Blog Sihatimerahjambu

Siapa Kawan Kita?

9:46 AM

Assalam,

Salam Jumaat semua dan salam Rabu gak kepada penduduk sekitar Papua New Guinea. Kelmarin kot.. ke kelmarin punya kelmarin, aku pon dah lupa la. Aku buat entry pasal Sampai Bila Nak Kejar Trafik dan aku tertarik ngan salah satu komen daripada kawan blogger aku yang sorang ni MK Syahir.


Semalam aku borak2 ngan sorang kawan aku. Cerita pon berkisar menda alah ni. Korang pernah tak terfikir, korang ada beberapa orang kawan yang mana korang anggap sebagai kawan baik. Tetapi pada masa yang sama pernah tak korang fikir adakah kawan korang tu anggap korang sebagai kawan baik dorang? Betul gak apa kawan aku cakap tu buat aku pikir lama.

Aku ada seribu lebih kawan kat fb, yang kenal atau tak.. sama banyak. Tapi aku rasa lebih berat yang kawan ngan aku sebab ada kepentingan. Yang dulu kemain hangat, sekarang langsung ilang. Datang dan pegi tu benda biasa lagi2 yang pesen datang tunjuk muka sebab nak ajak join bisnes, advertised barang, suruh klik iklan dan selalunya muncul time nak kenduri kawen. Aku tak kisah sangat sebab aku dah immuned. Bak kata kawan aku la, kita ni ibarat hadir tak diundang.. pergi tak dihalang. Ada atau tak.. sama je. Jika takde kepentingan lagi pada dorang.. kita hanyalah sampah!

Aku masih ada kawan, bukan takde langsung. Pada aku dorang buddies aku.. cuma macam aku cakap tadi la, adakah dorang pun anggap aku macamtu? :)

P/s : Korang plak macamana?

Sampai Bila Nak Kejar Trafik?

5:01 PM

Assalam,

Orang dah balik, aku kat opis lagi. Tengah gigih donlod citer Stephen Chow hehe. Sementara nak menunggu abis donlod ni kasi post satu entry dulu la. Nak cerita apa ea?

Aku dapat rasa aku dulu ngan sekarang banyak berubah. Bukan setakat rasa lebih comel dan gebu, tapi semakin slow berblogging. Aku rasa aku betul2 jadi blogger personal. Citer bila aku rasa nak cerita, bukan kejar trafik dan income lagi. Entah la, sebab malas kot? :) Korang masih sama seperti setahun yang lalu?

Haish dulu kemain siang malam on9, tak cukup ngan chatbox blog.. siap ke facebook lagi. Kawan2 blogger humangaih jangan cakap la, kalau diikat sekaligus dah boleh bikin lidi penyapu. Kalau sehari tak bukak blog rasa macam tak korek idong plak, rasa macam ada je yang tak kena je. Aku tak tau sejak bila aku jadi macamni. Hmm musykil..

Tapi aku nak ucapkan trimas kepada muka2 aku yang rajin drop komen dan baca entry2 aku. Aku tatau samada korang baca sebab kita kawan atau memang korang suka baca.. okla tu bagi aku semangat sikit nak menaip lagi walaupun ntahapehape. Korn, Phat, Aien Not Alien, Ain Najwa, Remyhazza, Hanif Idrus, Boni Kacak, LydiaSunshine, Cikgu Jaja, Amranaiman, Najihahfara, Kak Ummiarisa, Liyaa MF dan beberapa nama lain yang tak sempat aku taip sebab kalau aku taip semua sah2 kang aku claim OT :P

Takpe2 korang teruskan menulis dengan lebih gigih ye. Aku harapkan korang akan berjaya, manala tau tetiba tercongok muka korang dalam rancangan Safiyya @ Entri Jameela ke nanti hehe.. jangan lupa petik nama aku :D Aku nak kayuh slow2, ok kot cenggini.

Oh ye, untuk yang bertanya, aku masih tak berubah.. masih tetap Afzalsukasuki cuma lebih kacak, tampan, bergaya, anggun, menawan dan bertambah subur je kikiki :D





Dah2 bini aku panggil balik suh beli Tora

Parasit

7:53 AM

Assalam,

Selamat hari Isnin, harap segalanya bermula dengan baik :) Pagi2 Isnin ni aku nak bukak satu citer. Kita biasa kan isi minyak? Pastu baiya petrol pump yang jaga kaunter akan mintak kad Bonus Link untuk di swap. Haaa.. tang ni klimaks. Jeng jeng jeng!

