As salam,
Aku ada dengar cerita, pasal kawan mak aku. Balik rumah masam mencuka, mungkin penat dipanggil bekerja haritu. Dari pagi sampai malam. Nak buat macamana, itu kerja dia.
Dia sebenarnya terlibat dalam pengagihan duit bantuan kepada penduduk sekitar Bangi. Dalam ramai2 yang datang tu, dia tak boleh lupa dengan karenah seorang akak ni. Datang ke mejanya memaki hamun, beredar pun masih memaki hamun. Tutur kata dan sikapnya tak melambangkan cara pemakaiannya. Tak perlu aku sebut kat sini macamana. Aku tahu korang lebih bijak.
'Terima kasih'.. pada aku tak susah mana pun kot? Tak perlu segulung Ijazah, takde rupa macam Anuar Zain pun takpe. Anggaplah ucapan terima kasih korang beri tu untuk khidmat dan kerja yang mereka lakukan bagi mempermudahkan urusan korang. Masing2 manusia, punya aib nak dijaga. Jangan fikir hati sendiri semata2.
"yang kurik itu kundi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa"
yang indah itu bahasa"
Cantik dah pantun orang lama. Ke hanya relevan di sekolah rendah sahaja? Kalau benarlah marah sangat, bukan mereka yang patut jadi tembok untuk kita lempiaskan amarah. Nun pegi la cari orang yang bertanggungjawab.
Tolaklah seketika ideologi sempit ke tepi, naik muaklah aku dengar hari2..
Tapi terima kasih la sebab sudi dengar aku mengomel pepetang ni :)
17 Comments
nsb zaza bukan jenis pmarah..hehe...budi bhsa tu sgt penting..
ReplyDeletehuh kalau kena kat aku mmg kena balik la ...
ReplyDeletetima kasih tok sbb mengingatkan aku supaya lain kali jgn lupa nak sebut terima kasih... kadang2 terlupa. tapi aku klw tak sempat ucap terima kasih aku senyum jer...utk mompan lau lelaki aku kenyit mata terus eh LOL ^_^
ReplyDeletesaya seorang yag amat bersopan santun..Walau pun marah namun masih senyum-senyum..hehehehe
ReplyDeletekalu dh emosi pantun pun tak reti :)
ReplyDeleteterima kasih kerana tidak mengumpat saya...
ReplyDeletememey sakit hati..
ReplyDeletekalau jaja la..jaja buat x tahu je.
Iyelah iyelah tok, nanti aku hapdet status tu hahahahahahahahah (eh, eh tersalah komen ke nih?)
ReplyDeleteNasib baik akak tu masih lom lupa diri, kannnnn?
terima kasih kerana sudi buat entry ni :p
ReplyDeleteterima kasih afzal sebab sudi buat entri terima kasih nie.....
ReplyDeletekami yg bekerja berdepan dgn org ramai ni bukan mengharapkan emas permata dilonggokkan tapi cukup sekadar ucapan terima kasih. dah rasa kerja buat kita dihargai.
pantun sangat best !! :)
ReplyDeleteTapi kenapa akak tu memaki hamun? Apa puncanya?
ReplyDeleteDah knapa org tu maki hamun? dia ada msalah kewarasan kot.. hohoho.. Terimakasih kerana bagi ruang tuk saya komen.. hehe
ReplyDeletentah! pelik dgn orang2 yg tak reti ucap "terima kasih"...hahha... klu tak suka pun buat2 lah muka manis kan/ hahaha..kan..kan? :)
ReplyDeleteterima kasih krn ingatkan..... :)
ReplyDeletecian kawan mak awak tu..tak pasal2 bad mood plak dia..
ReplyDeletemanusia kalau dah hilang kewarasan.... mula hilang adab sopan... semua keluar....
ReplyDelete