'> October 2012 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, October 31, 2012

Bungkus Air Ikat Tepi Bang

Assalam,

Alahai pepagi dah buat aku sakit perut telan lawak banyak sangat. Ni cerita kawan aku plak la, asyik dengar citer aku je.. puas mikir aku nak citer ape ngan korang. Aku citer kes pagi ni pasal kawan aku hari ni ea? Pelis.. peliss.. pelisss!! (homaigod gedik ko nyah!) 

Macam hari2 biasa, pagi tadi kawan aku pegi tapau bekpes. Tapi ada sikit lain harini, orang yang buat air tu.. orang baru. Pekerja indon. Takpe la si kawan aku order menu biasa dengan air la. Dipesannya air teh tarik bungkus ikat tepi. Dari nada rendah kawan aku pesan minuman, sampai kat akak kaunter tu dijeritnya pesanan tu suruh budak indon tu siapkan. 'Paiman teh tarik satu, ikat tepi!!' Dah serupa macam amplifier kan? Tapi speselnya amplifier ni dia jaga kaunter selain boleh beranak, dia juga berbulu ketiak.


Lepas 5 menet, budak indon yang buat air tu pon datang dengan pesanan. Kawan aku pun pandang budak tu.. budak tu membalas pandangannya. Mereka saling berpandangan.. kemudian tersipu2 malu. Kawan aku mula bukak mulut sambil pipi ke-blushingan

'Terima kasih di atas teh tarik yang kiut ni, tapi apa fungsi ikat tali kat tangkai gelas ni?'

Budak indon tu lantas membalas ; 'Bukan ke abang mau teh tariknya diikat tepi?'

Kat situ gak kawan aku terduduk, sampai termengah2 dia tahan gelak. Ada plak diikatnya tangkai gelas ngan tali rafia? Ke pesen baru bungkus air ni? Ketawa-sampai-nangis kawan aku, nasib la budak indon tu tak kata tali rafia kat tangkai gelas tu buat tangkal.. kalau tak mau pengsan kawan aku bantai gelak :D

P/s : Salah faham, takpe2 budak baru. Bagi chance :P

Wednesday, October 24, 2012

Alahai Omak Den!

Assalam,

Ni kelmarin punya cerita. Biasala aku kadang2 kalau penat giler babeng, aku terus jadi pasif. Buat muka kekwat, ketat.. seketat memasukkan henpon ke dalan lobang pusat. Ketat kan? Kalau tak caye cuba korang test tengok (ni kompom kalau korang buat time opis hour, esok korang dapat surat benti!) melainkan lobang pusat korang memang dah lobos!

Bila dah penat, mood nak melayan tu ke laut la jadinya. Bini aku borak la itu ini.. panjang berjela dia cakap, sepatah je aku jawab. Dari isu ekonomi ke gejala sosial.. sampai beralih ke sistem peranakan siput vavi pon dia citer. Aku? Masuk telinga kiri.. keluar telinga kanan. Time tu atas kepala aku nampak bantal! bantal!! Oh nikmatnya tidoooo~

Dah cenggitu punya cerita, mak aku cari bini aku. Berkerut2 muka dia bermakna ada benda dia nak tanya, tapi malu2 kambing. Akibat tak tertahan, di luah mati mak.. di telan mati apak mak aku lantas bertanya kepada bini aku yang polos ;

'Ape kena ngan Along tu Zati? Err gamaknya dia tak 'dapat' kot malam tadi?'

Demm!! Omakkk ni soalan pesen ape yang mak tanya ni adoyai kan aku dah blushing 2menet! Hahaha mak aku memang cenggitu. So tak hairan la orang kata dia sporting. Nasib la bini aku paham, risau gak kalau bini aku lari keliling taman kemalu-maluan.. ke-blushing-blushing-ngan dek soalan cepumas tersebut.


Alahai omak.. omak..


P/s : Mak aku pon dah bertukau jadik kelakau pas tengok Betul Ke Bohong!

Monday, October 22, 2012

Karangan Autobiografi : Aku Seketul Henpon



Aku seketul henpon samsang second hand. Aku berasal dari luar negara, tapi biarlah menjadi rahsia.. takut aku angkuh lagi bongkak nanti. Pada suatu hari tu, aku telah dibeli oleh seorang mamat, takde hensem mana tapi boleh la pegi jauh kalau diambil sebagai model iklan makanan ayam. Aku gembira tak terkira..senyum sampai ke telinga walaupun aku tau aku takde telinga.

