Al Fatihah Untuk Dia


As salam,

Dalam pada aku blur nak tulis apa pagi ni, aku lihat follower aku bertambah seangka. Rupa itu pernah aku kenal satu masa dulu, di awal tahun 2011. Ada kepincangan emosi dan ada cerita disebaliknya. Bagi yang dah mengikuti blog aku sedari awal.. korang mungkin ingat mengenai seorang admirer aku.

Hari ini, aku lihat semuanya asing, lain template apatahlagi penulisan. Blur sekejap aku pepagi ni, dia pernah hilang dulu tapi sekarang dia muncul lagi. Sedari tadi aku terus mengikuti perjalanan ceritanya hingga satu masa aku terkedu. Benarkah dia tiada lagi? Benarkah dia telah pergi mengadap Ilahi?

Aku tak tau nak rasa apa. Tak tahu aku nak luahkan bagaimana. Perkenalan kami terlalu cepat dan akhirnya dia hilang. Ada cerita pendek tentang kami suatu masa dulu, tapi kini dia telah noktahkan ceritanya itu

Cinta itu buta tapi tak pernah membutakan sesiapa. Aku tak pernah menyalahkan dia atau siapa sahaja. Malah akulah sepatutnya memohon maaf. Maaflah kerana sedikit sebanyak mengganggu emosi kalian.  Maaflah kerana setia aku kepada kasihku terlalu dalam...

Zizie itu Jo Qusairy, tapi Jo Qusairy belum tentu Zizie..

Jika kau baca entry ni, sampaikan salam kepada krew dan keluarga..
Dan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Sharifah Noor Azizah (Zizie)
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..

Amin.. Amin Ya Rabbal Alamiin.




P/s : Korang boleh baca selanjutnya kisah ini DI SINI


21 Comments

  1. Al fatihah....takziah untuk keluarganya....

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah..semoga keluarganya tabah...

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin... :)


    psl kawan aku tu plak..haah.. kt melaka.. lgpun dia mmg org melaka... huhuuhuh :)

    ReplyDelete
  4. banglong...dia dah meninggal?cam xcaya je. dulu selalu balas2 komen dia.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.

    Aku pernah kenal blogger ni. Maksud aku, aku pernah kenal blog dea la. Dulu aku salu je baca blog dea & pernah komen skali skala. Aku ingat lagi ada skali mmg dea kata nak stop menulis, camtu la. Tp aku tak sangka lak skang dea dah 'takde'. Tapi, apa kesah kau ngan dea tu? Nak baca!

    ReplyDelete
  6. AL-Fatihah buat arwah.. moga tenang di sana..diharap kan keluarga nya tabah.

    ReplyDelete
  7. citer ni macam panjang lagi..nak tau kisah tersembunyi tu...apa kisah nya..citer je..jangan malu2..

    Al-fatihah...

    ReplyDelete
  8. Alfatihah...

    Tok. Gua dah rep komen.

    ReplyDelete
  9. tulahh nampak kat dashboard pasal joe...dok ulang2 baca entry dia lama2 yg kembar dia taip balik eh...rasa mcm tak caye...ooo rupanya org yg dia admire hang ka????? ok fine2 nnti gathering nak korek rahsia!! haaa jaga2 ;p

    ReplyDelete
  10. misteriiii..klau benar..alfatihah buat arwah...waallahualam

    ReplyDelete
  11. semoga ketenangan dimiliki arwah.. amin, alfatihah

    ReplyDelete