Ada Apa Pada Usia


As salam,

Memandangkan weekend haritu aku sangat bersenang lenang, kerja aku hanya berguling2 memanjang. Err bukan berguling2 lalu aku memanjang. Maksud aku sepanjang hari berguling dan kalau nak dikira jarak gulingan aku haari tu je.. boleh cecah 2 marhalah. So bagi mengelakkan aku terus berguling lebih jauh.. mak aku ajak aku pegi kenduri kawen dan ada sebab aku tak menolak permintaan mak aku tu.

Kenduri tu dekat je ngan rumah aku, 3-4 kali tenteng sampai la. Mempelainya bekas isteri orang aka janda anak 3 dengan seorang lelaki bujang. Beza jarak umur dorang dalam lingkungan 20 tahun dan umur pengantin lelaki lebih muda daripada umur anak sulung pengantin perempuan.

Semasa majlis akad nikah sebelum ni, berlaku jugaklah sedikit kekecohan di pihak pengantin lelaki. Mereka langsung tak tau yang wanita yang ingin dikahwini oleh anak mereka itu sudah layak digelar ibu. Kelmarin pun pihak belah lelaki datang lambat.. pukul 3 petang kot. Orang pun ramai dah balik. Buat2 muka jangan cakap la, lagi obvious mak bapak pengantin lelaki.

Tu la sebabnya aku datang, boleh tengok drama. Isu umur tu aku tak ambil port sangat. Sebab jodoh bukan kita yang tentukan. Nak tak nak kita tetap kena terima, cuma sedikit awkward la. Mungkin ambil sedikit masa. Pengantin perempuan kena kerja kuat sikit nak tambat balik hati mentua sebab bila dia sudi terima anak mereka sebagai suami, secara tak langsungnya dia kena terima keluarga suaminya juga kan?

Nak buat macamana kan, takkan nak kukur kelapa tua je kan. Sesekali gak nak rasa air kelapa muda :P


P/s : Buah cempedak di luar pagar,
        Ambil galah tolong jolokkan,
        Saya budak baru belajar,
        Kalau salah boleh jolokkan.. eh eh tunjukkan :P
       (pantun ini didedikasi utuk pengantin lelaki)

7 Comments

  1. ke dia tersalah kawen ..?? dia nk kan anak sekali dpt mak dahhh

    ReplyDelete
  2. aik..hari kenduri baru tau??masa merisik tak risik betul2 ke??pelik...

    ReplyDelete
  3. mesti ank sulung die awkward nak pnggil suami mak dia ayah..huhu

    ReplyDelete
  4. usia hanya angka yang akan bertambah dari sehari ke sehari...tingkah laku tetap takkan berubah jika diri sendiri tidak berubah...

    akak dan suami beza 10 tahun...macam kawan2 je...rilex jerrr...bahgia jeee..

    ReplyDelete
  5. teringin nak tgk gambar....... tapi dah jodoh...kena redha aje la.....

    ReplyDelete