Aku dibelai manja seperti binatang minyak yang penuh. Aku geli geleman tatkala tuan aku menye-lide2 akan perut aku ke kiri dan ke kanan berulang2 kali.. tapi aku pasrah. Aku adalah miliknya sepenuhnya, buatlah apa sahaja yang dia mahu.. aku redha :P Aku tak pernah lekang dari tangannya, waima ke jamban sekalipun dia mampu mengawal suaranya mengangkat panggilan walaupun ketika itu intonasinya sedang meneran. Macamla orang sana tak tau dia dalam jamban.. berdengung semacam.

Tapi sejak dia berkahwin haritu, hidup aku tunggang langgang. Cakap je mana tempat aku tak pernah pegi, bawah katil? Belakang almari? Terselit tepi sofa? Dalam tudung saji? Perghh menangis hiba aku. Aku diabaikan serupa telur lipas.. rasa macam siput vavi pon ada! Aku tak lagi penting.. kalau cenggini la gayanya, hantar saja aku balik ke rumah orang tuaku!! Eh aku takde orang tua apatahlagi burung kakak tua.


Itulah nasib diriku, henpon samsang milik afzalsukasuki. Habis kredit bersepah2 ko buang ye Jemah!! Puihh


P/s : Seyes aku tak tau apa function henpon aku skrang. Untuk SPM candidate, korang
        boleh kopipes entry aku untuk karangan autobiografi korang paper BM bulan depan :P





Wednesday, October 17, 2012

Dolu-Dolu Punya Panggung Wayang

Assalam,

Dah lama kot aku tak pegi tengok wayang. Sejak2 aku pindah opis kat KL ni, dah takde kaki nak diajak keluar. Dah tak bujang lagi nak balik lewat pagi. Kadang2 rindu gak masa jadi bujang dulu.. rasa nak jadik bujang balik pun ada :D Untungla sape nama Bujang, sampai bila2 pun dia bujang memanjang..

Cerita pasal panggung wayang ni, mak aku ada cerita kat aku. Panggung wayang time dia dulu2. Waktu zaman muda rumaja dengan rambut afro, seluar bell bottom plak.. cermin mata bingkai besar. Hehe ada lagi gambar2 lama dia dalam album. Sambung balik.. time tu mak ngan abah aku keluar tengok wayang. Agaknya lepas gian la tu. Dia baru lepas pantang lahirkan aku. Nenek plak yang kena jaga aku kat umah.

Dorang tengok citer hindustan, tak salah aku Bobby kot? Tengah baeekk punya layan itu cerita, tetiba skrin jadi putih. Pastu kat skrin tu ada tulis cenggini 'Kepada sesiapa bernama Sabariah, mak anda panggil balik sekarang sebab anak anda asyik menangis'. Perghh ni ape punya pesen.. siap buat announcement beso2 kat skrin wayang tu. Mencicit mak abah aku keluar kaber malu, nak menyamar jadik kucing.. macam tak logik plak kan?


Sekarang kalau mak aku nak panggil balik, tapayah dah tulis kat skrin beso2 macam nak bagitau semua orang. Macamla semua orang dalam panggung wayang tu sama nama ngan aku. Mesej je sudaa :)

P/s : Naakk sangat tengok wayang. Kalau tak dapat tengok wayang..
        dapat pegang tiket wayang pon jadik la

Monday, October 15, 2012

Aksesori Di Gigi

Assalam,

Selamat hari Isnin dunia, Kuala Lumpur hujan harini.. moment yang awesome untuk tido di-sapot ketiadaan bos2 besar menggalakkan lagi aktiviti berhibernasi di bawah meja secara berjemaah. Sekarang aku sedang membaca buku motivasi Alahai Pengantin Baru!

Seronok gak baca buku ni, simple je penulisannya. Macam baca blog. Cerita benda remeh temeh dalam hal rumahtangga yang mana kadang2 benda remeh tu gak leh jadi punca masalah besar. Kelmarin lepak2 ngan adik aku, dia cerita la pasal kawan dia dan si bf. Adik aku kata kawan dia kapel ngan bf dia tak lama.. sekejap je. Walaupun si bf tu emsem dan bergaya tapi ada sikit punya hal.. si kawan dia mintak break.

Aku tanya kenapa? Adik aku jawab ada satu hari tu si bf bawak kawan dia pegi makan. Makan punya makan.. dorang selang selikan ngan topik untuk berborak. Sekali tu time si bf dok sakan berborak citer hape ntah, si kawan adik aku ni suda nampak ada cebisan cili laa kat gigi si bf. Dan2 balik tu si kawan adik aku mintak break alasan dia geli geleman. Mak aih cili je kot.. bukannya terselit printer celah gigi!