Tetiba datang ntah dari mana sorang tua ni dengan rasa tak malu dan rasa bersalah hulur kad Bonus Link dia untuk pembelian minyak aku. Tercengang gak aku. Mula2 aku ingat dia nak swap untuk minyak dia, tapi lain plak citernye pagi ni. Hmm aku ikhlas kalau si baiya tu swap kad company tapi pakcik tu punya kes.. erk! Aku blah ngan sikit maki hamun dalam hati. Sah2 aku tak ikhlas :P


Nasib la bukan melayu, dan bukan seagama aku. So aku buat2 paham pattern cenggini kuat telan benda haram. So pahaaammm sensangat (tangan di bahu sambil mata pandang ke atas)

Dah2 sambung keje :)

Bisa Gugur Jantung Gue #11

9:51 AM


KLIK SINI untuk episod sebelum

Man mundar mandir di belakang kelas, adakalanya dia bertenteng dan kadang2 dia mula bermain zero-point seorang diri. Puan Mimi menggeleng gelengkan kepalanya, tak tahu apa nak jadi dengan budak sekor tu. Tu baru fiil si Man, belum masuk lagi fiil Ainul dan Hanif. Pernah sekali sewaktu Ainul dipanggil ke hadapan kelas, dia pengsan siap pakej berbuih2 mulut. Si Man maklumkan yang Ainul tu ada sawan babi. Tapi yang musykilnya, Puan Mimi panggil ke depan sebab suruh padam papan putih je pon. Yang tu satu hal, si Hanif pulak lain pulak ceritanya. Budak sorang ni suka menggentel2 bulu idong dan sering bersin dalam kelas gara2 tercucuk bulu idong sendiri. Memang pelik! Tapi bagus jugak dorang ada, takde la sunyi sangat kelasnya. Sekurang2nya ada la watak2 yang mampu menceriakan kelas.

Berbalik kepada Man yang didenda berdiri di belakang kelas. Fikirannya masih pada Ain sebentar tadi. Dia tak pasti kenapa Ain bersikap dingin terhadapnya. Sebab kes haritu ke? Isk takkan la kot? Takkan la si Ain yang tomboy penampilannya tu tangkap jeles ngan kemesraannya pada Mely?

'Seyes Man, aku rasa Ain syok kat ko la', ujar Ainul sambil pantas tangannya menguit2 lubang telinganya dengan penutup pen hingga menitis2 air liurnya dek kerana kesedapan melampau.

'Haah la Man, aku mampu bagi key tinggi lagu Black Mentor ni pon boleh perasan.. apsal ko tak boleh? Dari lepas potong tali pusat dulu aku dah sedar.. tapi ko je yang bengap, buta kayu.. mata pakai stokin. Haktuih!!', Hanif menyampuk.. tapi dari tangga bawah la sebab takut kena sungkit buntutnya dengan Man.

'Humang aih kemain budak ni, sah2 dia memang tunggu peluang je nak maki2 aku nih. Siap ludah kahak hijau pakej cili nasi lemak tu!', perghh Man panas, lantas diurut dadanya yang berbulu hasil daripada 2 kali rawatan Yun Nam. Mampu buat 2 kali je sebab mahal.

Bila teringat kata2 kawannya tu, Man mula fikir panjang. Selama ni dia ingatkan yang bebudak dua ekor tu saja nak pekenakannya. Tapi bila fikir logik akal sebagai seorang jejaka yang tak berapa nak kacak.. tapi sedikit comel, Man rasa ada betulnya telahan dorang tu. Dia tak menyangka rupa2nya si Ain terkacip juga padanya tapi sebagai jejaka yang tengah tinggi saham sepertinya.. harus jual mahal walaupun maknya mati2 kata mukanya macam itik, abahnya kata mukanya macam katak pisang dan adik perempuannya kata mukanya macam umang2. Umang2 pun ada muka? Dah tu plak semua pakat2 samakan mukanya macam menatang! Jahanam tol. Tiba2 Man teringat perbualan antara dia, Hanif dan Ainul sebelum ini..

'Man aku ada cadangan. Apa kata ko try ajak si Ain tu kua sekali. Ajak la dia pegi nengok wayang ke hape. Tapi tak perlu la ko ajak dia pegi buat gotong royong membersihkan kawasan kubur walaupun pada dasarnya itu merupakan kerja yang berfaedah. Bikin romantik sikit. Ko taknak rasa ke naik moto sama2, sambil awek blakang pelok ko dan sesekali dia tolong isikan minyak moto?', ujar Hanif membuatkan Man berfikir jauh..sejauh Batu Pahat ke Australia.

'Ko plak Ainul. Ko rasa macamana?', Man menunggu buah fikiran Ainul.. namun senyap dan sunyi.

'Ainul oo Ainul! Tolongla member, takkan la kedekut idea kot?', desak Man, namun masih tiada jawapan daripada Ainul.

'Ye la Ainul. Sian weh kat Man. Weh cepatlah sikit', sampuk Hanif membekapi kata2 Man.

'Woi mangkuk! Aku tengah uk2 ni. Mak aku tak bagi cakap la kalau tengah 'mencangkung'!! stress aku nak 'membuang'', jerit Ainul dari dalam jamban. Man ngan Hanif ketawa berdekah2 sambil tunggu turn berbaris depan jamban.

'Tengok wayang pon ohsem jugak ni', Man tersenyum sendirian. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengajak Ain keluar. Harapannya agar kekeruhan hubungan antaranya dan Ain dapat dijernihkan kembali. Dia taknak bermasam muka, yela walaupun si Ain tu agak kasar.. tu je la kawan pompuan yang dia ada selain Mely. Oh untuk pengetahuan si Hanif tak termasuk dalam senarai walaupun kadang2 dia pakai baju kelawar dan trim bulu kaki. Erk mintak2 la dijauhkan. Tapi tu la.. susah nak kata walaupun tak lama mengenali Ain, dia dapat rasakan ada sesuatu antara mereka. Ala yang gitu2 tu... haishh malu nak cakap.

Ruang kelas mula berbau minyak cap kapak, kelihatan Puan Mimi memicit2 kepalanya. Pada pandangan pelajar lain mungkin Puan Mimi sakit kepala sebab tak cukup tidur.. tapi hakikatnya hanya Puan Mimi sahaja yang tau lebih2 lagi bila dia sorang sahaja yang dapat melihat karenah si Man di sudut belakang kelas, menekup muka dengan kedua2 belah tangannya sambil acapkali menggeleng2kan badannya ke kiri dan ke kanan tanda blushing. Lagi menyakitkan kepalanya bila si Man sempat buat muncung itik sambil snap gambarnya sendiri. Puan Mimi lantas pengsan apatah lagi orang yang akan dapat mms gambar tersebut nanti!


                                                                          **********

Ain menggosok2 matanya yang tidak gatal. Dibacanya berkali2 mesej yang dihantar Man sebentar tadi. Man ajaknya keluar tengok wayang? Tengok wayang? Seyes ke budak ni? Selama ni kalau tak ke seksyen 2, budak tu ajak pegi cafe je. Ni sampai ajak tengok wayang siap deal tengok citer Tom Tom Bak Rindu lagi. Mimpi ke hape?

Ain berbelah bagi, kalau nak diikutkan rasa amarahnya.. boleh dibawak bergaduh tapi bila difikir sebaliknya, inilah satu2nya peluang yang ada. Ain sendiri tak tau apa kena dengan dirinya, padanya Man bukan sapa2. Takde apa yang speselnya pada budak sekor tu berbanding lelaki2 lain yang cuba mendampinginya. Tapi dia sendiri tak pasti spesis apa yang dihadapinya sekarang. Man sentiasa dalam fikirannya. Bak kata kawannya, si Man dah mandremkannya. Man nak mandrem dia? Bukan setakat mandrem.. tong dram pon tak kenal, ada hati nak mandrem! Chait!

'Takpe la, kali ni je. Nasib la ko yang ajak Man. Kalau tak..haishh', ngomel Ain sendirian tapi ternyata hatinya mula berputik, berbunga2. Mesej Man dibaca berkali2 lagi tanpa jemu, berkali2 dipastikan yang Man kali ini tidak bergurau.

