Cerita Seram Dari Ladang : Rumah Hantu

10:46 AM



AMARAN : Pengawasan ibu bapa atau penjaga diperlukan bagi kanak2 di bawah 12 tahun ke bawah kerana cerita di bawah diklasifikasikan sebagai cerita seram tahap gaban. Sekiranya takut, boleh baca sambil tutup mata dengan kusyen atau tutup telinga.

**********


Mail memandang kiri dan ke kanan, kenderaan sedikit lengang. Jam di tangannya ditatap sekali lagi. Sudah lewat setengah jam. Janji pukul 8 malam. Mail mendengus, kalau dorang datang.. harus kena hadap maki hamunnya nanti.

Angin bertiup sepoi2 bahasa menyebabkan Mail semakin kuat memeluk dirinya. Tulang belulangnya dirasakan seakan2 membatu.. sejuk berkematu. Langit gelap, tiada bintang seperti hujan akan turun bila2 masa sahaja. Sesekali lampu dari kenderaan menyilaukan pandangannya, lantas kepalanya dijatuhkan memandang tanah.

Tiba2 tanpa dia sedari, sebuah kenderaan usang menghampirinya dengan perlahan. Jantung Mail tak keruan, berdegup sedikit kencang. Peluh jantannya mula mengalir tatkala melihat cermin tingkap kenderaan tersebut diturunkan.

"Bang tumpang tanya, rumah hantu kat mana?", tanya jejaka tersebut dengan anggaran separuh umurnya itu

"Oo adik jalan depan sikit, nampak signbord McD besar kat depan tu.. adik terus masuk kiri. Kat situ la rumah hantu", ujar Mail tak teragak2

"Rumah hantu.. Taman Buaya kan bang? Ok bang mekasih ye", mereka beredar meninggalkan Mail.

Sejurus selepas itu kawan Mail tiba dengan menaiki motor kapcai.

"Woi lambat!! Berpeluh aku tunggu, sakit perut dah ni!!", jerit Mail. Kawannya hanya tersengih. Mereka pun pulang dengan hati girang


**********

Ulasan : Cerita sangat seram, berdiri tegak bulu hidung tatkala membacanya. Untuk menambahkan efek keseraman dalam cerita ini, sepatutnya diadakan sesi berbalas pantun atau main teng teng di antara Mail dan orang yang tanya jalan tu bagi menaikkan mood dan sekaligus kita akan terkemut2 bila menghayati cerita berkenaan. Nama Mail pun takde kelas, sepatut digantikan ngan nama Jemah atau Saripudin Ayip


P/s : Tetiba aku tak berapa nak center hari ni

You Might Also Like

25 comments

  1. ulasan aku : jalan cerita creepy gilerr.. myebabkan aku melelhkan air mata kegeraman.Sepatutnya adegan org tanya tu dgn mail patut ada iklan durian crepe..


    hampess ko afzal !!!!

    ReplyDelete
  2. Mana yang seramnyaaa?? Manaaaa??? Manaaaaaa??????

    Grrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak hadam. mungkin takkan hadam?

      Delete
  3. hahah buang air liur aku jer gelak weh... ko asal kantoi lak nampak bayang2 cameraman kat corner kanan bawah gambar.... hahah ^_^

    ReplyDelete
  4. ahahhaa.. mula2 blurr... lama2 baru paham.. tak serammm pun!...ahaha:)

    ReplyDelete
  5. kahkah...masa cakap McD tu dah bayangkan taman buaya ayer keroh...adoi la. rumah hantu tu tak seram pun. :P

    ReplyDelete
  6. lor, bila plak antu tu jatuh pokok, tadi nampak kat ataih pokok....

    kehkehkeh

    ReplyDelete
  7. aku memang tension betul la baca entry kau... tak seram lansung...rse nak je pijak kau

    ReplyDelete
  8. takut gila baca citer ni.. mau tak tisur lapan belas malam dok teringat2 citer seram berpuaka ni.........

    ReplyDelete
  9. tok ketuat...kat mana yg seram tu........????? hu3 sadis.....

    ReplyDelete
  10. Seraaaammmm sgt.... Akak rasa sampai tahap takleh nak menaip dah ni sbb tangan menggigil takut. Hehehe. Ari ni je ke ko tak centre?

    ReplyDelete
  11. seram nya sampai rasa nak tercirit...

    ReplyDelete
  12. seram giler ni ...gamba tu seram, tapi cite laagi seram ..hampeh btol laaa ... hihi

    ReplyDelete
  13. haha inilah kisah paling seram di alam semesta :3

    ReplyDelete
  14. lor. ingat ada sambungan. habis cmtu ja.haha

    ReplyDelete
  15. giler kau umah hantu lagi ditanya2. hantu nak balik umah.

    ReplyDelete
  16. aku membaca dengan penuh kegirangan ni..hahahaha.. siot betullah ko ni..hahahaha

    ReplyDelete
  17. Awai2 tu seram teramat...ending cam hampeh..ha ha ha

    ReplyDelete
  18. tegak bul dada aku keseraman membaca citer ni.. harap2 aku tak demam ekelekek siot je

    ReplyDelete
  19. haih, serammmm sangat bang... sampai nak hanthok2 tangan dah nie... haha :D

    ReplyDelete