'> Dalam Blogging Pun Ada Politik? | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, February 18, 2013

Dalam Blogging Pun Ada Politik?


As salam,

Selamat hari Isnin, Selamat hari Selasa untuk penduduk negara Oltapagos, selamat ber-Negaraku untuk budak2 sekolah dan selamat hari jadi untuk mereka yang selebret besday hari ni. Aku nak cerita apa kali ni ye? Apa kata kita borak pasal politik.. nak?

Ni bukan politik negara, tapi politik dalam berblogging. Dulu aku naif, tapi sejak terkena batang idung sendiri aku buat aku lebih berhati2. Ni cerita tahun lepas, time aku tengah high semacam online siang malam. Aku tak fofular mana tapi rapat la ngan anak2 buah aku sebab aku punya group blogging sendiri. So kalau ada pape probs, budak2 ni akan chatting ngan aku tak kira masalah apa pun, dari masalah perparitan hingga masalah ubat gigi tamat tempoh pun aku akan cuba selesaikan.

Then satu hari ada sorang blogger, cantik orangnya datang cari aku. Aku panggil dia A. Dia suruh aku add sorang mamat ni. Mamat ni aku panggil B. Dia kata ada benda nak dibincangkan. Lepas aku add, mamat ni perkenalkan diri then cerita la masalah dia. Dia bukan blogger, tapi merupakan antara orang kuat syarikat pengiklanan yang femes di blog. Dia cerita la ada sorang blogger pompuan nak jatuhkan dia la, blogger tu kena tangkap basahla dan at the same time dia cerita pasal hubungan dia ngan seorang blogger retis ni. Rumit la mamat ni, serumit bulu kaki yang tersimpul dan kita cuba nak leraikannya :P

Lepas dia pungpang2, dia mintak aku buat entry, cerita balik apa yang dia ceritakan kat aku. Aku dah niat nak tolong dia, tapi asyik lupa je. Hingga satu hari tu si A cari aku balik luahkan perkara sebenar. Sebenarnya dia pun baru je kenal si B. Since dia kenal B, dia kerap dihentam di FB yang rata2nya perempuan. Kebanyakannya adalah 'sepah' yang ditinggalkan si B. Akhirnya dia tahu rupa2nya B adalah kasanova, sering memerangkap gadis2 cantik untuk dijadikan mangsanya dan kebenaran itu diketahui sendiri daripada blogger yang dikatakan cuba menjatuhkan si B!

Tak hairanlah si B bersikap pelik bila asyik ajak berjumpa hingga satu tahap di mana si B mula ajak tido bersama! Huh terkejut kan? Aku lagi laa. Tapi apa motif sebenarnya aku tak pasti. Mungkin aku sekadar kambing hitamnya kot.


Aku masih dikira mentah di dunia blogging ni, sekurang2nya aku bernasib baik sebab tak tersungkur gara2 tipu daya cenggini. Mereka mungkin hebat, tapi mereka lupa perancangan Allah Maha Hebat kan? :)

Nasib aku tahu kebenaran, kalau tak mungkin terunaku direnggut si B seperti yang lain aww kahkahkah :D



P/s : Next time korang pun hati2 jugak la ye. Bukan semua orang boleh diajak main tengteng

31 comments:

  1. Sape kah blogger selebriti itu? Hehe. Mesti lah rahsia ye dok?

    Dah sampai ajak2 tido ni tak syok betul aku dgr.

    ReplyDelete
  2. wah ni cerita tahun lepas ni..baru tahun ni keluar dah mcm cerita kak limah dah ni ada episod 1 2 3 ke x ni?

    ReplyDelete
  3. hmmmm...bermacam-macam kan perangai manusia ni..

    ReplyDelete
  4. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...



    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...



    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...



    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  5. erk iklan apa lak yg panjang lebau kat kotak komen ko ni tuk ketua... ilang terus apa yang aku nak tulis pasal n3 ko kat atas tuh ==...


    p/s: tapi pepepe pung mujur la aku tak lawak klw tak dan lama kena dipoltikuskan k-bai

    ReplyDelete
  6. ragam manusia macam2.. hurmm..

    Jom join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges. Dan rebut hadiah2 menarik yang lain.. ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
  7. akak baca berkali-kali untuk memahami segala yang kau tulis zal...maklumlah pemahaman BM akak waktu UPSR dapat B...namun demikian akak faham sikit2..tapi akak tak faham kenapa dia nak tidur dengan zal ek...konpius...

