Kompom Korang Tak Percaya Punya!


As salam,

Hmm.. serba salah jadinya. Kang kalau aku citer, korang menganjing aku. Kalau aku tak citer nanti.. korang tak tau plak. Bukan nak mendabik dada. Tapi tu la hakikatnya. Selain Hanis Zalika.. aku juga blogger yang berstatus pelakon. Ha tengok tu. Ko apehal tetiba muntah mesin jahit tepi bus stop??

Bakat lakonan aku mula diternak seawal bangku sekolah lagi. Aku pernah memegang watak pakgad istana  dalam persembahan hari guru masa darjah 6, watak orang kampug sewaktu majlis Maulidul Rasul dan macam2 lagi sehingga aku sendiri rasa terlalu kagum apabila mengenangkan betapa berjaya dan berwibawanya aku membawa watak2 tersebut. Sampai orang kata la antara watak hero ngan watak orang kampung yang aku bawak tu.. dah tak jauh beza peranannya. Sama hebat! (huh kan dah kombang kompih lobang idung aku)

Actually masa darjah 6 dulu kalau tak aku dah jadi pelakon filem. Yela makcik kawan aku Erma Fatima, dia kata nak amik kitorang jadik pelakon untuk filemnya. Citer ala2 Cili Padi. Tapi tunggu punya tunggu.. sampai aku naik form 1 masih tak dengar sebarang kata putus.

Ce teka mana aku? Kalau ko kata aku bersari kuning tu memang nak kena lutut aku la..


Masa aku kat UiTM dulu sekali. Aku terus ditawarkan untuk menjadi pelakon dalam satu slot drama RTM. Cerita pasal masalah orang2 kaya la macam citer melayu yang lain. Tapi kali ni aku pegang watak yang lebih berat berbanding sebelumnya. Aku merupakan seorang pelanggan yang datang ke sebuah restoran dan memesan mi goreng. Keje aku time ni makan je. Memang takde dialog. Harap makjah, bukan watak sampingan ye. Kira watak penting gak tu sebab kalau takde aku.. sape nak makan mi goreng tu?

Ni sekarang wife aku plak gigih suruh aku upload mimik gwiyomi dalam youtube. Dia kata sedangkan si Boboy parody boleh dikacip David Teoh sebagai artis naungannya.. apatahlagi aku yang iras2 Latip Borgiba ni.

Wife aku memang takde ati perut uhuk2

16 Comments

  1. huh alah.....upload la mimik giwomy...permintaan peminat ni

    ReplyDelete
  2. untunglah jadi pelakon retis uolllsss

    ReplyDelete
  3. aku ingat n k kata yg kuning tu taddi kah3

    ReplyDelete
  4. watak mkn mee goreng..wakakakakakakakaka..molek lah ngan hang..ada kat youtube x bg link plis hahaha

    ReplyDelete
  5. Aku teka ko memang yg bersari kuning tu. Hahahaha... Wahh, ko penah jadi pelakon ek? Mintak sign.

    *try la upload gwiyomi. Tgk bleh celen bobo tak.

    ReplyDelete
  6. haaaaa..cepat la upload yg gwiyomi . tak sabar nak gelak guling2 nie.hahhahha

    ReplyDelete
  7. Ehh, kita sama glamour la. Hahaha. Masa darjah 6 aku pun penah diamek shooting utk drama TV2 ke TV1. Satu kelas aku kena belakon sbg dak skola gak la. Tp tup2 aku tgk kat tibi takde pun muka aku. Sbb aku duk belakang dlm kelas. Pasrah -_-

    Darjah 6 penah belakon sbg tetamu istana cite Cinderella utk Hari Guru gak. Tetamu istana tu kira kena menari je laa, watak sampingan. Kat UiTM belakon masa Maulidur Rasul gak kut sbg kanak2 yg ngah maen bunga api. Kenapa kanak2? Dah pasti sbb aku comel. (Ehh, bukan maulud kut, majlis hari raya gaknye).

    Okeyyy, camne watak makan mee goreng je tanpa dialog kau boleh kata penting? Aku tak terima!!

    ReplyDelete
  8. lpas baca artikel ni confirm amai penerbit pilem kol yu....ngeeeee

    ReplyDelete
  9. bini tengah berbadan dua tu kena tunaikan..jangan degil ye...kang anak keluar asyik meleleh air liur je..cepat upload..akak pun nak tengok nih..

    ReplyDelete
  10. mesti tok yg tgh excited gelak sakan tuuu,....hahaha

    ReplyDelete
  11. eloklah kita berangan-angan mat jenin dulu kan...mana tau..rezeki...jadi pelakon popular...hehehe

    ReplyDelete
  12. ooooo, dulu pengawass yee...

    suka naaa ambik gambar..
    terserlah kegembiraan disitu. :D

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak tengok gwiyomi version kau bro. HAHHA

    ReplyDelete
  14. hihihi baru nak teka yang sari kuning kut..terus jadi takut..hihihi

    ReplyDelete
  15. Hihihihi....bro ni pelakon jugak yek.....
    Aku rasa bro yg diri belah kiri...

    ReplyDelete