Servis Terbaik Di Alam Semesta

9:57 AM


As salam,

Berdekah-dekah aku dengar kawan aku cerita tapi belum sampai terlepas bunyi kentut. Urat kentut aku masih menggigih mencerut. Cerita pasal servis terbaik yang diberikan kepada kawan aku. Ceritanya lebih kurang cenggini laa..

Cuaca panas, kawan aku ni teringin plak nak makan ABC. Kebetulan plak time tengah cari dia nampak ada stall mamak jual cendol ngan ABC. Tak fikir panjang dia terus order dan cari port nak duduk. Tak lama lepas tu ABC sampai memandangkan tak ramai customer kat situ.

Kawan aku godek-godek ABC tu.. dia perasan takde kacang. Dia pun panggil mamak tu. Mamak tu tersiput-siput malu dia ke belakang sambil kawan aku menanti dengan penuh debaran. Seolah-olah tunggu orang masuk meminang atau tunggu bidan potong tali pusat! Ehh??

Then bila mamak tu datang, dengan penuh gaya dia terus taburkan kacang ke atas ABC kawan aku, tapi lain macam sikit la. Dia tabur terus dari telapak tangan! Terkedu kawan aku. Dah macam orang tabur bunga rampai ada.. macam orang tabur dedak bagi itik serati makan pon ada kahkahkah :D

Aku kata ok la tu, untungla dapat makan air tangan mamak. Tu nasib la dia tabur guna tangan, kalau datang buang tebiat dia haritu bagi kacang dari molot-ke-molot lagi hawau mau luka bibir dia bergesel ngan misai mamak tu kahkahkah :D

Oh lupa nak bagitau ABC kawan aku haritu stand for Anney, Bikin Cirit!! :D

You Might Also Like

8 comments

  1. untungla kawan ko dapat makan dr air tangan mamak....muntah hijau jap

    ReplyDelete
  2. tu yang buat ketagih tu..yhahhaha

    ReplyDelete
  3. selalu mcm tu kot, cuma kita je tak nampak mamak tu buat mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  4. direnjis-renjis dipilis..ditepungilah tawar...hai kacang ABC ditabur...lalala.


    terbaik la servis mamak tu..haha

    ReplyDelete
  5. yekkkkkk geli kottttt tp bila xnmpak depan mata, atau sengaja tutup sebelah mata tu yg lazat nak lagi kennnnn

    ReplyDelete
  6. syoklah dia dapat kacang dari air tangan mamak, sampai cirit birit..kesian gilaaa :P

    ReplyDelete
  7. hu3... air tangan mamak yg super duper sedap......

    ReplyDelete