Tetiba Aku Di Tempah Awww

1:28 PM


As salam,

Ko terkejut? Aku empunya badan yang montok2 macam bantal busuk ni lagi la terkejut. Tetiba ada orang nak tempah aku. Makcik plak tu. Lagi aku terkejut kawan mak aku. Mak abaahhh aku telah dinodai!!!

Cheh ternoda la sangat kan?Mengarut je keje ko afzal oi. Kan sebelum ni aku ada exposed pasal gubahan hantaran kawen aku yang aku buat sendiri kan? Tak sangka plak ada orang berminat dan mintak aku buat gubahan. Anak pompuan makcik tu yang nak kawen.. aku plak yang berdebar. Selama ni aku buat untuk family2 terdekat je. Kira 1st time la aku terima tempahan luar petak penalti ni!! Gugup kejap


Memandangkan makcik tu pun nak ringkas dan tak crowded, aku pun buat yang simple but nice.Warna plak sama ngan warna tema kenduri aku dulu, warna purple. Ni adalah tapak hantaran yang aku decorated.


Ok ni pandangan atas. Kalau korang nak pandangan bawah, pandangan dalam atau pandang2 jeling boleh pm aku dari 5 petang hingga 9 malam (9 malam dan ke atas aku miting bulan sabit merah) Wah kemain ko Jemah Bin Jemain oii!!


Ni plak gubahan sireh junjung yang diilhamkan dari susu cap junjung. Ececeh. Sireh aku 
guna sireh tiruan tanpa mengabiskan pokok2 sireh rumah jiran dan kawasan rukun tetangga sekitar taman aku. Lgipun senang nak jaga :)


Ada 8 dulang semuanya termasuk kek tanpa dekorasi. Kelmarin siap, semalam gak aku hantar. Alhamdulillah makcik dan keluarga pengantin berpuas hati. Tang tu je yang aku risau kot2 tak kena ngan taste orang. Siap bagi extra lagi kat aku.

Kalau korang nak kawen ke hape leh je aku buatkan hantaran. Untuk kawen kali kedua dan seterusnya ada diskaun menanti anda kahkahkah cam harommm :D


P/s : Aku suka buat keje2 cenggini, hampir2 nak bukak butik pengantin dulu





You Might Also Like

23 comments

  1. Kemaheng berseni tangan ko tu kan... jan lupa pacak kan banner kat tengah2 hantaran tu mcm org2 kawen skrg yg letak banner gambau memasing ha ha ha bertabah jew aku tengok banner tu :P

    ko buat la blog hantar tok mana tau tetiba ko jadi fofular lak buat gubahan2 ni kan.. ha ha ha kelas....

    ReplyDelete
  2. Jom kita bergabung bukak kedai pengantin! Kehkeh. Kreatip ngan inobatip jugak la kau ni. Kira kental jugak semangat kau nak buatkan hantaran org laen ni. Ehem. Bape upahnya? :P

    Sepernah2 aku buat hantaran pun, aku tak pernah lagi buat sireh junjung tu. Aku rasa boleh je kut nak buat tp tak penah try lagi. Eceyhh, sebenanye taknak kalah ngan kau =_=

    ReplyDelete
  3. nice...dh tau dh nk tmpah ngan sape hntaran..haha

    ReplyDelete
  4. banglong jangan nak aww aww sangat tau. risau gua banglong jadi ajuwan ali nanti. kekeke




    gua khaaaawen nanti gua tempah okeng. FREE. alahh kata adik beradik.

    ReplyDelete
  5. peerghhh giler punya cantik afzal.. eyza nak tempah jugak tapi jauh sangat nak pi antaq kat afzal... =)

    ReplyDelete
  6. kemain lagi tok..aku tak minat benda2 cenggini..hantaran kawin aku dulu pun xde bnga.haha

    ReplyDelete
  7. bagus la...
    boleh tambah2 duit simpanan..:)

    ReplyDelete
  8. perghhh..jiwa mat bunga btul hang rupenye ye..iskh2..syabas bette!! leh dpt side income la gini kan..

    ReplyDelete
  9. Aku dpt vision yang satu hari nanti ko akan serius dalam bidang gubahan dan wedding plannner ni.

    ReplyDelete
  10. ko ni kreatif jugak kan?? tak sangka tangan ko lembut. seb baik ko dah kawin , kalau tak, mesti aku ingat ko ni mat lembut.hahahaha

    ReplyDelete
  11. wahhh kamu...mencabar kewibawaaan kuasa wanita gwe. Cantik siot, pandang sipi2 pun still cantik. keep it up.

    ReplyDelete
  12. kretipnya abg oi. haha nk photog adik boleh jadi. akakakaka. k boleh bergabung :p

    ReplyDelete
  13. zal ...kau memang serba boleh...tak sia2 mak hang beranak kat hang.....kreatif!

    ReplyDelete
  14. sah lagi bersuluh torchlight... anda memang berbakat apzal. ada seni tangan tu. hehe

    ReplyDelete
  15. wahhh..kreatif nya...
    tangan kreatif lah ni..kalah sy ni..
    boleh lah nti tempah klu anak sy khawin (anak baru umur 3thn)...kihkihih:)

    ReplyDelete
  16. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete