Blog Sihatimerahjambu

Ini Macam Boleh Menanah Telinga

1:53 PM


As salam,

Aku jarang dengar radio. Kalau dengar pon time nak pegi keje je, dalam kereta. Tengok gak la siaran apa aku dengar, bukan tangkap muat je dan certain2 masa. Ada nanti, salah dengar mau tumbuh bisul dalam telinga aku ni kang.

Malam semalam aku keluar, aku 'ter' dengar plak siaran lain dari biasa. Jam pukul 10 lebey2 sikit la. Dok borak pasal cinta. DJ dah okey, lagu pon boleh tahan. Aku suka suara DJ tu.. tapi yang tak menahan ayat2 cliche dari pemanggil yang bagi ucapan. Erk!

'Ayang, teringat kembali suatu masa kita bersama dahulu. Di kala itu kita sering berdua, menghadapi segala onak dan ranjau bersama. Tapi kini aku sendiri tanpa kau di sisi. Kau pergi meninggalkan aku tanpa pesan. Aku rindukan kenangan itu. Aku harap kau akan kembali ke pangkuanku seperti dulu. Sayang, abang cintakan sayang..'

..ok kiriman sms itu datangnya dari Penagih Setia dari kelas 3 Kekwa, Sek. Men. bla bla bla.."kata DJ bertugas.

Kombaang kompih lobang idong aku, dok terkemut2 tahan gelak. Kahkahkah budak tingkatan tiga je pun! Nama Penagih Setia dah satu hal.. kelas 3 Kekwa plak tu kahkahkah. Lawak cenggini kalau bagi dengar kat itik boleh tukar warna bulunya jadi pink :D

Daripada ayat yang dia sms tu, dapat aku simpulkan yang mereka dari sekolah yang sama. Meredah onak dan ranjau berduri tu kira macam menghadapi kesusahan amik peksa bulanan, pop-kuiz la kot atau dapat nombor patbelas ke hape dalam kelas. Kini dorang tak bersama lagi sebab masuk kelas asing2 sebab budak pompuan tu masuk kelas lompat, yang si lelaki plak masuk kelas menari. Hahaha :D

Sebab tu la aku tapis halwa telinga aku untuk mendengar sebarang siaran. Ayat cenggini kalau hari2 dengar boleh krem usus aku dok bantai gelak je hahaha :D

Alahai bebudak zaman sekarang :P

You Might Also Like

12 comments

  1. nasib baik belum lagi menghadapi onak dan ranjang bersama, hehe

    ReplyDelete
  2. wahhwahwahwah..hahahhahaaa

    eh, ko dulu bukan kelas 3 kekwa ke afzal...:P

    ReplyDelete
  3. haha, za pun suka dgr n suka dj tu...lagu2 best..cuma za abaikan je ayt2 cinta cintun dr pembaca..hehe

    ReplyDelete
  4. budak2 sekarang...belanja sekolah pun mak ayah bagi ni dah gatai nak berinta.

    ReplyDelete
  5. hohoho...sedih..boleh usulkan utk buat drama..sure dapat rating tiggi..kikiki

    kengkadang ade gak layan radio sinar fm..jam 11 p.m lebih..dgr ucapan org..kengkadang terasa gak kesedihan..dah suara dj ala2 nak nangis..sape x tergoda nk turut nangis sama

    ReplyDelete
  6. Haha kekadang bila dengar radio cenggini dengan abah, memang kena pangkah je lah. Abah kata, zaman dulu cakap lalu surat je. Mihmihmih.

    ReplyDelete
  7. huishh..ni bukan boleh bernanah je afzal..berdarah pun boleh..kann

    ReplyDelete
  8. kemain budak2 skrg becinta,..haha

    ReplyDelete
  9. Astagfirullah. hai la budak zaman sekarang.

    ReplyDelete
  10. hahaha kalau mas lebih layan lagu je..lagu2 best..tapi tak tahan bila ayat2 cintan tuh..lagi cintan bila kes mcm ni..hihihi

    ReplyDelete