau dah parking kete, jangan harap korang leh kua selagi tak pukul 2-3pagi. Aku pernh ke sana naik moto je pon.. tu pon boleh jem. Tapi seyes memang kaw2 punya rege la. Aku bawak RM150 cukup beli songkok, baju melayu full sekali ngan sampin dan kasut. Pergghh murah tapi berlengas la ketiak, tak cukup ngan peluh ko.. peluh orang pon melekat kat baju ko hahaha.



Kluang ni bandar tau, nama je kampung. Tapi not bad la aku suka shopping kat sini gak. Entah la feel dia lain macam sikit la. Mungkin dari kecik sampai sekarang 1st raya kitorang mesti kat sini. Abah aku kata kalau 1st raya kat Melaka mau nangis mak aku. Hehe. Sampai je umah nenek aku, kitorang sekeluarga mula gerak ke Batu Pahat sebab sedara2 nenek semua kat situ. Eh aku suka balik raya time malam kat Muar dan Batu Pahat tau sebab sepanjang jalan aku leh tengok pelita. Sangat cantik :)

Pagi raya kedua kitorang akan mula gerak ke Merlimau, Melaka. Tapi sebelum tu kitorang akan singgah kat Air Hitam beli kerepek2 raya. Sana murah dan sedap :) Bukan kerepek2 je, pelbagai jenis tembikar, pasu, bunga2 dan barang hantaran pon ada kat situ. Seyes kalau korang lalu.. singgah la ye :)


Kitorang memang saje gerak pagi sebab mak aku kompom akan singgah R&R Pagoh pekena mee bandung dulu. Tak dapat masuk Muar pon, kat situ pon boleh. Time2 raya masuk Muar jem la. Selalu kat Muar kitorang singgah kat gerai Mee Bandung lepas stesen Petronas *dari arah bandar. Kuah pekat likat beb, rasa kacang2 dia ngan udang kering dia tu *meleleh dah aku pose2 cenggini



Nah sekarang sampai dah pekan Merlimau. Macam pekan koboi je kan? Kecik je tapi aku suka. Aku lahir di bandar tapi aku sukakan suasana kampung. Aku ada gak terfikir nak beli tanah kat kampung nak buat umah. Puas beb puas. Aku ngan family akan start jalan raya ke rumah sedara mara kat Parit Sidang Seman dan Parit Penghulu pada raya ke 3, raya ke 2 rehat dan abiskan ketupat nenek aku je la hehe.

Pada raya ke 3 pas beraya tahun ni kitorang kena balik cepat sebab adik lelaki aku balik beraya Kajang raya ke 3. Dia keje TUDM Gong Kedak, Terenggganu. So rushing gak la, tapi stil home sweet home. Dah sampai rumah sendiri nak tunggang terbalik pon ada sape kisah? Hahaha. Malam tu pekena sate Kajang la amacam ada bran? :D

Selamat pulang beraya geng. Oh lupa plak Phat suruh aku tag 3 orang. Sori laaa korang di fikiran aku sekarang kahkahkah

KLIK BANNER kalau korang ada cerita nak dikongsikan :)


Sunday, August 5, 2012

Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya!!

Assalam,

Kahkahkah eh sori la aku post segmen raya. Bukan hape semangat haku ni Jemah, dah beli baju raya bagai haruslah diikuti ngan segmen raya kan? Hahaha. So kali ni bukan segmen aku semata2 tapi kolaborasi antara aku dengan dua orang blogger yang lain iaitu MK Syahir dan Arra Ahmad.


Amacam? Gigih aku pepagi buat banner ni. Setelah diedit dan atas permintaan MK Syahir, muka dia tampak lebih kacak berbanding sebelum. Muka si Arra Ahmad plak nampak blur disebabkan unsur2 mistik di situ *padahal aku rembat mana ntah gambar dia. So segmen si simple macam korek idong dan jentik jauh2.

Syarat2 penyertaan :
  1. Terbuka kepada blogger seluruh Malaysia dan di kepulauan Papua New Guinea
  2. Nak kena follow ke? Ikut korang la tapi kalau folo kitorang, nescaya korang akan bertambah emsem dari semasa ke semasa
  3. Buatlah entry cincai2 ; Letak tajuk macam kat atas, tempek banner dan link ke blog aku, MK Syahir dan Arra Ahmad dan last sekali jawapan korang.
  4. Kemudian korang maklumkan penyertaan korang di ruangan komen entry salah seorang antara kitorang. Letakkan sekali url entry segmen tersebut.
  5. Tarikh tamat pada 5 Ogos 2012, 11.59 malam. Sebarang surat menyurat dan sesi kipas mengipas tidak akan dilayan sama sekali. Harap maknyah.
  6. Seorang pemenang dengan jawapan yang tepat sahaja akan dipilih. Pemenang akan dimaklumkan di dalam entry kami pada hari berikutnya dan blog pemenang akan direview oleh kami bertiga.