Entahla kita nak cari yang sempurna padahal kita sendiri tak mampu jadi sebegitu. Alhamdulillah masa atas pelamin adik aku tegur gigi aku ada terselit cili dan tanpa segan silu wife aku bantu aku buangkannya dengan tisu. Hubungan menjadi indah bergantung sebagaimana kita mencorakkannya :)

Thursday, October 11, 2012

Ni Plak Wedding Belah Laki Tapi Kat Umah Mak Aku Sebab Aku Tak Beli Umah Lagi

Assalam,

Amacam? Cara tak aku buat tajuk pepanjang cenggitu? Kalau boleh baca senapas je tau melainkan korang dapat kebenaran bertulis daripada doktor dan bomoh bertauliah. Bomoh hujan tak boleh!! So seperti yang aku janjikan semalam, harini aku akan exposed plak kenduri belah aku. Penat weh ngedit dari masuk keje tadi.. nasib hari ni free.

Bertemakan warna pepel dan silver, aku nekad memilih pelamin bunga2 dengan cuba menyampaikan betapa dalam hati ada tamannya diri aku nih. Mula2 aku decide nak buat dalam 6-7 khemah je (aku tak tengok pon khemah tu camner) tapi bila dah pasang 8 buah khemah.. seyes aku kagum sebab kemain besar khemah tu dan luas plak. Eh aku tanak citer penjang2 boleh tak, sebab tangan aku cramp. Aku taip pakai idong je ni

orang ramai mula membanjiri majlis semenjak tahun lepas lagi. Dianggarkan
tetamu yang hadir hampir 13.4 juta menyamai populasi penduduk Papua New Guinea

berpusing2 aku berjalan.. baru sampai ke pelamin. Kata pengapit, 
nak amik mood. Ada plak nak rasa lutut pengantin time tu

beramah mesra dengan pengunjung2 sambil menjual pantun barang
serangkap dua malah ada yang mintak khidmat tilik nasib

gambar ni aku rembat daripada blogger nana, nak tengok gambar2
yang dia amik leh pegi ket blog dia bawah tu ye :)

berani bebudak kutuk pasangan sejoli blakang aku yang turut suap menyuap
tu ye? Weh abang ipar aku tuuu. Ntah camner leh tersama pose plak kan? Haha

Haa time ni sesi potong kek oleh abah ngan wife aku, tersama bulan lahir plak.
Perangai pon sama..aku rasa laa

Punyalah payah nak suruh abah aku stick bergambar ngan kitorang. Ada plak dia nak
lari2 jumpa kengkawan dia, orang yang lalu tepi pelamin semua dia tegur. Abah sape
la tu weeehh berdekah2 aku ketawa atas pelamin

photographer suh buat freestyle pose.. nampaknya kami bertiga je la yang
pandai belakon. Yang lain pandai beranak je :P

Ni kengkawan wife aku. Ada yang berkenan di hati? Sila maklumkan kepada aku

Yeah tak lain dan tak bukan dorang la buddies aku, bestie aku dari
sekolah menengah sampai sekarang. Orang kuat aku, penasihat dan
kawan susah senang aku. Trimas Oneh, Naiem dan Fadhlur <3

Giler teruja, aku bajet 3 orang je yang turun tapi...

..omaigad ramai tuu!! Yeah dorang la kawan alamaya aku. 
Untuk pengetahuan kitorang la Geng Blogger Sengal!!

Mak aku kata, dorang nak bergambar ngan mak abah aku sebab sporting?
Hahaha memang pon mak abah aku sporting, sportrim dan kadang2 boleh jadik
skirting!


Aku kenalkan muka2 blogger yang mungkin ada korang kenal, tak kenal
mahupun buat2 kenal. Tapi dorang memang happening sampai pening orang
sekeliling melihat fiil sekor2
dah lama aku syak yang si Shawn Razaleigh dan Boni ada apa2..

Gambar ini diperbesarkan bagi mengukuhkan bukti. Ternyata jelas
hubungan mereka bukan sekadar teman bermain congkak semata2

Oh lupa aku ada buat wishing book. Ko tengok berapa banyak aku buat goodies bag
untuk tetamu2 yang hadir. Bukan setakat tetamu, orang lalu lalang, orang hantar tong gas
malah orang yang salah jalan masuk jalan tu pon trut menerima goodies bag

wishing book tu aku buat sendiri tau :) Trimas kepada mereka yang wish..
terharu aku sampai nangis2 di tepi peti ais

bebudak ni semua pakat2 nak wish sambil diperhatikan si Shawn dan
awek dia, Zyra Roxx. "Gelojoh macam zirafah memasing", kata
 Zyra Roxx di dalam hati secara berhati2

