Bila Sekali Sekala Di Duga


As salam,

Aku baru masuk kerja harini, semalam EL. Ada sebab aku buat begitu.. Ada cerita pada petang Ahad tempohari. Cerita yang aku nak kongsi, tapi aku yakin kalau korang tau.. korang pasti taknak laluinya. By the way kereta aku broke down kat highway *sigh

Aku rasa kereta aku merajuk la. Sebab sebelum aku balik dari Rompin haritu, bapak mentua aku cadang suruh beli MPV untuk long distance perjalanan. Dah selalu 'dia' buat fiil macamtu. So Ahad kelmarin dia buat lagi. Mula2 kereta aku asyik mati je bila aku tukar gear. Then climaxnya masa aku isi minyak kat Shell R&R Temerloh.. 'dia' terus tak nak hidup2. Alih2 terpaksala aku menolak sampai tertanggal tombol pintu aku!

Tunggu sampai Isyak kot baru lori towing sampai. Bengkel tutup, Isnin baru boleh buat. Aku ngan wife terpaksa cari motel murah area Temerloh. Pagi Isnin mak dan angah aku kol bagitau adik aku tak dapat maktab. Semua yang dia apply langsung takde satu yang melekat. Biasalah anak sulung macam aku, tanggungjawab dan kebajikan adik2 terletak di atas bahu aku.

Kereta aku siap dibaiki dengan kosnya sebanyak RM500. Perjalanan pergi balik aku dari Kajang ke Rompin 2 hari memakan belanja sebanyak RM1K! Aku tepuk dahi. Badan letih tapi mata tak boleh lelap. Macam2 benda yang aku kena fikirkan..

Wife aku duduk di sisi aku, tangan aku digenggam dan diusapnya..

'Takpe la abang. Abang beruntung kerana Allah pilih abang untuk diuji. Bersyukurlah dari jutaan umat manusia yang ada, Allah pilih abang. Mungkin ada rezeki yang lebih besar di sebalik ujian ini. Bersabar ye abang'

Aku senyum. Hati aku jadi lembut, kepala aku semakin ringan. Aku lupa yang aku ada wife yang supportive.

Ye.. apa salahnya sekali sekala di duga kan? :)

8 Comments

  1. Betul cakap isteri tu..sabar je la...

    ReplyDelete
  2. betul tu , fikir positif, untung ada isteri "abang",

    Takpeh, kuar kat situ, nanti adalah rezeki masuk..In Shaa Allah,

    ReplyDelete
  3. takpe tok..ak pn dah selalu kena macam tu..kete sentiasa buat hal..ak pn cuba jd isteri peneman dikala waktu sukar.tapi,kalau dah byk kali mati tepi jalan..ak ckp
    "jual jelah kete buruk ni bang!"
    hehehe.

    ReplyDelete
  4. ermm.. teringat satu kate ni : "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera."

    ReplyDelete
  5. hidup kalau tak ada dugaan tak mencabar lah kan? chill , ALLAH takkan duga kita di luar kemampuan kita . nasib dah ada wife, boleh sejukkan hati. aku je belum lagi . HAHHA

    ReplyDelete
  6. betul tu..semua yg berlaku tu ade hikmhnya..

    ReplyDelete
  7. betul kata akak..banyakkan bersabar kan..bila diuji,lagi bagus sebab akan lebih sentiasa ingat Allah swt..

    ReplyDelete