Blog Sihatimerahjambu

Kenduri Kawen Mia

7:50 AM



As salam,

Proceed to the next entry. Wah kemain rajin plak la aku nak hapdate kan? Ok weekend haritu aku pegi kenduri kawen kawan wife aku. Adoi panjang plak bunyiknya. Kawan wife aku, kawan aku gak. Lagi pon aku tengok wife aku kemain bersemangat setereka baju.. sian plak. Ikot je la.

Lokasi tak jauh, kat AU4, Keramat je. Keje aku sebagai jurufoto tak bertauliah walaupun hakikatnya aku lebih expert dalam menangkap gambar sendir depan cermin sambil bertuala. Buat2 pandai je amik gambar. Bukan kena bayar pun.

Kitorang sampai dalam pukul 1, haa cantik bebenor la tu. Pengantin pon baru nak naik pelamin. Majlis tak sesak mana, khemah pon banyak. Kira kalau nak makan beralih2 tempat pon boleh lagi la. Lauk pon sodap. Ayam goreng berempah, daging kerutuk, kuah dalca, acar mentah, papadom.. perghh nyum2. Siap ada buah salut2 coklat plak tu.



Kedua mempelai cantik, tampak sepadan mengenakan baju sedondon warna hijau gelap. Ai rasa nak pakai balik plak baju pengantin ngeh2. Tapi bila aku usha ketat2 pengantin lelaki, macam aku kenal la muka dia. Bila aku toleh ke belakang.. laa aku nampak abang dia. Rupanya abang pengantin lelaki blogger!

sama cantik sama padan huhu. Cantik kaler baju dorang :)

aku plak sengaja buat2 tak pandang kamera konon2 gambar candid la gitu

Blogger yang aku maksudkan tu Abgterror. Blogger SEO ni, orang lama. Ni kali kedua kot aku jumpa dia. Tak sangka plak sekarang aku ngan dia sedara memandangkan kawan wife aku kawen ngan adik dia (ntah mana datang sedara aku pon tak tau). Dia datang ngan wife dan anak2 dia. Oh wife dia pon pregnant, awal bulan 6 bersalin. Semoga selamat segalanya ye bro J

Oh ni la blogger Abgterroryang aku maksudkan, abang kepada pengantin lelaki.

Tu je aku nak cerita. Kitorang gerak balik dalam pukul 3..kot? Tu pon penat dok dengar minah yang sama je nyanyi. Asyik2 dia je pegang mic. Kalau di buat kawasan tadahan kat mic tu, harus penuh ngan air liur dia.

betul la kata orang knduri kawen la tempat paling tepat dan jitu untuk
mencari jodoh kuikuikui


Penat tak hengat walaupun keje aku berdiri tengok orang lalu lalang je. Tapi seronok dapat makan nasi minyak J Klau korang nak kawen, jangan lupa jemput aku ye. Daa

Tahniah kepada pasangan pengantin, semoga kalian 
kekal hingga ke hujung nyawa :)

You Might Also Like

10 comments

  1. penggantin muke nk same je :D

    ReplyDelete
  2. o...yang jadi cikgu safarin tu ye?heheh

    ReplyDelete
  3. Jemput la dtg kenduri kita...kenduri awk kita dtg tau...hihihi

    ReplyDelete
  4. best kan zal dapat jemputan kahwin,kalau tiap2 minggu pun bagus kan...tak yah kita main masak-masak kat dapur kan....

    ReplyDelete
  5. ramai jugak pilih wane tu utk tema kawen, scha, maria elena, lynda roslan pun guna wane tu

    ReplyDelete
  6. bolat khwin abg kene dtg ! kedah pun kedahla . dtg jgk ! hahahaha

    ReplyDelete
  7. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete
  8. woahh..chantek pengantin nye.. tahniah~

    ReplyDelete