Sila Pakai Sarung Tangan Dan Tandatangan Surat Perjanjian Untuk Makan Burger Ini


As salam,

Perghh tajuk! Mula2 aku baca cuak gak. Ape kena ngan burger ni. Dah siap tandatangan surat perjanjian bagai. Tu nasib tak suruh tandatangan surat pengisyitiharan harta. Macam nak makan racun je.

Haa kalau korang nak tau, ni bukan calang2 burger. Burger ni merupakan burger paling pedas sehinggakan kalau kita sentuh boleh pedih tangan! Burger Atom England menjemput sesiapa yang berani giler kentang untuk mencuba burger terbaru mereka Fallout Atomic Burger. Burger ini terdiri daripada lebih satu paun daging yang mana kalau diukur tahap kepedasannya boleh mencecah tahap 1,000,000 Scoville.

Tahap kepedasannya datang daripada 3 jenis sos yang mana 2 daripada sos tersebut dihasilkan daripada 2 jenis cili paling peda s di dunia - The Ghost Pepper dan Scotch Bonnet. Akibat terlalu pedas, restoran itu hanya akan menghidangkan kepada pelanggan yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Setakat ini 500 orang sahaja pernah mencubanya, dan hanya 1 daripada 10 orang sahaja yang berjaya menghabiskannya. Yang lain ditemui bergelimpangan di tandas2 awam :P



14 Comments

  1. nampak sedap tapi kalau pedas sgt2 xpelah...nnt xpasal2 nnt dapat penyakit lak =)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. dapat duit x? hehehe
    nampak pun dah pedas

    ReplyDelete
  3. kalau suruh orang kita makan boleh je kot,setakat pedas cili api pun orang kita makan mentah camtu je...bawa Malaysia lah...kita tengok

    ReplyDelete
  4. Daging dia memang nampak mengujakan tapi dengan pelbagai sos yang dicampurkan tu mau pedas dia tahap gaban kan ?

    ReplyDelete
  5. perghh.. nampak cam sedap jek.. tapi dh kalo mkan pn kena pkai sarung tgn, nampak sangat kepedihan kepedasan disitu..

    ReplyDelete
  6. erk! rasa seram plak bila nak makan burger ni...isk! tak sanggup den..haha:)

    ReplyDelete
  7. tak suka burger sangt..sebab ada sos..heheh..ni mau satu gigit je dah kena cirit birit,.heheh

    ReplyDelete
  8. Aku sokong ummi..org Malaysia ni kalau pedas mainan kehidupan...kikikikiki.

    ReplyDelete
  9. Haha ayat 'bergelimpangan di tandas tandas awam' tu sangat takleh belah. Haha, saya takleh kot, pedas sikit2 boleh le. Kalau dah pedas sgt, saya surrender! Hehe.

    ReplyDelete
  10. pernah ada yang koma tak pas makan burger ni.

    ReplyDelete
  11. tak sanggup haih nak makan kalau dah pegang pun boleh pedih tangan.kalau makan,mungkin bibir akan jadi macam angeline jolie kot :p

    ReplyDelete