Hadiah Segmen Raya Sakan

Beg tangan

Wang tunai RM50


Syarat2 dah ada, adiah pon dah tengok kan? So kita terus ke soalan. 
Sila teka gambarajah di bawah.

Hint :  berinti

So tunggu apa lagi? Agak2 macam kena je ngan jawapan korang tu anta la penyertaan cepat tapi seyes korang takleh jawab punya. Banyak kali aku teka semua salah. Ni gambar ihsan si Arra Ahmad mana dia rembat aku pon tatau :D



Friday, August 3, 2012

Pantun Fiil Orang Puasa


Cukup sebulan puasanya saya
Tibalah esok raya menjelma
Mana ko blaja esok raya
Kita baru puasa ke lima!

Sedih mak tengok ucuk mak ni
Gaya dia puasa serupa nak mati
Abah dah ready nak bagi kaki
Dah tua bangka mintak puasa setengah hari

Baru aku ingat mak pesan
Membazir itu kan amalan syaitan
Daripada membazir takde orang makan
Bak karipap tu ke sini aku abiskan

Bila JAIS tangkap muka kemain tebal
Time makan tadi semua ko redah
Muka sah2 jawa dibantai cakap Nepal
Bila spotcheck ic sekali Wahgiman daa

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama abang dalam van jenazah sorang

Tinggi2 si matahari
Anak kebau mati tertungging
Sudah lama aku mencari
Ko sorok megi dalam legging?

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Jatuh murtabak di atas tanah
Tak kira! Tak kira ko kena ganti juga!

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang puasa boleh kau bayar
Hutang mekdi ko bayar megi?

Sorong papan tarik papan
Buah keranji di dalam perahu
Orang makan ko pon nak makan
Tapi ko makan nasik aku, bikin aku berbulu!

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Murtabak mamak aku dah beli
Tinggal karipap ngan kuih loyang



P/s : Seronok nak berpantun. Saja suka2. Ni pun aku rasa nak tambah lagi :D

Thursday, August 2, 2012

Maaf Sayang Bukannya Aku Tak Sudi Tapi...

Assalam,

Ni kisah benar yang aku alami sendiri. Berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Aku tak sangka yang aku diduga dengan dugaan yang berat sebegini. Selama ni aku mampu menepis segalanya tapi tidak kali ini, kerana dugaannya datang dari seorang gadis..Gadis tau bukan mamat nepal!

Ceritanya bermula sedari awal puasa lagi. Aku bertemu dengan seorang gadis. Ayu raut wajahnya, manis senyum simpulnya buatkan jantung aku kencang berdegup macam baru telan ecstacy. Kami berpandangan, mata bertentang hatiku rasa terpanah siang dan malam terbayang bayang. Itulah bait2 lirik nyanyian R Azmi yang sering bermain2 di kotak fikiranku. Namanya? Ah apa ada pada nama.. lagipun dia mana ada pakai nametag.

Dari senyumnya yang manis tu aku tau dia mengharapkan sesuatu dari aku. Lebih dari sekadar senyum dan pandangan kosong semata2. Hendak ditelan rasa pahit, nak diluah rasa sayang. Bukan sekali malah berkali2. Dia acapkali memanggil aku tapi aku pekakkan sahaja. Sukar untuk dimengertikan perasaan yang berbuku di benakku ini. Kalau la dia fahami aku, tau isi hatiku..semua ini takkan berlaku.

Jadi kelmarin aku beranikan diri, saja buat2 lalu depannya. Dia perasan kedatangan aku. Senyuman manisnya tak pernah lekang di bibir mongelnya tu. Aku terpaku, tapi aku perlu luahkan segala supaya aku tak rasa bersalah lagi kepadanya. Dia pun tak mengharapkan apa2 dari aku. Aku perlu jujur lantas aku menghampirinya, belum sempat dia berbicara.. aku terus memintasnya



"Dah.. abang dah beli dah kat brother depan tu. Maceh la ye",aku bersuara. Aku urut dada, sedikit lega kerana mampu meluahkan perasaan aku yang terbuku.

"Ala abang beli la lagi, buat sahur nanti", dia tersenyum manja sambil membungkus air buah2an untuk disusun di hadapannya. Alahai main ala2 plak..ni yang aku lemah semangat ni! Sedap gak air2 dia. Boleh berair aku dibuatnya. Erk!

Aku meneruskan langkah. Meninggalkan gadis tersebut dengan air2nya. Mana mampu ku tahan kalau awek cun kemain panggil2 suruh beli air dia hari2. Tu baru awek air, belum masuk awek kebab lagi, awek lauk, awek mercun, awek MPK yang keje nak saman je *sebab aku parking merata2. Yelah parking penuh orang ramai pegi bazaar. Kalau semua permintaan awek2 tu aku ikutkan leh papa kedana aku! Alamat tipis la dompet aku..yang ada resit Mydin je.

Maaf sayang bukannya abang tak sudi tapi mak abang pesan minum air masak je. Jimat :P





Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com