'Tunggu depan kolej. Hari Sabtu pukul 10 pagi ye. Takyah bawak bekal air, kita makan lua', eh eh bergurau plak si Man. Ain dari tadi tersenyum simpul.

Ain merebahkan badannya ke atas katil sambil memeluk bantal golek. Bantal goleknya yang masam selama ini tetiba bertukar bau wangi kemain, semerbak Dolce Gabbana. Dan2 lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem bermain2 di benak fikirannya.

'Nite Man..', bisiknya dalam hati.. harap jumpa dalam mimpi.





(Bersambung)

Apakah Usaha Kita Kawan?

9:35 AM


Salam kawan2.

Kita kerapkali mendengar mengenai penindasan Israel terhadap bumi Palestin, bukan baru2 ini sahaja tetapi lebih setengah abad yang lalu. Saudara kita di sana saban hari bermati matian menyabung nyawa, hilang mata pencarian, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal malah lebih menyayat hati anak2 kecil yang belum puas menatap dunia turut menjadi korban. Yang kedengaran hanya ratapan si ibu mengiringi letusan beratus2 bom yang tiada hala tuju.

Sampai bila kita hanya bergantung kepada negara2 luar yang saban hari hanya bermesyuarat tanpa ada sebarang kata putus?Kecaman demi kecaman tapi Israel tetap kebal seolah2 kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan mereka direstui? Adakah kita masih menunggu 'keajaiban' sambil berpeluk tubuh dan menggeleng2kan kepala

Di sini nak aku kongsikan kisah nabi Allah Ibrahim yang dibakar agar dapat kita berfikir sejenak dan jadikan iktibar. Sewaktu nabi Allah Ibrahim dibakar dalam bara api yang marak, datang seekor burung kecil membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api tersebut. Tindakannya disedari burung2 lain yang hanya melihat dan mentertawakannya. Ada seekor burung yang besar memperlekehkan burung kecil tersebut lalu bertanya 'Adakah air dari paruhmu yang kecil itu mampu memadam api yang besar?'

Balas burung kecil 'Ingatlah, Allah takkan tanya di akhirat nanti adakah air yang kubawa ini mampu memadamkan api.. tapi yang ditanya nanti apakah usaha aku untuk memadamkan api tersebut'

Jadi di sini aku menyeru rakan2 agar dapat menyumbangkan sesuatu untuk bumi berdarah Palestin. Walaupun kita tak tahu bagaimana kesudahannya, tapi aggaplah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita.



Di sini aku ucapkan tahniah kepada rakan2 dan admin2 Geng Blogger Sengal dan Group Apakah kerana menggerakkan tabung derma kilat untuk saudara kita di Gaza. Mungkin pada mata kasar dunia tindakan kecil kita ini merupakan sesuatu yang takkan mengubah apa2.. tapi yakinilah yang Allah lebih mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang.

Wallahu'alam

Aku Pon UPSR Jugak La Dulu

11:34 AM

Assalam,

Wah2 akak kat sana tu kemain senyum menggigi? Akak kat sebelah dia plak..senyum menggusi taknak kalah punya pasal. Yela masakan boleh tahan bila lihat anak2 memasing cemerlang dalam UPSR. Kalau  nak diukur tahap kecemerlangan  bukan setakat naik kelas lompat je, kalau boleh amik result UPSR terus apply IPTA. Perghh mantap!!

Aku tumpang gembira je la, aku ucapkan tahniah kepada adik2 yang berjaya. Yang tak berjaya tu, abang faham korang sedih. Jangan putus asa sangat, korang masih ada 2 lagi ujian yang lebih besar iaitu PMR dan SPM. Tapi aku sedikit rasa terharu bila lihat ada segelintir adik2 kita yang kurang upaya dari segi pemikiran, cacat, buta dan autisme mampu memperolehi 5A. Ya Allah, aku tak tau sekuat mana kecekalan hati dorang ni dan apakah pendorong yang buatkan mereka mampu berdiri sebaris dengan pelajar2 cemerlang yang sempurna fizikal dan upaya mereka :'(

So bagi adik2 yang cemerlang keputusannya, dah tuntut ke janji2 mak abah korang? Untungla bebudak sekarang, demand besar2. Baru UPSR dah demand honda EX5. Perghh naik moto tu.. kaki sampai tak? Ke nak abang request pasang 2 tayar spare kat blakang? Haha. Ada yang request henpon memahal, percutian ke Paris. Wadepensil aku nak ke Pangkor pon bertunda2 ni plak nak ke Paris.

