As salam,
Akibat terpengaruh ngan iklan2 kat tv ditambah plak ngan sokongan padu depan belakang.. eh2 tukar la, kiri kanan dari korang tempohari akhirnya aku pasrah. Bawak gak la wife aku pegi Mid Valley.
Kemain suka dia. Kitorang sampai awal sebab aku tau kalau lambat wajib jem. Kena plak time tu PC Fair, hamik ko nok. Kemain ramai punya makhluk, punyala sempit ruang nak berjalan dah serupa macam biri2 masuk kandang. Aku terus mentabah.. sebab aku dah merasa semua tu. Bini aku fine lagi. Takpe2.. tunggu beberapa adengan lagi ye.
Masuk lunch hour, kitorang pon cari la port nak makan. Hahamek ko, semua tempat kena beratur. Aku rasa dah kembali ke asrama plak. Amik makanan kena beratur2 bagai. Aku usha sipi2 muka wife aku. Ada sedikit toya la kihkihkih. Berdecit2 jugakla mulut dia. Hehehe sabar sayang ada lagi kita kena hadap. Setakat beratur nak makan ni apa la sangat kan?kan? :P
Time keluar nak bayar parking, dari pukul 2.30 membawak ke pukul 4.30 still dalam parking area. Bini aku dah hangin. Tu dia tak bawak kereta, kalau dia yang bawak kereta ada yang koyang rabak jadik hulk! Aku kena tempias, dok main minyak. Area pukul 5 petang baru keluar nampak matahari. Huhuhu
'
Abang, lain kali sumpah tak nak lagi pegi Mid Valley!', kata bini aku. Aku sengih
Haa part ni yang paling aku suka. Selagi dia tak merasa azabnya masuk KL, selagi tu la dia tak percaya. Aku tau la sebab hari2 aku tersengguk2 ngantuk dalam jem time nak pegi keje.
Minggu depan ada Maternity & Baby Fair kat Mid Valley tapi dia dah bangkang awal2 hahaha :D
Alhamdulillah akhirnya cik bini sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan :P
25 Comments
ko saje bawak cik bini time-time tu kan...
ReplyDeletekesian bini Zal...takpelah,bawa jugalah tapi g kat kawasan sipi2 bandar pulak...
ReplyDeletebukan syurga donia ke KL tu haha..
ReplyDeletekalau masa ngandung dulu sy xpeduli pun sesak bagai mana pun tetp nak p.. kaki da bengkak n masuk 9 bulan masih p shopping 2-3 pagi.. padahal bukan beli apa pun.. sja nak jalan, smpai bby pun sekrg da teriku na k p jalan je kejenya
ReplyDeletedasatnya...lama tul nk membayar parking...
ReplyDeleteAkak kalo ke KL...mmg tak penah gi mid valley, pavilion dan mall yg besar2 ni...tak reti rasanya nk tengok2 orang jual itu ini. Gi KLCC 2x pun sbb nk gi petrosains. Ntah ler, sbb dh biasa dok taiping ni amannnn damaii jer, hehe..
Tambah2 pulak...keluarga kitorang bkn jenis banyak wang nk berbelanja kat tempat2 mcm tu..
Tahniah kerana berjaya bawak cik bini ko ke jalan yang benar...hahah
ReplyDeleteMak aih lama beno kt parking. Baik keluar jalan kaki cepat sampai. HEHEHEH
ReplyDeleteSyu last pegi Mid tahun 2006. Sebab 1,xstay kl.2, pi la KL,xkan sesekali minat nk pegi Mid. SESAK! Nak jalan rasa sempit.
hahaha... saje je bawak time2 cnggitu :p
ReplyDeletehaha kesian cik bini abg tu . saje letu bawak time2 cenggitu , taknak bagi pegi dah lepas ni . mihmih
ReplyDeleteSib baik x pg last week. Ramai org kata sesak
ReplyDeleteMacam mendera bini jer gaya nyer. Bawak pi peak hour kenapa. Harap bini kau minta second experience. haaha
ReplyDeletepc fair kat mid vally, comferm jem kat pc fair....berhimpit3x..
ReplyDeletetaun lepas siap ada jalannya tak leh jLn sesuka hati.mmg takleh nak patah balik kena juga sampai habis..kedai ke kedai pg...perghh!!..haha
Kesian plak kat wife tu.. tak kan dah mengaku kalah kot jalan2 kt KL?hehe..
ReplyDeletedulu2 duk KL suka naik LRT je ke mana2..tak lah sangkut jem..hehe:)
kijamnya abg? hahahhaa
ReplyDeletesalam =)
ReplyDeleteMid Valley?teruk beno ke jem tu..ni mesti kes balik lmbt la kann..lau xnk jem,senang prking,kenela p awal..tp mmg xleh lame benaran la kt mid tu..lepas tghri mmg sesak kan..
pergi awal pagi.. ^,^
hari tu pi jugak mid valley, ada job fair.
ReplyDeletehehehehe.. lepas ni mesti dia dah tak nak ke sana lagi kan..hahaha.. aku pun naik menyampah kat sana tau
ReplyDeletetak penah lg ika sampai mid valley T_T
ReplyDeleteakak masa belum ada anak dulu,sesak tak sesak akak redah je...asal apa yang dihajati tercapai..muahahah..dah ada ank ni tak boleh la..kang sakit2 rimas..
ReplyDeletehahahahhaha..bila dah merasa baru tahu...
ReplyDeleteHahahha.. terus insaf... bagus lah kalo cmtu.. keh3
ReplyDeletekena plak time cuti. erk, cuti ke masa tu.. hehe
ReplyDeletehana pun teringin nak p sana. xpernah p pun.
kenapa aku tak thu semua ni erk.. nama je umh dekt dengan mid..tak thu plak ada PC fair tori haha..bgus la wife anda dah insaf..Mid ni memang jem. parking plak penuh mnjang
ReplyDeletegrrr lamanya kat dalam parking...mau tak rimas akak tuh..mas sendiri pun tak pernah p. (okey malu lak duk kl tapi xnah g)adoiii
ReplyDeletehahahah. kelakar. mid valley kalau ade event masyaAllah semua tempat nak ramai
ReplyDelete