Mereka Cuma Mahu Salam


As salam,

Aku tak sabar tunggu minggu depan. Ada aktiviti bersama anak2 yatim di taman sebelah. Abah aku ajak aku. Tak perlu tunggu lama aku terus bersetuju. Macam2 aku fikir, apa perlu aku bawa untuk anak2 tersebut?

Aku teringat apa yang mak aku ceritakan tadi. Sebaik melihat mak dan abah aku, berpusu2 kanak2 dalam lingkungan 3-6 tahun berlari mendapatkan mereka. Comel2 belaka dan petah berkata2.

'Nak salam! Nak salam', itu sahaja yang mereka minta. Mak abah aku menghulurkan salam sambil mengusap kepala setiap seorang. Mak aku terus bercerita tanpa menyedari aku mula menuju ke tandas.

Aku memandang cermin, mata aku merah. Kelopak mata aku berkaca. Aku bayangkan rupa setiap satunya, sambil menunggu aku menghulurkan salam. Itu sahajakah yang mereka minta?

Mereka tak minta kfc kah? Mainan? Ke taman permainan?

Mereka masih kanak2, tapi sudah ditarik nikmat kasih sayang. Bagaimanakah mereka mampu menghadapi hari2 sebegitu rupa? Apa yang mereka makan? Apa pula yang mereka pakai? Laparkah mereka malam nanti? Siapakah yang usap rambut mereka setiap hari? Siapa pula yang akan kucup dahi mereka sebelum mereka tidur?


Aku di pejabat, menaip entry ini sendirian. Mata aku mula berair lagi.


P/s : Alangkah nikmatnya hidup sekiranya setiap insan yang dilahirkan beribu dan berbapa..


27 Comments

  1. bersyukur pd yang lebih .. memberi pada yang kurang :)

    ReplyDelete
  2. Untung orang yang dapat merasa kasih sayang ibu bapa...

    ReplyDelete
  3. untung kita ini yang mempunyai kedua ibu bapa.. tapi kebanyakan kita masih tak menghargai keujudan kedua ibu bapa itu dalam hidup mereka.. :(

    ReplyDelete
  4. Wasalam afzal.. ah nie yang buat air mata tumpah nie entry cenggini. betul tu bersyukur sangat2 kita dilahirkan dan membesar bersama2 kedua ibu bapa.. mereka? dari kecik tak merasa kasih sayang ibu bapa. Moga mereka2 semua menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat kelak..

    ReplyDelete
  5. Salam Afzal..betul tu, mereka tak minta apa2 pun..mereka sudah cukup gembira jika ada yang sudi berkunjung..beruntungnya kita punya kasih sayang dan doa kedua ibu bapa.. :)

    ReplyDelete
  6. walau tak de mak bapak tpi percayala masih ada insan yg sayang mereka dan aku teka ko salah sorang dari orang tu tuk ketua ^_^

    ReplyDelete
  7. sentiasalah berdoa kepada mereka, dan bsyukur krn msh ada mak ayah..

    ReplyDelete
  8. usaplah kepala mereka dengan kasih sayang..insya'Allah de ganjaran dari Allah s.w.t

    kesian mereka..hmmm :'(

    ReplyDelete
  9. Nnt kalau kau gi jumpa mereka sendiri kau akan rasa lebih pilu. They are so sweet little angel, what they want just a lil attention. Kadang2 aku rasa nak jer tarik budak jenis spoiled brat ke rumah anak yatim, bukan nak buat contoh, tapi agar dapt buka mata buka hati supaya bersyukur.

    ReplyDelete
  10. salam.. sebak kalau difikirkan andai kite tak dapat kasih sayang drpd ibu bapa.. tak dpt bayangkan kalau kita tak dpt rasa nikmat tu.. alhamdulillah meow masih merasainya..

    wuu wuu.. adoi rindu pulak nak balik rumah.. huwaaaa

    ReplyDelete
  11. mesti dorg semua comel2 kan, kalau dah kat depan dorg ni, mesti dah peluk sorg2.

    ReplyDelete
  12. so yg ada ibu bapa tu kena hargai la mereka kan. tak dapat nak byangkan ada kat tempat anak2 yatim tu

    ReplyDelete
  13. Aku selalu rasa bersyukur sebab mak dengan abah aku still ada dan sihat walafiat. Tambah-tambah lagi bila tengok mereka yang dah kehilangan ibubapa, aku rasa bertuah sangat. :)

    ReplyDelete
  14. kita bertuah sebab ad mak ayah.. :')

    ReplyDelete
  15. bersyukurlah kita yang mempunyai ibu bapa yang masih hidup....kita jugak harus melayan anak yatim dengan baik, kerana ada ganjaran besar untuk kita di akhrat nnti.

    ReplyDelete
  16. xsalah lau kita beri diorg kasih sayang cukuplah lau sllu menziarah diorg tu kan huhu

    ReplyDelete
  17. *hulur tisu*

    mataku pun sama berair

    ReplyDelete
  18. nak salam oiiihh nak salamm

    haku pong anak yatim nih

    :)

    pssttt..tu laa nama nya perbuatan tertelus di dunia yg sementara nie.kalau ada ihsan,sambut salam mereka dgn kasih dan sayang.. jgn sumbong sgt! kan kan

    ReplyDelete
  19. sedihhh *potong bawang* :/

    kesian mereka . kecik2 lagi dah ditarik nikmat kasih sayang yg sebenar dari ibu bapa . Alhamdulillah , bersyukur masih ada ibu & ayah yg sihat walafiat :)

    abg afzal jangan ler nangis oi . bella pun ghase nak nangis ni oi :/

    ReplyDelete
  20. sedih ni.. kalau boleh. diorang nak orang2 yang datang melawat diorang tu, tido kat situ. malam2 bacakan buku cerita, bermain dengan mereka...

    sedih...

    ReplyDelete
  21. syok nyaaa ada jenguk-jenguk umah anak yatim. uhukss.

    banglong, kim salam ke depa semua tau. dengan lafaz "Assalamualaikum anak-anak"

    :')

    ReplyDelete
  22. bersyukur masih ada lg ibu dan bapa..

    ReplyDelete
  23. Sebab tu dalam islam salah satu dosa besar aniaya anak yatim..
    Sebab mereka tiada ibu bapa...tiada kasih sayang.

    ReplyDelete
  24. Zal, kalau rajin sebulan sekali jengahlah ke tempat yang orang tua bawa kamu tu. Ajak orang rumah sekali. kalau ada sen lebih, belikan roti sardin dan air kotak bagi kat diorang sorang satu. Kita tak rugi apa-apa...

    ReplyDelete