Dulu masa UPSR mak aku menjanjikan komputer. Tak percaya mak aku yang surirumah time tu, kini dan selamanya nak hadiahkan aku komputer!! Ko tau je la time aku dulu, sebut je komputer leh bikin hati melonjak2 gembira keriangan seumpama teletubbies tau. Yela orang kaya je mampu pakai komputer.. tapi apa akan orang lihat kalau aku mampu memiliki komputer? Bayangkan umah aku ada komputer dalam area Cheras tu. Pergh!!! Pasti ramai yang akan hantar santau kat aku dek kerana kejelesan yang melampau2.

Sijil ni laku kalau aku nak apply jawatan Pegawai Pengawal Kerengga atau
Guru Tarian Lilin G41


Sampai yime amik keputusan, aku balik kegirangan. Aku cemerlang straight A dan terus tuntut hadiah. Mak ngan muka setenang2 ikan di air.. mengangguk kepala. Mak aku keluar manakala aku dok umah. Tak lama kemudian mak aku balik, lalu menyerahkan pada aku kotak kecik sambil tersenyum2 kambing.

'Ni ke komputernya mak?', aku sedikit was2. Mak aku mengangguk. Walau kecik komputer aku, tapi hepi kemain aku time tu. Ngadap 24 jam sambil mak abah aku pon amik turn nak tumpang pakai komputer aku. Korang nak tau komputer aku dapat time tu?? Ni dia!!

cenggini la 'komputer' yang aku dapat.. tapi bukan monyet. 'Komputer' aku
main buaya tangkap telur burung. Untungla 'komputer' atas ni banyak button,
komputer aku dulu ada 2 button je. Button kiri ngan kanan!


Tak tau la samada mak aku seyes atau aku telah dikelepeti dorang time tu. Ye la mana la aku pernah tengok rupa alah komputer tu, kalau orang kelepet aku pon aku mana tau. Chait

P/s : Bebudak sekarang ada pakai beg swan lagi tak?

Rezeki Itu Allah Tentukan

11:33 AM

Assalam,

Salam Jumaat. Hari ni hari yang ke berapa ntah aku ngantar wife aku pegi interview. Banyak tempat dah dia pegi tapi masih takde jawapan. Tapi sebagai suami aku kena sabar, teruskan bagi galakan, kena bagi perangsang dan motivasi kat dia supaya dia tak putus asa. Ada la nanti rezeki dia kat mana2 tu.

Dia ada gak bagitau yang dia rasa membebankan aku, malu ngan kawan2 opis aku sebab selalu singgah opis aku dek nak pegi temuduga. Aku senyum je la. Mungkin dia banyak fikir, tapi pada aku bagus bila dia ada fikir macamtu. Ada rasa kebertanggungjawaban. Jadi dari situ timbul semangat dia untuk lebih giat mencari kerja. Tapi apa yang dia lakukan, aku rasa tak pernah membebankan kerana apa yang dia lakukan adalah untuk membantu aku menampung kehidupan kami kemudian hari nanti.

Aku percaya rezeki itu Allah yang tentukan. Tak cepat, mungkin sedikit lambat.. cuma perlukan kesabaran kerana Allah tak pernah lupa pada hamba2 Nya cuma kadang2 kita sendiri lupa yang Allah itu sentiasa ada untuk kita :)

Peace :)



P/s : Alhamdulillah negara aku masih banyak peluang kerja asalkan kita tidak memilih :)

Soalan SPM Sejarah Bocor!!

8:04 AM

Assalam,

Orang lain sibuk bercuti, aku gigih bekerja. Heh jangan ingat aku rajin kemain.. ni pon sebab cuti tahun aku dah berbaki 2 hari je, kalau tak jangan haraplah aku nak datang opis. Oh ye gambar entry Sembang Santai : isu tudung tu.. bukan Liyana Hashim si pengacara Safiyya tapi Liyana Hashim si blogger. Ai nama dah la sama, muka pon iras2 je. Salah aku sebab mata aku kero aka juling2 itik. Esok gak aku pegi trim mata bagi straight.

