Iklan Teruna Untuk Dikacipkan

10:53 AM


As salam

Hari ni aku nak pomot something, tapi bukan minyak wangi MLM atau tupperware. Aku nak pomot orang. Bukan nak dibuat orang gaji atau hamba abdi tapi nak carikan jodoh untuk dia. Amacam mukadimah aku ada yang dah mula tertawan tak?

Tapi harap makjah la ye jodoh untuk kawan aku ni hanya anak gadis sunti. Tahap2 mak orang, bini orang, suami orang atau anak2 ikan sila ketepi dulu. Kepada yang masih berdara dan bergetah (lulus ujian lompat getah) boleh amik borang di kaunter 8.

Ni gambar dia. Kasi cuci mata dulu la ea, tapi maaf lah takleh test drive :P


Kalau korang nak kenal ni kawan aku, blogger gak. Nama dia Ah Yampenyek. Kalau nak ke blog dia KLIK SINI. Masih bujang dan aku jamin masih teruna. Kalau didapati tak teruna korang boleh pulangkan kat aku balik dalam masa sebulan atau wang korang takkan dikembalikan ewahh :D Setau aku dia sambung master kat Sarawak, U mana aku tak pasti plak. Check it out kelebihan2 yang dia ada..
  • Tahan maki dan kadangkala mampu tahan kentut jugak
  • Mewakili rumah sukan dalam acara lawan mata berganti2 (tanpa kelip) 
  • Sangat berkeyakinan, mengaku kacak dan punya pesona
  • Suka aktiviti lasak seperti hiking, bersukan, berkhemah dan bermain tutup oren.
  • Umur dalam lingkungan 24-27 tahun. (Aku agak2 je sebab dia taknak bagitau)
  • Asal Negeri Sembilan.
  • Hobi menanam tebu di bibir dan mengayat gadis2 genit.
Antara ciri2 awek yang diidamkan ;
  • Expert dalam memasak lemak cili api
  • Tiada masalah kutu babi
  • Besopan santun, hormat orang tua dan sentiasa memakai talipinggang keledar..
  • Perempuan melayu terakhir diberi keutamaan
  • Sedap mata memandang
  • Pandai urut simpuh biawak
So kepada sesiapa yang memenuhi ciri2 di atas, ingin mengisi kekosongan di hati beliau sila rujuk aku untuk tempahan sebelum 31 Mei 2013. Borang yang tak lengkap diisi akan dijadikan pembalut nasi lemak mak aku serta merta.

'Ye saya memang comel' adalah motto peribadinya


Sori Ah Yampenyek aku jual ko kat sini kahkahkah :D

You Might Also Like

37 comments

  1. ala...lambat sgt pomot..aku dah kawen dah...

    hahahaha...
    nnt aku masak lemak cili api kat blog dia.heheee

    ReplyDelete
  2. nak promote orang pun bolehhhh! Hahaha. mukadimah takleh blah! LOL

    ReplyDelete
  3. Ahaha..kemain buat promosi hebat..tp lambat sgt promotenya.. :p

    ReplyDelete
  4. ala..melayu je ke...
    akak orang sepanyol..

    ReplyDelete
  5. ni takat stock geli-geli jer ni tok ketua... memang sesuai tuk anak2 dara jer ni ekeekek >..<

    ReplyDelete
  6. La, terbalik pula syarat yang dipinta!! Orang kalau boleh nak suruh dia yang masak!! hahaah...

    p/s: mukadimah memang tak boleh bla btol...=)

    ReplyDelete
  7. oh ini rupa ah yam penyek rupanya..hehe

    ReplyDelete
  8. eh tok..lupe za dh tukar url
    http://sayazaza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. tok, taknak pomot kitew kewwwwwww. kahkah


    kemain la haaa carik jodoh. mohon tukar blog kaler pink lah tok. baru sesuai :p

    ReplyDelete
  10. bape dia bayar utk pomot ni hahaha :P

    ReplyDelete
  11. comel.... he3.... berapa dapat komisen bro????

    ReplyDelete
  12. ala bab memasak tu spoil la plak.. huhu xda harapan..:P

    ReplyDelete
  13. astaghfirullah... ape ko buat ni jal... baik punye pedajal..... hahhaa..woi delete entri ni.. mnjatuhkn maruah sungguh ish2.. :P

    ReplyDelete
  14. ini semua poyoo.... haha ~ teringat johan pulak :p

    p/s: jom join segmen deno? :) LUPUS awareness!^^ http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
  15. kah3, ayam penyek rupanya,.....hahahah

    ReplyDelete
  16. leh wat calon adik hahahahahahah aku men-men jerk :)

    ReplyDelete
  17. hahhaa lawak..terbaik punya promote

    ReplyDelete
  18. Hihihihihi........tajuk entri memang melampau...

    ReplyDelete
  19. hahahaha.. smoga bertemu jodoh yang diidamkan.. :P

    ReplyDelete
  20. dah jadi pusat carik jodoh.wakaka

    ReplyDelete
  21. dah jadi pusat carik jodoh.wakaka

    ReplyDelete
  22. hahahaha . dah kenapeee .

    bguslah orngnya sdap mata memandang , smmoga brtemu jodohnya ;D

    ReplyDelete
  23. hihihi lor ayam jadi mangsa..hihihi
    cute gak ek dia..tapi dia mmg baik pun..blog nya best.

    mana tahu berkat entry tok ni, titik permulaan buka agensi cari jodoh.hihihi

    ReplyDelete
  24. wah!jelita jugak awex abe apjal..boleh buat bibik 2..

    ReplyDelete
  25. huh!!! ko tak nak pomot aku pun.. bujang terlajak yang cari budak sekolah.hahaha

    ReplyDelete
  26. hahaha bongekla kauu...ayat promote cantik habess haha :D

    ReplyDelete
  27. boleh jadi agen cari jodoh ni apjal.moga beliau dapat jodoh yang baik.aminn..bagu apjal,niat yang baik :)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, lama dah tak singgah komeng.

    ada ciri2 lelaki idaman tetapi bukan belah saya la..haha :D

    ReplyDelete