    ReplyDelete
  8. kenapa kau menjadi buruan seorang jantan? hahaha

    ReplyDelete
  9. wahhh ada hikmahnya abang apzal asyik lupa nak buat entri untuk tolong diaa. rupanya ada udang sebalik batu.

    ReplyDelete
  10. wah tok...nasib baik tak terpedaya...kalau tak..... mesti tok maintain ayu sekarang nie...he3.... ada jugak politik dlm dunia blog nie ye....

    ReplyDelete
  11. Sah! Cite kau memang rumit. Maybe sebab aku ni bukan blogger tegar, makanya aku tak paham situasi2 rumit camni. Aku tak paham kenapa B tu beriya nak suh kau tolong dea? Kenapa? Arghh!! Ini sume poyo :P

    Btw, aku tak sangka dgn hanya berblogging boleh terjebak ngan bebenda camtu. Naseb baek aku dah kawen & naseb baek aku dah matang. Insyaallah takkan jadik mangsa kut :D

    ReplyDelete
  12. jadi siapa si B? nak block siap2. kahkah. ok itu ayat lama nak korek rahsia :P

    ReplyDelete
  13. 4 kali akak baca nak bagi paham..akak kan suka citer panas2 nih..gigih ambik masa sampai 15 minit kat blog ni je..

    ReplyDelete
  14. erk ? nasib baik hormon kejantanan kuat kan? kalau tak mesti dah pakai susuk mak dara sekarang ni.. wakakaka

    bg link si B tu ! nak skodeng jap.. mana tahu dia pesakit mental ke..ekeke

    ReplyDelete
  15. Isk..isk..ada jgak org mcm tu..kita ni nak tambah kan sahabat bukan nak cari pasal..hehe.. nasib baik tak terkena kan? nasib baik jg tak jadi kambing 'putih'..haha..klu idak tak tau lah apa nk kata..
    cuba ajak blogger tu main teng2, tgk sapa menang..haha..:p

    ReplyDelete
  16. ish bhyanya jumpa org mcm tu...

    ReplyDelete
  17. jambu angat kau ni... tu ler apzal.

    ReplyDelete
  18. Haish..teruk sampai camtu sekali yea..blog kan untuk suka-suka tapi tak pasti la yg akan buat perkara camtu..tak baik mainkan perasaan orang..Itu la awak, nasib baik masih lelaki..kalau tidak..habis la awak :p

    ReplyDelete
  19. ish.. tk terkate. haha. siap ajak tdo lg. ishhhh

    ReplyDelete
  20. hahaha..... wah, hebat...ade org luahkan kat kau..dh mcm kaunselor la plak

    ReplyDelete
  21. perangai orang ni macam2 pesen baik kat dunia sebenar mahupun dunia blogging. dah nama manusia...tinggal kita tak terpedaya sudahlah. selamat keterunaan apzal ek. eh! dulu la...hahahaha

    ReplyDelete
  22. ehem ehem, gua macam bole agak je sapa, sesapa nak tau sila folow gua, kahkah!

    ReplyDelete
  23. Dahsyat juga kau berkawan dengan blogger seleberiti..hehehheheh
    Nasib baik kau tak buat entri kalau tak pehhh...hal lain lak si A pula marah kat kau..huhuhu

    ReplyDelete
  24. wah.. bila baca citer ni, rasa excited plak nk tau saper blogger retis tu... tp bahawa klu ada politik dlm blogging ni... haish...


    psssst: bekam rasanya xder free gift.. tp klu nk try bekam, boleh jerk.. nak ker? :)

    ReplyDelete
  25. si a si b si a si b, nasib paham!!

    mamat tuh cari perhatian...manja katakan mana boleh dibiar sunyi2 isk3

    ReplyDelete
  26. atoi, memg ada org mcm ne.. yg pntg berhati2 dan cari sumber yg betul..

    ReplyDelete
  27. Saya dah baca berulang kali tapi masih belum dapat. Nanti saya baca lagi sampai khatam baru saya komen ya.

    Nak gi makan panadol dulu huhuhuhu

    ReplyDelete
  28. bahaya berpolitik bagai dlm blog ni. karang kena hentam kena saman baru nak menangis huhu.

    politik pasal makanan mana yg sedap ok haha

    ReplyDelete
  29. kaunselor ke ko ni?hehehe....kasanova tu nk try ko plak ko..hihi

    ReplyDelete
  30. perrghh kemain itu kasanova,
    harap2 yg indah bukan sekadar di depan lappy & di alam mimpi. Melampau rasanya smpai nk ke bilik. ish, mintk dijauhkan

    ReplyDelete
  31. tak tau nak kmen entry mana ni... entry atas ke emtry yg kat kotak komen hakhak

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com