Bila Kawan Lama Datang Cari..


As salam,

Biasa tak ngan perkara macamni? Mula2 bila jumpa kita tak fikir panjang, yela kawan lama kan. Kita fikir baik, rindu pun ada. Lagi2 bila hampir 10 tahun tak jumpa. Tapi pernah tak kita 'nakalkan' sikit fikiran kita, kenapa ye tetiba dia set date nak jumpa secara tiba2?

Aku tak hairan kalau dia jumpa sambil perkenalkan bakal isteri atau hulur kad kahwin tapi macamana plak kalau dia datang sambil tayang kereta mewah dan 3-4 android henpon di tangan. Korang order je makan apa, dia bayar semua. Apa korang fikir? Korang dapat tangkap tak niat sebenarnya?

Aku cakap pon sebab aku dah terkena. Alasan nak jumpa sebab rindu tu dah busuk sangat. Last2 bila aku dah termakan kata2 dia, laburkan sedikit wang dan dia tinggalkan aku sampai sekarang tanpa sebarang cerita. Aku tak faham macamana cara dia cari rezeki tapi kalau macamni punya perangai, takde kawan macamtu pun takpe.

Itu cerita setahun lepas. Takpe la aku fikir itu bukan rezeki aku je la.

Untuk korang, dia mungkin kawan kita.. tapi pada dia kita ni bukan siapa2. Hanya salah satu daripada matlamatnya sahaja.


13 Comments

  1. aku belum pernah terkena lagi mcm tu,

    tapi kawan lama tetiba ajak jumpa,,sbb tujuan dia nak tunjuk kekayaan dan kejayaan dia ada..bukan share ..tapi nak menunjuk..dia lebih best dari aku.

    aku sentap baca entri ko.luka lama berdarah kembali...


    uwaaaa

    ReplyDelete
  2. xpernah lagi la kawan tiba2 cari. dan xterfikir 'nakal' pun. sebab di antara kawan2 hana. hana rasa sama ja. nak tayang kereta? xmungkin sebab setaraf je kami pun. mungkin belum sampai waktunya kot. mana tahu satu hari nanti hana kena berfikiran 'nakal' juga..huhu

    kena sentiasa beringat. risau gak dengan kawan bermulut manis ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah blm pernah terkena..sekarang ni, kawan dah ramai yg mkn kawan.. sedey kan..

    ReplyDelete
  4. Setakat nie aku tak pernah terkena macam tu...tpi kalo ada kawan macam tu jangan harap aku nak bg duit..haha

    ReplyDelete
  5. skang ni x terkena lagi.. mudah2an x terkena slama2nya lah.. kwn2 sy, bg sy smuanya baek2.. xder kot yg bleh jadi cmtu.. kalo ad, xtw lah nk ckp pe.. -_-

    ReplyDelete
  6. dah tahu sangat taktik dorang ni afzal..pelik gak bile kawan tbe2 muncul dan asyik ajak keluar je kan..adalah niat jahat disebalik niat baik..kawan camni takleh dibuat kawan..ni kawan makan kawan namanya..sabar je la.belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
  7. hmm dh penah kena pon,..awal tahun aritu,...alasan rindu sbb last jmpa time spm,..rupanya nk jmpa sbb nk pekena org suh join bisnes dia spya dia dpt komisyen,...hmm,...

    ReplyDelete
  8. pernah juga dpt kwn macam tu...... bial dah tahu niat sebenar dia..... malas nak layan.......kekadang kita nak rapatkan hubungan yg terpisah....tapi itulah...kekadang ada yg ambil kesempatan.....

    ReplyDelete
  9. kawan mkn kawan...ish3,x baik btol la

    ReplyDelete
  10. erm! perangai manusia mcm2..klu sekadar nak jumpa kita utk menunjuk kan kekayaan yg ada baik tak payah..riak dah tu!..
    susah nak cari sahabat yg betul2 memahami di zaman ini..hehe:)

    ReplyDelete
  11. emmm.. kwn ni susah nak cari yg betul2 kwn.. kalau lama tak jumpa tib2 muncul mesti ada udang di sebalik nasi goreng patayya tiga rasa tu... sabar je la...

    p/s: jom join segmen deno? segmen sempena LUPUS awareness month .. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
  12. Ni yang lemah ni..
    Kawan lama nak jumpa tapi usha bisnis dan lagak dia. Dan paling tak best tipu lagi..huhuhuhuhu.

    Aku pernah kena bro. So aku tekad..kalau jumpa member lama. .aku awal2 sound tak mahu ada bisnis2 ni..cerita pasal hal keluarga ok..dan hal2 lama masa bujang.

    ReplyDelete
  13. ya kan..tp Alhamdulillah zaza belum pernah jumpa lagi kawan mcm tu..harap xadalah..

    ReplyDelete