Sedar tak sedar dah 12 tahun aku meninggalkan alam persekolahan dan kali ni giliran adik bongsu aku plak hadap kertas soalan. Aku tatau la apa di gebang atas kertas jawapan tu janji jangan dia buat kapal terbang atau sampan sudah. Aku tak berani nak janji apa2 ngan dia, sebab result dia boleh tahan. Papa kedana kalau aku janji nanti. Cerita pasal peksa SPM ni, aku ada benda nak dikongsikan ngan korang pasal soalan Sejarah SPM aku dulu.. Soalan bocor beb, malam peksa!!

Ceritanya cenggini, time2 peksa ni.. wajiblah ko nampak surau2 di dalam kawasan asrama terang benderang dipenuhi ngan student2 yang bajet nak stay up. Bajet2 je tu.. 10 menet (tu kira paling lama la tu) je pastu dibantai tido. Muka yang selama ni tak pernah nampak kat surau, muka pecah masuk asrama puteri.. semua ko boleh nampak kat surau. Kira tahap kefemesan surau time SPM ngalahkan orang masuk Pavillion mahupun Midvalley. Aku? Macam biasalah berlakon dengan harapan kalau stadi kat surau, ilmu senang masuk tapi haram satu hape tak baca lagi. Puih!

Aku ada sorang kawan yang alim, bukan namanya Alim ataupun alim2 kucing. Ni bebetul punya alim tau. Malam tu dia buat solat sunat macam biasa pastu tido sekejap. Kitorang stadi bertungkus lumus, 30% tungkus dan lumus manakala baki 70% lagi bergosip. Almaklumlah esoknya peksa sejarah, banyak benda nak dihafal.

Tetiba kawan aku tadi bangin dari tido, dia terus bagitau kitorang 2 soalan yang masuk esok. Kitorang ni blur.. mamat ni mengigau ke hape. Tapi sebab dia ni lain daripada yang lain, jadi aku takde la rasa dia nak kelepet kitorang. Ada kawan aku yang gigih kemain amik bulat2 apa yang dia kata.. dah serupa amik nombor ekor pon ada! Aku amik jugak tapi takde la teruja macam dorang serupa kuda mati bini je.

Esok bila aku hadap soalan Sejarah SPM kertas 2, aku terus belek2 soalan. Nah! Sekali apa yang kawan aku cakap malam semalam memang masuk la beb!! Tergamam aku sekejap, nasib aku ada stadi jugak. Alhamdulillah la Sejarah aku dapat B3, sikit lagi nak dapat A. Aku usha2 gak kawan2 aku yang lain, manala tau kot2 ada antara dorang yang tulis jawapan pakai kaki.. soalan bocor punya pasal. Huhu

Apa2 pun aku kagum dengan kelebihan kawan aku yang sorang tu. Nak tau apa rahsia dia? Dia rajin buat solat sunat pada malam hari dan baca Al Quran. Sekarang ni aku tatau dia kat mana tapi yang aku tau, aku dapat soalan bocor gara2 percaya mimpi dia :)



P/s : Selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua budak2 sekolah, makcik2 yang
        repeat peksa dan mereka yang datang peksa tapi tak amik peksa (yakni pengawal
        peperiksaan)

Emak Dulu Tak Macam Mak2 Sekarang

6:00 AM

Assalam,

..Dulu mak aku libas badan aku pakai paip getah, lempar aku dari tangga sebab aku lambat balik rumah
(agagaga ternganga kawan aku)

..Mak aku pernah hentak rehal kayu kat kepala aku sampai pahah rehal gara2 aku baca Al Quran tak lancar
(agagaga nganga lagi kawan aku)

..Setiap kali nak makan aku kena hafal sifir, tak hafal tak boleh makan
(agagaga terkebil2 mata kawan aku)

..Aku pernah menyorok dalam almari baju selama 3 jam dengan angah aku semata2 kitorang dapat nombor 6 kat sekolah agama
(agagaga kawan aku telan air liur)

Mak aku itu.. mak aku ini.. Kompom korang tak percaya mak aku macam tu kan?kan?

