Bisa Gugur Jantung Gue #13


KLIK SINI untuk episod sebelum

Ain tersengih sendirian, dilemparkan jauh pandangan ke hadapan jalan yang tidak sesak mana. Boleh dikira bilangan kenderaan dengan jari. Jari tangan dan kaki, tipu la kalau hanya guna jari tangan. Tipu la.. berdosa tau. Masuk api meraka! Kelibat Man masih tak kelihatan tapi Ain tak kisah. Dia masih sanggup menunggu, asalkan Man sampai. Asalkan dapat lihat wajah Man..

Pagi tersebut terasa nyaman, redup dan berangin. Ain teringat perbualan antara dia dan Man sewaktu penat berjogging. Ainul dan Hanif hilang entah kemana. Tu tak lain tak bukan mesti mengayat awek di Cafe Bunga tepi tasik. Almaklumlah duit PTPTN dah masuk, berkepuk2 poket awal bulan maka panjang jugalah  langkah mereka. Ain teruskan stretching badan manakala Man sudah terbaring, penat agaknya. Penat sedut 2 cawan besar cool blog adalah!

"Ain aku tengok ko ni lone ranger je, ko takde boyfriend ke?"

Soalan Man buatkan Ain terkedu. Boyfriend? Sudah lama dia tak dengar istilah tu. Dah lama benar soalan tu tak ditujukan kepadanya. Istilah itu telah lama dikuburkannya sejak setahun lepas. Siapa? Mengapa? Biarlah menjadi tanda tanya.

"Kenapa? Ko tak suka kawan ngan aku ke?",Ain mencebik. Serius comel!

"Takde la. Aku tak kisah tapi bukan ke dalam usia sekarang ni, waktu ko tengah menggedik. Tengah menggeletis mintak dimanjakan? Mintak topup kat boyfriend, keluar tengok wayang sama2 sampai beratur bayar parking kereta pon nak sama2. Shuweett shengsangat kan? kan?", Man menganjing tersengih2. Ain mengetap bibir geram. Ain nampak Man dah serupa kuih keria.. nak gigit2 je rasanya!

"Ko cantik sebenarnya", hujung2 telinga je Ain dengar apa yang terpacul dari mulut Man tu tapi sengaja dia buat2 tak dengar. Tiba2 berderau darahnya, rasa semacam jantungnya jatuh bergolek2 ke tepi kaki.

"Apa ko cakap Man? Cakap sekali lagi aku tak dengar",Ain sengaja meninggikan suara. Sengaja minta Man ulangi apa yang dikatakannya sebentar tadi. Kalau suara Man cukup kuat, boleh dirakam.. mau saja dia jadikan sebagai ringtone. Wahh kemain!

"Aku pelik sebab ko sebenarnya cantik Ain, sekali pandang ko memang cukup serba serbi. Tapi.. tu laa", ayat Man mati di situ. Ain yang dari tadi control senyum, terus terbantut. "Laa tapi pulak dia!!"

"..ko ganas sangat. Kalau aku tak kenal ko, kompom aku tackle ko. Tapi sebab ko spesis buas, err takut aku. Bukan apa, aku fikir masa depan aku gak. Teringin gak aku tido atas katil",ujar Man membuat dahi Ain berkerut2.

"Kenapa plak?"

"Sebab ko ganas dan buas, aku takut katil aku cepat patah. Tu mujur katil aku patah, kalau pinggang aku yang patah camno? Hahaha!", Man gelak besar. Muka Ain merah padam. Disepaknya betis Man laju2.

"Tengok tu!!", Man cepat angkat kaki kanannya tinggi2, elak disepak kali kedua olah Ain. Betisnya yang sedikit berbulu itu diusapnya perlahan lahan. Sakit weh.. sapa kata tak sakit. Dah rasa macam langgar batu nesan plak!

"Ain ko nak boyfriend macamana?", Man meneleku, memandang Ain. Ain pura2 memandang tasik. Kenapa dia perlu bagitau Man?Perlukah dia jawab soalan tu?

"Aku tak kisah. Tapi kalau boleh la kan, aku nak bakal boyfriend aku tu mainkan satu lagu menggunakan gitar untuk aku. Sweet sangat", Ain tersenyum, mungkin dia turut membayangkan situasi bila mana seorang jejaka dengan wajah dikaburkan datang bermain gitar dan menyanyikan lagu kegemarannya.

"Ko tak mampu kan?Bukan ko pernah kata jari ko pendek dulu? Aku takut kalau ko main gitar makin pendek jari ko. Susah plak kalau ko nak korek hidung nanti",Ain gelak mengenakan Man kembali. Man menjuih.

Tapi itu dulu.. dulu2 punya cerita. Hari ni punya cerita dia akan keluar dengan Man, tapi Man masih tak muncul2 lagi. Janji pukul 10 pagi, ni dah pukul 10.40 dah.. Haishh

Tiba2 dari jauh kelibat lelaki yang cukup dikenalinya. Ain mengukir senyum

"Sori lambat.. marah?", sapa Man. Ain hanya tersenyum.. kepalanya digeleng

"So, kita nak kemana?"ujar Man lagi.

"Tak tau", ringkas sahaja Ain membalas sambil memerhatikan jam di tangan.

"Hmm.. kalau macamtu, ikut awaklah ye. Saya folo je", Man mengangkat punggung untuk beredar.. tapi Ain masih lagi duduk. Memerhati ke kiri dan ke kanan.

