Botol Mana Bang?

1:05 PM


As salam,

Selain mendapat aduan dipukul mahupun di smack-down pepagi oleh wife aku (boleh KLIK SINI kalau terlepas baca), ada lagi satu kes terpencil yang kerap gak wife aku utarakan. Cuma belum tahap diusulkan ke Aduan Rakyat je lagi. Cuma penat la aku nak kena mikir pepagi.

Selain aku ditanya baju apa yang nak dipakai.. dia mesti akan tanya aku 'Botol mana bang?' Err.. maksud aku botol air laaa!! Sebelum korang fikir dengan lebih jauh dan lebih 'kotor'.. baik aku bagitau dulu. Almaklumla korang kan advanced.. tak gitu? :P

Dia mesti tanya tu dulu pepagi. Kadang2 aku pon lupa mana aku letak botol air aku. Macam budak sekolah kan bawak botol air. Nak buat camner habit aku dari sekolah sampai la ni. Aku bawak bekal air.. tapi still keluar minum kat kedai. Kira dalam seminggu tu mau hari2 aku dok tukar botol air. Ni kalau bebudak taska nengok ni harus cemburu, mungkin boleh ke tahap santau-menyantau akibat kejelesan melampau.

Botol air dah banyak sangat kot tu yang aku buat dek je. Tak mustahil satu hari nanti wife aku mula tanya 'Air abang ni.. nak ikat tepi ke ikat penuh' sebab botol air dah pupus kat umah, tapau air guna plastik je.

Atau lebih sadis bila dia keluarkan cadangan lebih kejam, suruh aku join parti Tupperware ke hape..

Mungkin dengan cara itu aku akan insaf dan kebali ke jalan yang benar. Uhuk3

You Might Also Like

14 comments

  1. hahahahaha...

    aku rasa ko kena beli botoi air yng ada tali tu..siap straw..sangkut kat leher...sesuai..sungguh..rupa dah ada dah tu..hehehee

    ReplyDelete
  2. sama macam suami akak la..tetiap pagi nak tanya "bekas air mana bang??" bukan sebab bekas air banyak tapi sebab dia suka tinggal bekas air dalam raga motor tiap kali balik kerja..jadi berembun la bekas air tu kat luar umah..kesian bekas air.,..

    ReplyDelete
  3. hahahha.. macam hampeh.. mohon ko bawa botol air warna pink..hehehehe.. aku nak tengok sangat

    ReplyDelete
  4. hahahah

    ahahahahaha

    hahahahahhahaha

    ReplyDelete
  5. botol air bentuk henphone lagi cool! rasa sesuai sngt dah. hahaha.. olololo comey ngatttt..XD

    ReplyDelete
  6. elok citer kau ni zal...boleh akak buat jadikan contoh kat anak-anak akak yang malas nak bawa air g sekolah...

    ReplyDelete
  7. hahahha... tu la letak merata.. hihi, nampaknya kena pakai botol ada tali mcm budak tadika... hihik^^ *gurau je bang

    ReplyDelete
  8. Waahh, kalau botol2 yg hilang tu dpt jumpa semula mesti byk kan stok botol air kt rumah tu..
    Sy pun g kerja suka bwk botol air..

    ReplyDelete
  9. hihihi sama ler kita..mas nak p tengok wayang ngan kawan pun,mesti bawak air botol sendiri.(air suam)..tak leh jauh..coz kat umah pun 2 botol de je dekat ngan mas.hihihi

    ReplyDelete
  10. mcm budak2 botol air letak merata. Lenkali pakai botol air yang ada tali tu. Sangkut kat leher.

    ReplyDelete
  11. itu perangai saya.. selalu ingat nak bawak air tp selalu lupa letak botol air kat mana

    ReplyDelete
  12. haha lawak betul..beli botol air yg ade tali tu je la..senang gntung kat leher hihi

    ReplyDelete
  13. heheheheeh..kelakar lah tok ni =)

    ReplyDelete