'> Ucap Alhamdulillah Boleh Direjam? | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, February 15, 2013

Ucap Alhamdulillah Boleh Direjam?


As salam,

Setiap hari rutin aku, lepas bersiap untuk ke kerja aku akan mengadap tv sementara tunggu masuk waktu Subuh. So dalam masa itu aku akan layan la tazkirah2 yang ada. Bagus jugak, bukan selalu aku ada kesempatan macamtu. Mungkin itu aje masa yang aku ada.

Ok berbalik pada tajuk, aku dengar ceramah Ustaz Ghazali di rancangan Bismillah. Menurutnya melalui kalimah alhamdulillah sahaja, seseorang itu boleh direjam dengan batu! Curious? Aku lagi la. Tapi ada situasi yang membolehkan seseorang itu direjam.

Bila mana kalimah alhamdulillah itu dilafazkan pada upacara atau keadaan yang salah di sisi agama Islam. Contohnya ucap alhamdulillah lepas berjaya mencuri atau ucap alhamdulillah dalam keadaan tidak berpakaian menutup aurat di khalayak ramai kerana dapat sesuatu anugerah. Erk!

Ye aku terkejut, korang pun mungkin rasa macam aku rasa sebab perkara itu kerap berlaku di hadapan mata kita, di mana2 sahaja bila2 sahaja dan mungkin kita juga pernah mengalaminya. Takpe2 ini ilmu, mungkin baru bagi aku.. dan segelintir antara korang yang lain. So pliss jangan diulangi lagi, ingat hukumannya rejam!

Itulah hukum, hanya dengan meletakkan kalimah alhamdulillah di tempat yang salah sahaja kita boleh dihukum rejam.. inikan pula kalimah Allah? Bayangkan sahaja apa hukumnya.

Sekadar berkongsi ilmu. Wallahua'lam.



P/s : Zalim maksudnya menurut kamus dewan ; meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
        Adakah kita ini zalim?

20 comments:

  1. Thanks for this info!
    Terkejut bila baca tajuk haha.

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk perkongsian ilmu ini :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for info..
    bagus sgt..kekadang kita pun tak sedar rupa nya ucap Alhamdulillah tapi tak kena pd tempat nya..
    lepas ni boleh lbh alert:)

    ReplyDelete
  4. noted =)

    tok,kalo ade event lepak2 cm aritu roger la..haha

    ReplyDelete
  5. Tapi sape yang nak rejam tu? Kat Malaysia takde pun nak buat hukuman macam tu. Sedangkan berzina pun tak kena rejam.

    ReplyDelete
  6. first time dengar ni..thanks sharing. serius berguna.

    ReplyDelete
  7. something new to me, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. kalau sebut Alhamdulillah selepas buat perkara yang tak baik memang tak layak,ada juga orang suka melihat musuh Islamnya ditimpa bala,suka kemain,siap sebut Alhamdulillah...jadi eloklah kita renung2kan...bagus info ini

    ReplyDelete
  9. kekadang kita zalim pada diri sendiri......
    thanks for peringatan tok.....
    kena beware selalu.....

    ReplyDelete
  10. engatkan ..apa ..baru aku faham...

    ReplyDelete
  11. weh... thanx sbb sharing info... apa2 lg info nti bg tau aku k....

    ReplyDelete
  12. Yg kat perenggan 3 tu macam tau je sape. Hahaha! Sama tak kes kalau kita baca bismillah untuk buat benda2 yg terkutuk? Contoh, sambil tgn lap2 cd blue, sambil baca bismillah mintak2 la boleh tengok. Kahkahkah!

    ReplyDelete
  13. good entry.so lepas ni janganlah sesape salah gunakan ucapan Alhamdulillah ni.

    ReplyDelete
  14. Iyalah, siap je tatoo kat badan terus je ucap... tak patut tak patut

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com