As salam,
Pada tahun ini genaplah 2 tahun usia Geng Blogger Sengal. Justeru itu bagi mengembalikan kenangan kita bersama, kita telah merancang satu lagi pertemuan ahli2 Geng Blogger Sengal buat kali keduanya pada tahun ini.
Lokasi : KLCC, Kuala Lumpur
Lokasi berkumpul : Sekitar waterfall di hadapan KLCC
Tarikh : 16 Mac 2013
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pagi - 5 petang
Actually tema adalah 'potluck', tetapi tak diwajibkan. Kalau korang rasa mampu bawak, bawakla. Tak bawak pun tak menjadi masalah. Almaklumla bukan semua yang hadir berkenderaan sendiri.
Aktiviti? Plan asal memang banyak aktiviti tapi bila dibincangkan kembali, adalah lebih molek kita buat ice breaking. Kita lebih tekankan perkenalan di antara blogger, sesi berkongsi ilmu dan secara tak langsung dapat merapatkan lagi hubungan sesama blogger. Sekiranya ada cadangan untuk membuat aktiviti lain seperti karaoke atau lain2, boleh decide kat sana nanti.
So aku sebagai admin juga menjemput mana2 blogger lain yang berkelapangan untuk turut serta memeriahkan lagi pertemuan blogger ini. Antara blogger2 yang bakal turun adalah seperti Shawn Razaleigh (Rasukan Kentut Gua), Babyzyra Roxx, Aida Omar, Remyhazza, Akmal Hakim (Katak Comel), Xila (Zila Manaf), MK Syahir (Apakah?), Wan Cikgumuzik, dan ramai lagi blogger2 pemes lain. Cenderahati juga turut diberi kepada mereka yang hadir.
Oh sebelum terlupa, jangan lupa bawak adiah setiap seorang untuk exchanging gift nanti ye. Korang bajet la sendiri harga, asal berpatutan :)
KLIK SINI untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai program.
Sekian, terima kasih
Ketua Penyelaras,
Afzalsukasuki
33 Comments
ah jeles xdapat pergi...mencikkk =)
ReplyDeletetypo detected! "merapatkan lagu hubungan sesama blogger." ok lagu apa tu bang long? kih kih kih
ReplyDeletesedihnye.. xde kesemptan g nak join gatherg. :'(
ReplyDeleteZaza - alahai baru ingat nak jumpa zaza
ReplyDeleteIeyza - hmm xpe2 mungkin next time ye :)
Zafira - ko memang la kahkahkah pengganti Jajam yang unggul :D
ALAAAAA!
ReplyDeleteManalah tau aritu nnt aku ada kat situ bley join lar yea? Untuk merapatkan lagu... :p
ReplyDeletexdek rezeki nak jumpa tok =(
ReplyDeleteuishhh..cam nak join..heh heh
ReplyDeleteOoo.,... geng blogger yg tak sengal pun bleh join ek?
ReplyDeleteInsya Allah... :)
ReplyDeleteBestnya bro...terasa macam nak menyibukkan diri ajer....hehehhe
ReplyDeletejangan marah kalo x jadi pergi eh hehe
ReplyDeletetgh berunding dgn tuan pengetua dlu
ReplyDeleteooh.xdpt p ms nie..nenek saya bersalin
ReplyDeleteharharharunsalimbachik
saya tak boleh berjanji untuk datang.maaf ye tok..tapi kalau time tu ade di area terdekat,sure akan datang..hope kali ni lebih meriah turun ramai ramai ye.
ReplyDeletehuhu..tak dapat nak poi.. kim salam kat smua org kg.. :)
ReplyDeletebln 5 lah buat...
ReplyDeletek.el terjah KLCC hahahaha
have fun uols
ha3.... sungguh tak hapdet remy nie...nasib baik tok mention pasal gift tu....... sekarang jugak remy bungkus..... he3...seorg satu jer kan.......
ReplyDeletedengan kecil hatinya akak tak dapat join dengan alasan...akak dah tua sangat nak berghatering2 bagai ni....anak-anak akak ramai nanti semua nak ikut..sekian..harap zal paham..
ReplyDeleteenjoy yourself...
ReplyDeleteof coz ak tak turun ad family matter need to settle. Sory semua
ReplyDeletebest kalau dkn adapat join tapi malangnya dkna tak dapat join :(
ReplyDeleteGrrrr. Fine tak dpt pegi :(
ReplyDeleteBestnyaa!
ala.. xdpt pergi lahh
ReplyDeletemas tak p lagi beli hadiah..kesihatan still xlok..myb jumaat petang baru survey2 hadiah n jajan..semoga ketemu gbs
ReplyDeletewaa bestnye..nak join tapi segan :(
ReplyDeleteJauh dr klcc tu..hehe
ReplyDeleteNanti post pic taw..nk tengok :)
tak dapat nak p T_T
ReplyDeleteada program dengan orang asli . wuwuwuw
er err segan la pulak :|
ReplyDeletenak baju. buat baju buat laaaa
nasib baik aku tak kompemkan awal2.. kalau tak, aku menaburkan janji2 manis dan palsu je.hahaha. harap korang happy kat sana tau. ko pulak bertanggungjawab untuk sampaikan salam kat kawan2 semua.. aku pulak kena bekerja dan berpenat2an kat JB sampai hari ahad.. sob3..
ReplyDeletek...
ReplyDeletek...
ReplyDeleteGeng Blogger Sengal? amende tuh? tak penah dengar pun?
ReplyDeletebtw, untunglah korang dapat buat gathering. :)