Tabiat Baik?


As salam,

Semalam dok sesambil layan Running Man, aku makan la keropok kacang hijau (korang mesti kenal kopok ni). Dok krup krap - krup krap tak perasan plak aku habiskan kesemuanya. Tetiba wife aku tanya;

'Abang simpan buat apa plastik keropok tu?'


Un-sangka-rable aku masukkan plastik keropok yang dah habis tu ke dalam poket seluar. Nak bangun dan buang malas. Alih2 wife aku yang tolong buangkan.

Ni tabiat aku yang tak boleh aku ubah since sekolah rendah lagi. Sekiranya pada ketika aku tak jumpa tong sampah terdekat, jadi aku akan masukkan sampah (eg plastik gula2 atau tisu) ke dalam poket dahulu dan akan buang kemudian. Benda tu jadi habit sampai sekarang.

'Orang buang bila jumpa tong sampah, tapi abang?? Poket tu dah macam tong sampah bergerak dah. Wife orang lain hepi bila jumpa duit dalam poket suami, tapi ayang plak jumpa plastik choki2 je. Sedey'

Aku terus buat2 tido sekali pakej mengigau serta merta!

19 Comments

  1. jangan lepas ni ada pulak designer buat design seluar poket besar besar gara tabiat tuan belog ni.. hihi yelah tong sampah bergerak..kui3

    ReplyDelete
  2. eh samalah kita tok!
    hehehe

    punya malas nak g buang, simpan dlm poket je dulu.

    ngeh3

    ReplyDelete
  3. bang pinjam poket seluar...x jpa tong sampahlahh hahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. elok la tabiat yg satu ni...tak jumpa tong sampah tapi simpan dulu kendian baru buang bila dah jumpa.


    jangan jadi seperti segelintir orang yang.....TONG SAMPAH DEPAN MATA TETAP BUANG SAMPAH MERATA-RATA.


    ReplyDelete
  5. wah..bagus nya..anak sapa nih...??
    maisara lak buang sampah betul2 depan pintu..tak de rasa bersalah langsung..

    ReplyDelete
  6. bagus betul tabiat dak afzal ni.memelihara alam sekitar betul.tapi jangan sampai bersemut poket tu nanti..heee

    ReplyDelete
  7. tabiat yg bagus, tapi sian bini tok jumpa plastik je haha

    ReplyDelete
  8. okey lah tu, atleast x buang smpah merata2.. tapi kesian kat bini.. hohoho.. ehhh, dh lma x makan kopok tu!

    ReplyDelete
  9. amboi tok, haha..kalau zaza xleh la mesti cari tong sampah jgk =)

    ReplyDelete
  10. HAhaha pesen samo la kito. Poket2 aku ni penuh ngan segala tisu plastik bungkus, tambah2 ada anak sekarang, taik idung dia pun sua dalam poket mak nyer ha.

    ReplyDelete
  11. Sama ler aku....kalau mkn. .plastik mesti simpan kat poket.

    Kita ni amalan mulia bro....tak sukacbuang sampah sepah2..kikikiki

    ReplyDelete
  12. tabiat baik la tu..

    apa apa pong tahniah sbb tak ramai suka jd tong sampah bergerak


    hahahaha

    ReplyDelete
  13. hihihi okey la tuh simpan dalam poket dari buang merata2..

    hihihi cian akak..sabar aje lah karenah abg..

    ayat last kelakar.kikiki

    ReplyDelete
  14. Tak terbayang kalau ko rajin makan chewing gum... camana yea

    ReplyDelete