Err...Kompius Plak Aku!


As salam,

Hehe antara 2 entry, mana perlu aku dahulukan. Setelah aku osom ngan diri sendiri (tangan kanan buat burung, tangan kiri buat air = jadi tangan kanan menang) aku publish entry ni dulu la. Entry satu lagi a little bit annoying. Aku tanak korang muntah nasi lemak pepagi ni :P

Ni semalam punya cerita. Ada je aku nak cerita kan? Hehe. Semalam kitorang kua makan. Kat food court atas The Mall. Biasala lunch hour, orang sesak. Dah la bingit ngan orang, ditambah plak bingit akak2 indon yang sibuk dok kejar costomer mintak order air. Haishh.

Keje aku jaga meja, maksud aku booking meja (bila ntah aku apply jawatan ni) sementara kengkawan aku pegi amik nasi. Tetiba muncul 2 orang akak yang ntah mana datang.. tup2 kat tepi aku. Aku bajet dia muncul dari poket baju abang sebelah. Sorang buta.. sorang lagi tak buta. Taktik biasalah nak mintak derma.

Aku plak guna taktik biasa, cakap duit aku.. mak pegang. Ada gak terfikir nak guna taktik kotor macam buat2 pengsan ke, menyamar jadik tong sampah ke.. tak pun menyamar buta. Lepas aku derma, aku plak mintak derma kat dia. Nampak tak? Nampak tak? Geliganya aku!!

Yang buat aku terkejut, sejurus lepas kau cakap takde duit.. tetiba si akak yang buta tu yang tarik si celik beredar pegi ke tempat lain plak. Hamboi! Ni mana satu buta, mana satu celik ni? Aku pon kompius. Aku perati mata akak buta tu terkebil2.. nampak macam buta. Tapi wallahu'alam. Kita fikir yang baik2 je sudah :) Mungkin dia dah hafal selok belok meja kat food court tu. Tak pun design dan susun atur meja kerusi kat food court tu.. dia yang buat. Perghh!



Aku senyum je la. Macamni punya orang pun ada kan? :)


P/s : Biar buta mata.. jangan buta hati :)

34 Comments

  1. HAHAHAHA


    geliga jugak idea ko, menyamar jadi buta ko

    hihihi

    ReplyDelete
  2. hahaha...kasi tibai jerr org tu...

    ReplyDelete
  3. Aku syorkan kau menyamar jadik pelupa. Pastu kau cakap la "Eh, saya lupa la saya ada duet ke tak nak derma!" Hewhew. Okey tak berapa lawak kan? :)

    Husband aku pernah ada experience. Pas dea derma, org buta tu berlalu jauh siket. Then org buta tu cakap Yess!! Yess!! sambil tangan dihayunkan tanda kemenangan. Erm musykil.

    ReplyDelete
  4. komen atas ni akak dah set kan sebagai spam..

    eh!!hehhe..
    kalau akak pun akak akan buat2 buta dan mintak derma kat dia lak.
    hehehe

    ReplyDelete
  5. pernah jugak kena camni tp dengan budak sekolah.. bila tanya kenapa mengemis, dia kata lapar, suh duduk makan dia tak mau, nak duit jugak.. pelik?? td kata lapar..

    ReplyDelete
  6. haha kami pon konfius sama . saya cadangkan pura2 terkena sawan. wakaka.

    ReplyDelete
  7. errr wpun orang tu buat2 buta tapi eyza tak sampai hati nak buat taktik cam afzal..hehe.. kesiannnn..

    ReplyDelete
  8. Jgn jadi tong sampah. Nanti ko nak bertukar jadi manusia balik kot2 tak bertukar then forever ko kena jadi tong sampah.

    Food court The Mall dah lama tak gi. Aku paling suka bihun tomyam kat kedai brader rambut panjang tu. Sebelah tu abang dia jual nasik goreng ayam berlada.

    ReplyDelete
  9. nasihat--> tak baik menipu tau nanti tuhan marah hahahaha

    ReplyDelete
  10. ahahha.. ada2 je kan depa ni..
    boleh kot buat2 pengsan..haha:p

    ReplyDelete
  11. dulu pernah sekali kena. ade amoi ni punya nampak miskin gila mintak derma. at last jumpa kat shopping mall tengah shopping. rasa nak amik patung kat situ lempar kat dia

    ReplyDelete
  12. saye dah jadi hati kering sekarang ni.. tak dak simpati lagi untuk orang buta, orang mintak sedekah, orang jalan2 tepi jalan.. banyak sangat kes tipu.. no more sedekah2 sembarangan, baik letak tabung masjid terus..

    ReplyDelete
  13. Nak cari makan biarlah kerja halal..
    Tah-tah dia orang lagi kaya dari kita kan..hehehehhe

    ReplyDelete
  14. aku pelik betul, orang tu dah takde kerja ke?

    ReplyDelete
  15. menyamar jadi tong sampah tu aku suka..hahahaha

    itulah.. semakin lama semakin banyak kes2 penipuan ni.. kadang2 buat kita susah nak percaya apa yang ada depan mata tu..

    ReplyDelete
  16. masih banyak eh aktiviti sebegitu? cuba la buat taktik kamu tu, maybe dorang tukar profesion bila ada saingan nnt.

    ReplyDelete
  17. dah ramai sangat pesen orang macam ni. nak percaya pun susah...nasib la awak tak menyamar jadik tong sampah. tidak sawan kakak 2 orang tu. huhu. tong sampah gebu...hakhak.

    ReplyDelete
  18. Haha, lawak!
    Adey, sekarang ni macam2 orang ada.

    ReplyDelete
  19. bhahahahaahaha.... aku bayangkan kalau kau jadi tong sampah.. ok jugak kan :P

    ReplyDelete
  20. zal...
    org sanggup buat apa saja utk duit...... itulah..... kekadang tak tlg kasihan.... bila tolong....kita tak tahu dia tu betul atau penipu....

    ReplyDelete
  21. bila apply jawatan tu . hahaha booking meja

    ReplyDelete
  22. mungkin akk tu part time susun meja kt situ hihi

    ReplyDelete
  23. akak tu dlu keje situ kot..huhu...


    *ct tukar url baru ...

    ReplyDelete
  24. kah kah. kalau orang buta or buat buat buta ni buleh tahan sikit sebab nampak macam kesian. ni kalau ang datang kelate ni. ade bebudak kecik berkeliaran kat bandar kb tu mintak derma. kalau tak bagi dia sepak nye kaki ko balik. hanginnn aje. haihh ~

    ReplyDelete
  25. Kalau akak yang bw tisu je akak layan,sbb sekurang2nya dia berusaha menjual sesuatu,kalau mintak macam tu je,akak bo layan,nampak tak geliganya akak?

    ReplyDelete
  26. alahai makcik sayangnya kalau ada mata tapi buat2 buta.. nanti Allah tarik betul2 mata tu baru tahu.. huk3. Banyak lagi kot kerja halal boleh buat.. lain kali afzal try pakai kostum ala2 power rangers tu pulak eh baru org tak berani nak dekat.. haha :P

    ReplyDelete
  27. uiii sampai gitu sekali?hihihi pernah mas kene jelingan tajam coz tak bagi..mas senyum n ckp xde..leh lak jeling..amboii..mana x nya..dia sihat je..tiba2 nk minx sdkah..hemm :(

    ReplyDelete
  28. biasa la tuh. skang nak derma pun was2. baek derma kat masjid.

    ReplyDelete