Tapi apa boleh aku katakan, aku tak pernah menyesal apa yang telah mak aku buat pada aku dulu. Malah aku berterima kasih banyak2 pada mak aku. Walaupun aku tak berjaya seperti yang dia harapkan, tapi aku akui aku kini menjadi 'orang'.

Cukuplah bila mak aku katakan 'Mak abah beruntung dapat anak2 macam kami' .Itu cukup buat aku tersenyum puas :) Ternyata berbaloi juga aku kena pelangkung hari2 :P


Gambar sapa la aku rembat. Pinjam ye abang kakak :)



Tapi ibu bapa sekarang? Anak2 mereka pula? Tepuk dada tanyalah selera ye. Selera aku hari ni nak makan Paceri Nenas. Nyum2 :)

Sembang Santai : Tudung

12:14 PM

Assalam,

Hari tu aku ajak wife aku keluar, saja pusing2 keliling Bangi. Almaklumla wife aku masih blom bekerjaya lagi. Jadi sementara nak dapat keje tetap tu, aku suggest wife aku untuk cari keje part time.. tak kisah la cleaner mahupun mak gad, hantam sajalah labu. Bukan apa.. risau aku ngan wife aku ni, makin 'sihat' aku tengok dia dok umah haha :D

Sampai satu premis menjual tudung, ada iklan jawatan kosong kat situ. Wife aku pun pegi la tanya. 10 minet lepas tu wife aku keluar ngan wajah hampa. Takde rezeki dia kat situ, takpe mungkin kat tempat lain. Wife aku kata dah ada orang isi, dia pun tunjuk la promoter tu yang berlegar2 depan pintu kedai..

Aku tengok sekali lagi signboard kedai. Yup, betul la Rumah Tudung  tapi.. kenapa promoter tu..?? Aku tak boleh nak cakap lebih, takut kena kat aku balik. Yela aib orang kita nampak, tapi aib sendiri kita tak sedar. Tapi aku cuma boleh nasihatkan, hormatilah kerja yang kita lakukan. Kalau tak boleh nak bertudung, carilah kerja lain. Majikan pun sepatutnya ambil berat pasal benda ni, mungkin remeh padanya tapi itulah yang orang lain nampak. Imej kena jaga, malu perlu ada.

Aku mampu senyum je. Aku hidupkan enjin kereta, bawa wife aku ke destinasi seterusnya.

Pinjam gambar Liyana Hisham pengacara Safiyya TV9 jap :)


P/s : Kerja itu kan satu ibadah, tak gitu? :)

Mana Sambungan E-Novel Bisa Gugur Jantung Gue Daa??

4:02 PM

Assalam,

Mula2 aku diamkan je.. tapi hari2 orang tanya, makin cair tinja telinga aku ni, siap bertakung serupa sup Campbell dalam mangkuk! Perghh abis nak buat camner la kan, Bizi la kak long aku tengah gigih buat anak. Actually jalan cerita aku plan pon dah kelaut. Boleh plak aku plan nak masukkan babak makhluk asing makan sardin dalam citer tu??

Jap2 ko.. yang duduk mencangkung sambil tenyeh songel tepi lesung batu tu.. nampak macam blur2 je kan? Aku sebenarnya citer pasal enovel aku. Ko pandang belah atas penjuru kanan ada tajuk Bisa Gugur Jantung Gue. Aku baru siapkan sampai episod 9 je. Heh apsal rupa macik kantin macam aku ni takde gaya boleh menulis ke? Jangan pandang kaki takde cagu la weh..

Jalan cerita jangan haraplah nak macam citer sinetron atau korea. Lebih kepada sin chan versi novel.. haa cenggitu la gamaknya. Eh lama gak aku tak sambung sebenarnya, las aku buat time tu aku darjah 4 kelas lompat lepas aku kalah dengan rumah kuning dalam acara lompat dalam poket seluar kawan berganti2. Semalam datang plak mood aku nak buat cerkon (cerita kontot).. alang2 aku sambung buat enovel aku balik la.

Aku tau ramai yang dah baca, best atau tak terpulang selera masing2. Tapi alhamdulillah la feedback positif buat setakat ni walaupun ramai yang kecewa watak dorang tak dimasukkan dalam citer aku. Aku tengah reka watak umang2 ngan lidi sate, kalau berminat boleh angkat tangan!