Man beredar menaiki Polo milik Mely manakala Ain masih duduk menunggu kehadiran Man. Menunggu janji Man untuk keluar dengannya semalam sambil ditemani Ainul di sisi. Bukanlah Man yang berada di sisi Ain dan bukan Ain yang berada di sisi Man. Tapi Mely dan Ainul..

"Rasanya pagi2 lagi si Man dah keluar.. kemain dia bersiap. Wah cantik ko hari ni Ain. Mati2 aku ingat sape la tadi", ujar Ainul tapi acuh tak acuh sahaja Ain mendengarnya. Matanya masih meliar dengan harapan kelibat Man bakal muncul.

"Ni ko buat apa kat sini?", tanya Ain kepada Ainul.

"Hmm masalah dalam negeri ni. Boxer Haniff hilang plak. Ko ada nampak tak? Dia kata ada jemur pagi tadi, takut terbang kena tiup angin je", beria2 Ainul menerangkan, tapi kenyataan yang si Ainul berikan buat dia sedikit konfius.

"Err.. err Ainul. Kalau ye pun boxer si Hanif tu terbang, takkan sampai hostel kitorang kot? Jauh kemain dia pegi. Ehh kalau diukur jarak dekat dua kilometer nih!", berkerut2 dahi si Ain. Ainul plak dah serupa kerang busuk.. tersengih2.

"Err Ain aku gerak dulu la ye. Japgi sampai la si Man tu", ujar Ainul lalu meninggalkan Ain sendirian.

Ain bingkas bangun, lantas ketika itu jualah doanya dimakbulkan. Akhirnya dia terlihat kelibat Man, tapi Man bukan sendirian. Man dengan gadis lain dia dalam kereta yang sedang dipandu laju melintasinya. Betul.. tak salah lagi. Itu Man. Man yang pernah membuat janji dengan dirinya semalam dan hari ni dia telah memungkirinya.

Langit yang redup dan semakin mendung sedari tadi mula menampakan titik2 hujan di atas jalan. Ain mengesat pipinya yang basah, tidak tahu samada basah disebabkan titisan hujan atau titis air matanya. Dia kembali duduk, terus menunggu di situ dengan harapan bukan Man yang dilihatnya tadi.

**********

Man beria2 menoleh kebelakang tanpa mempedulikan seketika Mely yang sedang memandu.

"Kenapa Man? Man kenal ke sape tu?", tanya Mely. Man membetulkan duduknya kembali. Fikirannya masih terawang2. Soalan Mely langsung tak dijawabnya.

"Ain ke tadi?",terdetik di hati kecilnya dan mula dihantui rasa bersalah. "Kalau betul la itu Ain..",Man menghela nafas panjang. Pandangannya semakin kabur di balik cermin dengan pecahan air hujan yang berkaca ditemani melodi lagu jazz nyanyian Dato' Shiela Majid. Ketika itu hanya wajah Ain sahaja yang bermain di benak fikirannya.. bukan Mely, bukan Hanif. Hanya Ain!



**********

Hanif menadah tangan berdoa di hadapan bukaan tingkap biliknya. Matanya bengkak.. sesekali disedut hingusnya dalam2 serupa penyedut hampagas layaknya. 

"Aku harap orang yang rembat boxer kesayangan aku dunia akhirat, termanis, tercantik dan paling vogue itu diberikan balasan kentut berbuih2. Err tak pun kentut bunyi zapin!"

Tersedu2 Hanif mengenangkan boxer kesayangannya itu. Bayangan boxer pinknya itu seolah2 melambai2 sambil berlari2 di tepi pantai walaupun tanpa kaki ke arahnya, bermain2 di kotak fikirannya. Sian Hanif.. tapi kesian lagi si Ainul. Ke hulu kehilir dia carikan boxer si Hanif, kalau tak alamat habis la boxer dia pulak yang dukerjakan si Haniff.

Sudaa.. alih2 si Ainul plak yang menangis!!

(Bersambung)






12 Comments

  1. ..frust sungguh...bkn sbb ain tu..sbb boxer haniff tu..
    hehehee

    best2...x sbar nk tgu bext episode..

    ReplyDelete
  2. kenapa man buat kat ain camtu...sian kat dia....
    dan apa kaedahnya cari boxer si hanif tu...dah sah2 man pinjang nk keluar ngan melly.....he3
    sambung cepat zal!!!

    ReplyDelete
  3. oh ini drama bersiri ke.. lalalala

    ReplyDelete
  4. Aik, dah kenapa nak cari boxer budak tu plak..huhuhu..adeh

    ReplyDelete
  5. Adeh.. mentabah aku mencari kotak komen ko ni tok... ni watak2 lam citer ni si IK HANIF dgn AIN AZMI ke??? ha ha ha ^_^

    ReplyDelete
  6. wahaha...ada sambungan,....kena baca dari awal...

    ReplyDelete
  7. laaa.. igt cite nk share hepi nk dpt anak. hhehe...

    ReplyDelete
  8. kurang ajar punya man. mungkir janji kat ain! jantan tak guna! jantan tak guna!! (Sambil memukul2 dada ko)

    macam siot si hanif berdoa sebab boxer je.hahaha

    ReplyDelete
  9. sejak bila nie wa susakan jejaka main gitar..eh..

    ReplyDelete
  10. sejak bila nie wa susakan jejaka main gitar..eh..

    ReplyDelete