As salam,
Aku pun lupa aku baca atau aku dengar someone bagitau aku. Kalau si isteri melahirkan anak perempuan, itu bermakna yang suaminya tak kuat? Kuat dalam erti kata lain gagah, cemerlang dan tahan lama. Err korang rasa?
Kalau kawan aku ada anak sederet lelaki, adakah itu maknanya dia bukan manusia? Adakah dia sebenarnya spesis kuda yang makanan rujinya rumput? Itu bermakna kalau lelaki yang punya berderet anak perempuan.. boleh la start mengunyah rumput dilaman rumah dengan harapan tahun depan boleh la dapat anak lelaki plak.
Pandangan aku pulak? Anak lelaki atau perempuan.. is it a big deal? Dapat melahirkan anak yang sempurna fizikal dan sihat tubuh badan, itu dah cukup bagi aku. Bayangkan orang yang langsung tak mampu menghasilkan zuriat di luar sana, terpaksa membelanjakan beribu2 semata untuk mendapatkan anak. Jadi relevankah isu jantan atau tidak lelaki kita sedangkan dia mampu memberikan zuriat?
Samada anak lelaki atau perempuan, itu bukan urusan kita. Itu urusan Allah, kerana anak itu rezeki. Allah dah nyatakan yang ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki itu dari-Nya. Usaha dan berdoalah selalu, mana tau lelaki yang dianggap tak kuat tu mampu bagi korang anak kembar 2 lelaki. Hehe
P/s : Aku sendiri pon tak tau apa jantina anak dalam kandungan isteri aku :) Bajet seprais la konon
14 Comments
lelaki dan perempuan terjadi kan kerana ALLAH SWT juga..mempertikaikan itu bermakna mempertikaikan Allah?
ReplyDeletejgn cakap gitu...
ReplyDeletekalu yg lahir anak lelaki ramai.. kata tak pandai dptkan anak pompuan..
kalu anak pompuan berderet kata tak kuat?
ishk.... x der maknanya... janjji ibu dan kandungan sihat,....
Sumijelly.com
betul tu, yg penting anak yg lahir nanti sihat dan sempurna tak kiralah lelaki ke perempuan... dapat anak perempuan pun baik dapat anak lelaki pun baik..
ReplyDeleteeh!!ye ke??akak ada anak lelaki,anak pompuan makananya kami dua2 kuat la..hahahha..menipu je tu.cakap2 kosong je tu,,.heheh
ReplyDeletetak sabau nengok baby banglong.
ReplyDeletemesti muka iras yuyu kannnnnnnnnn..
hewhew
lambat lagi ke zal...ke zal dah tak sabar sangat nih...melalut-lalut lak cerita ni...boleh buat suami 'ahkak' marah ni...deret 5 perempuan...acaner tu?
ReplyDeleteAku rasa anak ko yang bakal lahir adalah perempuan.Dan comel macam ibunya..bukan comel macam abah dia.hahahaa
ReplyDeleteselamat berpuasa afzal.
alala... rase malu2 kucing saya bace entry org da kawen. hehe
ReplyDeleteuntung anak anak pompuan... tapi org kata susah nak jaga... bela lembu sekandang lagi senang dari jaga anak pompuan sorg..
ReplyDeletepokok pangkal kita kena bagi ajaran agama sebaik mungkin... jauhi gejala yg tak elok.. kena pantau selalu anak2 ni.. cewahhhh!!!
ye ker ? tak tahu lak.. :)
ReplyDeleteog berpengalaman je boleh komen ni..orang bujang dok tepi je.asalkan baby sihat tu pun dah kira bersyukur kan afzal.jage isteri leklok ye afzal.
ReplyDeletetak kisah jantina baby tue. janji sihat kan.
ReplyDeletetak kesah la jantina apa2 pon aafzal.. janji kuar dgn selamat dan sihat...
ReplyDeletedua2 anugerah Allah swt..syukur
ReplyDelete