So pada yang belum baca, cuba-try-test dulu mana la tau sesuai ngan jiwa. Hehe. Baru aku teringat enovel aku takde cover lagi. Jadi aku pinjam gambar 2 orang blogger ni buat cover model walaupun dorang gagal temuduga sebagai Penggunting Tali Pusat T41. Entry hari ni aku nak exposed cover novel aku je, amacam? Kancan tak?


KLIK LINK untuk membaca eNovel aku Bisa Gugur Jantung Gue




P/s : Kiri tu aku, kanan yang buruk mencangkung tu Boni Kacak. Agak2 korang leh teka
        tak sape blogger manis yang jadi model tu? Kikiki :P

Balik Balik Korang Tanya Aku Keje Apa

3:22 PM

Assalam,

Ai aku malas sebenarnya nak story mory pasal keje aku ni, sebab pening.. panjang berjela. Ni kalau aku citer ni, kompom malam kang bos aku masuk mimpi aku! Perghh horror beb, siap pakai lab coat lagi panggil aku datang keje. Aku keje ape? Aku lab assistant je :)

Bila aku cakap keje aku, ada antara kawan2 aku tak percaya? Apsal? Muka aku ada macam makcik kantin sekolah rendah ke? Skop keje aku? Aku keje kat mana? Ada keje kosong tak? Haa yang tang keje kosong tu mahap la ye sebab keje aku ni melalui SPA gak. Aku keje kat Jabatan Perkanan Kuala Lumpur dalam unit Biologi. Handle makmal Bakteria. Sebelum ni kat Kuantan aku handle lab Residu Drug Veterinar.

Skop kerja aku? Jap2 aku bukak balik fail meja aku. Hmm.. actually kitorang kena jalankan analisis bagi mengesan kehadiran bahan2 mahupun kontiminasi terhadap sampel ikan yang boleh memudaratkan pengguna mengikut piawaian yang ditetapkan oleh EU. So kalau sebelum ni aku kat makmal RDV, keje aku kena mengesan kehadiran sebarang jenis dadah yang ada pada ikan ternakan. Dadah tu mungkin datang dari makanan yang diberi dan mungkin gak dari ubat2 mahupun bahan kimia.

Sekarang aku take over lab bakterialogi plak, fungsi aku kat lab ni pula untuk mengesan kehadiran bakteria2 menbahaya dalam ikan mahupun pallet (makanan ikan). Analisa yang dijalankan adalah untuk mengesan kehadiran Fecal Coliform, E.coli, Vibrio SP dan Salmonella. Selain ikan, aku ada gak terima sampel2 kerang dan udang daripada ladang ternakan.

So bila dah dianalisa, didapati sampel yang dihantar negatif (tiada bakteria) kitorang akan keluarkan sijil khas untuk peladang tersebut dan dengan adanya sijil tu peladang boleh la membekalkan ikan2 @ ternakan akuakultur dorang ke pasaran Eropah :)

Itulah keje2 aku. Hehe. Nah kat bawah ni aku tempek gambar2 yang ada

ni sewaktu kitorang attend latihan membuat surimi. Macam bebola ikan,
bebola udang dan ketam yang korang makan tu.. sebenarnya asal
daripada isi ikan cuma dicampur perasa saja.

dengan tenaga2 kerja makmal yang ada. Time ni aku kat Kuantan lagi

Nampak? Nampak? Betapa gembiranya aku buat keje!! Hahaha

Ni la yang aku malas, rutin wajib setiap kali setat analisis. Lap semua benda!! Tempat
analisis wajib bersih

Kalau ada peluang jangan la masuk lab ni, busuk menatang atas ni.
Tu adalah perut ikan yang dicampur ngan media, diperam 24jam. Bau tungkik!

Nampak tak betapa kusyuk dan tawadhuknya aku buat keje

Ni adalah bakteria yang telah membiak setelah diperam semalaman, tunggu ke step berikutnya


Nah ni la citer pasal keje aku. Nama je lab assistant tapi maaf bukan macam sekolah punya ye, keje kitorang besh :) Buat analisis serupa penyelidik. Hehe. Dah2 lepas ni jangan tanya lagi aku keje apa