'> Itu Entry Terakhirnya | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, May 16, 2013

Itu Entry Terakhirnya


Assalamualaikum

Maaf mungkin ini entry terbaru tapi siapa sangka entry terakhir dari afzalsukasuki. Saya pun tak percaya tapi itulah... Mungkin ada yang sedar, ada yang perasan dan kebanyakannya mungkin tak ambil peduli pun kemana hilangnya penulis sejak dua minggu lepas.

Entry saya tak sebaik along. Saya di sini hanya ingin menyampaikan berita yang along dah tiada. Tidak mungkin dia akan menaip seperti selalu. Maaf saya terlalu straight forward, tidak pandai berkata2 seperti arwah. Pasti kami sekeluarga akan merinduinya hingga akhir hayat kami.

Saya cuma berharap agar segala salah silap arwah dapat kalian maafkan. Sekiranya arwah ada berhutang, kalian boleh la menuntut kepada kami sekeluarga. Sekiranya hutangnya tak tertanggung, saya mewakili keluarga memohon agar dapat dihalalkan segalanya. Pemergian arwah terlalu mengejut dan ketiadaannya memberi tamparan besar kepada kami sekeluarga.

Akhir kata, doakanlah roh arwah dicucuri rahmat dan dipermudahkan segala urusannya di sana. Saya tamatkan nukilan saya di sini bererti berakhirlah kalam dari afzalsukasuki. Terima kasih kepada semua yang menyokong hasil penulisan along..

Sekian.

Ikhlas,
Angah





P/s : Ini kot agaknya entry bila aku dah takde nanti hmm..


22 comments:

  1. :O Terkejut baca entry ni. Setiap hari kot duk tengok afzalsukasuki ada tak update entry baru. Hish sekali tunggu dapat entry gini -.-

    ReplyDelete
  2. kau memang kan.. berderau darah aku.

    ReplyDelete
  3. Erk..awak ni memain je..tgok entry last mmg awak lama tak update terkezut tau baca..semoga awak sihat selalu...

    ReplyDelete
  4. hoi. memain pulak. terkejut aku. nak nangis dah

    ReplyDelete
  5. ok,memula sedih...pastu bile tgk ayat bwh sekali...????? tp takpelah,sbg peringatan yg kte sume x hidup lama kat dunia..

    ReplyDelete
  6. arghhhhhhhh mencikkkk saket jantung!!

    ReplyDelete
  7. kalau yang jenis baca terus ke bawah,pasti tak terkejut...tapi akak jenis baca dari atas dik...nasib baik akak sihat takde sakit kencing manis ke....memanglah tertanya-tanya lama tak update blog..

    p/s:Ingat mati dapat pahala.

    ReplyDelete
  8. kau saje kan buat aku mcm ni kan afzal..? kelam kabut aku cari no phone nak call.. tak perasan plak aku p/s tuh.. baca komen2, baru taw

    ReplyDelete
  9. ko ni kan!!!! serius jantung aku dah nak gugur dah... ko jangan macam-macam! adeh.. sayang juga aku kat ko kan.hahahahaha. hampagas punya kawan!!!

    weh, ahad ni jomlah ke seminar buat duit dengan blog. jom jom. ko boleh tengok kat blog aku. tgk kat banner aku. klik banner tu. ajak budak2 gbs sekali.

    ReplyDelete
  10. celaka !!!!

    suspen siotttttt...aku belum minta maaf lagi..

    tak guna..bongokk...

    rugi air mata aku mobngokkkkkkkkk

    ReplyDelete
  11. jahanam ko pejal..
    ko nak pi alam kubur nnti aku hantarkan!
    hahaha

    ReplyDelete
  12. bagus entri ni.peringatan untuk diri sendiri dan juga orang lain..

    ReplyDelete
  13. ngok la afzal. terkejut aku :(

    ReplyDelete
  14. banglonggggggggggggg. saja je kan.


    huhh nasib mata tak sempat berair. moga banglong sefamili sihat sokmo. mishuuu.

    ReplyDelete
  15. Aigoooo!!!..
    kelako baca komen2x kat atas..
    memang terkena aku....nasib baik tak ada sampai tahap menangis..wahaaaaa3x...

    ReplyDelete
  16. Hoiiiiiii kau jgn wat cite camni leh dak? Aku tak mampu nak teruskan baca td, 2 baris je cam dah tak sanggup baca cam dapat agak apa isi entrynya. Tak mampuuuuu. Tetiba ada p/s lak bawah tu. Agak bedebar gak r jantung aku tadi. Semuga panjang umur. Hukhuk


    ~ Silent reader sementara

    ReplyDelete
  17. kau biar betul zal... baru hari ahad hari tu remy jumpa kau..... tup2 dah takde.......hu3.....

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com