"Kekasihku..kita tulis sama2 ye", ujar Shawn
"Ye anje, kita kat kekasih blogger terhot setakat ni", kata Zyra pula
"Korang menulis ke..merendek depan macik ni?", mak aku plak menyampuk

blogger ni namanya Nadh Zher Ree. Dia balik awal sebab ada hal.
Takpe2 bro kehadiran ko pon dah buat aku gembira :)

Aku suka la pose korang berdua ni. Ni la Wadi Ao ngan Fadil Penyu.
Comel kan? Aku tak sangka si Fadil ni trun gak. Si Wadi ni kemain mesej aku 
haritu tanya warna tema tapi datang pakai baju kuning. Puih!!

Blogger comel ni plak namanya Korn :) Ko buat bibir macamtu bajet 
mengghairahkan lettew?

Abang emsem ni salam aku time aku makan. Terbantut napsu makan aku.
Ke.. dia nak makan skali ngan aku kat meja perantin?

Ni la blogger Syahiroo :) Dia buat muka cenggitu cuba membuktikan yang
dia sebenarnya kacukan cina-melayu dengan menunjukkan mata sepetnya

Blogger single yang menjadi pertaruhan aku. Si Tirah Zairi dan Aida Omar.
Ada sesiapa yang masih solo untuk aku rekemenkan?

Mula2 aku tengok budak ni dok snap2 gambar aku, tapi aku tak kenal sape.
Bila dia salam kat pelamin baru aku tau yang dia la Nanasuicide :) Maceh
dik sebab trun :) cantik la gambar <3

Gambar kenang2an ngan bebudak GBS yang dapat turun.
Yang ada pon dah cukup haru biru.. belum yang lain lagi. Isk3

Mak aku tanya aku, kenal tak budak lelaki berbaju melayu bawak beg sandang.
Aku kata sape? Tak kenal pon. Budaknya skema2 je. Mati2 aku ingat ada budak
tahfiz mintak derma.. rupa2nya si Zulhilmi Tempoyak! Ko lambat la beb!! Hahaha.
Eh tapi seyes aku suka gambar ni weh!! Comel!! :D

DJ pekenakan aku, disuruhnya aku nyanyi. Nasib berduet ngan bini aku.
Laa seyes aku karok. Tak pecaya?? Sila lihat bukti di bawah. Pasni sape kaki karok
boleh roger kitorang anytime hahahaha

video

Bila majlis selesai bini aku plak dah dok teruja nak bukak adiah.
Dalam bebanyak adiah tu, aku dapat satu adiah yang paling besh!
Dia punya besh..semua yang tengok ternganga menitik2 air liur.
Nak tau ape?Jeng jeng jeng..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Cilakak!! Hahahahahahaha bini aku suh buang.
Aku sendiri tatau bila nak guna hahaha

Apa yang boleh aku katakan, aku gembira dengan perjalanan majlis aku. Masih tak boleh menerima kenyataan yang aku kini sudah bergelar suami orang. Aku sudah punya isteri. Aku dah ada mentua dan ipar duai. Dah tambah lokasi untuk dituju setiap kali balik raya. Duit gaji kini diagih dua, belum masuk bila dah ada anak. Makin berat tanggungjawab yang dipikul. Trimas atas nasihat kawan2.. korang memang banyak membantu.


Tapi aku tetap gembira, walaupun aku tau ianya buakn sesuatu yang mudah.. tapi aku tau itulah asam garam bila berumahtangga dan aku harapkan aku mampu menjadi suami, anak dan insyaAllah ayah yang bertanggungjawab, adil, bertolak ansur, bersabar dan mampu membimbing keluarga aku ke jalan yang diredhai.

Amiin.. semoga diperkenankan Nya


P/s : Kredit untuk jurugambar Syakir Rahman, Nana ,Zulhilmi Tempoyak
        Bug Love dan Cik PanadolKalau aku tau gambar2 korang mabeles 
        cenggini awal2 lagi aku hire korang :D




Wednesday, October 10, 2012

Aku Terima Nikahnya..

