'> Anak Orang | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Saturday, January 5, 2013

Anak Orang


As salam,

Ni aku nak citer. Masa aku kat Kuantan, Rabu petang tu aku pegi pasar malam. Ye la time tu bujang lagi. Nak masak pon tak berbaloi rasanya. So pusing2 cari lauk, nasi boleh masak sendiri. Orang tak berapa nak crowded sangat so mana2 perlakuan pelik dan janggal tu memang jelas boleh nampak ngan mata kasar aku la.

Apa yang aku nak cerita ni, aku terpandang keletah dua beradik lelaki dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. Tengah berbaris depan gerai air ditemani mak ayah dia. Aku plak kat gerai sebelah tunggu kawan aku tapau nasi.

"Mak, abang haus. Abang minum kat sini ye", kata si abangnya

Bila nampak si adik minum dalam keadaan berdiri, si abang tarik tangan adiknya ke bawah

"Adik, mak pesan kalau nak minum air kena duduk", si adik pun gigih turunkan badan menyangkung sambil sedut straw dalam2. Betul2 haus gamaknya.

Aku tengok mak ayahnya tunggu kat sisi anak2nya.. di tengah2 orang ramai lalu lalang. Situasi yang AWKWARD tapi AWESOME! Kalau la aku boleh salam si ayah dan ucapkan tahniah time tu..

Tu la kan.. beruntung kalau anak yang dididik jadi macam tu..
Dengar kata, senang diajar

Tapi nak buat macamana.. anak orang
Anak sendiri belum tau lagi macamana



P/s : Jangan putus asa, itu amanah Allah

17 comments:

  1. Insya Allah pelan2 kayuh (sambil motivasi diri sendiri nih).

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah..moga anak² mendengar kata..

    ReplyDelete
  3. Kadang2 kan, aku kesian tgk mak ayah yg anak dea drpd kecik lagi dah nakal yang amat. Mmg susah nak dengar kata. Memang jenis takleh bawak majlis laa. Contoh dpn mata yg aku nampak ni, mak ayah dea didik kira okey gak. Okey pada pandangan mata kasar aku laa. So, taktau silapnya kat mana. Mungkin ujian Allah kan?

    ReplyDelete
  4. nak didik anak biarlah dari kecik..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah zal... ank2 kena bentuk dari seusia bayi lagi......
    nanti kita dah ada anak kita akan faham.....

    ReplyDelete
  6. cayok2. kena didik dari kecik. hana dapat bayangkan situasi tu..

    ReplyDelete
  7. didik anak dari kecik. kalau x menyesal

    ReplyDelete
  8. didik dari rebung..bukan buluh ...

    ReplyDelete
  9. semoga cept2 dapat anak ek.. didik dia jadi insan yg berguna :))

    ReplyDelete
  10. Allhamdullilah masa kecik la dibimbing..

    semoga abg pun dapat rezeki yg sama jugak..amin

    ReplyDelete
  11. Memang bahagia sgt bila anak2 mendengar kata ni..

    ReplyDelete
  12. betul la...
    anak2 dengar kata lagi la rasa bangga..

    ReplyDelete
  13. Meh aku jaga anak ko... insyallah anak ko akan jadi seorang anak yg soleh atau solehah eh.. ha ha ha ^_^

    ReplyDelete
  14. melentur buluh biar dari rebungnya..

    ReplyDelete
  15. anak2 adalah permata. Anak2 yang soleh dna solehah penyejuk mata..

    ReplyDelete
  16. masa jalan2 kat pasar malam, gua akan cuba elakkan beli air, pertama sbb jarang minum air sejuk, kedua malu dipandang org bila minum berdiri, tapi kalau dah dahaga sangat mmg tak kisah org sekeliling pandang,tpi gua slalu minum sorok2 sambil berdiri. haha

    ReplyDelete
  17. In sya Allah ko masih ada peluang utk didik anak ko cenggitu. Ko pasti mampu!

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com