Assalam,

Untuk episod harini dan seterusnya akan aku paparkan gambar2 hari bahagia aku la ye. Tanak citer panjang2 malahan citer bukan2. Citer bebaik je aku nak kongsikan. Almaklumla berstatus somi orang, malah setelah dicongak2, tahap keseriusan aku semakin meningkat seiring dengan pertumbuhan misai aku #kenasimpanmisaibarugayabapakorang

29 September 2012 (aku saja mention kat sini so lenkali aku tak lupa enivesari aku), aku telah selamat diijabkabulkan dengan bini aku, Radhiah Izzati di Tanjung Gemok, Rompin Pahang. Walaupun majlis tidak diserikan dengan acara balapan dan tenteng oleh pihak pompuan.. tapi cukup meriah dengan kehadiran makcik aku yang bernama Meriah #betulnamamacikakuni

Bertemakan warna merah putih, aku nampak gagah kacak dan berani seperti kuda kepang yang baru abis iddah. Jom apa kata kita tengok gambar2 di sekitar majlis akad nikah dan sanding di belah pompuan.

dengan berbekalkan upah daun sireh sahaja adik angah aku setuju untuk menjadi
jurumekap aku

Berbelit2 kadi ni sebut nama aku. Last2 aku suh panggil nama manja 
aku je.. Donut Asmara

Kalau aku cakap korang tapecaya. Seyes bila aku salam ngan kadi tu, gigil
tangan dia. Alhamdulillah berkat menelan buah Goji aku berjaya menyempurnakan
akad dengan sekali jalan sahaja.

Ni sesi beri mas kahwin tanpa kehadiran Mas AF dan pendekar Mastor

Muka berseri2 lalu naik pelamin untuk bergambar dengan gelojohnya

Hujan beb hujan. Penduduk sekitar ada memaklumkan dah 3 tahun Rompin tak
hujan, tapi alhamdulillah hujan plak time kenduri aku tu. Payung pelbagai warna
tu bukan apa.. tu semuanya sponsor kenduri kawen aku tu

Haa untuk pengetahuan korang walaupun Rompin, tapi tetap ada tol tau. Walaupun begitu
aku tetap kontrol macho dan ternyata kaedah itu barjaya lalu macik tu terus suruh 
kitorang masuk

Aku cuba belajar menjeling supaya bila orang menjeling kat aku, 
aku mampu balas jelingan dorang. Amboi mak kemain dia punya senyum!!

Aku tak reti senyum sebenarnya, tapi aku reti menghenjut buaian

sempat gak la cewek2 bergambar ngan kitorang selepas pow duit aku masa
tol tadik. Pengapit aku bagi det syiling je kat dorang, bukan ape senang nak gores
kad topup nanti

Heh ni cerita belah pompuan, esok atau lusa aku citer kat belah aku plak. Banyak gambar aku nak kena tapis dulu. Tunggu je la sambungannya nanti ea :D








Tuesday, October 2, 2012

Jemputan Ke Walimatulurus Afzalsukasuki

Assalam,

Alhamdulillah selamat aku diijabkabulkan dengan pasanganku Radhiah Izzati Bt Mohd Noh. Ops! Sori geng aku belum lagi nak cerita kat sini sebab gambar2 tak sampai lagi ke tangan aku. So aku forward semua cerita dan gambar ke minggu depan boleh tak? Aku takleh taip panjang2 sangat takut kang luntur inai kaki aku!

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahiim..

Aku dengan ini menjemput rakan2 blogger dan readers blog aku ni untuk menghadiri majlis walimatulurus aku dengan pasangan seperti yang tertera di bawah :

                                            Tarikh          : 7 Oktober 2012
                                            Hari              : Ahad
                                            Lokasi          : No. 40, Jalan Kajang Mewah 18,
                                                                  Taman Kajang Mewah,
                                                                  43000 Kajang, Selangor

Ni pula aku attachedkan sekali kad kawen aku dan map beserta arah tuju ke rumah aku. Maaflah kad kawen aku habis so ada antara korang yang tak dapat kad kawen tapi aku ada attachedkan kat event facebook. Print sendiri pon boleh. Tak jumpa? Aku attachedkan skali kat sini. Tapi kalau korang stil kata takde kad, aku anggapkan itu cuma alasan korang tak nak turun je la ye :)

Kad kawen aku

Ni meap beserta tunjuk arah ke umah aku

AKU JEMPUT SEMUA. Takde siapa terkecuali, tak kisah la korang bukan blogger, bukan readers mahupun bukan manusia *erk! Kehadiran korang ke majlis aku amat aku alu2kan. Seronok jugak kalau dapat jumpa reramai cenggini ye tak? Hehe

Banyak benda aku nak ceritakan lagi tapi minggu ni aku quite bizi dengan persiapan.. doa2kan yang terbaik untuk majlis aku plak ye :) Ada rezeki kita jumpa nanti ye :)




P/s : Tema warna pepel :) Jangan lupa amik goodies bag aku buat khas untuk korang tau!

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com